Friday, November 13, 2015

Resepi Dalca Ayam Kelantan Style LiNa Pg

Assalamualaikum...
Panjang siket tajuk n3 ari ni.Sengaja saya letak nama 'Dalca Kelantan' tu sebab Dalca Klate ni tidak menggunakan kacang dhal..sebagaimana dalca di lain2 negeri.Kalau di Penang sndri Dalca hanya sayuran semata..tadak sebarang lauk ayam/daging .Tp agak berlainan dengan Dalca negeri klate sebab ada lauk ayam/daging dalamnya dan jugak TIDAK menggunakan kacang dhal.Ianya menyerupai kari/gulai cuma ditambah sayuran dan kuahnya agak ceroi/cair tidak sepekat kuah gulai kawah..Bertepatan lah ngan maksud Dalca itu sendri dalam kamus dewan

The meaning of dalca is : Indian dish,curry with a mixture of ingredients

Wah x pasal2 kena belajar kamus dewan kan ari ni..itu semua knowledge kikii.
Memasak ni kena pelbagaikan cara..selalu makan yg Utara sekali sekala kita tukar selera ke Pantai Timur pulak.Barulah 1 Malaysia gitu.
Okeylah xo bebel dah jom la kita semak resepi..Ops sebelum tu Dalca Ayam ni saya makan bersama Nasi Kukus dan Ayam Goreng Bawang Putih bersama Sambal Belacan Goreng/Sambal Getuk.Resepi lain akan menyusul kemudian nnt..Hari Resepi Dalca dulu ya...
Camni la rupa dalca hasil air tangan LiNa Pg...Alhamdulillah sedap

RESEPI DALCA AYAM KELANTAN SYLE LiNa Pg
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan
  • 1/2 ekor ayam potong kecil-kecil (Daging tetel/dgg cincang pun ok)
  • 1 paket kecil rempah dalca (Kalau xde gn rempah kari ayam pun ok)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 3 hiris lengkuas (kisar
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 biji terung bulat (belah 6)
  • Sedikit kacang panjang (kerat2)
  • 2 biji kentang (potong kiub)
  • 1 biji karot (potong)
  • 2 biji cili merah (patah-patahkan)
  • 2 biji cili hijau (patah2kan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 asam keping
  • Bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis 
  • Minyak
  • Air
  • Garam dan gula/perasa
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga hingga terbit bau.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga agak garing sedikit.
  3. Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.Jadikan pes pekat.
  4. Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam gaul bersama rempah hingga sebati.Biarkan sebentar hingga ayam kecut dan mesra dengan rempah tumisan.
  6. Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula/perasa.Tambah air sama paras dengan ayam.
  7. Biarkan hingga ayam 3/4 empuk.Setelah itu masukkan santan dan tambah air secukupnya.
  8. Masukkan kentang, karot, dan terung.Masak hingga ayam dan kentang betul2 empuk.
  9. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa sesedap rasa.Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.Biarkan selama 1 min.Tutup api.Sedia dihidang.

3 comments:

ezzyra said... Balas

Dap ah

ezzyra said... Balas

Dap ah

Sue Norrman said... Balas

Salam kak... bertemu di sini kita dan baru sempat berkunjung. Thanks kak.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...