Tuesday, August 2, 2016

Daging Masak KaRiani Yang Sedap

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni berkesempatan berkongsi resepi daging yang sangat istimewa.Resepi daging yang mudah dan tak menggunakan banyak bahan2 pelik.Bahan2 biasa tapi hasilnya luar biasa keenakannya hehee.DAGING KARIANI nama diberi.Mesti korang tertanya2 resepi apa la ni?Hurmmm alah..trick jer tu, ekceli daging ni dimasak menggunakan rempah KAri+BeRIANI tu yang jadi KaRiani..Hasil kawen campur dua rempah ni.Kalau sebelum ni kami sekeluarga sangat sukakan Daging Masak Hitam, tp kali ni saya dah terjatuh chenta dengan Daging KaRiani sebab ianya lebih mudah,bahan pun x banyak.Paling penting sangat sedap kat tekak kami sekeluaga.Alhamdulillah dengan izinNya jua.Kalau ada yang berminat nak cuba..meh kita semak resepi daging yang cukup mudah dan sedap ni.
Bahan simple..tp rasanya sungguh enak..

DAGING MASAK KARIANI 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan : 
  • 1kg daging pejal (hiris selebar 2 jari)
  • 6 ulas bawang merah (kisar) 
  • 3 ulas bawang putih (kisar) 
  • 1 cm halia (kisar) 
  • 2 hiris lengkuas (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 1 batang serai (diketuk) 
  • l labu bawang besar (mayang halus) 
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • 3 sudu besar rempah beriani(LiNa Pg gn brand maggi)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 sudu besar tomato puri (jika xde boleh gn sos tomato)
  • Garam dan gula/perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak

Cara-cara : 
  1. Panaskan minyak, tumis rempah kulit kayu manis,pelaga dan bunga lawang bersama daun kari, hirisan bawang besar dan daun kari.Tumis hingga terbit bau dan bawang besar sedikit layu (tak perlu terlalu garing)
  2. Kemudian masukkan bahan2 kisar, tumis hingga garing.
  3. Sementara itu,satukan rempah kari daging,rempah beriani dan cili giling ke dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan paste rempah ke dalam tumisan tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan gaul sebati dengan bahan tumisan.Masukkan juga sos tomato/tomato puri.Masak sebentar hingga daging berubah menjadi pucat.Kacau sekali sekala.
  6. Kemudian masukkan air.Masak hingga daging empuk (LiNa Pg hanya guna api kecil)biar daging mereneh dan masak secara perlahan.Pantau sekali sekala sambil kacau.
  7. Setelah daging hampir empuk, masukkan garam dan gula/perasa (boleh juga dimasukkan sedikit sos tiram-jika suka) Sesuaikan rasa.Reneh hingga kuahnya pekat.
  8. Dah siap.Tutup api.Sesuai dihidang bersama nasi putih atau nasi berperisa.Juga boleh dimakan bersama nasi impit/ketupat/lemang

No comments:

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...