Wednesday, April 29, 2015

Tempahan Kek Buah Kukus Pos Lagi

Alhamdulillah rezeki tempahan kek buah kukus lagi.Baru stat panaskan oven dengan tempahan yg bermula bulan April.Kali ni kita panaskan pulak dengan kek buah...Harap2 saya dilapangkan waktu untuk mengukus 4jam siapkan permintaan kastemer.
Kali ini oleh kastemer yg setia dengan saya sejak tahun 2013 lagi.Beliau merupakan insan pertama yg kamikazi order kek buah melalui pos dengan saya.Boleh tengok kat n3 SINI  Terima kasih Mamanuri dari Ampang yg suka hasil kek air tangan saya.Cuma kali ni beliau request supaya gunakan butter Golden Churn (Saya gunakan butter SCS sebelum ni saya guna Butter Anchor) As her wish saya buatkan kek buah menggunakan butter tersebut.harga butter ni jauh lebih mahal dr SCS/Anchor tau..mmg bertingket2 beza harga.Sy caj lebih siket la hihi...janji kastemer puas hati dapat apa yg dia req...Harap2 kek buah ni sampai sebelum Jumaat sebab Jumaat ct Labour Day...Enjoy eating MamaNuri/Kak Noriah...
Ada yg berminat untuk menempah boleh la email kat saya.Email address ada kat sidebar...bawah gambar2 kek tu..atau Fb( Malina Lina Pg).Untuk tempahan raya pun boleh dah slow2...dah penuh kang saya tutup terus dah order...Jangan tangguh2 ya






Tuesday, April 28, 2015

Resepi Nasi Beringin@Nasi Serai Yang Sangat Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Lama betul xbuat nasi serai ni pada hal ianya sangat mudah.Bahan2 pun mmg sentiasa ada kat umah.paling sempoi guna beras biasa jer..xperlu beras basmati bagai.Kali ni saya gunakan beras siam..Cantik dan nasi pun xpatah.Nasi ni semuanya bahan asli..xde pewarna atau apa2 pun..aroma dari serai dan daun pandan mmg sangat menggoda jiwa raga semasa dalam proses memasak.Mmg membuatkan tukang masak x sabar2 nak makan hehe.Percaya x maisarah sangat suka makan nasi ni.Pada mulanya agak cuak jugak sbb saya tumis jintan tu nampak berbiji2 dalam nasi..takut lak budak2 x suka.Rupanya jintan yg garing tu sangat sedap bila tergigit.Dak sarah pun x perasan dia makan rempah..Menambah 3x tau hahaaaa...jangan x caya kikiiii..
Nak buat pun mudah,anak2 pun suka..len kali boleh buat lagi dan lagi..
 Simple yet...tasty
RESEPI NASI BERINGIN@NASI SERAI
By : Malina LiNa Pg
Sumber : SyidaMustafa (myR)

Bahan-Bahan 
  • 4 cawan beras biasa/beras siam/basmati
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • ½ biji bawang Holland (tumbuk)
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1 inci halia (tumbuk)
  • 6 Batang Serai (titik)
  • 1 helai daun pandan (simpul)
  • 1 sudu Besar butter/majerin
  • 4 cawan air (bergantung kpd jenis beras yg digunakan)
  • ½  cawan susu cair 
  • 1 kiub ayam
  • Sedikit gajus 

Cara-cara
  1. Panaskan periuk dan cairkan marjerin/butter, tumis jintan kasar dahulu kemudian diikuti bahan tumbuk dan serai.
  2. Tumis hingga terbit bau dan wangi.Tak perlu terlalu garing.
  3. Masukkan air, kiub ayam ,susu cair dan daun pandan.Biarkan mendidih dahulu.
  4. Kemudian masukkan beras (yg telah dicuci bersih).Masak seperti masak nasi biasa.
  5. Bila nasi telah masak,gembur-gemburkan nasi.Semasa menghidang letakkan gajus dan daun bawang (jika suka)
Walaupun hanya guna beras siam..tp hasilnya tetap cantik...yg paling penting sedap dan sangat mudah disediakan..

Monday, April 27, 2015

Tempahan Kek Buah Kukus (Pos) Dan Kek Minyak

Alhamdulillah....
Kek Buah pertama untuk tahun 2015, setelah berehat lama dari mengambil order.Masuk bulan April baru picking up gear satu heheee...slow2 kayuh.Masih mencuri2 masa untuk membaking..
Kek Buah LiNa Pg ke Seri Iskandar lak hari ni..Alhamdulillah...






 Kek Minyak Tempahan kemarin punya...2 biji orang yg sama

Friday, April 24, 2015

Tempahan Kek Coklat Moist

Alhamdulillah rezeki tempahan hari ni,sebiji kek coklat moist with simple deco..
Saiz 9in, berat ~1.8kg

Wednesday, April 22, 2015

Lagi Tempahan RVC Budget

Alhamdulillah....
Hari ni punya order...teringin nak merasa RVC budget bolehlah order...harga mampu milik...Self pick up ya kat rumah saya.
kali ni ada req tulis hepi besday..sesuai la untuk makan bertiga kek ni hehe

Monday, April 20, 2015

Tempahan Kek Minyak Dan Kek Karamel Slice

Assalamualaikum...
Masih dengan n3 order..adeh sori ya tuan umah agak kemalasan nk update masak2 lately..Lagipun byk masakan yg sama jer..tu yg malas nk snap..Tunggu bila rajin, tuan umah update masak2 lak..
Kek Karamel tu sebenarnya tuan umah yang teringin nak makan,so buat la sebiji.Makan setengah dan jual setengah dalam bentuk slice..Alhamdulillah dapat sambutan.Bila portion kecil camni senang nak jual..Makan sorang pun abes kan?
 Kek Minyak tempahan regular kastemer..
close up sket kek karamel slice

Thursday, April 16, 2015

Terima Kasih Nuffnang

Alhamdulillah...
Pasif income dari blogging..Terima kasih nuffnang byk tul BE (instilah lama) menyinggah..Tuan blog pulak kemalasan untuk upate..harap pasni semakin rajin..Syukur atas rezeki dariMu.
Xmuat nk prinscreen...ada lagi 3kot yg x termasuk dalam ni...Kawan2 sila cek akaun nuff masing2..kot2 ada rezeki

Monday, April 13, 2015

Tempahan RVC Pek Ekonomi Lagi

Alhamdulillah...RVC Pek ekonomi mendapat sambutan.Seronok juga sbb lama tak membaking.Buat pek budget camni ok sket sbb boleh buat ikut masa free kita.Kalau yang tempah kek sebiji tu kena ikut hari yang minta kastemer tu yang ssh sket sbb kekangan waktu.Hari Sabtu lepas saya ke Baking Shop aduh..bagai nak luruh jantung tengok harga bahan2 buat kek semuanya naik harga kecuali gula kastor yg menten harga lama...hurm fikir panjang jugak la nak angkut buat stok banyak2..Beli yang mana patut jer la.Dengan kenaikan harga kos bahan mestilah harga kek pun akan naik jugak..So,baik buat yg mini packed camni tak terasa sangat sebab kecik dan harganya sangat berpatutan...Sesiapa yang berminat boleh la order untuk merasa...Harga mampu milik dan rasanya insyaaAllah sedap..
Putih2 melati..merah2 delima heheee
Tempahan petang kemarin, pagi ni tinggal satu bekas yg akan di pick up sebentar lagi. RVC with cream cis frosting..mewah ngan cis tu...sangat berbaloi...
 si baldu merah pas kuar oven...cantik jer kejadiannya.

************************************
ANTARA KOMEN YANG SEMPAT DIRISIK..ALHAMDULILLAH MEREKA SUKAKAN RVC NI.TERIMA KASIH SEMUA



Tuesday, April 7, 2015

Tempahan Red Velvet Mini Packed

Assalamualaikum...
Lama betul  x ambil order kek dek kerana kebizian dengan tugas harian.Rindu tul ngan oven dan mixer.Seisi memanaskan oven dengan RVC mini packed.Alhamdulillah mendapat sambutan.Kalau ada yang berminat boleh email..
 Untuk permulaan 4 bekas dulu...
Mewah dengan cream cheese frosting..nyumm..nyum..
 Pas kuar oven...


Monday, April 6, 2015

Resepi Rasam Telur Mudah Dan Menyelerakan

Assalamualaikum...
Rassam atau Rasam tak tau la yang mana satu spelling yang betul..tapi yang penting ianya sangat ringkas,mudah dan cepat untuk disediakan....the best part is sedap dan membuka selera.Tambah2 untuk orang baru baik demam masih terasa2 pahit tekak camtu mesti akan berselera menjamah hidangan sedikit masam ni...Rassam Telur siaran ulangan kat blog ni dan dah banyak kali buat cuma x snap gambar jer.Kalau dulu anak2 dan abah semua pelik bila tengok hidangan ni..tapi sekarang semuanya dah tau dan pandai makan hehe..Okey la tu senang kije mama..Tapi si kecil masih belum terima menu ni..pelik siket selera budak sorang tu huhu...Kuah pun x layan hadoi...
 Rasam ni enak dimakan bersama ikan masin atau ikan pekasam..mmg layan abes..xyah dah lauk lain

RESEPI RASAM TELUR
Sumber : Zaliedana
Bahan-Bahan:
  • 3 Biji Telur (Boleh juga guna ikan talang masin)
  • 1 sudu teh jintan putih biji (Tumbuk)
  • 1/2 sdt lada hitam (Tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (Tumbuk)
  • 4 ulas bawang merah (Tumbuk)
  • 2-3 tangkai cili kering (potong dlm 1 inci)
  • 1-2 tangkai daun kari
  • 2 ulas bawang merah (mayang halus)
  • 1/2 sudu besar pati asam jawa (atau secukup rasa)
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit serbuk kunyit (untuk bagi nampak yellowish sket)
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak 
Cara-Cara
  1. Tumis hirisan bawang merah hingga garing, masukkan daun kari dan juga cili kering.Tumis sekejap hingga nak bau.
  2. Masukkan bahan kisar/tumbuk tumis hingga pecah minyak dan naik bau,
  3. Masukkan semua bahan kecuali telur.Setelah kuah mendidih,pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah.
  4. Biarkan sehingga telur masak dan kuning telur set (keras sedikit)
  5. Seimbangkan rasa.Tambah garam/gula/perasa (jika perlu).
  6. Dah siap.Tutup api.Mmg sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin dan papadom..

Thursday, April 2, 2015

Resepi Pulut Kuning

Assalamualaikum...
Lately rajin tul buat makanan jenis pulut2 ni...Sebenarnya masa balik kg SNY ada beli beras pulut.byk la wat stok...pastu pi Padang Besar beli lagi beras pulut.So, segala mak nenek resepi pulut2 ni kena try la hahaaa...Hurmmm bila tengok ada lebihan gulai ayam untuk lunch,terus rajinkan diri buat pulut kuning ni.Tambah lak ada stok santan segar..lagilah mabeles.Kiranya boleh la wat minum petang merangkap bekfas sekali..Alhamdulillah tak basi pulut ni selama 24jam.La ni xyah tunggu kenduri kendara dah kalau nak makan pulut kuning.Ada kerajinan sket dah boleh makan..
Simple2 jer...nak makan sndri xperlu la berhias bagai...

RESEPI PULUT KUNING

Bahan - Bahan:
  • 5 cawan beras pulut
  • 1 asam keping
  • 2 sk serbuk kunyit
  • Sedikit pewarna kuning
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula
  • Daun pandan
Cara - Cara:
  1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. 
  2. Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
  3.  keluarkan asam keping,bilas beras pulut dengan bersih.Kemudian toskan
  4. Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pandan/daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
  5. Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
  6. Sementara itu, satukan santan pekat, garam,gula dan sehelai daun pandai yg telah disimpul.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
  7. Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kita akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni saya panggil ARUN org lain xtau ada istilah ke tak hehehe.
  8. Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
  9. Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak) 
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat
Sedap...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...