Friday, June 10, 2016

Puding Sagu Laici Kuah Kastad Sedap

Assalamualaikum
Dah masuk hari ke-5 kita berpuasa, tuan umah tenggelam timbul,bukan xmasak cuma xsempat nk snap.Puding Sagu Laici Kuah Kastard ni saya buat untuk berbuka ptg kemarin.Pada mulanya plan nak buat Puding Sagu Gula Melaka bila check rupanya gula melaka dah abes,memandangkan sagu dah rendam...saya teruskan jugak la kena lah olah siket buat kuah kastad ni.Tengok ada pulak laici setin (plan asal laici ni nak buat Puding Laici Dangdut  nampak gayanya dah selamattttt digunakan laici tu...nnt beli semula la hehe.Alhamdulillah hasil perkahwinan campur sagu+laici memang mantap...sedappp baq ang...Kalau kawan2 masih belum ada idea nk masak apa untuk buka hari ni?Bolehlah mencuba.Puding mudah dan sedap.Jom semak resepi
Alhamdulillah...sedap sangat kat tekak kami,manis pun sedang2 ajer..Bg yg berminat silalah mencuba.Kalau xde laici buleh skip jer.

RESEPI: PUDING SAGU LAICI KUAH KASTAD
By: Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)

Bahan-Bahan (Puding)

  • 1cawan biji sagu (warna putih) 
  • 1 liter air 
  • 1 helai daun pandan simpul 
  • Sirap ros atau pewarna kegemaran
Cara-Cara: 

  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi.Masak hingga sagu bertukar jernih.tutup api dan biarkan seketika 
  3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji 
  4. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian (kali ni LiNa Pg buat 1 kaler jer)Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu 
  5. Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan
Kuah Kastad Laici(versi LiNa Pg)
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1 tin laici (Asingkan jus dan buah)
  • Sirap laici 
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 5 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan (LiNa Pg potong ~5cm) 
Cara-Cara
  1. Satukan susu cair,air,jus laici, tepung kastad, gula dan garam ke dalam periuk,Kacau sebati.
  2. Masukkan daun pandan dan masak atas dapur hingga mendidih dan kuah memekat sedikit.Pastikan kacau selalu supaya kuah tidak bergentel.Dah siap tutup api.Sejukkan dahulu sebelum menghidang
  3. Cara LiNa Pg menghidang Puding Sagu Laici Kuah Kastad,keluarkan puding sagu dari acuan,masukkan ke dalam bekas/mangkuk dessert,tuangkan sos kastad dan letakkan buah laici.Sejukkan dahulu 2jam kemudian sedia dinikmati.

4 comments:

HALAMANKU said... Balas

Salam.. Kak lina, Selamat berpuasa.. aduhai.. tgk puding tu rasa nyaman je kat tekak ni.. mintak semangkuk.. nyum-nyum

adda syuhada said... Balas

ni antara kegemaran sy gak ni..puding2 cmni..

Nooriah Abdullah said... Balas

alahai sedapnya Lina
sejukkk je masyuk ni kalau dapt
baru pukul 3 ptg disini
lama lagi nak berbuka aduhhh

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
Akak bulan puasa ni belum sempat buat
Puding2... Lagi pun tak ramai peminat..
Yg makan sorang dua aje... Kalau dekat boleh juga ngendeng2... Hehe

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...