Puding Cincau Senangnya Nak Buat

By LiNa_Pg - Wednesday, June 15, 2016

Assalamualaikum...
Kat umah ni kalau buat puding memang laku berbanding kuih2.Tekak mama abah teringin nk mkn kuih2 lama...tp takut terabes pulak.Tambah lak bila si sulung dah masuk hostel..tinggal bertiga jer tukang makan..dak sarah tu bukan makan sangat.
Hurmm berbalik kepada Puding Cincau ni saya buat yg paling mudah..mula2 plan nk buat puding permata, tp cam malas pulak nk masak agar2 2x..pastu kena tunggu keras baru potong2..so,saya ambil jalan mudah..guna cincau jer la..sedap pun sedap..lembut agak chew..saya guna cincau manis yg berperisa boleh beli kat Mydin atau mana2 pasaraya.Kalau guna yg tawar tu hambar la plak puding kita nnt.

Puding Mudah Nak Buat
nyaman meluncur ke anak tekak...nikmatnya time buka posa.Terliur???dah2 pi buat untuk buka nnt..senang jer ni

PUDING CINCAU
By: Malina LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih) 
Bahan-Bahan 
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g 
  • 3 cawan air 
  • 1 cawan susu cair 
  • 2 sudu besar tepung kastad 
  • 3/4 cawan gula 
  • 1 helai daun pandan (boleh jg gn esen vanila)
  • Cincau manis secukupnya-potong kecil2 (LiNa Pg gn 2 tube)
Cara-Cara 
  1. Potong cincau dn masukkan ke dalam loyang/acuan (LiNa Pg gn loyang 7x7in) Ketepikan.
  2. Masukkan air, serbuk agar-agar,daun pandan dan gula ke dalam periuk. Biar hingga agar2 dan gula hancur Sementara tu, bancuhkan susu cair dan tepung kastad.Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam periuk berisi agar tadi. Kacau adunan menggunakan hand whisk hingga nampak agak likat.
  4. Kemudian tuang ke dalam loyang yg berisi cincau tadi.Biarkan sejuk seketika.Kemudian simpan dalam esbok supaya puding mengeras.Kemudian bolehlah dipotong dan dihidangkan.Mudah kan?

Puding sebelum dipotong..kes tuang laju2..abes cincau bergerak ke tepi kih3..

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Assalam Lina,
    puding cincau pula ya..memang confirm nyaman ni..
    sedappp...:)

    ReplyDelete
  2. Kalau guna agar2 tali mcm mana ya sukatan airnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah guna yg strip tu. kalau nk guna kena tgk sukatan air pada plastik packing agar² strip tu

      Delete