Wednesday, November 4, 2015

Resepi Zucchini Goreng Rangup

Assalamualaikum...
Zucchini goreng ni saya buat bersama dengan GULAI LEMAK IKAN TONGKOL lagi tp versi tertunggak hihi...cam biasa lah n3 tempahan akan potong Q.
Hajat di hati nk buat macam Peria Goreng tu cicah dengan sambal belacan..bila goreng zucchini ni saya try la makan sekeping..alahai sedap la pulak..dak sarah pun tertipu dia ingatkan keropok kih..kih..kih..padan muka xmakan sayur sangat..Maka x jadilah dibuat cicah sambal belacan..kami makan sebagai kudapan..Rugi pulak sebab buat 1/2 batang jer..Ok la resepi testing kan..
Sedap makan panas..rangup jer.

RESEPI ZUCCHINI GORENG RANGUP
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan
  • 1/2 batang zucchini hijau
  • 3 sudu besar tepung jagung (atau secukupnya)
  • 1 sudu besar tepung beras (atau secukupnya)
  • Sedikit rempah kari ayam/daging
  • Sedikit garam/serbuk ayam/serbuk cukup rasa
  • Sedikit lada sulah (LiNa Pg guna ajishio)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 biji putih telur
  • Minyak untuk menggoreng (Deep fry)
Cara-Cara
  1. Hiris nipis zucchini,basuh dan toskan.Kemudian keringkan dengan kitchen towel.
  2. Satukan semua bahan kecuali zucchini,minyak dan telur.Gaul sebati.
  3. Zucchini dicelup ke dalam telur kemudian salut dengan campuran tepung.
  4. Pastikan ianya bersalut rata.
  5. Panaskan minyak, masukkan zucchini satu persatu supaya tak melekat antara satu sama lain.
  6. Goreng hingga golden brown, balik-balikkan zucchini supaya masak sekata.Angkat dan toskan.
  7. Sedia dihidang, boleh dimakan bersama sambal belacan mcm peria goreng.Tp LiNa Pg makan camtu jer sbb sedap macam kerepek hihi
Note LiNa Pg: Kena pandai kawal api.(Api terlalu besar gorengan akan cepat hangus, api kecil zucchini akan menyerap minyak dan menjadi lemau/tidak rangup)

2 comments:

Bbwana adienia said... Balas

Nampak menarik pula bila buat macam tu kan kak lina..

adda syuhada said... Balas

terliur nak makan

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...