Friday, January 15, 2016

Ayam Varuval Masakan India Selatan Yang Sedap

Assalamualaikum..
Sejak dua menjak ni banyak kali Ayam Varuval ni melintas kat highway fb saya.Bila tengok resepi cam senang jer.Tp lambat siket nak menerai sebab xde daun kari.Disebabkan xtahan dengan godaan Ayam Varuval, saya korbankan jugaklah pokok kari yg baru nk naik (Ekceli pokok dah besar tp saya pangkas sbb kn mkn ulat..so skrg baru naik dahan/daun baru)eh..eh...mcm org kesah pulak hahaa...
Ok back to the track, Menurut gugel Ayam Varuval bermaksud tidak menggunakan air.So masakan ni pesen kering2.Kalau nak mencuba jangan memandai letak air plak ya...Kang dah x jadi varuval dah..Entah kenapa kalau sebut varuval terasa nk geleng kepala sekali hihi..
Ok xpayah nk merepek sangat, jom la tengok resepi.
Varuval Chicken LiNa Pg
Ayam Varuval ni enak dimakan bersama nasi panas..

RESEPI AYAM VARUVAL
Sumber  Kalaivani fb
Bahan A (Perapan)
  • ½ ekor ayam (potong kecil2)
  • Sedikit Ginger Garlic paste 
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk kari
  • Garam
  • Minyak (Untuk menggoreng)
Note : Untuk Paste garlic ginger (LiNa Pg tumbuk 2 hiris halia+ 3 ulas bawang putih)

Cara
  1. Satukan semua bahan (kecuali minyak) perap selama 1 jam.
  2. Goreng secara deep fry sehingga masak.Kemudian ketepikan

Bahan B
  • 4 sudu besar jintan manis (nx time kn kurangkan siket)
Cara
  1. Goreng/tumis sekejap.Kemudian angkat/toskan.Ketepikan
Bahan C
  • 15 ulas Bawang Putih (mayang)
  • 3 tangkai daun kari 
  • 15 biji cili kering (nak letak lebih pun xpe)
Cara

  1. Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari hingga bawang putih agak garing.Angkat dan ketepikan.
Bahan D

  • 3 labu Bawang Besar hiris (LiNa Pg letak 2 jer)
  • Sedikit Ginger Garlic paste 
  • 1 biji Tomato (potong dadu)
  • Sedikit Serbuk Cili
  • Cili merah dan cili hijau (LiNa Pg tmbh, rcp asal xde)
  • Garam dan gula/perasa

Cara
  1. Tumis bawang besar, ginger garlic paste dan tomato.Tumis smpai bwang bertukar warna (LiNa Pg tumis hingga bawang dan tomato layu dan kelihatan agak garing siket)
  2. Kemudian, masukkan serbuk cili kering babas LiNa Pg tambah 1 sudu kecil cili giling) varuval tak boleh pedas sgt.
  3. Tumis hingga pecah minyak (jgn ltak air, air dari bwang tu pun dah cukup) 
  4. Tambah garam dan gula/perasa. Varuval kena kering2 dan garing serta mnis2 siket
  5. Masukkan Bahan A,Bahan B dan Bahan C yang digoreng tadi (jintan manis, cili kering,bawang putih dan daun kari) gaul sebati.
  6. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sebati.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa jika perlu.
  7. Dah siap, tutup api dan Ayam Varuval sedia dihidang.Boleh juga tabur daun pudina dan daun ketumbar (jika suka)
Tak sangka anak2 suka makan ayam Varuval ni..Tp si kecil maisarah x makan pulak huhu..ssh tul tekak dia sorang tu..or maybe sebab dia x berapa sihat.Kurang berselera makan

4 comments:

adda syuhada said... Balas

sedapnyer...

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Balas

Sal;am Lina....mmg ngah top mskan ni!Kka atie pon blm menerainya lagik...nampak sedap tuh!(sambil geleng2 kpla..hahahha)

LiNa_Pg said... Balas

@adda syuhada
a..ah..sedap rupanya ayam varuval ni..ingtkan kuat rasa jintan tu..rupanya ok jer

LiNa_Pg said... Balas

@♥♥azatiesayang ♥♥
wslm kak atie..pening dh asyik ayammmmm jer manjang..Tu yg sampai resepi india pun cuba, nak kan kelainan

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...