Friday, February 27, 2015

Resepi Asam Pedas Nyonya (Sedap Ya Ampun)

Assalamualaikum...
Gara-gara melayan Asam Pedas Untuk Dia slot Dahlia di TV3 tu gigih mencari bahan2 untuk buat Asam Pedas hihi..Bukan apa bila tengok si Ziyat tu makan Asam Pedas penuh nikmat kita yg kat umah ni pun terliur sangat2...kuat tul pengaruh tv ni kan kikiiiiii.Maka terhasil la Asam Pedas Nyonya ni.Biasanya saya menggunakan resepi Asam Pedas Melaka, kali saja mencuba kelainan pulak.Bila tengok bahan2 lebih mudah dan kuahnya juga pekat memang dapat memikat selera isi rumah ni...Walaupun kuah nampak merah menyala,tp sebenarnya ia mesra kanak2 hehe
 Kami memang suka asam pedas yg pekat2 camni..Pic cam gelap sket sbb snap kol 7pm

RESEPI ASAM PEDAS NYONYA
By: Malina LiNa Pg
Sumber : Chef Florance Tan Dan Dapur Digital

Bahan-Bahan:
  • 4 keping ikan tenggiri
  • 1 kuntum bunga kantan - belah 2
  • sedikit daun kesum
  • Air asam jawa secukupnya
  • 1 kiub ikan bilis
  • 8 biji kacang bendi
  • 1 biji buah tomato (belah 4)
  • minyak utk menumis
  • garam dan gula/perasa
Bahan Kisar:
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 2 batang serai - ambil bahagian lembutnya sahaja
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup
  • sedikit belacan (LiNa Pg xletak)

Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan bertukar warna dari kuning merahan menjadi pes berwarna merah menyala. Ini memakan masa agak lama, menggunakan api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangit di bawahnya.
  2. Kacau sekejap masukkan bunga kantan apabila dah naik bau masukkan air asam jawa, kiub ikan bilis, ikan dan air secukupnya.Renehkan sebentar hingga kuah agak pekat
  3. Rasakan garam, bila ikan hampir masak boleh lah masukkan kacang bendi dan daun kesum dan tomato
  4. Didihkan 2-3 min boleh lah diangkat.

Thursday, February 26, 2015

Resepi Ketam Goreng Telur Masin

Assalamualaikum...
Fenomena Ketam Goreng Telur Masin ni cam dah slow down dah...2 tahun lepas agak rancak juga di dunia maya ni...Saya ni cam biasalah susah sket nk terpengaruh.Bukan apa bila membayangkan ketam dimasak ngan telur masin cam pelikkkkkk jer.Tu yglangsung tak berminat nk mencuba.Tapi bila ada resepi dari Kongsi Resepi melintas di fb terus menarik perhatian saya untuk mencuba.Ramai tul rakan2 blogger yg telah mencuba.Tapi saya tertarik dengan Keta Telur Masin dari dapur org Austrlia ni sangat cantik sekali posing ketam dia hehe..Terima kasih Dee berjaya menarik perhatian kak lina.Menurut dee resepi ni dia ambil dari Dapur Kecah.So, saya sertakan link kedua2nya sebagai reference.Bagi yg belum mencuba Ketam Goreng Telur Masin ni bolehlah cuba InsyaaAllah korang tak kan menyesal sbb sangat senang dan hasilnya mmg menjilat jari...
 Waduh enak bangettttt Ketam Goreng Telur Masin ni

RESEPI KETAM GORENG TELUR MASIN
By: :LiNa Pg

Bahan-Bahan:
  • 2 ekor Ketam 
  • 4 sudu besar Mentega (LiNa Pg gn 25g sahaja)
  • 3 biji Bawang Putih dicincang
  • 6 btg cili padi dipotong 
  • Daun kari lebih kurang setangkai
  • 3 biji telur masin direbus (LiNa Pg 2 biji gn semua sekali)
  • 1/2 tin Susu Cair (LiNa Pg gn 4sudu besar shj)
  • Sedikit garam dan gula 
  • 2 sudu besar tepung jagung
Caranya
  1. Bersihkan ketam dan potong dua.  Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit.  Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.
  2. Lumurkan ketam dengan tepung jagung dan garam.  Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
  3. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati. Tunggu sehingga kuah memekat.  Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
  4. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang! 
mmg terangkat abes la Ketam Goreng Telur Masin ni..Rasanya 5* walaupun gambar kucar kacir kikiii

Tuesday, February 24, 2015

Terima Kasih Sekali Lagi Majalah Aroma Mac 2015

Alhamdulillah....
Syukur kerana diberi peluang sekali lagi oleh Editor Majalah Aroma iaitu Puan Siti Dimiati untuk saya berkongsi resepi dalam Majalah Aroma Edisi Mac 2015.Segalanya berjalan lancar, syukur Alhamdulillah semuanya beres dalam masa 3hari sahaja.Cuak jugak takut tak sempat nak submit sebelum dateline memandangkan saya agak bz tahun.Sebelum ni blog TMK pernah berkongsi resepi dalam Aroma Edisi Oktober 2014 .Bila diberi peluang sekali lagi excted tetap juga sama haha.Keluaran kali ni memaparkan 10 resepi dari blog.Memandangkan semua telah tersedia jadi cepat sahajalah bahan tu di hantar ke pihak Majalah.Antara resepi yg dikongsi ialah Ayam Kicap Pedas Madu Karipoley (Resepi kak Ina Terminal Hijrah) Rassam Telur (resepi ct), Sticky Caramel, Asam Pedas daging, Gerang Asam, Kek Kastad Pandan, Puding Marble dan beberapa yang lain.Terima kasih kepada kak rosaliza org terawal yg dapatkan majalah ni di pasaran..cekap tul dia hehe....Jom kawan2 dapatkan Aroma sudah berada di pasaran seb CNY lagi

 This time lalink n Maisarah enterframe sekali haha





 Beberapa resepi LiNa Pg ada kat cover depan tu
Resepi yg saya kongsikan page 38-45

Monday, February 23, 2015

Resepi Nasi Beriani Ayam

Assalamualaikum...
Nasi Beriani ni dah macam signature dish dah...Bila ada sedikit kerajinan terus buat nasi beriani bersama setnya..Cuma kali ni saya buat ringkas sedikit masukkan ayam terus ke dalam nasi sbb tak banyak nak sediakan..Nnt terkejar2 nk ambil Maisarah balik tadika..Bayangkan kol 9am sampai umah pas hantar dia...terus pecut masak ni..kol 11.30am kena siap2 kuar untuk pick dia blik tadik..Betapa kalutnya buk supir ni huhuhu..
Anak2 suka makan nasi dan ayam, jadi saya masuk ayam dalam nasi xperlu lagi nak sediakan ayam masak merah atau apa2 menu ayam...Haa kan senang tu..Aksesori tambahan ialah Beriani kambing lerr dan acar mentah..Jadi la tu...
Okey x?rasa terancam diet x?Gambar agak kucar kacir sbb saya xmo snap lelama nnt sejuk lak nasi dan lauk tu...snap lebih kurang jer..terus santap

RESEPI NASI BERIANI
By : LiNa Pg

BAHAN-BAHAN:
  • 4 cawan beras basmati ( cuci bersih dan rendam ~20min)
  • 4 cawan air rebusan ayam (boleh guna air biasa jer)
  • 2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
  • 1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
  • Rempah tumis 4 beradik (Bunga lawang, b.cengkih,pelaga,kulit kayu manis)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 5 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 1 kiub ayam maggi
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
  • Minyak sapi / minyak masak / mentega

CARA PENYEDIAAN:
  1. Panaskan minyak,tumiskan bawang merah & rempah 4 beradik hingga wangi dan sedikit garing
  2. Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, gaul ayam bersama rempah tumisan.iarkan hingga ayam separuh masak.
  4. Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut.Kacau hingga beras separuh masak al dente
  5. Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
  6. Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
  7. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkitkan aroma nasi beriani ni.
  8. Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasan

Wednesday, February 18, 2015

Tempahan Kek Minyak

Assalamualaikum...
Hari ni nak tayang tempahan kek minyak, 2 biji pos ke Seri Kembangan dan sebiji internal (Penang jer)Alhamdulillah yg pos dah selamat sampai ke tuan punya dah pun.Buat pagi Isnin, pos tengahari tu..esok tu (selasa) dah selamat sampai..Terima kasih buat semua regular kastemer saya


 Pink mmg xleh tinggai la haha...2 biji ni yg pos

 yg ni coklat marble..marble ke mana ntah bila kek naik menggebu..xpo la janji sedap..kang dah potong nampak la belang2 tu kikiii

Tuesday, February 17, 2015

Resepi Beriani Kambing

Assalamualaikum...
Sejak2 pandai makan kambing ni selalu jer beli kambing bila nampak yg fresh...tp resepinya pusing2 masak yg sama jer kikiii..Kalau bukan Kambing Gulai Bawang Goreng, Gulai Kawah dan Kambing Beriani..pernah terdetik nak buat kurma tp cam x sesuai ngan daging bertulang yg dibeli ni.Kali ni ulang siar la jawabnya..Beriani Kambing in da house...Jangan la bosan ya...walaupun ulang siar saya tetap tepek resepi senang xyah cari2 dah...Mmg kami sekeluarga suka sangat menu tanpa santan camni..Alhamdulillah sedap kat tekak kami..Nak cuba??silakan...
 cicah ngan roti pun sedap gak ni..kuah pekat2 mmg terangkat

RESEPI BERIANI KAMBING
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan
  • 1 kg kambing yg bertulang 
  • 2 paket rempah beriani maggi (1 paket 50g)
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 2 biji cili merah 
  • 2 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar (belah 4)
  • 6 ulas bawang merah (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3 cm halia (kisar)
  • Daun ketumbar (kisar) simpan sedikit untuk hiasan
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar gula merah/gula melaka
  • Rempah 4 beradik (b.lawang, b.cengkih,k.kayu mnis, pelaga)
  • 2 helai daun pandan (simpul)
  • Minyak sapi/myk msak
  • Garam/gula (perasa)
  • Air
Cara Penyediaan
  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik bersama bahan kisar, daun pandan dan cili giling.
  2. Tumis hingga wangi dan garing.Masukkan gula melaka/gula merah, tumis sekejap lagi.
  3. Masukkan pes beriani, tumis hingga pecah minyak.Masukkan tomato puri.Kacau sekejap.
  4. Masukkan kambing gaul sebati dengan bahan tumisan.
  5. Biarkan hingga kambing hampir empuk (kacau sekali sekala)Tambah air jika perlu
  6. Masukkan garam, gula/perasa.Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk dan kuah pekat.
  7. Sesuaikan rasa, masukkan bawang besar, tomato, cili hijau, cili merah dan hirisan ketumbar
  8. Dah siap, tutup api.
nyum..nyum...

Monday, February 16, 2015

Resepi Ayam Goreng Serai Beraroma

Assalamualaikum...
Bila dalam peti ais tinggal kepingan dada ayam, mulalah pening nak masak apa.Selalunya saya akan simpan untuk dimasukkan ke dalam bihun atau mi goreng..Kali ni nmpk byk pulak sbb dari 3 ekor ayam.Nampaknya kena buat lauk dengan dada ayam ni.Hurmm kalau ayam goreng kunyit tu biasa sangat dah.Saja nak cuba sesuatu yang baru pulak.Maka saya pun gugel..terhasil lah Ayam Goreng Serai Beraroma ni..Cam tak abes jer ayat tu..sebenarnya aroma macam2..serai, daun limau purut, bunga kantan dan daun kari..tambah lak ada menggunakan pes tom yam...lagilah mabeles.
 Sedap makan dengan nasi panas...

RESEPI AYAM GORENG SERAI BERAROMA
Olahan : LiNa Pg
Asal : Liza (Intai Dapur) Dan Chef Wan

Bahan A
  • 4 keping dada ayam (potong kecil)
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Minyak
Cara
  1. Satukan semua bahan A (kecuali minyak) perapkan sebentar.
  2. Goreng ayam hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Ketepikan
Bahan B
  • 2 batang serai (hiris)
  • 1 kuntum bunga kantan (hiris)
  • 10 tangkai cili padi (hiris) LiNa Pg ketuk sket 
  • 3 helai daun limau purut (hiris) LiNa Pg siat2 jer
  • 5 helai daun kari
  • 5 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 1/4 cawan air (LiNa Pg xletak-terlupa lak)
  • 1 sudu teh madu
  • 1 sudu besar mayonis
  • Garam, gula/perasa
Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak (guna minyak lebihan menggoreng ayam td) dan tumiskan bawang merah, bawang putih hingga garing dan wangi.
  2. Masukkan serai, daun limau purut, bunga kantan dan daun kari.Tumis sebentar.
  3. Masukkan pes tom yam.Gaul sebati dengan tumisan
  4. Masukkan air, madu dan mayonis serta ayam, kacau rata.Sesuaikan rasa
  5. Tutup api.Sedia untuk dihidang

Friday, February 13, 2015

Resepi Ayam Goreng Berempah Beriani

Assalamualaikum....
Ayam..ayam..dan ayam...itulah kegemaran anak2.Dah mati kutu nk masak apa.Kadang2 goreng bodow jer la.Kali goreng cerdik sket sbb berempah bagai..Lagi la syok anak2 makan..Tambah lak kalau makan yg panas2 lagi tu ngan nasi panas lagilah terangkat..Kalau ada yang berminat nk cuba..meh la semak resepi

Sedap makan ngn nasi putih atau nasi berperisa..ratah pun sodap hihi 
RESEPI AYAM GORENG  BEREMPAH BERIANI
By :LiNa Pg
Sumber: DayangJack

Bahan-Bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan) 
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung (LiNa Pg gn tepung bistari)
  • 2 sudu besar rempah beriani 
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili 
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • 1 sudu makan kicap pekat (LiNa Pg xletak terlupa)
  • 1 sudu makan pes asam jawa (LiNa Pg xletak)
  • garam dan gula secukupnya 
Bahan-Bahan kisar :
  • 6-7 batang serai 
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 4 ulas bawang putih

Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

***ayam ni sebelum diperap bersama perencahnya, DJ rebus 1/2 masak terlebih dahulu dan kemudian ditoskan dan barulah diperap. Ini utk mempercepatkan lagi masa memasak dan mengelakkan ia terhangus. LiNa Pg goreng terus tanpa rebus terlebih dahulu..tu yg hangus sket kikiiii


*****************************************

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA TGNA, ALLAHYARHAM HASBULLAH AWANG JUGA BUAT IBU SAUDARA SAYA CHIK FAEZAH (TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 12 FEB 2015) SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT..AL FATIHAH BUAT MEREKA SEMUA...

Thursday, February 12, 2015

Resepi Ayam Masak Merah Madu

Assalamualaikum...
Alhamdulillah ari ni sempat gak update blog..Okey n3 pendek jer..Gambar n resepi.Malas nk bebel sakit tekak (errr bebel ngan keyboard pun sakit tekak gak ke kikiiiiii)Kalau ada yang berminat bolehlah mencuba.Ramai yang dah tau buat ayam masak merah ni..tp saya share jugak la Ayam Masak Merah cara saya buat ni..
 Enak dimakan dengan nasi berperisa, nasi putih pun sodap gak hihi..

RESEPI AYAM MASAK MERAH MADU
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 5 ulas bawang merah ( blend )
  • 3 ulas bawang putih ( blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3 sudu makan cili giling
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 3  sudu makan tomato puri/sos tomato
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam, kunyit dan Gula/perasa
  • Sedikit gajus dan daun ketumbar
  • Buah tomato belah 4 (atau tomato ceri)
  • Bawang goring (jika suka)
  • Air
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Ayam dibersihkan, perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng hingga masak dan ketepikan
  2. Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan serai yg telah diketuk
  4. Masukkan cili giling dan juga gula merah tumis hingga pecah minyak
  5. Masukkan tomato puri, sos tiram dan madu. Kacau sebentar
  6. Masukkan ayam, gaul sebentar dengan bahan tumisan (Tambah air jika ingin lebih berkuah)
  7. Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula/perasa jika perlu)Tak boleh terlalu masin sbb ayam dah diperasakan dengan garam kunyit
  8. Akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar,tomato ceri dan gajus.Taburkan bawang goreng semasa menghidang

Monday, February 9, 2015

Resepi Puding Kastad Marble

Assalamualaikum...
Cuaca sekarang ni sangat panas...terasa nak makan sesuatu yg sejuk..apa lagi terus la memuding..Lama juga tidak memuding dan test skil puding yg gempak sket hehe..Okey untuk seisi memanaskan bdan ni kite buat yg simple2 dulu.Janji sedap kat anak tekak okey la tu...Okey untuk minum petang..Kami makan Puding Kastad Marble.Leih kurang macam roti jugak tp lebih simple.Jom semak resepi
Lemak2 manis yg sedang2 saja...nyum2..

PUDING KASTAD MARBLE
By: LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan

  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 2 cawan air
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 2 biji telur A
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit coklat paste/choc emulco
  • 1 sudu besar tepung kastad
  • 3/4 cawan gula

Cara-Cara

  1. Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk. Biar hingga agar2 dan gula hancur
  2. Sementara tu, bancuhkan susu cair, telur,esen vanila dan tepung kastad.Kacau sebati.Kemudian tapiskan bancuhan ini ke dalam periuk berisi agar tadi.
  3. Kacau adunan menggunakan hand whisk hingga nampak pekat sedikit.
  4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.1 bahagian dicampur dengan coklat paste/choc emulco.Dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal.
  5. Marble ikut kreativiti masing2.Setelah itu sejukkan dalam peti sejuk.Apabila puding mengeras dan sejuk.Sedia untuk dinikmati

 Enak..dan ringkas

Thursday, February 5, 2015

Resepi Tom Yam Seafood

Assalamualaikum...
Minggu ni cam terajin lak update...Alhamdulillah tu maknanya ada sedikit ruang untuk menulis dan buat n3...tp cam biasa la tulis yg ringkas2 jer.Tom Yam ni sebenarnya peberet kami seisi keluarga tp malangnya saya tak pandai nk buat..pernah beberapa kali mencuba tapi still tak mencapai piawaian tekak saya..(ahli majlis yg lain dah kata sedap) Bila Maz berkongsi resepi tom yam yg selalu dia buat, saya pun terus cuba..Ekceli ni dah kali ketiga saya guna resepi yg sama...tp br pestaim buat n3 hihi...Alhamdulillah sangat2 menepati selera dan lulus cemerlang piawaian tekak saya...suka..suka...terasa bangga lak bila berjaya buat tomyam yg sedap untuk seisi keluarga(bukanlah bangga takbur tu)Tapi bangga yg hepi tuh...Jangan salah paham lak ya..no..no...
Terima kasih ya Maz...saya share resepi kat sini pulak
 Sedap hirup kuah...masam,masin pedas2 manja...cukup rasa...

RESEPI TOM YAM SEAFOOD
By: LiNa Pg
Sumber : Maz IlhamDapur

Bahan-bahan

  • 12 ekor udang saiz sederhana besar 
  • 2 batang serai - ketuk 
  • 2 inci lengkuas - hiris nipis/ketuk (xletak lupa)
  • 2sb pes tomyam - maz guna pes thai yang dalam botol tutup biru (LiNa pg pun sama gak)
  • 1/3 cawan santan (LiNa Pg gn 1/4cawan)
  • 5-6 helai daun limau purut 
  • 1 biji limau nipis - amik jus
  • 1 biji tomato belah 
  • 1 labu bawang besar - belah 8 
  • 2-3 biji cili padi - ketuk 
  • daun ketumbar 
  • secukupnya garam dan gula secukup rasa 
  • 2 sb sos ikan (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
Cara

  1. Masukkan serai dan lengkuas ke dalam periuk bersama 2-3 cawan air (agak-agak la ye biar sesuai dengan bahan rempah dan santan). 
  2. Kemudian masukkan santan dan masak hingga mendidih sambil dikacau sekali sekala. 
  3. Masuk semua bahan lain dan udang kecuali daun ketumbar
  4. Perasa secukup rasa biar ada rasa masam sikit dan udang(dan sotong) masak dalam 4-5 minit. 
  5. Padamkan api dan tabur daun ketumbar.
Ada rezeki boleh gunakan udang besau..lagi terangkat

Wednesday, February 4, 2015

Resepi Puding Roti Bakar Sos Kastad

Assalamualaikum...
Baru balik dari hantar Maisarah ke tadika, cepat2 buat n3.Jap lagi nak masak pulak..Segalanya serba pantas sekarang ni..Bz tul jadu supermama ni..Okeylah Puding Bakar terhasil bila mana sebungkus roti  tak terusik tgk date nak expired dah..nak buat puding roti marble yg dah biasa sangat...Bosan gak agak repeat yg tu jer.So saya godek2..jumpa yg versi kukus..malas benor nk kuarkan kukusan..cari lak yg versi bakar...Terjumpa umah hana (mana la hana pi...rindu tul kat dia...tetiba touching lak huhu) Tengok bahan2 semua ada..apa lagi ON terus la projek Puding Roti Bakar ni..Sat jer nak buat pun..nk makan lagilag sat kikiii...Sambil2 tnggu puding dibakar, terus godek2 buat sos kastad.Okey lah meh kite tgk resepi..
Sesuai untuk minum petang..Makan satu pun dah kenyang sbb ada roti, telur dan susu..

RESEPI PUDING ROTI BAKAR SOS KASTAD
By : LiNa Pg
Sumber : Hana n Syapex

Bahan-bahan 
7-8 keping roti
* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon (LiNa Pg xletak)
2 sudu besar butter - cairkan
3 sudu besar kismis (LiNa Pg guna sultana)

Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

Cara-cara
Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)

Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

***LiNa Pg buat setengah adunan dia atas guna remekin dapat 6 bekas remekin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...