Monday, May 16, 2016

Puding Peach Sedap Resepi Mudah

Assalamualaikum...
Kalau sebelum saya pernah kongsikan resepi Puding Peach Berkaramel kali ni kita buat pesen lain pulak.Psst..aritu kata nak abeskan setin buah peach yang nak expired.Dah abes tu,gatai tangan pulak, rembat pulak setin lagi..adessss pastu bila nk abes.Tapi kali ni laju jer buat puding.Dah buat puding mmg selamat la tinge..kalau tidak, masaklah kena sembur hahaa..Resepi puding peach ni sangat sesuai kalau dibuat juadah berbuka.Lagipun resepi sangat ringkas..sat saja dah siap dessert untuk keluarga.Biasalah kalau resepi LiNa Pg tu mmg yg senang2 ajer lah kan?Ringkas2 pun sedap tau..
Puding Mudag dan Sedap
Nyaman terasa..menikmati puding ni di kala cuaca panas membahang..
PUDING PEACH
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-bahan
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 2 cawan air
  • 1 cawan sirap peach
  • 1 tin susu cair
  • ¾ cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 tin buah peach (asingkan buah dan air)
  • Beberapa titis pewarna kuning (jika suka)
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula hingga gula hancur.
  2. Sementara itu satukan susu cair, sirap peach dan tepung jagung, kacau hingga larut.
  3. Kemudian tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi.Masukkan juga esen vanilla dan titiskan pewarna kuning.Masak sebentar dengan api hingga mendidih (sambil dikacau selalu).Tutup api
  4. Tuang ke dalam Loyang atau bekas-bekas kecil, biarkan puding mengeras.
  5. Letakkan hirisan buah peach ke atas puding apabila menghidang.Hias ikut kreativiti

4 comments:

Amie said... Balas

Cantiknya... merah kuning memikat selera!

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Saja bg kalerful siket kak amie hehee..puding biasa2 jer saja bg meriah hahaaa

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
puding peach pulak ya..memang sesuai makan time musim panas2 ni..
sejukkk aje lalu kat tekak...hehe

Nooriah Abdullah said... Balas

tergodalah Lina dengan puding yang kuning ni.
berkilat lagi macam nak ngap ja time ni
kalau dekat mmg dah hilang tu Lina hahaa

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...