Tuesday, March 31, 2015

Salak Denai Chalet Siti Khadijah

Assalamualaikum...
Mandi manda di Salak Denai lagi...Dah macam aktiviti tahunan lak mandi manda sampai lebam kat chalet ni.Nak wat camana anak3 mmg suka sangat aktiviti camni.Lagipun xjauh sangat..Kat Yan Kedah tu jer.Lagipun best sangat piknik kat sini.Kali ni cuma kami sekeluarga jer yg ke sini.Tak seperti kebiasaannya ada adik beradik lain yang joint.Sebelum ni kami pernah menginap di Chalet Siti Saffiya  dan juga Chalet Siti Aisyah Info dan juga contact no owner sila tengok di n3 Siti Saffiya.
Apa yang best di sini ialah setiap Chalet ada kolam mandi yg tersendri.Hanya untuk penghuni chalet berkenaan sahaja.Pastu ianya dipagar sekeliling..so private la nak mandi manda dengan pelbagai aksi hahaaaa...Memang best..kami dah cuba kesemua chalet besar kat sini.
INI MERUPAKAN PERSONAL BLOG LiNa Pg BUKAN BLOG SALAK DENAI.SEGALA PERTANYAAN CONTACT OWNER CHALET (ADA DLM N3 CHALET SITI SAFIYYA) SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA) NO HP SAYA HANYALAH UNTUK TEMPAHAN KEK SAHAJA.DIULANGI TEMPAHAN KEK SAHAJA

 Depan Chalet Siti Khadijah..time nak check out dah ni.Chalet ni mmg pesen 'tak siap' cenggini bhgn luaran..But we don't care...yg penting kolamnya best
 Kolam mandi air mengalir terus dari bukit...sejukkkk...Gambar atas kolam budak..gambar bawah tu kolam dewasa..Pagar konkrti kat belakang pool tu.So orang lain xleh skodeng
Chalet Siti Khadijah...ada 2 bilik tido (2 bilik air) bilik persalinan (tepi kolam)dapur, ruang BBQ
 Puteri duyung ni mmg xreti sejuk...sampai2 jer terus mandi kolam...sampai ke malam..Esok pagi sebelum check out sempat mandi dulu seround.Pelbagai aksi kuak lentang..gaya santai..I'm the boss semua ada
 Muka sejuk tp xmo naik..mandi la sayang sampai kecut hahaaa
 Sebelum check out sempat lagi mandi manda sejam...jom slide
 kebaboommm...dalam kolam besar lak
 Abah pun xmo ketinggalan..aksi terlampau ni kikiiii
 Jom...terbanggggg
 Terjun kolam gaya bebas secara berjemaah pulak.Maisarah rilek jerrrr
 This time...sarah pun joint
 Ada tanjak tu nak jadi pandalela sambil dikawal ketat oleh life guard...yg dua2 x reti berenang kikiiii
 Mandi2 jugak...sambil tu BBQ sambil perasap chalet halau nyamuk kikiiii
BBQ dah abes...tp lapar pulak,kakak n abang long tolong goreng bihun..mama lak jadi life guard maisarah...mandi seisi malam

Friday, March 27, 2015

Apa Yang Menarik Di Perlis?

Assalamualaikum....
Tajuk kemain lagi ya hahaa...Ekceli cuti sekolah lepas,kami sekeluarga mengadakan siri jelajah Perlis (jelajah la sangat)Plan macam2 mula2 nk tengok LIMA kat Langkawi tp sbb last minute plan hotel dah full tiket flight pun mahal ya ampun.Pastu abang long kata jom pi Melaka..haish Melaka baru jer pi bulan 9 tahun lepas.Si kakak lak kata jom pi KL (nk makan metaball IKEA katenya)Bulan 11 baru pi KL...tak larat ngan jem jer ngn org ramai.Tetiba husband kata jom pi Perlis la dekat sket.Hah..Perlis??cam x percaya jer..Okey la Perlis pun Perlis la janji boleh coti2 Mesia..tido hotel hahaaa..Pada saya Perlis ni sangat sesuai untuk orang yang suka makan sebab banyak makanan yg menarik kat sini..Ada yg saya tak pernah makan pun jumpa kat sini...Antara yang menarik di Perlis ialah yang sempat kami singgah ialah:
  1. GUA KELAM
  2. PADANG BESAR
  3. WANG KELIAN
  4. KUALA PERLIS (IKAN BAKAR)
  5. MASJID TERAPUNG AL HUSSIN
GUA KELAM
Lepas check in di Hotel Seri Malaysia, kami terus menuju ke Kaki Bukit iaitu Gua Kelam.Dengan bayaran tiket rm1 bg dewasa dan 50sen bg kanak2 kami terus menjelajah Gua Kelam.Menarik dan berbaloi dengan bayaran semurah tu.Cantik jugak pemandangan dalam gua dan sekitar tu.Jom kite tinjau
Tiket dah ada...jom kite masuk
Welcome to Gua Kelam..apa yang menarik kat dalam ni???
Keadaan dalam gua...mmg agak kelam dan gelap jugak di sesetengah tempat..
Jom..masuk lagi...seram jugak ngan titi gantung kami lalui tu ada setengah papan dah patah..so watch your step
Keadaan sebenar...mmg gelap.kena suluh guna torch light...lampu ada tp jauh2 jugak la kedudukan lampu2 tu
kat hujung gua...ada lak secret garden...cantik la jugak 
Peace yoo
 Meh kite tinjau kat menara tinjau ada apa kat sini
 Pantang nampak air..nak tengok 'fish' katenya
 Secret Garden...
 Ehem...ehem...wif my lalink
 Secret Garden ni ala-ala Unsung Places gitew
 Berdua....
 Cantik kan??Banyak lagi shoot yg menarik tp malas nk letak banyak2 tak larat nk edit haha...Kesimpulannya very nice place untuk yg suka menembak

PADANG BESAR
Padang Besar ni syurga membeli belah..kalau yg suka shopping tu mmg xmo balik la jawabnya.Tapi bagi saya sekadar jamu mata sahaja sebab harga barangan kat sini adalah lebih kurang jer dengan harga di Rantau Panjang.So baik saya beli kat Rantau Panjang jer..Dalam x shopping tu ada jugak la yang ikut balik kikiiiii...
Owh..kat sini ada satu kedai makan yg best.Pada mulanya kami sekadar nak minum2 jer sebab panassss sangat kawsan ni.Lagipun masih kenyang sebab bekfas kat hotel.Biasa la balun macam2 kan?Tapi terorder jugak makanan dek kerana keramahan tuan kedai dan makanannya memang sedap.Sebab?kami yg tengah kenyang pun masih terasa keenakannya
Padang Besar...snap dr dalam Arkid jer sbb panas wey kat luar sana
 Inilah yang menarik perhatian saya di Padang Besar...Tom Yam Kelapa..sedappppp...sebiji tu rm15.Berbaloi sebab dalam tu ada macam2 lauk..
Yang rare susah nk dapat kat tempat lain.Nissan putih@ nise Thai untuk buat somtam.Beli kat Padang Besar
Dan yang ni jugak paste Tom Yam Pum...direkomen oleh orang2 yg jual tom yam kat Padang besar ni.Saya beli jugak la yang tutup biru tu sebab dah biasa guna brand tu..

WANG KELIAN
Seterusnya ialah Wang Kelian...juga merupakan syurga membeli belah dengan harga yang murah.Tapi sekarang ni duit Malaysia jatuh merudum kurang seronok jugak lah sebab rate sama jer dengan baht Thai huhu...Beli jugak la sket2 apa yang patut...Seronok tengok deretan kedai cam pasar tani gitu...super hot kat sini ya...
Welcome to Wang Kelian...border Malaysia/Thai
Ada lak yg sibuk menempek time org snap gambar..kan dah kena blur haha
Jom jalan kaki masuk Thai..wah..hebat gitew..xyah paspot xyah border pass...free flow
Lepas jalan kaki masuk Thai..sempat lagi posing kat sini kih..kih..
Banyak motorsikal yang bawa pessenger..sbb nnt bila jalan2 sampai ke hujung nuuuuuuuu mesti x larat nk jalan blik...apa lagi naik la motor tambang ni...Suma pakai vest oren..yg sorang pakai jaket oren BAM BAM tu bukan bawa motor tambang ya..
 Gini la keadaan di Wang Kelian ni...jauh nuuuu hingga ke bawah sana..
Jom la beli apa yang berkenan..
Kalerfull plastik makanan dia....
Budget dok ober C haha...
Ada coffee shop jugak..
Tapi kami memilih yang ini untuk dijamah...sedap..ais krim kelapa..

KUALA PERLIS (MAKAN-MAKAN)
Perlis juga terkenal dengan Ikan Bakar.Tapi disebabkan Penang juga terkenal dengan ikan bakar.kami rasa cam pelik pulak sebab ikan bakarnya pesen kaler kuning kunyit camni.Kalau yang Penang ada sambal2 gitew.Tapi sedap la jugak....boleh la tukar selera
Liza Mat Ikan Bakar.Lokasi sebelum jeti Kuala Perlis.Sedap jugak dan harga berpatutan..lebih kurang rate Penang jugak

Yang ni kat Medan Selera berhadapan Hotel Putera Brasmana..kedai apa lupa dah kedai no.3
Unik sket sbb ada jual menda alah ni...tuan kedai kata mentarang...Harga boleh tahan mahalnya huhu..

MASJID TERAPUNG AL HUSSIN
Terletak berdekatan dengan Medan Selera jugak...sayangnya kami ke sini waktu malam..tak nampak la masjid ni cam terapung sebab gelap..

Pic depan hotel time nk kuar makan...
Family room...with breakfast..okey lah makan kenyang2..boleh skip lunch..
Hari nak balik, layankan juga la princess nak mandi kolam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...