Friday, October 23, 2015

Resepi Nasi Mandhi Ala Lebanese

Assalamualaikum...
Bersiaran di petang Jumaat nan berjerebu huhu...Semoga jerebu akan segera pulih.Kesian anak2 terpaksa bercuti (Cuti dan kena berkurung, sangat tak best haha)Kalau cuti dapat berjalan tu seronok jugak la kan?Ok berbalik kepada tajuk n3 hari ni, Nasi Arab ni..terbuat ni pun sbb anak2 cuti la jugak.Alang2 dah semua ada kat umah, buat la nasi kunun spesel kat depa.Makan lak dengan Bamia kambing mmg sedap.Nasi ni saya buat siket jer 2 cawan..cukup lah untuk keluarga kecil kami.Resepi ni saya ambil dari Maz yg berada nuunnnn di Bahrain.Selongkar dapur dia cari yg paling mudah.Op kos la nk yg mudah2 kan..janji sedap.
Cantik Kejadian nasi ni..sedap dan x terlalu berempah.

RESEPI NASI MANDHI ALA LEBANESE
Sumber : Maz IlhamDapur
Bahan-Bahan
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit & toskan 
  • 3 cawan air/air rebusan ayam (kuantiti air bergantung kepada jenis beras yg digunakan)
  • 1 bekas kecil natural yogurt (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • 1/2 labu bawang besar - kerat 6 (LiNa Pg cincang)
  • 9 biji buah pelage (LiNa Pg gn 1 biji jer)
  • 2 batang kulit kayu manis (LiNa Pg gn 1 btg)
  • 7 kuntum bunga cengkih (LiNa Pg gn 3 biji)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji tomato - kerat 8 (LiNa Pg dadu kecil)
  • 1/2 sudu kecil rempah mix Arabic 
  • 1 kiub pati ayam @ garam secukup rasa 
  • 5-6 sudu besar minyak sayur 
  • sedikit pewarna oren (warna kuning+setitik warna merah) 
  • 2 sudu besar minyak sayur - masuk bila nasi dah kering (Ish..ish...x perasan lak yg ni)

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak (maz terus guna periuk nasi letrik-LiNa Pg pun gn rice cooker gak),Tumis bawang besar,pelaga,kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih .
  2. Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan tomato, tumis lagi. 
  3. Masuk mix arabic,tumis sekejap.
  4. Masukkan beras dan gaul mesra dengan bahan tumisan.
  5. Masukkan air rebusan ayam atau air panas secukupnya.Jangan lebih nanti nasi tidak berderai elok, maz letak dalam anggaran 1 cm air atas beras)
  6. Masukkan kiub pati @ garam dan juga yogurt,kacau sebati dan rasa jika perlu tambah garam, biar rasa masin lebih sikit agar bila masak nasi berasa. 
  7. Tutup periuk seperti biasa.Masak seperti biasa.
  8. Bila nasi dah kering, tuang 2 sudu besar minyak sayur dan titiskan 3-4 tompok pewarna oren (jangan kacau). 
  9. Tutup periuk dan biar nasi masak sepenuhnya. Bila nasi dah masak, biarkan dulu dalam 5 minit. Kemudian baru gemburkan nasi guna garfu.
Mix Arabic yg saya gunakan...Jimat2 sebab jauh datangnya..Terima kasih kepada pemberi rempah ni.Semoga beliua dan keluarganya dimurahkan rezeki selalu oleh Allah s.w.t

No comments:

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...