Thursday, May 12, 2016

Terung Goreng Telur Dadar Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum..
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat ringkas iaitu Terung Goreng Telur Dadar.Walaupun nampak simple tapi sedap tau dari telur dadar yang biasa2 kita buat tu.Nama lain yang vogue siket ialah Smoked Eggplant Omelet.Terung dibakar terlebih dahulu lps tu dicelup ke dalam telur...Bila makan tu terbau macam asap2 siket..sebab terung tu dibakar kira cam salai la kan?Hurmmm xyah cakap banyak korang try la sndri sebab senanggggg sangat2 hehee..kompom x nyesal cuba ni.Kalau bulan posa sesuai sangat buat sahur.Jom la kita semak resepi
Smoked Eggplant Omelet

RESEPI TERUNG GORENG TELUR DADAR
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber ALeen Aireish(fb)
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 biji terung (LiNa Pg gn terung bulat)
  • lada sulah
  • sedikit garam
  • minyak 
Cara-cara :
  1. Bersih terung, belah 2 (jangan putus)
  2. Bakar/panggang hingga layu
  3. Buang kulit tinggalkan isi terung aje,lenyek-lenyekkan isi terung supaya leper.
  4. Taburkan sedikit garam ke atas terung tadi.
  5. Kocok telur dan masukkan sedikit lada sulah.
  6. Panaskan sedikit minyak, sementara itu celup terung dlm telur, kemudian goreng.Tuangkan baki telur ke atas terung yang digoreng.
  7. Goreng seperti kita menggoreng telur dadar tu.

7 comments:

Acik Erna said... Balas

dah tentu sedap ni Lina.acik memang suka terung dibakar..ikan goreng berempah tu pun acik suka sebab ada daun kari..wangi..nanti acik nak cuba ye Lina

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna

A..ah...tu la pasal..walaupun resepinya mudah jer tp mmg sedap achik

Sue Bee said... Balas

Dah jadi seperti menu hotel ni, PG..menarik dengan warna2 sayur kat tepi tu

LiNa_Pg said... Balas

@Sue Bee
salad tu dah banyak ari sbb tu pucat siket dah SB

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
wahhhh lain dari yang lain ni..
terung ada dirumah..nanti nak cubalah...
thanks for sharing dear...:)

Amie said... Balas

Uniknya resepi... mesti sedap ni Lina!

maz said... Balas

Assalamualikum fren..
msuk dpur tuan rmah tgh tdur la plak..kihkihh..
kita suka terung, mkn yg greng gitu je pon sdpp..tampal dgn telur mesti lgi sedap deh..
org arab kuat mkn terung..sedap starter depa cicah nga khubus..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...