Monday, January 18, 2016

Telur Dadar Pecah Serangkak

Assalamualaikum...
Telur Pecah Serangkak.Unik betul nama resepi ni.Jenuh saya gugel apa maksud serangkak tu...yg keluar pepatah lama yang berbunyi "Telur serangkak pecah sebiji pecah semua, Bukannya pecah sebiji pecah sendiri" mengikut pemahaman saya, Telur Pecah Serangkak ni, memberi maksud telur dadar masih bercantum/bersatu dalam kuali walaupun sudah dipecahkan satu persatu.Itu yg saya paham la..Kalau salah mohon dibetulkan.
Walaupun menu hari ni hanya telur tapi spesel siket sebab ada isi ayam menyorok kat bawah telur tu.Kalau tak tahu nak buat apa dengan isi ayam atau dada ayam, boleh la cuba resepi ringkas ni.Anak2 saya asal ada ayam dan telur kira ok la, kompom dapat sambutan kat umah ni.
Telor Dadar Pecah Serangkak
Simple tapi sangat menyelerakan...

TELUR DADAR PECAH SERANGKAK
By Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)
Sumber Kak Ummi @ Home Sweet Home
Sumber Cuci Mata Embun Rosaliza

Bahan
  • 4 biji telur
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
  • 1 biji tomato - dadu (LiNa Pg tambah, rcp xde)
  • 2 sudu teh rempah kari daging
  • 1 biji cili merah - dihiris halus
  • 1 biji cili hijau - dihiris halus
  • sedikit daun bawang (LiNa Pg xletak xde stok)
  • sedikit bawang goreng (LiNa Pg xletak-terlupa)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar dan tomato yang didadu hingga naik bau dan bawang sedikit layu.
  2. Kemudian masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah kari daging kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali
  3. Perlahankan api. Ambil sebiji telur dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). 
  4. Seterusnya pecahkan telur hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
  5. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
  6. Bila nampak telur sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. 
  7. Dengan cermat, tolakkan telur dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. 
  8. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan bersama roti.Juga emak dimakan begitu saja :)

No comments:

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...