Friday, September 11, 2015

Resepi Bebola Ayam Masak Sambal Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Apabila ketandusan idea tambahan pula peti ais pun dah makin kosong,nampak bebola ayam,,terus capai.Pikir2 xtau lak masak apa.Kalau buat sup cam bosan gak...bebola ayam sup...yg tu jer..Cubalah buat sesuatu yg anak2 suka.Anak2 saya suka makan yg ada sambal nmpk merah atau yg berkicap.Kalau buat masak kicap bebola ayam cam sbrp sesuai lak.Jadi buat yg ringkas ajer..Kombinasi resepi ayam aladdin dan ayam manchurian..Alhamdulillah anak2 suka.Siap minta buat lagi..adeh mama saja clearkan stock bebola ayam..dah anak2 minta buat lagi..
 Kuah berpalut pada bebola ayam ni...sedappp.Tak begitu pedas sesuai untuk anak2

RESEPI BEBOLA AYAM MASAK SAMBAL MUDAH
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • Bebola ayam secukupnya (LiNa Pg gn ~30biji)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 sudu besar cili giling (tambah jika suka pedas
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • Minyak
  • Air
  • Garam, gula/perasa(jika perlu)
Cara-Cara
  1. Bebola ayam dikelar/buat cross section kat atas tu macam dalam gambar.Goreng hingga golden brown.Ketepikan
  2. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  3. Masukkan cili giling, gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan juga cuka.Kacau sebentar.Masukkan sedikit air (agak2 sesuai dengan kuantiti bebola ayam)
  5. Masukkan bebola ayam yg telah digoreng tadi.Gaul sebati.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa jika perlu.LiNa Pg x tambah garam/gula masin secukup rasa dari sos tiram tu jer)
  6. Dah siap, bolehlah dihidang bersama nasi panas

Simple jer...tapi sedap

No comments:

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...