Wednesday, September 30, 2015

Tempahan Kek Buah Kukus

Alhamdulillah...
Rezeki tempahan kek buah kukus lagi.Sori ya pengunjung TMK asyik tayang kek tempahan jer lately...N3 masak2 tu nnt la dulu..stok dgg korban byk...tp saya masak lauk biasa2 jer..
Berbalik kepada tajuk n3 hari ni..tempahan kek buah ni dari regular kastemer..seisi order selepas raya..dah abes kek raya aritu katanya...Terima kasih Datin Seri Mas Ayu dan juga bff saya Rohana Jamil...Nampaknya tahun depan datin seri kena order by post la sebab beliau akan berpindah..Mujur la kek buah ni boleh pos...senang siket...Kalau teringin nak merasa kek buah kukus hasil air tangan Malina LiNa Pg, silalah order...email ya nnt saya akan respon secepat mungkin.
 Tak sempat nk snap yg siap wrap n masuk kotak sebab agak kalut...kek panas2 lagi terus terbalikkan...sebab datin dah odw nk mai ambil kek.Biasanya saya siapkan kek buah awal sehari.Tp disebabkan ada hal sedikit jadi lambat la nk siap..Maklumlah kek ni kukus 4 jam..
Mujurlah kek ni x meragam..masih panas pun sudah terserlah kelembapannya...

Tuesday, September 22, 2015

Tempahan Kek Minyak, Kek Buah, Kek Karamel Coklat Moist (Raya Haji)

Alhamdulillah...
Raya Haji pun ada gak yg menempah kek, ingtkan org xnak makan kek sbb nk makan dgg korban.Saya x ambil banyak order sbb sangat suntuk untuk buat penegposan dan setelkan yg self pick up.Buat setakat yg termampu jer.Terima kasih semua.SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA BUAT SEMUA
Yg ni dah selamat di pos kemarin.2 biji kek buah ke Selangor, 3 biji kek minyak (2 ke Perak dan sebiji ke Ganu)
Kek Minyak yg dipos.Kek Buah terlupa lak nk snap

Order hari ni...self pick up Kek Karamel Coklat Moist, Kek Buah dan Kek  Minyak
 Kek Buah 
 Kek Minyak..cantii kejadiannay..suka lak tengok
Kek Karamel Coklat Moist..Lama x membaking kek ni..

Wednesday, September 16, 2015

Tempahan Nasi Beriani, Gulai Kambing Bawang Goreng Dan Acar Epal Hijau

Assalamualaikum...
Selamat bercuti semua..sempena Hari 1 Malaysia.Alhamdulillah rezeki tempahan Nasi lak hari ni.iaitu Nasi Beriani, Gulai Kambing Bawang Goreng dan juga acar.Ekcel ni pertama kali saya ambil tempahan nasi, biasanya saya terima order kek jer.Inipun disebabkan yg nak order tu kawan2 en.suami.Depa buat makan2 gadering sama2 depa jer..Pastu ada di kalangan kawannya req Nasi Beriani dan Gulai Kambing.Kawan yg ni ada datang masa open house haritu..Sy pun okey jer la kan..Lagipun depa dah biasa merasa..
Walaupun sudah terbiasa memasak dengan kuantiti yg besar (besar2 pun takat 5KG beras la hihi)Tp bila buat yg tempahan nebes dan cuak tetap gak timbul..adoi padahal bukan x biasa.Mungkin sbb takut tak dapat bagi yg terbaik..maklumlah ianya berbayar..Kita mesti nak kastemer berpuas hati dengan duit yg depa bayar kan?Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..Hasilnya pun memuaskan kati saya.Harap2 depa berpuas hati..
 Nasi Beriani..2 kg beras basmati
 Gulai Kambing Bawang Goreng - 3kg kambing

 Acar Epal Hijau Granny Smith...rare siket kan?xmain la acar timun kikiii

***************************************
TEMPAHAN KEMARIN KEK KARAMEL
 Lama tul xbuat kek karamel seb baik mnjdi
Nak order..meh...kek ni self pick up jer tau..

Tuesday, September 15, 2015

Resepi Featherlight Cheesecake

Assalamualaikum...
Sudah agak lama saya x buat resepi ni.Pertama kali mencuba pada tahun 2013 lagi..lama gak tu.Cheesecake ni ada macam2 pesen..Kami ni mmg peminta cis kek..Banyak variety yg telah saya cuba..Cotton Soft Japanesse Cheesecake, Classic Cheesecake, Marle Baked Cheesecake, Chilled Cheesecake macam2 lagi la...Pendek kata semua pun sedap.Walaupun dah macam2 jenis cuba..tp cis kek ni banyak sungguh songehnya..Kadang2 buat..lain pulak hasilnya..rasa tu menten sedap  cuma tektur tu tak seperti yang diharapkan..Kepada reader di luar sana..Baca resepi betul2 sebelum buat..sebab karenah ciskek ni berbeza2
Untuk Featherlight Cheesecake ni ni Alhamdulillah sangat teruja dengan hasilnya..100%seperti yang diharapkan.Kalau yang terdahulu (Tgk n3 kat SINI) tektur agak dense sebab salah sndri jugak telur x fresh...tp rasa menten sedappppp..sat jer licin
This time the I love it very much...the texture are airy...fluffy..not too dense...moist sesedap rasa...masuk mulut ngaib terus hahaaa....Tak caya?jom tengok hasilnya
Carefull...fragile...handle with xtra care hahaaa...Percaya x berebut ngan maisarah masa nk snap pic ni adoi..kalau kek biasa2 tu idoknyer layan hahaa..Love it very much..spongy texture

RESEPI FEATHERLIGHT CHEESECAKE
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Rujukan : Evelyn Gemina , Hana Memories
Bahan-Bahan
  • 250ml susu segar/susu cair
  • 20g butter
  • 125g cream cheese - suhu bilik
  • 60g tepung Hong Kong/tepung gandum/tepung superfine)
  • 3 biji kuning telur
  • 1 tsp esen vanila
  • 3 biji putih telur
  • 1/8 tsp cream of tartar
  • 80gm gula
  • 1tsp jus lemon
  • secubit garam
  • 1tsp coklat emulco/coklat paste

Cara-Cara
  1. Panaskan oven suhu 150'C (bergantung kepada oven masing2). Gris loyang 8inci dan taburkan sedikit tepung
  2. Panaskan susu dan juga butter ke dalam periuk. Masukkan cream cheese. Kacau sentiasa menggunakan whisk sehingga agak likat@pekat.Masukkan jus lemon.Ketepikan dan biarkan suam sebentar.Boleh juga dilakukan kaedah double boiler
  3. Pukul kuning telur dan juga esen vanila sehingga berkrim. Masukkan tepung dan juga campuran cheese tadi. Kacau menggunakan whisk sebati. ketepikan.
  4. Mangkuk lain, putar putih telur dan krim tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga soft peak. (terbalikkan adunan tak jatuh)
  5. Ambil 1/4 bahagian putih telur dan campurkan ke dalam adunan kuning telur dan creamcheese tadi. Gaul menggunakan spatula. Kemudian tuang ke dalam baki adunan putih telur secara perlahan2. Gaul sebati tp jangan sampai over mix.
  6. Ambil secawan adunan dan campurkan dengan choc emulco.Tuang adunan plain ke dalam loyang. Kemudian marblekan dengan adunan koko.
  7. Bakar secara waterbath selama 50-60min. Sejukkan baru potong.
 Permukaan kek sangat lembut..tengok la kesan redai dah terbenam tu...
 Jom minum petang..abes tau saya makan sorang2 dalam piring ni

Monday, September 14, 2015

Tempahan Kek Minyak (Pos)

Alhamdulillah kek minyak semakin mendapat sambutan..Tahun mcam kek buah dan kek minyak ajer yg di order oleh kastemer saya.Kek Minyak paling sempoi la...harga pun paling murah dalam list produk jualan saya..
Terima kasih sudi menempah...Owh ye..tempahan untuk raya haji dah tutup ya..saya xbuat banyak sbb byk yg nk pos...lambat siket proses nk wrap tu..
 Saiz 9x9in..sangat berbaloi dengan harganya
kek minyak ke Seri Kembangan pula hari ni

Friday, September 11, 2015

Resepi Bebola Ayam Masak Sambal Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Apabila ketandusan idea tambahan pula peti ais pun dah makin kosong,nampak bebola ayam,,terus capai.Pikir2 xtau lak masak apa.Kalau buat sup cam bosan gak...bebola ayam sup...yg tu jer..Cubalah buat sesuatu yg anak2 suka.Anak2 saya suka makan yg ada sambal nmpk merah atau yg berkicap.Kalau buat masak kicap bebola ayam cam sbrp sesuai lak.Jadi buat yg ringkas ajer..Kombinasi resepi ayam aladdin dan ayam manchurian..Alhamdulillah anak2 suka.Siap minta buat lagi..adeh mama saja clearkan stock bebola ayam..dah anak2 minta buat lagi..
 Kuah berpalut pada bebola ayam ni...sedappp.Tak begitu pedas sesuai untuk anak2

RESEPI BEBOLA AYAM MASAK SAMBAL MUDAH
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • Bebola ayam secukupnya (LiNa Pg gn ~30biji)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 sudu besar cili giling (tambah jika suka pedas
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • Minyak
  • Air
  • Garam, gula/perasa(jika perlu)
Cara-Cara
  1. Bebola ayam dikelar/buat cross section kat atas tu macam dalam gambar.Goreng hingga golden brown.Ketepikan
  2. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis bahan2 kisar hingga garing.
  3. Masukkan cili giling, gula merah.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan juga cuka.Kacau sebentar.Masukkan sedikit air (agak2 sesuai dengan kuantiti bebola ayam)
  5. Masukkan bebola ayam yg telah digoreng tadi.Gaul sebati.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa jika perlu.LiNa Pg x tambah garam/gula masin secukup rasa dari sos tiram tu jer)
  6. Dah siap, bolehlah dihidang bersama nasi panas

Simple jer...tapi sedap

Wednesday, September 9, 2015

Resepi Coklat Chips Cupcakes Mudah Dan Sedap (Chocolate Chips Fudge Cupcakes)

Assalamualaikum...
Adoi tadi post kat fb tulis muffin, bila buka blog nak copy resepi sekali tengok cupcakes daaa...hadoi.Kesnya saya memang nak buat muffin...terus gugel cari resepi muffin..dah terjumpa di blog Liza..liza lak buat reference ke blog Mamasya..okey baca sekali lalu jer resepi (sbb senang kan kui..kui)seb baik resepi x salah cuma namanay cupcakes bukan muffin.Patutla tektur agak gebu dan lembut.Kalau muffin padat siket.Luaran tu dah nmpk cam muffin sbb kasar siket..hurmm xkesahlah janji sedap.Nama surat beranaka cupcakes ni ialah Chocolate Chips Fudge Cupcakes..Apa pun resepi mmg sempoi punya...xperlu mixer, xperlu banyak bahan..telur pun guna sebiji jer...kacau2 dalam bekas..tuang dalam cup...kita bakoooo..siap.Mudah kan?
 
 Makan suam2 pun sedap..

Resepi Chocolate Chips Fudge Cupcakes
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Asal : Lilydvalley myR
Sumber Cuci Mata: Intai Dapur Mamasya

Bahan-bahan ( 15 biji )
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula halus (LiNa Pg gn gula perang)
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/3 cawan minyak masak- vegetable oil
  • 1 cawan susu segar or susu cair
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1/2 cawan choc chip
  • 1 biji telur- pukul sedikit
Cara-cara
  1. Panaskan oven atau kukusan. Susun mangkuk cupcakes (LiNa Pg gn souffle cups)
  2. Ayak tepung, serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder
  3. Gaul sebati gula, tepung, koko, soda & baking powder
  4. Dalam bekas lain, kacau sebati telur, minyak, susu dan essen vanilla
  5. Masukkan campuran tepung & koko kedalam campuran minyak.
  6. Kacau sebati dan masukkan choc chip. Sudukan kedalam mangkuk cupcakes (LiNa Pg taburkan sedikit coklat chips ke atas adunan)
  7. Kukus/bakar selama 20-25 minit (LiNa Pg bakar suhu 150'C selama 20min)
Senangkan resepinya...teringin??pi buat sndri ya kikiii

Tuesday, September 8, 2015

Tenkiu Nuffnang

Alhamdulillah..
Rezeki nuffnang..banyak tul CPUV menyinggah kat blog TMK.CPUV ni kalau saya suka panggi BE (Buffer Earning) sbb dah terbiasa guna term tu sebelum penjenamaan semua oleh nuff hehee..Kawan2 blogger dah check ke nuff masing2..yg mana ada nuff la kalau guna iklan lain tu xde la ya...
Alhamdulillah byk lagi yg on going tu...

Monday, September 7, 2015

Tempahan Kek Minyak Pos

Alhamdulillah
Rezeki tempahan kek marble minyak, kali ni ke Johor dan Perak.2 biji kek ditempah oleh org yg sama.Sebiji nk makan sndri dan maybe jadi kek besday anak katanya sbb dah boring makan kek span kat kedai..hurmm kalau dekat boleh jer akak buatkan kek coklat moist untuk anaknya tu..dah jauh nak wat camana xleh la nak pos.Sebiji lagi ke Perak untuk keluarga di kampung..
Terima kasih sudi order ngan akak..Apa yg kurang mohon dihalalkan..
Tempahan kek untuk raya haji saya masih buka..tp akan tutup anytime dalam mggu ni.Saya xmo terima order banyak2 takut x sempat nk buat dan juga untuk menjaga kualiti produk..Sedikit pun tidak mengapa asalkan kastemer berpuas hati..Bake with love..insyaaAllah kastemer pun puas hati.
 Nak order, sila email saya..email address ada kat side bar bawah gambar2 kek iklan tu hihi..saja saya xtulis kat sini sbb nak spamming banyak sangat..InsyaaAllah saya akan respon secepat mungkin 
Dah selamat dipos tengahari tadi..

Friday, September 4, 2015

Resepi Ayam Kashmir Yang Sedap

Assalamualaikum...
Kat rumah ni ayam dan anak2 sememangnya berpisah tiada...Hari2 lauk ayam..tanpa jemu.Mama dan abah terpaksa mengalah ikut selera anak2.
Bila hari2 masak menu ayam...naik jem jugak nk mikirkan juadah..Kena lah gugel cari resepi baru lak.Tetiba hati terpaut pada ayam kashmir ni...Tengok gambar nampak sungguh menyelerakan..Bahan2 pun mudah saja..apa lagi terus ON.Mula2 hajat ati nk masak nasi berperisa..tp disebabkan kesuntukan mas nk jadi runner amek anak2 balik sekolah, terpaksa dilupakan nasi berperisa..nasi putih panas pun dah cukup sedap digandingkan dengan Ayam Kashmir ni.Xpe nx time kite wat versi kambing lak...kompom menyangkut punya heheee..Jom kite semak resepi
 Kuahnya pun sedap dicicah ngan roti...kalau rajin roti puri la..kalau x rajin roti putih gardenia pun jadi la kan?

RESEPI AYAM KASHMIR
By Malina LiNa Pg 
Sumber : DayangJack

Bahan-Bahan :
  • 1 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)LiNa Pg goreng hingga masak

Bahan A
  • 6 biji bawang merah (dihiris)
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris)
  • 3 bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 labu bawang besar (kisar)LiNa Pg tambah rcp asal xde
  • rempah 4 sekawan 
  • sedikit daun kari (LiNa Pg xletak xperasan lak)

Bahan B :
  • 3 sb puri tomato
  • 1 sb serbuk cili (LiNa Pg gn cili giling xperasan sbnrnya gn serbuk cili)
  • 2 sb rempah beriyani
  • 2 sb rempah kari daging
  • 4 biji tomato (dipotong kecil)
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak secukupnya
  • 2 biji ubi kentang (dipotong)LiNa Pg xletak xde stok

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan,daun kari, bawang hiris,halia dan serai ketuk hingga terbit bau dan sedikit layu.Kemudian masukkan bawang besar yg telah dikisar.Tumis hingga garing.
  2. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan cili giling di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
  4. Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya. 
  5. Hidangkan setelah masak.
  6. Sesuai dihidang bersama nasi berperisa atau nasi putih

 
sungguh menyelerakan

Thursday, September 3, 2015

Resepi Cucur Udang Rangup Dan Sedap

Assalamualaikum...
Saya suka makan cucur.Kalau dapat yang rangup2 lagi sedap.Tp bila buat ada yg jadi versi lembut, gebu camtu...tp bila cicah ngan sos abes jugak anak2 makan.Kali ni saya buat versi ct lak..mmg rangup dan sedap...sampai x nyempat mama dia nak menggoreng..angkat abes..angkat abes...pastu mama kena bg warning..kena tinggai 10 biji untuk posing siap snap gambar nnt sambung makan hahaaaa...gigih x mama depa..cucuq pun buat n3 masak2 kiki....Bukan apa senang untuk rujukan diri sendri...Cucur ni pun ada macam2 versi kan...x salah kalau pelbagaikan..Jom la semak resepi
 Sedap ni makan panas2 cicah ngan sos...pekena lak ngan teh O..mmg layan abes

RESEPI CUCUR UDANG ALA ZALIEDA
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Sumber Zalieda Zaliedana
Bahan-Bahan
11/2 Cawan Tepung gandum
Baking Powder 3/4 sdt
1 Biji Telur saiz kcik
Udang ikut Suka byk mna lagi byk lagi sdap
Kuchai
Taugeh/Kubis hiris memanjang
1bji Bawang Besar hiris
1Sdt Serbuk Pati Ayam
Garam secukup rasa jika perlu
Sedikit Serbuk Kunyit
Cili Merah Jika suka
Air Ais Agak2 jer jgn pkat sgt

Cara2
Gaul smua bhn kcuali air ais n telur ..
Agak dah gaul rata blh la pecah kan telur n gaul lagi.
Pastu masukkan air ais sedikit demi sedikit smp sebati n pastikan adunan tu jgn pkat n cair sgt.
Perap kjab kat peti ais dlm 20 mnit.
Pastu blh la digoreng dlm mnyak yg pnas.
Angkat toskan mnyak blh la dipotong n dihidangkan dgn Sos kegemaran.

Cucur udang jangan dipandang sebelah mata...kalau makan sepiring sorang pun licin tau

Tuesday, September 1, 2015

Tempahan Kek Buah Kukus (Pos)

Alhamdulillah...
Pembuka tirai bulan September.2 biji tempahan kek buah kukus.Ditempah oleh rakan blogger.Sebiji untuk makan sendri dan sebiji lagi untuk ayahanda di kampung.Terima kasih TB sudi order kek dr kak lina.
Dah selamat pos td...lambat siket wat posting..
Kalau ada yg berminat untuk menempah kek buah raya haji, boleh la palce an order..email ada kt sidebar tu bwh gambar2 kek...insyaaAllah saya akan respon secepat mungkin
 kek buah lps kuar pengukus..
 Kalau ada yg terliur meh order cepat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...