Thursday, November 26, 2015

Resepi Daging Tumbuk Simple Dan Sedap

Assalamualaikum..
Dah lama rasanya x buat Daging Tumbuk ni..sedap dan lembut jer, tambah lak daging diperap mesra dengan kicap...Makan dengan nasi panas2 mmg layan abes..anak2 kalau lauk macam ni mmg suka sangat depa...en.husband pun makan bertambah2.Daging Tumbuk ni adik beradik dengan Daging Dendeng jugak la cuma selepas direbus, daging cuma ditumbuk dan tak goreng...saya x suka daging dimasak 2-3x..nnt hilang dh manisnya..Kalau nak tengok versi terdahulu..Boleh tengok kat SINI tahun 2010 lagi hahaa
Nampak menyelerakan bukan?senang lak tu..

RESEPI DAGING TUMBUK SIMPLE DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan A
  • 300gram daging pejal (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih ( diketuk )
  • 1 batang serai ( dititik )
  • 1 ulas bawang merah 
  • Air secukupnya
  • 1 helai daun bay
Bahan B
  • 5 ulas bawang merah ( dihiris - jadikan bawang goreng )
  • 1 labu bawang besar ( ditumbuk / kisar )
  • 1 ulas bawang putih ( ditumbuk / kisar )
  • 2 sudu besar cili giling( ikut citarasa)
  • 1/2 sudu kecil jintan manis ( LiNa Pg gn serbuk jer )
  • 2 sudu makan kicap manis 
  • 2-3 makan kicap pekat 
  • Garam dan gula/perasa (jika perlu)
  • Myk masak

Cara-Cara:
  1. Satukan bahan A rebus hingga daging empuk. Bila empuk, tumbuk daging satu persatu. Jgn tumbuk sampai hancur lak.
  2. Perapkan daging yang sudah ditumbuk dgn kicap manis dan air rebusan daging ( 20-30min).
  3. Tumis bahan kisar bersama jintan manis hingga garing, masukkan cili boh tumis lagi hgga pecah myk.
  4. Masukkan daging perap kacau sebati..Masukkan kicap pekat, bawang goreng (tggl sedikit utk tabur)gaul sebati.
  5. Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula jika perlu.
  6. Dah siap taburkan lebihan bawang goreng sebagai hiasan.
Ini ya rupa daun bay..

2 comments:

adda syuhada said... Balas

Sedapnyaaaa..
Rasa nak ambil semangkuk :)

LiNa_Pg said... Balas

Sedap ni mkn ngn ns panas² xde lauk lain pun xpe

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...