Nak Masak Nasi Beriani,Nasi Kabsah Dan Nasi Mandy Yang Sedap?Al Hexa Ada Penyelesaiannya

By LiNa_Pg - Tuesday, December 01, 2015

Assalamualaikum...
Anda penggemar Nasi Arab atau Nasi Berperisa seperti yang saya sebutkan di atas?Masih tercari2 rempah yang sedap?Hurmm kalau rempah Beriani mungkin senang didapati di pasaraya atau kedai runcit tetapi Rempah Kabsah dan Rempah Nasi Mandy agak sukar jugak.Lepas tu mungkin agak blurr jugak macam mana nak sediakan juadah nasi2 tersebut..Jangan risau..meh saya stori siket.Sekarang ni Hexa Food ada menjual Rempah2 Nasi Beriani, Nasi Mandy dan juga Rempah Nasi Kabsah.Didatangkan dalam bentuk botol/balang yg kedap udara.Senang untuk disimpan.
Rempah Nasi Mandym rempah al hexa
Menarik kan packaging rempah keluaran AL-HEXA ni.Untuk keluarga kecil, guna 2 sudu dah mencukupi..lps guna ttp dan simpan...Mudah bukan?
Nasi Kabsah Nasi Beriani Nasi Mandy
Jangan ragu2 sebab semua rempah ni jelas terpampang logo Halal JAKIM.
 Youtube resepi disertakan di penutup botol setiap rempah..Amat memudahkan kerja2 memasak..Tak perlu pening2 kepala nk gugel cari resepi..Tengok ajer youtube.Saya sertakan link kat bawah ni

1) RESEPI NASI ARAB MANDY 

2) RESEPI NASI KABSAH

Nasi Kabsah Nasi Beriani Nasi Mandy
Pada botol juga disertakan resepi..mudahkan?Saya cuma guna resepi ini cuma buat sedikit sahaja olahan..
Nasi Kabsah guna rempah al hexa,nasi kabsah homemade
RESEPI NASI KABSAH REMPAH AL HEXA
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan A (Lamb Kabsah)
  • 700g daging kambing yang bertulang
  • 2 sudu besar rempah kabsah Al Hexa (campur sedikit air jadikan pes)
  • 1 labu bawang besar (cincang halus)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 cm halia (tumbuk)
  • 2 biji tomato (dadu)
  • Rempah penumis (bunga lawang, bunga cengkih, pelaga dan kulit kayu manis)
  • 2 helai daun bay Al Hexa
  • Garam dan gula/perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak/butter
Bahan B (Nasi Kabsah)
  • 4 cawan beras basmati (rendam selama 30min)
  • 4 cawan air rebusan kambing (jumlah air bergantung kepada jenis beras)
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam
  • Cili hijau dan daun ketumbar
  • Gajus
Cara Masak Kambing
  1. Cairkan butter dan tambah sedikit minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga,daun bay bersama bawang besar hingga terbit bau dan bawang sedikit layu,masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan buah tomato yg telah didadu..kacau hingga tomato agak lembut.
  3. Masukkan rempah kasah Al Hexa, tumis hingga garing dan pecah minyak
  4. Masukkan kambing dan gaul sebati, biarkan sebentar untuk kecutkan daging kambing dan mesra dengan rempah tumisan.
  5. Masukkan garam dan gula/perasa.Tambah air dan renehkan hingga daging kambing betul2 empuk.
  6. Setelah kambing masak, asingkan daging kambing dengan air rebusan
Cara Masak Nasi
  1. Ambil air rebusan kambing sebanyak 4 cawan (kalau tak cukup, tambah air panas biasa) tambahkan susu cair dan kiub ayam.Pastikan mendidih terlebih dahulu
  2. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan nasi berkerak di bahagian dasarnya.
  3. Setelah nasi kering, kecilkan api dan masukkan daging kambing dan cili hijau, daun ketumbar dan taburkan gajus.Tutup periuk.Tunggu hingga nasi betul2 masak.
  4. Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu..sedia dihidang bersama sos salata
Nasi Kabsah,Nasi Kabsah, cara masak nasi kabsa, kabsah, resepi nasi arab, resepi nasi kabsah
Nasi kabsah...live dari periuk..saya masak atas dapur gas biasa jer..Sebelah kanan adalah daun bay juga keluaran Al Hexa.cantik daunnya sehelai-sehelai dan tidak hancur.Plastik pembungkusan pulak didatangkan dalam bentuk ziplock.So lepas guna boleh zip terus dan simpan.So,daun bay/rempah kekal segar dalam tu.Bagus kan?xyah nak ikat atau tukar ke dalam bekas lain..
Nasi Kabsa LiNa Pg, nasi kabsah homemade resepi nasi arab sedap, nasi arab masak from scratch, nasi arab mudah dan sedap, nasi kabsah kambing, lamb kabsah homemade
Tadaaaa..inilah dia Nasi Arab Kabsah yg masak menggunakan Rempah AL-HEXA.First time tau saya masak nasi kabsah ni..lepas ni boleh cuba rempah Nasi mandy pulak...
Lamb Kabsa LiNa Pg ,Nasi Kabsa LiNa Pg, nasi kabsah homemade resepi nasi arab sedap, nasi arab masak from scratch, nasi arab mudah dan sedap, nasi kabsah kambing, lamb kabsah homemade
Terliur tak tengok nasi ni?Resepi dah ada tu.So tunggu apa lagi..cepat-cepat la cuba resepi baru. Dapat la family merasa Nasi Kabsah ni.Mudah ajerkan?Yang penting Nasi Kabsah ni sangat sedap dan lembut.Tak terlalu pedas dan mesra kanak-kanah. Si kecil saya umur 5 tahun pun makan penuh selera.
Dah bersemangat nak cuba, Tapi tak tau nak beli rempah kat mana? Jangan risau rempah Nasi Arab AL-HEXA telah memasuki pasaran GIANT hypermarket .Boleh cari kat sana

Kalau nak beli secara online pun boleh juga, sila layari website di bawah

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh hubungi marketing team AL-HEXA

Hexa Food Sdn. Bhd. 
No. 4, 8, 12, Jalan Teluk Batu 9,
Batu 4 1/2, Jalan Kebun. Sek. 36
40600 Shah Alam. Selangor.
Malaysia
Tel: +60-3-51622920 / 22
Fax: +60-3-51622921
Cell: +60-1-33491576
Email: marketing@hexafood.com
Web: www.hexafood.com

  • Share:

You Might Also Like

0 comments