Tuesday, May 10, 2016

Dalca Daging Kelantan Sedapnya

Assalamualaikum...
Sapa penggemar dalca  angkat tangan hihi..Kalau di kelantan dalca dihidangkan masa kenduri kendara jer.Untuk makan harian xdelah mak2 kat sana nk masak dalca ni..maybe depa lebih memilih singgang atau masakan simple jer.Kalau kat umah saya ni, bila masak nasi berperisa,nk kena ada jugak la lauk yang berkuah ni.Kalau sebelum ni saya buat Dalca Ayam kali ni gun daging pulak.Guna daging lebih sedap dan terasa aura kenduri heheee...
Jom kita semak resepi..cam biasalah resepi dalca daging yang paling mudah janji sedap.
Dalca Mudah
Simple jer...cicah ngn roti pun sodapppp

DALCA DAGING 
By Malina Lina Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan 
  • 300g daging tetel/daging cincang (boleh jg gn ayam)
  • 1 paket kecil rempah dalca (Kalau xde gn rempah kari ayam pun ok) 
  • 1 labu bawang besar (kisar) 
  • 5 ulas bawang merah (kisar) 
  • 3 ulas bawang putih (kisar) 
  • 1 cm halia (kisar) 
  • 3 hiris lengkuas (kisar)
  • 3 sudu besar cili giling 
  • 1 biji terung panjang (potong) 
  • Sedikit kacang panjang (kerat2) 
  • 2 biji kentang (potong kiub) 
  • 1 biji karot (potong baji) 
  • 2 biji cili merah (patah-patahkan) 
  • 2 biji cili hijau (patah2kan) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 asam keping 
  • Bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis  
  • Minyak 
  • Air 
  • Garam dan gula/perasa 

Cara-Cara 
  1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga hingga terbit bau. 
  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga agak garing sedikit. Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.Jadikan pes pekat. 
  3. Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan daging/ayam gaul bersama rempah hingga sebati.Biarkan sebentar hingga daging/ayam kecut dan mesra dengan rempah tumisan. Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula/perasa.Tambah air sama paras dengan daging/ayam. Biarkan hingga 3/4 empuk.
  5. Setelah itu masukkan santan dan tambah air secukupnya. Renehkan sebentar.
  6. Masukkan kentang (LiNa Pg gn kentang holland), karot, dan terung.Masak hingga ayam dan kentang betul2 empuk. 
  7. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa sesedap rasa.
  8. Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.Biarkan selama 1 min.Tutup api.Sedia dihidang.

4 comments:

Amie said... Balas

Angkat tangan sambil bawa mangkuk kosong he he heeee.... sedapnya dalca!

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
baru akak tahu ada dalca versi kelantan ya..
apa differencenya ya.. dengan dalca yang biasa kita masak tu..

tengok dalca lina ni teringat akak pun ada recipe dalca rusuk
dalam draft..belum menonjolkan diri lagi..

LiNa_Pg said... Balas

@Ayu
Dalca kelantan xguna kacang dhal kak ayu..hanya guna rempah dalca n masukkan daging/ayam dan sayuran..ada sesetengah tempat masukkan baby corn (putik jagung)selebihnya sayuran biasa

DNIBaby'sCUTE said... Balas

Assalamualaikum sis..
My daddy Fav nih dalca,
nak kena cuba utk my dad nih..
Tq sis

http://mummyumardian.blogspot.my/

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...