Monday, October 26, 2015

Resepi Bamia Kambing

Assalamualaikum...
Berkesempatan untuk update blog..Alhamdulillah dilapangkan waktu olehNya.Lately banyak menu kambing keluar dari dapur TMK ni kan?Ekceli stok kambing mmg sentiasa ada dalam fridge..Keluar satu packed..nnt husband akan bawa balik gantikan balik..Acaner nak habes stok kikiiii..Kadang2 naik buntu gak..xtau nk masak apa ngan Kambing.Macam2 pesen dah keluar KAMBING GULAI BAWANG GORENG, KERUTUK KAMBING, KAMBING GULAI KAWAH, KARI KAMBING PAKISTAN.Kali ni kite repeat Resepi Bamia lak..Dah pernah try versi Daging tp dah agak lama...rasa Bamia pun dah ingt2 lupa dah..Kalau nak tengok Bamia versi Daging boleh SINI (2010 lagi berjaman dah ni) dan SINUN (yg ni br siket 2013 hihi) Bamia Kambing ni geng NASI MANDHI ALA LEBANESE Jom kite semak resepi.Siaran ulangan pun xpe la kan sebab dah lama gak ni
 Bamia ni mmg pesen banyak sayur..saya letak terung dan bendi..tp masuk pinggan sebiji ajer bendi kikiii...

RESEPI BAMIA KAMBING
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan :

  • 1kg daging kambing yg ada tulang
  • 100 ml susu cair/santan (LiNa Pg guna 1/4 cawan santan)
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging (LiNa Pg guna 3sudu makan)
  • 1 sudu makan rempah beriani (LiNa Pg tambah, rcp asal xde)
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • bendi/terung secukupnya 
  • Cili merah 
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam dan sedikit gula

Bahan-Bahan Kisar (Untuk Perapan)

  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Cara-Cara :

  1. Gaulkan daging/kambing dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit (LiNa Pg perap 3jam) ternyata kambing cepat empuk 
  2. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. 
  4. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  5. Masukkan daging/kambing dan air secukupnya tunggu hingga daging/kambing hampir empuk
  6. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula (kalau guna terung, terus masukkan terung). Masak lagi hingga kambing betul2 empuk dan kuah kelihatan pekat. 
  7. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.

Sedapppp
Versi live dari kuali hehee..reneh hingga kuah pekat..pastu cicah ngan roti..nyum..nyum..

No comments:

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...