Thursday, April 28, 2016

Ikan Dori Goreng Gajus

Assalamualaikum...
Kat rumah ni selalu tu masak lauk ayammmmmm jer.Kali ni tukar selera siket guna fillet ikan dori.Kalau ikan pesen cenggini makan la pulak anak2 sebab senang nk makan n takde tulang..haishhh macam2 la perangai.Hari ni saya nak kongsikan resepi yang sangat mudah dan sedap.Ikan Dori Goreng Gajus ditaburi bijan sebagai penyeri..sekali tengok ala-ala Chineese Food gitew.Senang sangat ni..jom kite semak resepi.
Ikan Dori
 Isi ikan dori ni agak lembut, bila goreng bersalut tepung camni,,jadilah rangup.Bila makan tu tergigit lak gajus alahai,,crunchy.Sedap sungguh haih.
RESEPI IKAN DORI GORENG GAJUS
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 2 keping fillet ikan dori 
  • 4 sudu besar tepung jagung(atau secukupnya)
  • 1/2 sudu teh serbuk kari ikan
  • Sedikit kunyit
  • Sedikit lada sulah
  • 1 biji putih telur (dikocok)
  • 1/2 labu bawang besar (dadu)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 10 tangkai cili kering (hiris 3in)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil sos ikan (jika suka)
  • 1/2 gajus (roasted)
  • 1/2 biji capsicum merah (dadu)
  • 1/2 biji capsicum kuning (dadu)
  • Sedikit daun kucai (hiris)
  • 5 biji tomato ceri 
  • Sedikit bijan (untuk hiasan)
  • Garam, gula/perasa
  • Minyak
Cara Penyediaan:
  1. Ikan dori dibersihkan, dilap dengan kitchen towel.Potong kecil-kecil (saiz terpulang kepada citarasa)
  2. Perasakan dengan sedikit garam dan gula/perasa (LiNa Pg guna Maggi CukupRasa)
  3. Satukan tepung jagung, serbuk kari, kunyit dan lada sulah.Gaul sebati.
  4. Celupkan ikan dori ke dalam putih telur dan salutkan dengan tepung (langkah 3).Pastikan isi ikan bersalut rata.Buat satu persatu hingga habis.
  5. Panaskan minyak, goreng isi ikan hingga garing.Ketepikan.
  6. Menggunakan minyak yang sama, goreng cili kering hingga garing.Kemudian angkat dan ketepikan.
  7. Keluarkan lebihan minyak (tinggal sedikit anggaran untuk menumis).Tumis bawang besar dan bawang putih hingga terbau bau dan sedikit garing
  8. Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  9. Masukkan semua sos (sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan).Kacau sebentar.Sesuaikan rasa (tambah garam dan gula/perasa jika perlu)
  10. Masukkan capsicum,tomato ceri,daun kucai,gajus, ikan dori dan cili kering.Gaul sekejap sahaja supaya ikan dori kekal rangup.Tutup api.
  11. Taburkan bijan semasa menghidang.Sedap dimakan bersama nasi putih

Wednesday, April 27, 2016

Kek Buah Kukus Pos

Alhamdulillah
Rezeki tempahan kek buah kukus, kali ni pos ke Perlis.
Terima kasih sudi menempah.Jika berminat untuk menempah kek buah hari raya nnt boleh order mulai sekarang.Saya akan tutup jika tempahan sudah penuh



Tuesday, April 26, 2016

IKAN BAWAL EMAS GORENG BERSOS (CARA MUDAH DAN ENAK)

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan resepi Ikan Bawal Emas Goreng Bersos cara paling mudah, cepat disediakan dan yang paling penting ianya enak dan menepati citarasa keluarga saya.
Bagaimana nak hasilkan masakan yang enak dan secukup rasa, iaitu tidak terlebih masin,tidak juga hambar dan sebagainya?Rahsianya hanya sedikit taburan Maggi® CukupRasa™ dalam setiap hidangan lauk pauk dan juga sayuran dapat menghasilkan juadah yang enak dan pastinya memikat selera keluarga.

Teringat masa mula2 saya mengenali Maggi® CukupRasa™, masa tu saya sedang mencari barang2 dapur di sebuah pasaraya,tetiba ada promoter datang menyapa dan memberikan sample percuma Maggi® CukupRasa™ untuk dicuba.Rezeki jangan ditolak.Resepi pertama yang saya cuba ialah Telur Dadar.Hanya pecahkan telur ke dalam mangkuk dan sedikit taburan Maggi® CukupRasa™ menghasilkan rasa telur dadar yang enak luar biasa hingga anak2 pun bertanyakan kenapa telur dadar ni rasa lain dari kebiasaannya.Saya hanya tersenyum, dalam hati hebat jugak penangan Maggi® CukupRasa™ ni.Bermula dari situ saya terus menjadi pengguna setia Maggi® CukupRasa™.Itu dulu...hanya tau guna untuk telur dadar ajer tp sekarang ni macam2 jenis masakan boleh dibuat menggunakan Maggi® CukupRasa™.Antaranya ialah resepi ikan bawal bersos.Enak dan sangat mudah disediakan..
Cara masak ikan tiga rasa, resepi ikan masam manis,

Resepi kali ni, saya hanya Maggi® CukupRasa™ sebagai pelengkap.Tak perlu letak garam,MSG atau gula lagi tau sebab Maggi® CukupRasa™ merupakan perisa lengkap kerana ianya dibuat dengan menggunakan bawang merah dan bawang putih yang segar bersama ikan bilis, garam dan penambah perisa bak kata omputih 'complete all-in-one seasoning'. Apabila garam dan gula kurang digunakan dalam masakan ianya lebih bagus untuk kesihatan.Memasak pun jadi mudah.Senang kan?dan tak perlu risau makanan terlebih garam atau sebagainya.
Nak makan makanan enak setiap hari dengan cara mudah ikutlah cara saya hanya guna Maggi® CukupRasa™

IKAN BAWAL EMAS GORENG BERSOS
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan: 
  • 1 ekor ikan bawal  
  • 1/2 labu bawang besar (blend) 
  • 3 ulas bawang merah (blend) 
  • 2 ulas bawang putih (blend) 
  • 3 sudu besar cili giling 
  • 1/2 labu bawang besar (dadu) 
  • 1 biji epal hijau granny smith (dadu kecil)
  • 1/2 biji capsicum merah (dadu kecil)
  • 1/2 biji capsicum kuning (dadu kecil)
  • Buah tomato/tomato ceri
  • Daun kucai  (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar sos cili Maggi®
  • 1 sudu besar sos tiram Maggi®
  • 2 sudu besar sos tomato Maggi®
  • Sedikit Maggi® CukupRasa™ 
  • Sedikit kunyit
  • Minyak 
  • Air  
Cara-Cara: 
  1. Ikan dicuci bersih, lap dengan kitchen towel.Kemudian perasakan dengan sedikit Maggi® CukupRasa™ dan kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar (dadu) hingga layu. Masukkan bahan kisar tumis sebentar hingga agak garing.
  3. Kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak. 
  4. Satukan semua sos ke dalam mangkuk kecil (sos cili Maggi®, sos tomato Maggi® dan sos tiram Maggi®) masukkan sedikit air (lebihkan air jika suka banyak kuah)
  5. Tuangkan ke dalam tumisan.Sesuaikan rasa, tambah sedikit Maggi® CukupRasa™ (tak perlu masukkan garam dan gula sebab Maggi® CukupRasa™ dah lengkap semuanya)
  6. Renehkan sebentar, supaya kuah pekat.
  7. Masukkan epal hijau, capsicum dan daun kucai(simpan sedikit untuk hiasan).Gaul sebati.Jika suka yang masih rangup boleh terus tutup api.Kalau suka yang lembut siket, biarkan sebentar atas api.Kemudian tutup api
  8. Tuangkan sos ke atas ikan yg telah digoreng tadi.Taburkan daun kucai
  9. Dah siap.Senang kan? Ada Maggi® CukupRasa™ kerja memasak jadi lebih mudah
 Ikan bawal dicuci bersih (lap dengan kitchen towel) Perasakan dengan sedikit Maggi® CukupRasa™ dan sedikit serbuk kunyit
Goreng hingga garing.Angkat dan ketepikan.
Jom kita sediakan sos pula
Panaskan minyak, tumis bawang besar yang didadu hingga layu.
Kemudian masukkan bahan kisar.Tumis hingga sedikit garing
Masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak
Kemudian masukkan bancuhan sos
Hanya sedikit taburan Maggi® CukupRasa™ sebagai pelengkap hidangan
Masukkan epal hijau, capsicum, daun kucai dan tomato ceri. Dah siap sos yang enak memikat selera.
Tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi.Mudahkan?ada Maggi® CukupRasa™ keje memasak jadi sangat menyeronokkan.Anak2 pun x sabar nak menikmati setiap hidangan yang disajikan
Simple saja...yang penting enak dan dapat menambat hati keluarga.Cubalah

Saturday, April 23, 2016

Kek Indulgence Dan Katering Nasi Beriani

Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki tempahan hari ni, kali ni pakej kombo gitu sekali ngan kek bertingket2 Indulgence Cheese Chocolate Moist Cake tepek sekali Edible Image.Pestaim saya menepek menda alah E.I, alhamdulillah molek jugak hasilnya di mataku..
Tempahan dari dinda saya ni set Nasi Beriani, Daging Mask Hitam,Ayam Masak Merah,Dalca,Acar dan buah untuk 40 orang makan..Memang penat sungguh la nak siapkan suma ni.Tp bila dinda saya bgtau kata suma komen kata sedap makanan yg disediakan mmg hepi jer rasanya..
 Indulgence Cheese Chocolate Moist Cake
Nasi Beriani 40 orang makan
 Dalca
Daging Masak Hitam
 Ayam Masak Merah
Acar
 Siap packing 

Friday, April 22, 2016

Gulai Telur Tumis Budu Bersantan

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan resepi ringkas jer.Sebenarnya ni kira resepi emergency la ni.Bila nak hujung minggu, peti ais dah kosong, masak ajerlah apa yang ada.Tengok ada telur, nak buat telur dadar jer, kang tadak kuah pulak, mula pikir nk gulai atau masak lemak tu..tp cam dah biasa sangat.Cuba sesuatu yg lain pulak.Maka terhasil lah Gulai Telur Tumis Budu Bersanta.Rasanya ala-ala tumis budu nasi kerabu tu..sedappp.Walaupu simple jer tp jangan dipandang sebelah mata, sebab mmg sedap.Tambah nikmat sebab kalau makan time kebulur muahaha.Jom la semak resepi
 Simple2 jer...bila makan terasa mcm tumis budu dalam nasi kerabu tu hehehe

GULAI TELUR TUMIS BUDU BERSANTAN
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 5 biji telur ayam 
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 2 asam keping
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan budu
  • Sedikit garam dan gula/perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis serai dan bahan tumbuk dan hingga wangi.
  2. Masukkan cili giling dan serbuk kunyit, tumis sebentar.Kemudian masukkan budu dan asam keping
  3. Masukkan santan dan air (nak banyak kuah letak banyak air)Rasa dulu br tambah garam dan gula/perasa.Biarkan mendidih (sambil dikacau selalu)
  4. Pecahkan telur satu persatu dan biarkan telur mengeras dan menjadi bentuk bulat (jangan kacau nanti telur akan hancur).
  5. Bila telur dah ‘set’ boleh lah tutup api.Dah siap

Thursday, April 21, 2016

Puding Peach Berkaramel (Sedap Dan Mudah)

Assalamualaikum...
Puding Peach Berkaramel ni adalah hasil olahan dari Puding Karamel Tanpa Telur Bila saya tengok ada setin buah peach hampir expired tu kenalah cepat2 fikirkan sesuatu.Asalnya nk buat puding trifle (dah lama nau xbuat trifle ni) Biasalah time mengangkut masuk troli tu semua pun semangat nk buat itu ini..tp bila dah ada kat umah..terperuk jer dalam kabinet.So,kite godek2 ajerlah yg mudah2 hehee..Mudah2 pun tapi sedap tau...siyes tak tipu.Sedap masam, manis dan aroma karamel tu mmg sedapppp..Tambah lak cuaca panasss sekarang ni, mmg sesuai sangat la layan puding ni..nyaman anak tekak
Nyaman terasa bila puding ni meluncur ke anak tekak.Manis yg sedang2 lemak dr susu cair dan sedikit masam manis dr potongan buah peach...mmg enak tak terkata...nyum..nyum..

PUDING PEACH BERKARAMEL
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan A (Gula Hangus) 
  • 2 sudu besar gula pasir 
Bahan-Bahan B (Puding)
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g 
  • 31/2 cawan air 
  • 1 tin buah peach (Asingkan buah dan air) 
  • Jus/air dari buah peach
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 1/2 cawan susu pekat manis 
  • 1 tin susu cair  
  • 1/4 cawan  tepung kastard 
  • 1 sk esen vanilla 

Cara-cara 
  1. Memula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.
  2. Susun buah peach ke atas gula hangus tadi.Ketepikan
  3. Satukan semua bahan B.Kacau atas api.Aduanan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel. 
  4. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, 
  5. Tapis dan tuangkan ke dalam loyang (LiNa Pg guna loyang saiz 9in) yang berisi gula hangus dan susunan buah peach tadi. 
  6. Tuang dengan berhati2 supaya buah peach tidak terapung.
  7. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Biarkan hingga puding mengeras.
  8. Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang. 
Note lina pg
Puding ni sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais.Buah peach boleh jg disusun selepas puding mengeras.Terpulang kepada cara masing2

Wednesday, April 20, 2016

Pais Ikan Siakap Cara Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Tengok tajuk cam klasik jer kan 'PAIS' ala pais tu ikan bakar yang dibungkus.Sama jer ngn ikan biasa2 jer.Saya suka sesuatu yang ringkas jer.Kali ni bahan pun guna yang mana ada kat dapur jer.Janji sedap kat tekak kami..pastu xde buat air asam ke apa..mkn camtu jer..tu pun bertambah2 makan sbb buka jer aluminium foil mkn time berasap2 lagi..mmg ler sedap..Nak resepi x?Jom lerr..
Ikan Bakar Mudah
 Gambar ni saya snap lebih kurang ajer sebab nk makan time panas2.Kalau dah sejuk xsedap pulak..sedap wey..juicy jer

PAIS IKAN SIAKAP
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap (saiz sedang)
  • 4 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1/2 cm halia (kisar)
  • 2 hiris lengkuas (kisar)
  • 1/2 cm kunyit hidup (kisar)
  • 3-4 biji cili merah (kisar)
  • 1 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • Garam dan gula/perasa
  • 1 sudu kecil sos ikan (option)
  • Minyak
  • Daun pisang/aluminium foil (LiNa Pg gn daun lengkuas)
Cara-Cara
  1. Ikan dibersihkan dan dilap dengan kitchen towel.Perasakan dengan sedikit garam.
  2. Panaskan kuali,tumiskan bahan kisar hingga terbit bau.Sesuaikan rasa, tambah garam, gula/perasa, jus limau nipis dan sos ikan.Tutup api
  3. Lapik ikan atas daun pisang/al.foil,kemudian lumurkan bahan tumisan ke atas ikan.Perapkan sebentar.Kemudian bolehlah dibakar hingga masak (LiNa Pg bakar atas dapur gas jer guna kuali leper roti jala)

Ikan bakar Buka Puasa
Saya lapik dengan daun lengkuas petik segar dr balkoni hehee..Snap sebelum bako (spare) in case pas bako xdan nak snap hahaaa...

Tuesday, April 19, 2016

Sambal Hitam Tomato (Pembuka Selera)

Assalamualaikum
Hari ni baru berkesempatan buat n3 Sambal Hitam Tomato ni.Lama tersimpan dalam draf jadi pekasam hahaa..Ekceli dan 2x buat sambal ni.Yg first ni buat pedas2 manja jer.Kali kedua nah...amek kooo berasap tinge muahahaa..tu la berlagak sangat sebab pestaim x pedas kan kikiiiii.Sambal Hitam Tomato kiranya sepupu sepapat Sambal Hitam Pahang tu la yg juga buah belimbing buluh tu..tp rasanya lebih masam..yg masamnya ala2 jer la.Nak tau beza kedua2 sambal hitam ni..kena la cuba...Percayalah cakap saya..kalau korang dah cuba mesti tersuka tanpa sengaja...waaaa gitu hihi..Jom semak resepi
TeratakMutiaraKasih

RESEPI SAMBAL HITAM TOMATO
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber : Kak Yani (fb)
Asal : MAHN
Bahan-Bahan (LiNa Pg buat 1/2 dari resepi asal)
  • 5-7 biji buah tomato (potong baji/dadu)
  • 1 mangkuk ikan bilis (tumbuk/blend kasar)
  • 1/2 mangkuk cili padi (ikut kepedasan masing2)
  • 2 biji cili merah (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • 4 labu bawang besar (dadu kasar)
  • Garam dan gula/perasa
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Goreng tanpa minyak buah tomato hingga layu
  2. Sementara itu kisar cili padi dan cili merah bersama sedikit minyak.Bila cili hancur, masukkan bawang besar dan kisar lagi.
  3. Tuang bahan kisar ke dalam kuali yang berisi tomato tadi.
  4. Tumis sebentar.Kemudian masukkan ikan bilis yang ditumbuk kasar.
  5. Tumis hingga pecah minyak.Renjiskan sedikit kicap (jika suka warna yang lebih gelap)Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  6. Masak hingga sambal kering (Jika suka yang lembab pun boleh juga)
  7. Sejukkan dalam kuali sambil sengetkan kedudukan kuali supaya minyak tersejat.
  8. Dah siap, bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.
Cili padi dan ikan bilis boleh tambah ikut selera
Ni versi mesra kanak2..pedas manja jer
Goreng tomato (tanpa minyak)
Blend cili padi+cili merah+sedikit minyak
Tambah bawang besar blend hingga hancur
Tuang ke dalam kuali gorengan tomato tadi
Kacau sebentar, kemudian masukkan ikan bilis (tumbuk kasar)
Tumis hingga pecah, kemudian renjiskan sedikit kicap manis
Kacau hingga agak kering.Kalau suka yg masih lembab..boleh terus tutup api
Dah siap, sejukkan sambal dalam kuali.Sengetkan kedudukan kuali supaya minyak tersejat.
Taraaaa...dah siap..boleh disimpan dalam balang

Monday, April 18, 2016

Pengalaman Baru Photoshoot Majalah SAJI

Alhamdulillah...
Sabtu (16hb April jam 11am) Satu pengalaman baru dan sangat manis buat saya bila team SAJI buat siri jelajah utara untuk shooting..Kalau sebelum ni, saya pernah berkongsi resepi dalam SAJI tapi selalunya saya hanya hantar gambar dan resepi yang telah siap dimasak dan snap gambar sndri..Kali ni lain siket bila mereka berkunjung ke Teratak kecil kami...jauh di Penang ni...sapa tak teruja kan...majalah yang gah dan tersohor ni datang untuk shoot kat rumah kita...syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..nebes tok sah cerita la...
Paling best bila saya tengok team SAJI menjamah hidangan dengan penuh berselera..Alhamdulillah dengan izinNya juga.Terima kasih along Rosmarlina selaku Ketua Editor sudi berkunjung ke rumah saya..Best wooo big boss SAJI yang datang..seronok sembang ngn dia...sangat2 frenly cam kenal lamaaaa.Jom layan gambar2..tp sempat snap siket jer sebab bz siapkan juadah...Tunggu ya....SAJI RAYA...Beli tau jangan x beli..
 Sampai jer terus buat keje..
 Laju tul depa ni...sejam lebih dah siap shoot 10 menu..tu lambat sebab saya x sempat nk platting
 Siap shoot..apa lagi jommmmm makan...tuan umah tgk dulu
Sempat lagi kalau along ngah makan..welfie dulu sekeping
 Sebelum balik posing dulu
 Dah selesai semua..barulah tuan menjamah hidangan...gigil time ni sebab kebulur

Tuesday, April 5, 2016

Aiskrim Sumi Dan Aiskrim Choki Choki

Assalamualaikum...
Akhirnya tuan umah terjebak jugak dengan aiskrim Choki Choki dan aiskrim sumi ni.Ekcel dah lama sangat tingin nak buat tp bila nk pi beli manjangggggggg abes..abes segala-galanya..sumi abes, choki choki abes..hatta plastik eskrim pun abes...Hebat tul penangan eskrim ni kan hahaaa...
Bila dah buat alahai terjatuh chenta la pulak...anak2 lebih suka yg choki choki tu.Paling lawak dak sarah bila makan eskrim sumi dia kata rasa cam ubat hahaaa...agaknya rasa oren tu kot..aduhai macam macam la...
Aiskrim ni sangat simple jer..resepi bersepah kat mana2..so, saya malas nk tepek resepi.Tapi kalau ada yg nak resepi angkat tangan tggi ya kikiii...
cuaca panas sekarang ni mmg syok la layan asikrim ni..crottt crettt. hihi...Sapa nak beli..meh..meh murah...murah..bak kata mail (upin ipin) 2 singgit...Kang ada yg nak betul2 naya jer...Tak jual ya..main2 jer

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...