Friday, October 16, 2015

Resepi Kambing Masak Kari Pakistan (Tanpa Santan Dan Tanpa Rempah Kari)

Assalamualaikum...
Bersiaran di petang Jumaat, juadah tengahari kami tadi Kambing Masak Kari Pakistan.Istimewanya resepi kari Pakistan ni tidak menggunakan sebarang rempah kari dan juga tidak menggunakan santan.Bahan2 pun simple jer tapi hasilnya sangat mabeles...anak2 puji melambung.Agaknya mereka dah lupa yg saya pernah buat resepi ni tahun lps.Tp menggunakan daging.Kali ni saya gunakan kambing..enaknya bertingket2 hihi...Boleh tgk versi DAGING KARI PAKISTAN.Kalau ada yg teringin nk mencuba silakan.Boleh jer nk guna ayam.Saya suka kuah pekat2 camni.
 sambrono aje posing..naked gitew kih..kih...yg penting sedap

RESEPI KAMBING MASAK KARI PAKISTAN
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Sumber : Kak Maria Hakem

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam - potong 16 (LiNa Pg gn 1kg kambing bertulang)
  • 4 biji bawang besar - cincang
  • 4 biji tomato merah - cincang
  • 1 sudu makan halia kisar
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar 
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam
  • 1/2 cawan minyak
  • garam masala - jika suka (LiNa Pg gn 1 sudu kecil)
  • hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
  2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
  3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
  4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. 
  5. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
  6. Masukkan ayam dan gaul rata. 
  7. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (LiNa Pg tambah sedikit serbuk pati ayam).
  8. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
  9. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.


Note:
Methode yg LiNa Pg gunakan;
Selepas selesai menumis segala bahan, terus masukkan kambing.Kacau sebentar hingga daging bertukar menjadi pucat sedikit, tambah air.Biarkan segala bahan mereneh hingga bawang, tomato hancur dan kambing empuk.



************************************
Selit order kemarin
 Kek Minyak
Alhamdulillah rezeki

3 comments:

Bbwana adienia said... Balas

Wow..wana tengok pun terliur tau kak..blm mkn lgi..hihi

LiNa_Pg said... Balas

Sedap tau wana...tmbh kuah pekat lg best cicah roti

azimaham said... Balas

Dah cuba masak...memang terbaik. Suami,anak2 berselera. Mak mertua pun suka. Tq kak lina..😊

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...