Resepi Jemput-Jemput Sedap Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

By LiNa_Pg - Monday, November 30, 2015

Assalam..
Bersiaran di pagi Isnin yang nyaman..cuaca sejuk di luar sana di musim tengkujuh..banjir di sana sini...Semalam Pulau Pinang juga di landa banjir kilat..banyak tempat dinaiki air..diharap semua yg terlibat bersabar dengan dugaan ni..Alhamdulillah..kawasan perumahan saya ni tidak dinaiki air..tambahan pulak kami tinggal di 'kayangan' hahaa..
Okey berbalik pada tajuk n3 ari ni..sangat sesuai la dimakan time hujan2 camni...ekceli saya buat kemarin cucur ni..sebab kemarn tak keluar ke mana-mana...terperap kat rumah, mulalah buat saya lemau...asyik nk mencari kerja..godek2 lah buat cekodok ni heheee..
Apa yang istimewa cucur kali ni menggunakan tepung beras..satu kelainan dari segi tektur jemput2 ni..iaitu rangup dan garing di luar tapi lembutttt..gebu husband kata macam muffin kat dalam...Memang sedap..Resepi asal menggunakan pisang tp saya tukarkan guna kurma..so,kena adjust sukatan tepung tu siket...

Jemput-Jemput kurma...jangan dipandang sebelah mata..sebab ianya sedap..belum cuba belum tau hahaa..

RESEPI JEMPUT-JEMPUT KURMA RANGUP DI LUAR LEMBUT DI DALAM
Sumber MamaDee

Bahan-Bahan

  • 3 biji pisang saiz besar (LiNa Pg guna 10 biji kurma -rebus bg lembut,then blend)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/4 cawan tepung gandum (LiNa Pg tambh 2 sb lagi)
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • Secubit garam
  • 1 sudu besar gula (LiNa Pg guna 2 sb)

Cara-cara

  1.  Lenyekkan pisang.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung beras, soda, garam dan gula ke dalam pisang yg telah dilenyekkan tadi.
  3. Biarkan selama 30 minit.
  4. Panaskan minyak.
  5. Guna 1 sudu untuk mengambil adunan jemput-jemput. Manakala 1 sudu lagi digunakan untuk tolak adunan jatuh kedalam minyak. Buat dengan cepat. Supaya jemput-jemput yang dihasilkan bulat2 dan kecil molek.(LiNa Pg jemput guna tangan jer semasa nk menggoreng)
  6. Sentisa kacau supaya jemput2 terbentuk bulat dan menarik.Goreng dgn menggunakan api sederhana sehingga masak.
  7. Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidang

  • Share:

You Might Also Like

0 comments