Friday, October 30, 2015

Resepi Gulai Lemak Ikan Tongkol Bersama Zucchini

Assalamualaikum...
Pertama kali zucchini berada di rumah saya kih..kih...jakun tul kan?Ekceli ada kisah disebaliknya..Kisah di suatu pagi, husband hantar Maisarah di skool..pastu terus singgah kat Tesco nk beli satu barang yg penting la...tak ingat dah barang apa (barang nk masak untuk tempahan) pastu dia roger la nk pesan apa2 lagi x?Saya pun pesan la a few thing..antaranya ialah Timun Jepun...Sekali dia bawa balik zucchini daaaa.....kes tersilap beli..Adeh pening lak nk masak benda ni.Saya pun gugel nk masak ala2 Ratatoulle tu tp cam leceh plak..dibuat anak2 x makan x ke haru tu..Pastu tanya Maz (bahrain) dia kata masak lemak pun sedap..macam terung zucchini ni..Timun+Terung (Tirung hihi)Sebagai kenangan kite tepek la resepi zucchini ni masak lemak hihi...
 Nampak ceroi siket...sbb snap masak kuah panas..Nmpk x daun pudina pun dah lebam kena kuah kih..kih..ekceli kuahnya agak pekat gak ni

RESEPI GULAI LEMAK IKAN TONGKOL BERSAMA ZUCCHINI
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Rujukan : Maz IlhamDapur
Bahan-Bahan:

  • 5 keping ikan tenggiri - ikan lain pun boleh (LiNa Pg gn ike aye/tongkol)
  • 2 biji zuchini - kerat 2 dan belah 4 
  • 3 cawan santan 
  • 1 sudu besar serbuk kari (LiNa Pg xletak-x perasan lak)
  • 1 sudu besar cili kisar 
  • 1 inci kunyit hidup* 
  • 1 inci lengkuas* (LiNa pg guna 3 hiris jer)
  • 3 ulas bawang merah* 
  • 4 biji cili merah/hijau - kerat 2 
  • 1 keping asam keping 
  • sedikit garam dan gula 
  • Air 

Cara-cara

  1. Ikan Tongkol dibersihkan dan direbus bersama asam keping, garam dan gula/nisan keret. LiNa Pg rebus awal sehari sebelum dibuat gulai lemak
  2. Tumbuk lumat bahan-bahan yang bertanda *
  3. kemudian dalam periuk masukkan santan, serbuk kari, cili kisar dan bahan yang ditumbuk tadi beserta asam keping dan zuchini 
  4. Kacau selalu dengan api perlahan agar santan tidak berketul sehingga mendidih dan zucchini lembut.
  5. Perasakan secukup rasa dan masak seketika lagi dalam 5-7 minit sehingga ikan masak. Siap



Wednesday, October 28, 2015

Resepi Kari Kepala Ikan Sedap Tanpa Santan Dan Rempah Kari

Assalamualaikum...
Panjang plak tajuk n3 ari ni.Tajuk tu kena mention siap2 keistimewaan Resepi Kari Kepala ni.Kalau yg tanpa santan pun dah macam2 versi kan?Yg ni lagi spesel sbb x guna rempah kari pun..kita bancuh2 ajer bahan2 basic yg ada kat umah..Ekceli Resepi Kari Kepala Ikan ni saya adaptasi dari RESEPI KAMBING MASAK KARI PAKISTAN.(Terima kasih kak Maria Hakem) Cuma saya terjemahkan menjadi Kari Kepala Ikan..Kenalah sesuaikan bahan untuk transformasi menjadi Kari Kepala Ikan yg sedap..Berminat?jom semak resepi.tp kena warning awai2 resepi ni agak lama siket nk siapkan sebab kena tunggu bawang besar tu hancur.Manisnya terasa bila guna byk bawang besar dalam masakan..jangan kedekut bawang 

Nampak x kuahnya pekat sebab guna byk bawang...sedapppp

RESEPI KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN DAN SERBUK KARI
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan A

  • 1 ketul kepala ikan merah (belah 2)
  • 2 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 biji tomato merah - cincang halus
  • Sedikit halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil asam jawa (jadikan 1 mangkuk air asam jawa)
  • Bendi
  • Tomato (belah 4)
  • Cili merah dan cili hijau (patah-patahkan)
  • Air secukupnya
  • Minyak 
  • Garam dan gula/perasa
Bahan B (Kisar)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Bahan C (Satukan ke dalam bekas-Jadikan Pes Pekat

  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu besar cili giling
Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis halba campur dan daun kari hingga terbit bau.Masukkan bawang besar cincang, tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan tomato cincang dan teruskan menumis hingga tomato lembut dan agak hancur
  3. Masukkan bahan kisar, tumis sekejap.Kemudian masukkan Bahan C (pes bahan2 rempah).
  4. Tumis hingga pecah minyak (bawang besar cincang dan tomato hancur)Proses ni agak lama.
  5. Apabila rempah telah masak dan segala bahan agak hancur.Masukkan air asam jawa sedikit garam dan gula.Tambah air secukupnya.
  6. Renehkan sebentar hingga kuah agak pekat.
  7. Masukkan kepala ikan, bendi, tomato, cili merah dan cili hijau.
  8. Sesuaikan rasa, tambah apa yg kurang.Setelah ikan masak..Tutup api.Sedia dihidang


Monday, October 26, 2015

Resepi Bamia Kambing

Assalamualaikum...
Berkesempatan untuk update blog..Alhamdulillah dilapangkan waktu olehNya.Lately banyak menu kambing keluar dari dapur TMK ni kan?Ekceli stok kambing mmg sentiasa ada dalam fridge..Keluar satu packed..nnt husband akan bawa balik gantikan balik..Acaner nak habes stok kikiiii..Kadang2 naik buntu gak..xtau nk masak apa ngan Kambing.Macam2 pesen dah keluar KAMBING GULAI BAWANG GORENG, KERUTUK KAMBING, KAMBING GULAI KAWAH, KARI KAMBING PAKISTAN.Kali ni kite repeat Resepi Bamia lak..Dah pernah try versi Daging tp dah agak lama...rasa Bamia pun dah ingt2 lupa dah..Kalau nak tengok Bamia versi Daging boleh SINI (2010 lagi berjaman dah ni) dan SINUN (yg ni br siket 2013 hihi) Bamia Kambing ni geng NASI MANDHI ALA LEBANESE Jom kite semak resepi.Siaran ulangan pun xpe la kan sebab dah lama gak ni
 Bamia ni mmg pesen banyak sayur..saya letak terung dan bendi..tp masuk pinggan sebiji ajer bendi kikiii...

RESEPI BAMIA KAMBING
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan :

  • 1kg daging kambing yg ada tulang
  • 100 ml susu cair/santan (LiNa Pg guna 1/4 cawan santan)
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging (LiNa Pg guna 3sudu makan)
  • 1 sudu makan rempah beriani (LiNa Pg tambah, rcp asal xde)
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • bendi/terung secukupnya 
  • Cili merah 
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam dan sedikit gula

Bahan-Bahan Kisar (Untuk Perapan)

  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia

Cara-Cara :

  1. Gaulkan daging/kambing dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit (LiNa Pg perap 3jam) ternyata kambing cepat empuk 
  2. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. 
  4. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  5. Masukkan daging/kambing dan air secukupnya tunggu hingga daging/kambing hampir empuk
  6. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula (kalau guna terung, terus masukkan terung). Masak lagi hingga kambing betul2 empuk dan kuah kelihatan pekat. 
  7. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.

Sedapppp
Versi live dari kuali hehee..reneh hingga kuah pekat..pastu cicah ngan roti..nyum..nyum..

Friday, October 23, 2015

Resepi Nasi Mandhi Ala Lebanese

Assalamualaikum...
Bersiaran di petang Jumaat nan berjerebu huhu...Semoga jerebu akan segera pulih.Kesian anak2 terpaksa bercuti (Cuti dan kena berkurung, sangat tak best haha)Kalau cuti dapat berjalan tu seronok jugak la kan?Ok berbalik kepada tajuk n3 hari ni, Nasi Arab ni..terbuat ni pun sbb anak2 cuti la jugak.Alang2 dah semua ada kat umah, buat la nasi kunun spesel kat depa.Makan lak dengan Bamia kambing mmg sedap.Nasi ni saya buat siket jer 2 cawan..cukup lah untuk keluarga kecil kami.Resepi ni saya ambil dari Maz yg berada nuunnnn di Bahrain.Selongkar dapur dia cari yg paling mudah.Op kos la nk yg mudah2 kan..janji sedap.
Cantik Kejadian nasi ni..sedap dan x terlalu berempah.

RESEPI NASI MANDHI ALA LEBANESE
Sumber : Maz IlhamDapur
Bahan-Bahan
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit & toskan 
  • 3 cawan air/air rebusan ayam (kuantiti air bergantung kepada jenis beras yg digunakan)
  • 1 bekas kecil natural yogurt (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • 1/2 labu bawang besar - kerat 6 (LiNa Pg cincang)
  • 9 biji buah pelage (LiNa Pg gn 1 biji jer)
  • 2 batang kulit kayu manis (LiNa Pg gn 1 btg)
  • 7 kuntum bunga cengkih (LiNa Pg gn 3 biji)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji tomato - kerat 8 (LiNa Pg dadu kecil)
  • 1/2 sudu kecil rempah mix Arabic 
  • 1 kiub pati ayam @ garam secukup rasa 
  • 5-6 sudu besar minyak sayur 
  • sedikit pewarna oren (warna kuning+setitik warna merah) 
  • 2 sudu besar minyak sayur - masuk bila nasi dah kering (Ish..ish...x perasan lak yg ni)

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak (maz terus guna periuk nasi letrik-LiNa Pg pun gn rice cooker gak),Tumis bawang besar,pelaga,kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih .
  2. Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan tomato, tumis lagi. 
  3. Masuk mix arabic,tumis sekejap.
  4. Masukkan beras dan gaul mesra dengan bahan tumisan.
  5. Masukkan air rebusan ayam atau air panas secukupnya.Jangan lebih nanti nasi tidak berderai elok, maz letak dalam anggaran 1 cm air atas beras)
  6. Masukkan kiub pati @ garam dan juga yogurt,kacau sebati dan rasa jika perlu tambah garam, biar rasa masin lebih sikit agar bila masak nasi berasa. 
  7. Tutup periuk seperti biasa.Masak seperti biasa.
  8. Bila nasi dah kering, tuang 2 sudu besar minyak sayur dan titiskan 3-4 tompok pewarna oren (jangan kacau). 
  9. Tutup periuk dan biar nasi masak sepenuhnya. Bila nasi dah masak, biarkan dulu dalam 5 minit. Kemudian baru gemburkan nasi guna garfu.
Mix Arabic yg saya gunakan...Jimat2 sebab jauh datangnya..Terima kasih kepada pemberi rempah ni.Semoga beliua dan keluarganya dimurahkan rezeki selalu oleh Allah s.w.t

Thursday, October 22, 2015

Happy 6th Bloggersary to Teratak Mutiara Kasih

Alhamdulillah..
Hari ni genap 6 tahun umur blog kesayangan saya ni.Tatkala blogger otai yg lain sudah bersara dr dunia blogging,TMK masih meneruskan perjuangan..walaupun kadang kala sepi tanpa n3 terbaru.Kadang² hanya gambar kek tempahan saja.Xpe la asalkan ada juga n3.
Terima kasih kepada semua follower/visitor TMK yg x pernah jemu² berkunjung ke blog ini.Sokongan kalian inilah yg memberi semangat kepada saya untuk terus berblog..
Sayang korang ketat.
N3 arini terpaksa guna hp sbb lappy kena conque..maklumlah cuti jerebu.
'PA' saya bz la guna lappy adoi..

Tuesday, October 20, 2015

Resepi Nasi Kunyit@Nasi Kuning

Assalamualaikum...
Dah ada plan ke nak masak apa hari ni?Biasanya kalau free atau tak bz dengan hal2 lain, saya suka masak nasi berperisa untuk family (sekali sekala jer la)Kiranya cam menu spesel gitew.Tapi resepinya yg simple jer..yg penting nmpk gempak haaaa.Nasi Kunyit ni buat untuk menghabiskan beras basmati yg tinggal siket jer...Makan lak dengan Kambing Masak Kari Pakistan tambah ayam goreng untuk anak2 mmg sedap.Acar x buat sebab x sempat just hirisan timun jer.Ekceli ni menu Jumaat lepas ni.Agak kelam kabut sbb bujang sulung dan en.husband nk makan sebelum ke masjid.Snap pun lebih kurang jer la.
Walaupun simple tapi alhamdulilla sedap

RESEPI NASI KUNYIT@NASI KUNING
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)

Bahan-Bahan
  • 3 cawan beras basmati
  • 3 1/2 cawan air (bergantung kepada jenis beras yg digunakan)
  • 1/2 cawan santan/susu cair
  • 1 kiub ayam
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • sedikit halia (tumbuk)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Kunyit dan sedikit pewarna kuning
  • Minyak
  • Bawang goreng dan gajus
Cara-Cara:
  1. Cuci beras basmati.Rendam dengan air selama 25min.Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bahan tumbuk dan serai hingga terbit bau (Tak perlu garing)
  3. Masukkan air,sedikit kunyit/pewarna kuning, kiub ayam dan daun pandan.Biarkan hingga air mendidih.
  4. Masukkan beras dan santan.Masak mcam nasi biasa.Kacau sekali sekala untuk mengelakkan berkerak di dasar periuk.
  5. Biarkan hingga nasi kering, buat lubang2 dengan belakang sudu/chopstick, titiskan pewarna kuning.
  6. Tutup periuk, biarkan nasi masak sepenuhnya.
  7. Apabila nasi telah masak, gembur2 nasi menggunakan garfu.Taburkan gajus dan bawang goreng semasa menghidang.

Monday, October 19, 2015

Tempahan Kek Minyak Dan Kek Buah Pos

Alhamdulillah..
Rezeki tempahan 2 kek paling popular tahun ni kikiii..iaitu kek buah dan kek minyak.Kek Minyak kali ke Ampang ditempah oleh peminat tegar kek buah saya sebenarnya..Cuma kali ni nk try kek minyak pulak.Alang2 dah order kek minyak, dia req sekali kek buah saiz kecil..Saya pun buat ajer la (special case untuk special person)Kebetulan pulak sebelum ni Kak Lin (rakan blogger) ada jugak nk order saiz kecik (lama dah tggu berjaman dah kot) Okeylah tu saya ON jer la..
 Cantik kejadian kek minyak ni..req nak belang2 koko


Saturday, October 17, 2015

Tempahan Pulut Kuning Dan Gulai Ayam

Alhamdulillah..
Rezeki tempahan Pulut Kuning di hari Sabtu.Last week pertama kali ambil order, kali ni nebesnya kurang siket.Lagipun kali ni pulut pun siket jer.Kalau kuantiti yg besar tu cuak jugak.Takit apa2 kejadian yg tidak diingin.
Seawal 8am dah start menumis untuk gulai ayam.Kol 9 en.suami balik dari pasar beli santan terus kukus pulut.Kol 11.00am dah setel semuanya.Kol 12pm dah selamat diambil oleh tuan punya..
1kg Pulut Kuning dan 1kg ayam (ayam mentah-pas masak x timbang dah)

Gulai ayam...saya suka kuah pekat2 camni

Friday, October 16, 2015

Resepi Kambing Masak Kari Pakistan (Tanpa Santan Dan Tanpa Rempah Kari)

Assalamualaikum...
Bersiaran di petang Jumaat, juadah tengahari kami tadi Kambing Masak Kari Pakistan.Istimewanya resepi kari Pakistan ni tidak menggunakan sebarang rempah kari dan juga tidak menggunakan santan.Bahan2 pun simple jer tapi hasilnya sangat mabeles...anak2 puji melambung.Agaknya mereka dah lupa yg saya pernah buat resepi ni tahun lps.Tp menggunakan daging.Kali ni saya gunakan kambing..enaknya bertingket2 hihi...Boleh tgk versi DAGING KARI PAKISTAN.Kalau ada yg teringin nk mencuba silakan.Boleh jer nk guna ayam.Saya suka kuah pekat2 camni.
 sambrono aje posing..naked gitew kih..kih...yg penting sedap

RESEPI KAMBING MASAK KARI PAKISTAN
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Sumber : Kak Maria Hakem

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ayam - potong 16 (LiNa Pg gn 1kg kambing bertulang)
  • 4 biji bawang besar - cincang
  • 4 biji tomato merah - cincang
  • 1 sudu makan halia kisar
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar 
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam
  • 1/2 cawan minyak
  • garam masala - jika suka (LiNa Pg gn 1 sudu kecil)
  • hirisan cili padi dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar cincang hingga kekuningan.
  2. Masukkan tomato cincang dan teruskan tumisan hingga sebati.
  3. Tambahkan halia dan bawang putih kisar, serbuk cili serta serbuk kunyit.
  4. Kacau hingga sebati dan masukkan air. 
  5. Biarkan bahan tumisan masak sehingga bawang dan tomato hancur. (Menurut Kak Maria, menumis bahan ini boleh memakan masa selama 1 jam!)
  6. Masukkan ayam dan gaul rata. 
  7. Tidak perlu tambah air kerana daging ayam akan mengeluarkan air. Perasakan dengan garam (LiNa Pg tambah sedikit serbuk pati ayam).
  8. Kacau sebati dan masak sehingga kuah kering. (sebaiknya jangan sampai kering).
  9. Hidangkan bersama taburan cili padi hiris dan daun ketumbar.


Note:
Methode yg LiNa Pg gunakan;
Selepas selesai menumis segala bahan, terus masukkan kambing.Kacau sebentar hingga daging bertukar menjadi pucat sedikit, tambah air.Biarkan segala bahan mereneh hingga bawang, tomato hancur dan kambing empuk.



************************************
Selit order kemarin
 Kek Minyak
Alhamdulillah rezeki

Wednesday, October 14, 2015

Resepi Ayam Limau Purut

Assalamualaikum..
Sinambungan Nasi Limau Purut..inilah gandingannya..iaitu Ayam Limau Purut.Sedap dan beraroma.
Memang ngam sangat digabungkan kedua2 juadah ni..Simple saja..sangat straight forward.Janji sedap kat anak tekak kami sekeluarga.
Malas nk celoteh panjang...jom la layan resepi dan cuci mata...
X cantik lak gambar ayam ni maybe sebab cuaca x berapa okey..jerebu jer kat luar sana...Xpelah jani nampak rupa paras ayam tu jadilah...

RESEPI AYAM LIMAU PURUT
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 10 ketul ayam(perasakan garam kunyit, goreng hingga masak-ketepikan)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar
  •  1 pokok ketumbar (kisar)
  • 6 helai daun limau purut (kisar)
  • 2 biji cili merah (kisar)
  • Sedikit halia (kisar)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 helai daun limau purut (siat-siat)
  • Cili merah & cili hijau (hiris-hiasan)
  • Tomato ceri 
  • Sedikit air
  • Minyak
  • Garam dan gula/perasa
Cara-Cara
  1. Panaskn minyak, tumis bahan2 kisar hingga garing, Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tomato, sos tiram dan daun limau purut.Masukkan sedikit air..renehkan sebentar.
  3. Masukkan ayam (yg telah digoren tadi)Gaul sebati dan mesra dengan bahan tumisan.Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula/perasa jika perlu)
  4. Masukkan cili merah/hijau dan tomato.Kacau sebentar.Tutup api.dah siap

Tuesday, October 13, 2015

Resepi Nasi Limau Purut Beraroma Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kebelakangan ni agak bz siket dengan tempahan.Tempahan kek dan juga tempahan bidan terjun hehee...Biasanya kalau bz ngn order,sy cuma akan masak yg simple2 jer..ada nasi lauk dan sedikit sayur..Kadang2 nasi dan lauk goreng jer semata kih..kih..kih..Janji anak2 kenyang sudah la kan.Bila free siket saya akan buat sesuatu yg special siket tp paling ringkas yg mungkin.Nampk gempak tp yg mudah2 haaaaa gitew.
Kat rumah saya ni ada 2 pasu pokok pokok limau purut..daun pun alhamdulillah lebat.Tangan ni terasa gatal nk pangkas sebab naik meninggi camtu...Tp kalau pangkas dan simpan jer daun tu cam rugi pulak..So,apakata kita manfaatkan daun limau purut tu yg segar bugar dari balkoni.Maka terhasil lah Nasi Limau Purut Beraoroma dan juga Ayam Limau Purut..Segalanya limau purutt hahaaa...Sedap jugak resepi cubaan ni.


Ala-ala nasi lemat pulak sbb ada telur..
 wangi betul aroma daun limau purut ni..semerbak time dok masak tu

RESEPI NASI LIMAU PURUT BERAROMA
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan A
  • 3 cawan beras basmati
  • 1/2 cawan santan pekat/susu cair
  • 1 kiub ayam
  • 5 helai daun limau purut (siat-siat)
  • Sedikit gajus (untuk hiasan)
  • 1 helai daun pandan (siat dan simpul)
  • Sedikit butter/minyak masak
  • Sedikit pewarna hijau
Bahan Kisar (Bahan B)
  • 5 helai daun limau purut 
  • 1 pokok ketumbar
  • 3 cawan air
** Tapis halus semua bahan ni - jadikan 3  cawan**

Bahan Hiris/Mayang Halus (Bahan C)
  • 1/2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 cm halia
Cara-Cara

  1. Beras dicuci bersih.Rendam selama 20min.Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak tumiskan bahan hiris hingga terbit bau.
  3. Masukkan air (Bahan B) daun pandan, daun limau purut dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih.
  4. Masukkan beras, santan dan gaul sebati.Kacau sekali sekala supaya tidak berkerak.
  5. Bila nasi kering, kecilkan api dan titiskan sedikit pewarna hijau dan taburkan gajus.
  6. Tunggu hingga nasi betul2 masak (mcm masak nasi biasa)
  7. Selepas nasi masak.Bolehlah digembur2kan dengan menggunakan garfu.Sedia dihidang bersama lauk kesukaan

Monday, October 12, 2015

Tempahan Kek Minyak

Assalamualaikum...
Amukan kek minyak hahaa..Alhamdulillah rezeki tempahan kek minyak.Paling banyak dibuat dalam masa satu hari.Berbaloi marathon siapkan kek2 ni dalam satu malam...7 biji berjaya disiapkan on time.Kesian pulak ngn oven comel saya tu terpaksa OT hampir pengsan oven kecik tu kih..kih...2 ari ni x ambil order...rest sekejap..
Teringin nak merasa kek minyak, boleh lah order..sila email terlebih dahulu.Email address ada kat side bar bawah gambar2 kek tu..Harga sangat berpatutan.Kek bersaiz 9x9in..Kek paling murah dalam senarai produk saya.Rasanya insyaaAllah sedap
 Tempahan sabtu lepas, 7 biji semuanya.3 orang tuan punya
Kek minyak nan satu ni..tempahan Jumaat lepas..

Thursday, October 8, 2015

Tempahan Pulut Kuning Dan Kari Ayam

Alhamdulillah...
Tempahan bidan terjun namanya hahaa...pertama kali terima tempahan Pulut Kuning dan juga kari ayam.Kedua2 menu yg sangat jarang saya buat..Kalau buat pun sekadar cawan2 jer..kari ayam pun 10 ketul jer kalau masak untuk makan.Kali ni saya beranikan diri buat dalam kuantiti yg besar.Harap Puan Hajjah pengetua SMK Sg.Nibong berpuas hati.Terima kasih...Mohon dihalalkan apa yg kurang...saya mak budak baru belajar
camni jer yg mampu.Simple2 jer tp azab jugak la nk siapkan adehhhhh
 Kari ayam
 
Pulut kuning untuk makan satu bekas (bks bulat tu 2kg)

Wednesday, October 7, 2015

Resepi Kuih Cara (Pertama Kali Buat Kih...Kih..Kih)

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah beberapa hari menghilangkan diri.Ada hal siket.Kuih Cara ni saya buat ari Ahad lepas.Ekceli saya beli acuan baulu/kuih cara ni setelah nampak baulu lalu lalang kat high way fb saya...Study resepi cam senang sangat..terus terdetik nak mencuba.Bila ke kedai bakery ada pulak acuan ni terus rembat...Beberapa ari dok tersadai xterbuat pun baulu..Alang2 dah ada acuan ni testing dulu la Kuih Cara.Buat jugakla 2 cawan tepung..Bercinta jugaklah nk abeskan 2 cawan tepung tu sbb lamaaaaa nk siapkan satu plat tu (7lubang ajer).Itulah sebabnya kenapa saya kurang berminat nk buat kuih/biskut yg kena ulang2 proses..lama bebenor nk siapkan.Nak ngabeskan tu sat jer...Walaupun pertama kali try,hasilnya Alhamdulillah...sedap dan nmpk ok la jugak.Saya tepek resepi kat sini untuk rujukan masa depan.Kot2 ada kerajinan nk buat lagi (buat ke tidok xtau la kan hihihi)
Owh...lupa nak stori..masa tengah buat kuih ni, lps tuang2 batter dalam acuan, tetiba lak gas abes (gas pun time ni la nk abes punnnn) seb baik ada yg spare.Terus tukar gas dan continue..sambil adjust2 api yg sesuai..tengok2 dah keras kat atas...tak boh la gula (inti) makan la tawar pun..Anak2 cicah susu..seb baik 1 plate jer...Kejadian ni saya salahkan gas..nape abes time sy buat kuih cara kan?Tak nak ngaku dia terlupa mauhahaaa
Lembut, lemak.manis...sedapppp

RESEPI KUIH CARA
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Rujukan Mamasya & CMG

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)LiNa Pg gn santan kotak 200ml+2 cwn air)
  • 2 biji telur (LiNa Pg gn 1 biji jer(
  • 3 helai daun pandan - letak 1 sk paste pandan Beberapa titik pewarna hijau 
  • Gula pasir secukupnya, sebagai inti 
  • Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin) 
  • Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan 

Cara-Cara

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis (LiNa Pg kisar bersama 2 cawan air)
  2. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. (LiNa Pg blend jer semua)
  3. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar. 
  4. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya). 
  5. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh. 
  6. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 


*****************************
TEMPAHAN ISNIN LEPAS
 Kek Buah dan Kek Minyak..kek buah dah wrap awal2 lupa nk snap lak
Repeat order kastemer dr Seri Kembangan..cuma kali req hantar ke Ipoh

Friday, October 2, 2015

Lagi Tempahan Kek Buah Kukus

Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki tempahan kek buah lagi menjadi n3 ari ni..Harap jangan ada yg jemu la hehe...Kek Buah kukus mendapat sambutan hangat walaupun bukan musim perayaan sbb sesuai untuk kenduri kendara..makan2 ngan keluarga.Lagipun kek ni xperlu simpan dalam peti asi..Pendek kata xyah nk manja2 sangat...potong2 hidang jer..xde nak cair ke basi ke hapa...Nak merasa meh la order...Email saya ya..adrss ada kat side bar...
 Puas hati ngn kek ni..br keluar loyang dah terserlah kelembapan..Ada gak yg kena peram 2 ari br moist...Banyak ragam jugak tau buat kek buah kukus ni...
2 biji sudah berpunya...nak order kita buat yg lain pulak...Freshly steam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...