Monday, June 20, 2016

Beef Stew/Stew Daging Ya Ampun Sedapnya

Assalamualaikum...
Mencuba sesuatu yg baru untuk berbuka puasa.Nampak resepi ni lalu lalang kawan2 dok share kat fb, kita pun share jugak la.Bila tgk resepi Beef Stew ni sangat mudah dan bahan2 pun semua ada.Ptg tu terus ON.Saya menggunakan daging pejal+daging tetel,kalau guna daging topside mesti lagi sedap.Cair dalam mulut gitew.Alhamdulillah hasil mereneh menggunakan api kecil sesambil buat kije lain..siaplah jugak Stew Daging yg sedap ni.Nampak simple jer tp sungguh enak.Nak cuba sesuatu yg baru?bolehlah try buat stew daging ni.Kuahnya boleh jugak dicicah roti..nyum...nyum...Jom semak resepi
Stew Daging Sedap
Kuah pekat2 camni..kalau ada baguette a.k.a roti perancis mmg sedap buat cicah2 kuah ni...feeling omputis sungguh la kan hihihi

Resepi Stew Daging
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber Fb Yuss Aisya (sila refer ke fb beliau ada step by step)

Bahan-Bahan
  • 1/2 kg daging - potog bentuk kiub (LiNa Pg gn dgg pejal+dgg tetel)
  • Sedikit baby potato (LiNa Pg gn kentang holland 4 biji)
  • 1/2 batang karot (potong baji)
  • 3 ulas bwg putih ketuk dan cincang
  • 1 labu bwg besar cincang
  • 1 bunga lawang
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 1 kayu manis saiz kecikkk je
  • 2 helai Daun bay (kalu x de x pe tp agak kurang wangi)
  • 1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi
  • 1 sdb kicap pekat manis
  • 2 biji cili kering (suka pedas letak lebih)
  • Sedikit daun bawang. 
  • 1 kiub ayam.
  • *jika anda guna periuk biasa tambahkan 3 biji kurma. - bijinya sahaja utk bantu lembutkan daging-LiNa Pg xletak pun)
  • minyak untuk menumis
  • Air
  • Garam dan gula/perasa
Cara-Cara

  1. Panaskan 1 senduk myk masak. Biar betul2 panas! Api besar ye. Masukkan daging separuh kuantiti dulu.Goreng daging hingga bertukar ke warna coklat/perang.Proses ni amat penting, iaitu browning process.Tujuan utk lock jus dlm daging. Supaya daging lebih berperisa. Angkat daging yg dah brown dan masukkan selebihnya utk proses yg sama. (Tambah minyak sedikit lg jika dah kering)
  2. (Jika minyak kurang) Masuk satu senduk minyak lg untuk menumis bawang dan Cili kering, kayu manis, bunga lawang, halia. Buat browning process utk bahan2 tumis ni pulak.
  3. Bila bahan tu dah brown, tolak ke tepi dan masukkan masukkan tepung. Kacau laju2 dan buat browning process juga. Atau dlm culinary disebut roux.
  4. Boleh masukkan bahan lain (daun bawang,daun bay,karot,kicap dan kentang) kecuali kiub ayam jgn masuk dulu. Kiub ayam masin. Ada garam. Kalau masuk awal nanti daging lambat empuk. Jika anda guna periuk biasa jgn lupa masuk biji kurma. Ingat tips ni tau
  5. Pastu blh masuk daging tadi.Kacau sebati.
  6. Masukkan 2 cawan air. Kiub ayam jgn masuk lg ye.Masa ni bau wangi
  7. Kemudian blh tutup pressure cooker dan set masa 30 min api kecik. Jika guna piyuk biasa set masa sejam setengah. Lepas tu baru masuk kiub ayam.Jika daging masih belum empuk.Tambah sedikit air dan renehkan hingga daging betul2 empuk.
  8. Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula/perasa.Tutup api.Sedia dihidang.

4 comments:

Liza said... Balas

yeszaaaaaa, akhirnya dapat jugok tgk resepi ni...hihihi, tq fren

adda syuhada said... Balas

sedapnyer...

Nooriah Abdullah said... Balas

macam nk buat je lah petang ni Lina
ada tu daging seketoii lagi cukup lah utk kami ber3 disini hee
sedang lapar makan apa pun mmg laku keras ni kan

Unknown said... Balas

Tq sgt...br jmpe blog ni... izin guna resepi ye Linz Pg.. moga dirahmati Allah jua. Amin. #nkinamaru.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...