Monday, December 19, 2016

Nasi Minyak Laskar Pelangi

Assalamualaikum...
Nama bukan main vogue lagi kan hehee...Nasi Minyak Laskar Pelangi.Ekceli resepi ni saya reka khas utk majalah SAJI Keluaran Nov lepas.Biasalah kalau majalah saji depa mau resepi yg unik dan lain dari yg lain.Disebabkan ms editor saji req nk resepi ni,sy mmg agak bz..so,buat yg simple2 ajerlah.Nasi Minyak paling mudah...tambah sedikit rempah bg 'wow'siket hehee..Kalau nasi minyak biasa tu..rasanya agak plain jer kan?Bila ada sedikit rempah ada la variety rasa dalam tu.Tak pedas pun..acah2 jer rempah tu.Anak kecik saya sangat cerewet pasal makan.Kadang2 mama buat nasi berperisa dia boleh pulak minta nasi white..aduhai anak..Kenalah tanak ns putih+telur dadar utk dia huhuhu.Panjang pulak bebelan pagi ni.Jom la kita semak resepi Nasi Minyak Laskar Pelangi.Nasi Minyak Hujan Panas berempah hehee
Nasi Minyak Berempah, Nasi Minyak Senang Dan Sedap

NASI MINYAK LASKAR PELANGI (NASI MYK BEREMPAH)
By Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)

Bahan-Bahan
1 ½ cawan beras basmati (rendam selama 40min-kemudian toskan)
½ cawan susu cair
1 ½  cawan air
½ labu bawang besar (mayang halus)
1 hiris halia
1 kiub ayam
1 ulas bawang putih (mayang halus)
3 biji tomato ceri (cincang halus)
1 helai daun pandan
1 bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk jintan putih
½ sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kari ayam
Sedikit kismis
Daun pudina
Pewarna merah, hijau dan kuning

CARA-CARA

  1. Panaskan mentega, tumis rempah 4 beradik (LiNa Pg skip bunga cengkih sbb anak2 x suka) bersama hirisan bawang besar, bawang putih,halia dan daun pandan dan tomato.Tumis hingga terbit bau dan sedikit layu (tak perlu terlalu garing)
  2. Sementara itu bancuh serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis dan serbuk kari bersama sedikit air.jadikan pes pekat. 
  3. Masukkan pes tadi ke dalam tumisan.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan beras (yg telah ditoskan) dan goreng beras tersebut bersama rempah tumisan.
  5. Masukkan air dan susu cair dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih.Kacau sekali sekala supaya nasi tidak berkerak/hangit di dasar periuk.
  6. Setelah nasi kering.Kecilkan api, buat lubang (LiNa Pg guna chopstik) dan titiskan pewarna di beberapa tempat.Taburkan sedikit kismis
  7. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (~7-10min)
  8. Setelah nasi masak, gembur-gemburkan nasi dengan garfu.Taburkan daun pudina dan kismis semasa menghidang

##################

Menyelit Tempahan kek buah kukus terakhir utk tahun 2016.Telah selamat sampai ke Dungun ptg kemarin.Saya pos ptg Jumaat.Cepat betul kali sampai ke Trengganu.Pos hujung mggu pulak tu.
Kalau ada yg merasa kek buah kukus LiNa Pg, boleh order tahun depan plak ya.Tak lama dah 2mggu jer lagi.Nak balik kg utk mjlis tahlil arwah bonda tersayang (al fatihah buat bonda)

Friday, December 16, 2016

Kek Coklat Cheese Lava Antoo Last Batch 2016

Alhamdulillah...
Rezeki Allah..tempahan kek coklat cheese lavaa antoo 27 bekas kecil dan 1 bekas medium size.Last batch untuk tahun 2016.Kalau masih ada permintaan lepas ni,kita fwd ke tahun depan pulak ya.Tak lama dah 2 mggu jer lagi nk masuk new year.Terima kasih semua yg support bisnes saya...yg membeli kek coklat cheese lavaa ni.Ya Allah mmg x sangka sungguh sambutan di luar jangkaan.Sejak saya mula ambil tempahan kek lavaa ni,boleh dikatakan setiap mggu wajib buat kek ni.100% yg memberikan feedback yg membuatkan saya senyum sampai ke telinga.Terima kasih semua...sayang u olls ketat2.Halalkan apa yg terkurang.Terlebih dari saya, sudah dihalalkan dunia dan akhirat.Terima kasih utk kwn2 yg menjadi agen x rasmi hehee..U olls mmg terbaik

kek coklat cheese lava antoo
 Kalau masih ada nk teringin nak merasa, tunggu tahun depan plak ya.
Kek coklat cheese momok
Kek coklat yg moist, cis tebal dan topping mewah dari bahan premium didatangkan dalam pack kecil dan harganya sangatttttt berpatutan

Thursday, December 15, 2016

Tempahan Kek Buah Kukus Pos

Alhamdulillah..
Rezeki tempahan kek buah kukus.Kali ni pos ke Shah Alam.Semoga sampai dalam keadaaan sihat walafiat.Tempahan dari kastemer baru saya ni.Harap beliau suka kan kek signature LiNa Pg ni.Tak terlalu manis (sesedap rasa jer.Tak terlalu berminyak)Paling best x muak makan..boleh pop up makan cam  cekodok hehee..tengok2 dah tinggal piring kikiki...Esok kita buat kek lava pulak...Bersilih ganti kek lava kek buah dan kek karamel ni.Alhamdulillah.Nak selit kek lava meh wasap cepat.(Penang area only xleh pos)




Tuesday, December 13, 2016

Kerutuk Ayam Sedap Tidak Menggunakan Santan

Assalamualaikum...
Ada yg suka makan kerutuk x?resepi kerutuk ni ada pelbagai.Ada yg renyah kena goreng kismis.Ada juga resepi kerutuk yg menggunakan susu cair dan jugak santan.Bagi tekak saya yg menggunakan susu/santan agak creamy dan cepat muak.Jadi saya memilih utk mengolah resepi kerutuk yg tidak menggunakan santan atau susu cair.Paling best kerutuk versi tanpa santan ni tahan lama..Kalau diperangatkan esok hari lagi pekat dan lagi sedap untuk dicicah dengan roti.Kalau makan dgn pulut kunig pun sedap.
Resepi kerutuk ayam sedap dan mudah
Saya suka kuah pekat camni..Makan dgn nasi berperisa cukup sekadar lauk ni jer
KERUTUK AYAM TANPA SANTAN VERSI LiNa Pg
By Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam (LiNa Pg potong 12) 
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1cm halia (kisar)
  • 3 hiris lengkuas (kisar)
  • 1cm kunyit hidup (kisar)
  • 3 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 keping asam keping
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 helai daun pandan (siat dan simpul)
  • 1 labu bawang besar (belah 4)
  • 2 biji kentang (belah 4)
  • 1 biji cili merah (patah-patahkan)
  • 1 sudu besar gula merah
  • Garam dan gula/perasa
  • Minyak
  • Air secukupnya

Bahan Untuk Menumis

  • 1 btg kulit kayu manis
  • 2 kuntum cengkih
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih jika suka (LiNa Pg skip)
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 labu bawang besar (mayang halus)
  • 1 batang serai (titik)

CARA-CARA

  1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 beradik bersama hirisan bawang besar dan serai.Tumis hingga terbit bau.
  2. Masukkan bahan kisar, dan tumis sebentar.Sementara itu bancuh rempah kerutuk bersama cili giling (Jadikan pes pekat)
  3. Masukkan bancuhan rempah,daun pandan dan gula merah ke dalam bahan tumisan.Tumis hingga betul2 masak dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati.Biarkan sebentar untuk kecutkan ayam.Semasa proses mengecutkan ayam, masukkan sedikit garam dan asam keping
  5. Masukkan kentang, santan, kerisik dan air.Biarkan hingga mendidih.Kacau selalu supaya tidak pecah minyak
  6. Bila ayam dan kentang empuk, masukkan bawang besar yg dibelah 4 dan patah-patahkan cili merah.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa.
  7. Reneh sebentar hingga kuat pekat.Tutup api.Sedia dihidang panas-panas
  8. Kerutuk enak dimakan bersama nasi putih, nasi berperisa atau boleh jugak dicicah roti jala/roti putih dan juga dimakan bersama pulut kuning (LiNa Pg mkn kerutuk ayam ni bersama Nasi Minyak Laskar Pelangi)Resepi nnt LiNa Pg kongsikan kemudian

Monday, December 12, 2016

Tempahan Kek Buah Kukus, Kek Karamel, Brownies Dan Kek Coklat Lava

Salam Maulidur Rasul buat semua..
Cuti ke x cuti tempahan kek tetap jalan..Sesambil tunggu kastemer mai pick up kek,kita hupdet blog la sat.
Tempahan jarak jauh dri reader blog TMK nuuuun dr PD, kebetulan bercuti dan berurusan di Penang.Beliau menempah kek karamel, kek buah kukus, brownies dan jugak kek coklat cheese lava saiz 1kg.Alhamdulillah rezeki.
Menyelit juga tempahan hari ni kek lava saiz kecik,order dr jiran saya (kak mai) Terima kasih semua
Kek besar2 tu semua kastemer PD punya..kek lava kecik jiran saya punya hehee
 Brownies..cam comey plak kedut2 tu kali ni

Kek lava hepi besday...simple2 jer 

Sunday, December 11, 2016

Tempahan Kek Coklat Cheese Lava Dan Brownies

Alhamdulillah...
Rezeki tempahan kelmarin (10hb Disember)sempena besday my lil sista.Happy Birthday ucu semoga panjang umur, murah rezeki dan sukses selalu.We all luv U.
Kek Coklat Cheese Momok
Kek Coklat Cheese Lava 1kg
Brownies Coklat
 Brownies
 Kek Coklat Cheese Lava Dan Brownies

Friday, December 9, 2016

Tempahan Kek Karamel Coklat, Brownies, Kek Buah Dan Kek Coklat Lava

Alhamdulillah...
N3 tempahan kek lagi.Rangkuman tempahan ptg kemarin dan hari ni.Kes tak dan nk buat n3..bz nau tuan tanah.Tiple Coklat Brownies, Kek Karamel Coklat dan Kek Buah tempahan kemarin dri jiran saya kak mai.Tq kak mai selamat balik kg

 Triple Chocolate Brownies..'berkelakuan'baik siap ada pakej keduts sekali..Cantik plak kita tengok.Harap rasanya menempati selera kastemer.Brownies ni boleh di pos ke Sem.m'sia.Kalau sabah/s'wak tu x berani plak sbb takut lambat sampai
Caramel Cake
 Kek Karamel Coklat..sesekali buat yg coklat..biasa main yg kaler maler
 Kek+brownies satu tuan punya
 Tempahan hari ni (Jumaat 9hb Dis) kek coklat cheese lava berantooo.Mmg berhantu betul.Setiap mggu ada jer permintaan kek ni.Ada pelbagai saiz, yg besar 1kg, medium dan paling kecil.6 bks kecil kek lava+6 bekas kek coklat moist permintaan dari kastemer saya di USM
 Kek Lavaa...kecil2 pun insyaaAllah sangat sedap
Kek coklat moist pek kecil..

Wednesday, December 7, 2016

Bebola Daging Masak Kari Beriani

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni berkesempatan utk update resepi.Ekceli ni resepi yg dah tertangguh agak lama.Resepi utk Saji (Nov) Bebola Daging Masak Kari Beriani.Sebenarnya masa editor saji minta saya hantarkan resepi tu, saya agak bizi dengan tempahan kek (utk raya haji) lagipun masa tu dah nak balik kg.yg ada dalam peti ais cuma bebola daging ajer.Dateline lepas raya haji,tp saya ni jenis yg xsuka bertangguh keje yg ada dateline camni.Sambil2 bakar kek tu saya masak la bebola daging ni.Ikut bahan/stok yg ada dalam peti ais jer.Alhamdulillah resepi ni disukai oleh along/saji (dah tersiar dah pun).So,korang kalau xde idea nk masak bebola ayam/bebola daging.Boleh la guna resepi ni.Boleh juga guna daging atau ketulan ayam.Cuma kalau guna ayam tu kenalah goreng hingga masak (atau 3/4 masak terlebih dahulu)Jom kita semak resepi
Bebola Daging Masak Kari Beriani
Simple yet tasty...masak pun cepat jer

Bebola Daging Masak Kari Beriani
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Bahan-Bahan

  • 20 biji bebola daging (~350g)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)  
  • 2 ulas bawang putih (kisar)  
  • ½ cm halia (kisar)  
  • 1 hiris lengkuas (kisar) 
  • 1 labu bawang besar (kisar) 
  • ½ labu bawang besar (mayang halus)  
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 1 kuntum bunga lawang 
  • 1 biji buah pelaga 
  • 2 tangkai daun kari 
  • 2 sudu besar rempah kari daging/ayam 
  • 2 sudu besar rempah beriani (LiNa Pg gn brand maggi)
  • 1 sudu besar cili giling 
  • 1 sudu besar tomato puri (LiNa Pg gn sos tomato) 
  • Garam dan gula/perasa 
  • Air secukupnya 
  • Minyak 

CARA-CARA 

  1. Panaskan minyak, tumis rempah kulit kayu manis,pelaga dan bunga lawang bersama daun kari, hirisan bawang besar dan daun kari.
  2. Tumis hingga terbit bau dan bawang besar sedikit layu (tak perlu terlalu garing) Kemudian masukkan bahan2 kisar, tumis hingga garing. 
  3. Sementara itu,satukan rempah kari daging,rempah beriani dan cili giling ke dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. 
  4. Kemudian masukkan paste rempah ke dalam tumisan tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  5. Masukkan sos tomato/tomoto puri kemudian masukkan bebola daging dan gaul sebati dengan bahan tumisan.
  6. Masukkan air secukupnya.Masak hingga bebola daging empuk.Kacau sekali sekala.
  7. Setelah daging hampir empuk, masukkan garam dan gula/perasa (boleh juga dimasukkan sedikit sos tiram-jika suka) Sesuaikan rasa.
  8. Reneh hingga kuahnya pekat. 
  9. Dah siap.Tutup api.Sesuai dihidang bersama nasi putih atau nasi berperisa.Juga boleh dimakan bersama nasi impit/ketupat/lemang
Note LiNa Pg
Boleh juga digunakan daging,kambing (bertulang) atau ayam.Jika menggunakan ayam, haruslah diperasakan dengan garam & kunyit.Goreng hingga masak terlebih dahulu.Kemudian masukkan ke dalam tumisan

Tuesday, December 6, 2016

Terima Kasih SAJI Disember 2016

Assalamualaikum...
Penutup tirai 2016 sekali lagi berpeluang berkongsi resepi dalam majalah SAJI.Sebuah majalah tersohor dan sudah establish berpuluh tahun.Sangkaan saya bulan Nov lepas merupakan edisi terakhir utk tahun ni.Blog TMK mengisi ruangan Intai Blogger.Rupanya ada lagi resepi saya yg menyelit untuk bulan Disember ni.Resepi shooting pulak tu.Terima kasih along (Rosmarlinda)selaku ketua editor majalah saji kerana menyiarkan semua resepi photoshoot saya.Juga terima kasih kepada en.Joha selaku org pertama dari team saji yg mengetengahkan blog TMK ke media cetak SAJI.
Hari ni x boleh celoteh panjang sebab byk keje menanti.Tempahan kek pun banyak jugak ni (Syukur Alhamdulillah)
Cantik betul gambar nasi ni..maklumlah snap dgn kamera mahal..sungguh jelas butiran nasi beriani TMK ni
 Nasi Beriani Dan Talam Marble (Bukan puding tau yg belang2 tu)
 Talam Marble
Resepi berasaskan sagu
 Puding Sagu Pelangi
 Cover Majalah Saji
 Tuan Tanah TMK dah juga page Teratak Kek Malina hihi

Monday, December 5, 2016

Tempahan Kek Buah, Kek Marble Dan Kek Karamel

Assalamualaikum..
Masih lagi dengan n3 tempahan kek..Baru selesai buat pengeposan kek buah kukus dan kek marble (pure butter) ke Putrajaya.Tempahan dari kastemer baru saya Dr.Ida.Seminggu dua ni banyak pula tempahan kek marble.Kek marble ni bukanlah signature cake LiNa Pg.Bila ada kastemer req buat jugaklah...walaupun saya sendri masih tercari2 keeper recipe.Walaupun feedback kastemer kata sedap..tp demi kepuasan sendri saya tetap R&D utk dapatkan hasil yg lebih baik.
Terselit jugak 2 biji kek karamel pelangi (tempahan malam tadi) dr jiran saya kak mai (ekceli ditempah oleh kawan beliau) kek karamel ni bertulisan tp xsempat nak snap..Kemarin juga ada kek coklat cheese lava 15 pek kecil (yg ni xsempat snap) mmg bz day tul kemarin..Apa pun semuanya dah selesai..
 Kek Buah Dan kek marble Pos ke Putrajaya
Kek Buah sedap menggunakan pure butter, kek buah kukus 4jam
 Kek Buah Kukus..Menggunakan pure butter.Kukus selama 4jam
Kek Marble Klasik, Kek Butter Sedap, Kek Mentega
 Kek Mentega Klasik
Kek Karamel Pelangi

Saturday, December 3, 2016

Kek Coklat Cheese Lava (Momok) Dan Kek Marble Minyak

Alhamdulillah...
Tempahan kek coklat cheese lava berhantu ni sangattttt mendapat sambutan...Boleh kata non stop order masuk.Saya yg kena pause dulu sebab nak bagi laluan kepada kek2 lain.Kalau ikutkan deme, tiap ari pun mau...Rezeki Allah nak bagi kan.Sementara masih laris ni kita buatlah selagi terdaya dan selagi ada permintaan.Sekarang ni tuan umah nk makan sebekas dua pun payah dah.Kalau ada belen pun, baru tayang seminit dua kat fb yg xtra tu terus kena booking.
Kek lava 1kg, kek minyak
Tempahan Jumaat (2/12/2016) Kek coklat cheese lava.Kali ni ada saiz besar 1kg utk besday mamanya.Sebelumnua beliau pernah menempah pek yg rm18 tu.
Kek Lava 1kg
xtau nak deco camana..buat lebih2 takut spoil pulak coklat ganache yg dah set tu...
Alhamdulillah lps majlis besday selesai, kastemer yg order kek lavaa saiz besar 1 kg tu bg feedback yg membuatkan saya tersenyum lebar..
 Kek Marble minyak ni ke USM..Mggu ni 2x masuk USM delivery kek pada org sama.
 
 Beliau req potong kepada 3 bahagian nk bg jiran dia

Friday, December 2, 2016

Puding Laici Dangdut Cup

Alhamdulillah...
Tempahan Puding Laici Dangdut pulak mewarnai TMK berselang itam putih..kek coklat cis lava..itam kelam...timbul puding laici yang putih suci pulak...Hitam Putih Kehidupan camtu hihihi...Jika berminat untuk menempah Puding Laici ni untuk doorgift, jamuan,majlis kesyukuran atau tahlil.Boleh hubungi saya.No hp saya ada di header jugak di side.No hp tu utk tujuan tempahan sahaja.Tempahan dalam cup macam ni ada min order iaitu 4bekas ni..
Puding doorgift, puding dalam cup, puding untuk tahlil
 Tengok tu mewah dengan buahan laici...saiz XL berkualiti punya.Kalau yg murah, buahnya warna kuning dan lembik..x cantik
 Puding doorgift, puding dalam cup
Ada lebih siket...tuan tanah la yg punya...Nampak x lembuttttt jer..kena makan dgn sudu...manisnya sesedap rasa..nyamannnn..Walaupun sekarang ni musim hujan tapi nikmatnya tetap terasa..apa lagi kalau menikmatinya di musim panas...heaven

Thursday, December 1, 2016

Tempahan Kek Karot Walnut (Plain) Dan Kek Marble Klasik Pos

Alhamdulillah...
Cerita kelmarin, tempahan kek karot+walnut (tanpa cream cis frosting) dan kek marble klasik.Kek marble klasik tu sebab hanya menggunakan bahan basic sahaja.Tidak menggunakan ovellete sebagai agen penggebu.Memang old skool punya style.
Agak lama saya tidak baking kek karot.Ms pergi beli walnut tanjat gegul..mahai nau harganya.Tapi skrg ni bukan takat walnut, gula kastor, coklat Beryl's pun dah naik harga..Pening kepala tukang baking ni huhu..
Kelmarin masa nak pos kek2 ni, ada masala siket.Poslaju yg dekat dgn rumah saya offline pulak,alamakkkkk....mujurlah kelmarin saya ditemani suami semasa kuar pos kek.Kenalah pi poslaju di Gelugor nuuuu..jauh la jugak dr Sg.Nibong.Apa pun kek ni dah selamat di pos kelmarin, semoga selamat sampai ari ni.Abang poslaju pls be nice with cake..hantar on time okey..

 Kek karot walnut...okey naik sekata x membumbung
Kek marble klasik saiz 9in.Ekceli kedua2 kek ni bukan kek signature LiNa Pg dan sangat jaranggggg saya buat/terima tempahan.Suspen jugak bila kastemer baru pertama kali nk merasa kek saya, req kek2 ni..Harap beliau berpuas hati.,,Halal apa yg kurang ya

Wednesday, November 30, 2016

Ujian, Dugaan, Kehilangan Dan Rezeki

Assalamualaikum
Lain macam tajuk n3 hari ni.Baru sempat nak mengarang.Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..pahit akan manis akhirnya..Allah datangkan ujian utk hambanya..jika kita redha dengan apa yg berlaku, Dia datangkan nikmat dan rezeki.Begitulah kasih sayang Allah pada hambanya.
Seperti yang semua tahu, saya telah kehilangan bonda tercinta pada 22hb Nov 2016 (tarikh yg x mungkin saya lupakan hingga akhir hayat saya) Sepatutnya pada tarikh yg sama 22-23hb Nov 2016 saya akan mengadakan jualan booth di USM.Segala persiapan telah dibuat, hanya tunggu masa sahaja utk mula berjualan.Beratus bekas jugak kek coklat lava yg saya siapkan.Puluhan kek coklat moist, puding laici dangdut dan juga kek karamel (slice)
Alhamdulillah kek coklat lava laku terlebih awal di booking oleh kawan lama saya sebanyak 41 bekas dan seorang lagi kenalan 20 bekas, seorang regular kastemer sebanyak 13 bekas.Dari ratusan bekas yg saya buat hampir separuh dah terjual hingga 8pm (21hb Nov)
Kek coklat lava yg dah siap ptg 21hb Nov
Puding Laici Dangdut Bekas Kecil, Puding Laici Cup
Puding Laici Dangdut.Sesaja buat nk bg nampak banyak pilihan.Rupanya sambutan luar biasa juga.Abes licin puding ni.
Sesuai utk doorgift jugak ni..Berminat boleh wasap..Boleh jugak req saiz bks dadih tu
20 bekas di ambil oleh zira kol 8pm (21hb)

Bila saya fikir separuh dari kek lava sudah terjual sebelum mula berjualan di booth..saya terus top up stok (sebab xtau macam mana sambutan kat USM..kalau laris mana pulak nk cari kek kan?Xpe la kita buat siap2..lagipun boleh jual kat kawan2 fb.Malam tu saya tambah stok sebanyak ~40 bekas lagi..Bersengkang mata hingga 2am utk buat kek.
Baru saja lelapkan mata, sayup2 bunyi phone ringing..sangkaku hari dah hampir siang..ingatkan alarm yg bunyi..Rupanya phone call.Tak sempat nak jawab dah terputus, miss call dari adik saya.Ingtkan dia tertekan phone or maybe terjaga sebab menyusu baby Ariq.Baru saja wasap dia tanya kenapa call?tiba2 phone rumah pulak berbunyi..Bila dgr phone rumah ati dah semacam..mesti ada sesuatu yg terjadi..Bila dgr suara kakak mengatakan bonda kami sudah tiada...dunia saya rasa gelap..terasa bagai nak pitam..Mimpi ke ni?Bonda saya tiada sebarang penyakit.Itu yg membuatkan saya sukar menerima hakikat arwah dah tiada...Perginya dengan tenang dalam tidur..Berehatlah bonda...damailah di sana...akan kukirimkan doa setiap masa untukmu di sana..
Terus kejut anak2 supaya berkemas dan bersiap utk balik kg.Sambil berkemas, fikiran buntu apa nak buat dengan kek dan puding yg berlambak dalam peti ais tu.Allah tunjuk jalan, saya wasap kawan saya suri (dia keje malam so, cepat la dapat respon) minta dia datang ambil kek2 awal pagi ni.Sepatutnya kek dia ambil ptg lps saya selesai berjualan di booth.Memandangkan dia bermasalah siket sebab rumahnya xde peti ais..saya masukkan semua kek tu ke dalam bekas polisterin dan letakkan ais kat bawahnya.Alhamdulillah..Allah permudahkan urusanku
sebahagian..sebab suri dah ambil 18 bekas terlebih dahulu.

Selesai bab kek ni, saya wasap pulak organiser yg arrange event kat USM tu..nk call pun masih pagi lagi takut menganggu..wasap minta maaf sebab tak dapat nak joint.Lepas kami bergegas nak balik kg.Baru nak keluar rumah, tiba2 penganjur reply wasap kata beliau/kawan2 boleh uruskan jualan dessert saya...cuma minta hantar ke USM jer.Hati berbelah bagi nak hantar atau nk simpan dalam peti ais jer.Kita xtau camana barangan kita bila diuruskan oleh org lain.Lepas tu fikir pulak kang booth kosong pulak akan mencacatkan event tu pulak (booth saya no.4 betul2 di tengah2 deretan booth) So,saya ambil keputusan utk hantar kek/puding tu ke USM lepas tu terus balik kg.Ingatkan selesai di situ.Rupanya tidak (ada sinambungannya)
Walaupun pelbagai aral, Alhamdulillah saya sempat sampai di kg sebelum jenazah disembahyangkan sempat menatap wajah suci arwah bonda buat terakhir kali.Sungguh putih bersih dan sangat harum bau jenazah bonda.Sempat mengiringi jenazah bonda ke tanah perkuburan dan juga meyaksikan jenazah bonda dikebumikan dan bersemadi dengan tenang.Alhamdulillah cuaca sangat baik pada hari tersebut (kebiasaannya hujan ala-ala banjir)Kelantan dah nk masuk musim tengkujuh.
Lebih kurang pukul 3pm selesai semuanya...org ramai kat tanah perkuburan dah beransur pulang ke rumah masing2.TIBA-TIBA..ada lagi bab suspen rupanya ingat dah selesai.Tiba2 organiser wasap minta saya datang ambil baki kek/puding...Ya Allah camana nak buat ni..ingat dekat ke Kelantan dgn Penang?Ya Allah camana nak buat ni?Dalam hati menyesal pulak pi hantar kek2 tu.Kita xmo mencacatkan majlis orang.Dah x kesah pasal sale dh pun.Tapi itulah dalam kekalutan tu Allah bg jalan penyelesaian, terfikir pulak nak call jiran saya (k.mai) minta dia ambilkan kek2/puding tu dari USM.Alhamdulillah sepantas kilat beliau bersiap dan ambil kek2 tu kat sana.Kesian pulak..ptg tu ujan turun dengan super lebat...tengahari panas bukan main lagi (Sampai ada kek yg rosak sebab terkena panas matahari secara direct)Sya cuma minta amik dan simpan jer hingga kami balik ke Penang.Kata kak mai..kalau dia jual ok ke?X cukup tapak tangan, nyiru saya tadahkan...kalau boleh jual lagilah saya hepi..xpayah fikir pasal kek dah.Lega hati saya bila kek saya jatuh ke tangan org yg bertanggungjawab.
Balik ke rumah bonda dah petang dah..berehat sekejap, keluar semula utk ambil makanan yg ditempah oleh DS Sue (makanan utk majlis tahlil di masjid)
Sekejap saja saya di kg sebab ada hal yg perlu diuruskan.24hb Nov saya dah balik ke Penang utk urusan pendaftaran pengajian anak sulung saya.Selesai urusan terus ke rumah kak mai (niat nak ambil baki kek/puding).Sekali dia tunjuk bekas kosong terkejut dan sangat bersyukur.Walaupun sales di USM tidak banyak, tapi jualan dari kak mai banyak membantu dan mengurangkan kerugian saya..Banyak yg saya laburkan utk event ni.Dalam gambar ni sahaja bekas kuning dan bks polisterin pun rm30, sewa tapak lagi utk 2 hari.Itu pun sudah cecah ratus ringgit.
Setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya..
Alhamdulillah masih ada rezeki..terjual kesemuanya..
Kek karamel ni sepatutnya saya jual slice di booth..tp x sempat nk potong..dok dalam loyang diam2 dalam peti ais kat rumah.Alhamdulillah menjadi rezeki seorang kastemer yg lama tggu nk makan kek ni.Beliau req supaya potong 2, nk bagi pada babysitter.
Kek Buah tempahan dari osram..Mujurlah kek ni saya buat awal siket ari isnin dah siapkan sebab kek ni kena peram 2-3ari sebelum makan...Masih ada rezeki kastemer ni, sbb beliau nak hari khamis (24hb Nov) selesai urusan daftar sulung..terus hantar kek ni ke osram.Seronok dia sbb dapat kek ni, sangkanya saya x buat sebab beliau tahu bonda saya meninggal
Kek Coklat Moist with EI ultraman.Tempahan Jumaat lepas.Walaupun kepenatan saya tetap siapkan kek ni kerana beliau berharap sangat.Katanya kalau saya xlarat buat..x mengapa..dia boleh postpone majlis anaknya.Memandangkan aritu last day hari persekolahan..saya gagah jugak siapkan kek ni demi tidak menghampakan hati anak2nya..
25 pek kecil (tempahan dari USM) dan 1 pek besar.Walaupun saya tak dapat berjualan di USM, tp kek lava LiNa Pg sudah berjaya menambat hati warga USM.Alhamdulillah rezeki dan percaturan Allah tiada siapa yg tahu
wasap dari kawan yg jual booth sebelah saya..(dia yg tolong jual kek2 saya) Alhamdulillah...alhamdulillah syukur

Arwah bonda saya yg tersayang.Kalau dulu setiap kali balik kg, saya akan hulurkan duit (xbanyak mana pun sbb saya x bekerja) ambil berkat duit jualan kek berkongsi dgn bonda (bukan mahu bercerita pasal duit tu tapi keberkatan doa seorang ibu) Dan setiap kali saya hulurkan duit, bonda akan menerima dgn senyuman sambil mulutnya terkumat kamit berdoa.Antara butirannya agak jelas di pendengaran saya (ya Allah kau murahkanlah rezeki anak aku ni)
Sesungguhnya doa seorang ibu tiada hijab..saya mengakui w'pun tidak bekerja hanya menjual kek, tp rezeki saya Alhamdulillah tidak pernah putus.
Tapi sekarang ni tiada lagi doa seorang ibu..giliran saya pula memanjatkan doa utk ibu tersayang di sana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...