Monday, January 11, 2016

Jemput-Jemput Pisang Tepung Beras

Alhamdulillah..
Dapat gak bersiaran dengn n3 masak2..xpe la resepi recycle pun janji hado..Sebelum ni saya pernah cuba buat jemput2/cucur kurma guna tepung beras, ternyata sedap.Rangup di luar, lembut dan gebus di dalam..So kita repeat la hehee..Ok xmo bebel panjang..gambar pun snap ngn hp xde masa nk beriya2 snap ngn kamera or props bagai..seadanya saja
Cucur Pisang Tepung Beras
Sedap you alls...nk tau kena la cuba

RESEPI JEMPUT-JEMPUT PISANG TEPUNG BERAS
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber MamaDee

Bahan-Bahan


  • 3 biji pisang saiz besar (LiNa Pg guna 5 biji pisang emas) 
  • 1/2 cawan tepung beras 1/4 cawan tepung gandum (LiNa Pg gn 3/4 cwn tpg beras) 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat 
  • Secubit garam 
  • 1 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Lenyekkan pisang. Campurkan tepung gandum, tepung beras, soda, garam dan gula ke dalam pisang yg telah dilenyekkan tadi. 
  2. Biarkan selama 30 minit. Panaskan minyak. 
  3. Guna 1 sudu untuk mengambil adunan jemput-jemput. Manakala 1 sudu lagi digunakan untuk tolak adunan jatuh kedalam minyak. 
  4. Buat dengan cepat. Supaya jemput-jemput yang dihasilkan bulat2 dan kecil molek.(LiNa Pg jemput guna tangan jer semasa nk menggoreng)
  5.  Sentiasa kacau supaya jemput2 terbentuk bulat dan menarik.Goreng dgn menggunakan api sederhana sehingga masak. Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidang

2 comments:

rulien said... Balas

Lina.... Ape mksud 1sdu gula untuk tolak jemput tu ye

LiNa_Pg said... Balas

@rulien
Guna 2 sudu untuk membentuk jemput2 jadi bulat..
1 sudu guna untuk cedok adunan..1 sudu lg digunakan untuk tolak adunan jemput2 jatuh ke dalam minyak
Tp saya hanya gunakan jari jer.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...