Friday, March 25, 2016

Keropok Lekor Masak Lemak Bersama Rebung Madu

Assalamualaikum...
Cam unik jer nama resepi kat atas tu hehee..Agak Pelik Tapi Sedap bila keropok lekor dimasak gulai lemak..cam makan ikan gak la tambah lak ada Rebung Madu jadi pelengkap.Rebung Madu ni saya petik segar dr kebun...xde bau bacin...sebab fresh punya.
Biasanya keropok lekor org goreng buat kudapan petang2 ajer kan?Kalau ada banyak stok boleh la cuba..anak2 saya yg x brp suka ikan pun berselera makan, sebab xde tulang..Tambah lak rebung tu ada kerangupan siket..mmg best.Kalau nk guna keropok losong pun okey gak..Jangan pi guna keropok keping plak hehee...
Resepi tu korang boleh taram sesedap rasa..saya kongsikan kat sini cara saya buat..untuk rujukan anak cucu saya..sebab korang dah terrer masak kan
Pose dalam pinggan klasik nk bg nampak elegant siket hahaa...

Masak Lemak Keropok Lekor Bersama Rebung Madu
By Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)
Bahan-Bahan: 
  • 3 batang keropok lekor (potong ~2in) 
  • 3 ulas bawang merah (blend/tumbuk) 
  • 2 ulas bawang putih (blend/tumbuk) 
  • 1 labu bawang besar (blend/tumbuk) 
  • 1/2 cm lengkuas (ketuk) 
  • 1cm halia (blend/tumbuk) 
  • 1cm kunyit hidup (blend/tumbuk) 
  • 3 biji cili merah (blend/tumbuk) 
  • 5 biji padi (ketuk)nak pedas boleh blend sekali
  • 1 batang serai (ketuk) 
  • 1 cawan santan pekat. 
  • 1 mangkuk rebung madu (yg telah dicelur)
  • 1 asam keping 
  • Cili merah dan cili hijau (potong)
  • Garam dan gula/perasa. 
  • Air (secukupnya) 
Cara-Cara: 
  1. Masukkan serai dan bahan kisar/tumbuk dan sedikit air ke dalam periuk dan masak hingga air mendidih dan renehkan sebentar untuk menghilangkan pijar bawang & cili (supaya betul2 masak)
  2. Masukkan santan, keropok lekor dan rebung madu.Tambah air mengikut tahap kepakatan kuah yang diinginkan.
  3. Biarkan hingga mendidih (kacau selalu supaya tidak bengentel) 
  4. Masukkan garam dan gula/perasa.Sesuaikan rasa.Akhir sekali masukkan cili potong.Tutup api.Sedia dihidang

2 comments:

adda syuhada said... Balas

Boleh ikut resepi ni..

cheq da said... Balas

Sy suka sgt dgn rebung kak...masak lah apa pun sy mmg mkn

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...