Saturday, October 29, 2016

Coklat Cheese Lava Momok Dan Kek Karamel

Alhamdulillah...
Coklat cis lava berhantu makin mendapat sambutan.Tambah ari cuti camni lagi best makan bersama anak2.Ada yg repeat order, dan ada yg baru nak merasa.Paling best bila ada yg cakap 'pernah makan cok cis momok org lain, tp x sesedap kek akak' Alhamdulillah..nampaknya kek cok cis momok ni menepati citarasa kastemer2 baru jugak.
Terselit sebiji kek karamel..tempahan kastemer sg.tiram.Pada mulanya beliau nk try cok cis lava..pastu tertengok kek karamel plak kat page saya TERATAK KEK MALINA terus order yg versi pelangi hehee.Terpaksalah bersengkang mata malam td siapkan semua kek ni.Alhamdulillah syukur selalu.
Kalau ada yg nk selit order coklat cis lava ni,nnt 11hb Nov saya da buat lagi.Utk nx wk ni stop sat..bg laluan kek lain plak.
Kek Coklat Cheese Lava, saiz besar dan kecik.Hari ni xde yg di post mortem sebab tuan umah dapat sebekas kecik jer.Tu pun dah selesai dek maisarah.Kang nx round buat lebih siket..xleh tahan tukan buat tengok saje ni kikiiiii
 Terliur x?meh order
 saiz kecik...lapisan cis tu tebal..puas hati makan
 Kek karamel pelangi

Wednesday, October 26, 2016

Tempahan Brownies, Kek Buah Kukus Dan Choc Cheese Larva

Alhamdulillah...
Rezeki tempahan kek buah kukus + brownies (pos) ke Seri Kembangan.Regular kastemer saya ni.Yg brownies tu baru bertatih lagi terus buat postage.Nnt kite tgk camana result bila dah sampai.Kek Buah tu alhamdulillah setakat ni semuanya selamat even ke Tamparuli, KK,Putatan pun tiba dalam keadaaan sihat walafiat.
Coklat Cheese Larva Berhantu pun kembali lagi atas permintaan.Kali ni buat sauz kecik jer dan besar.Saiz medium xde.Alhamdulillah feed back dr kastemer sangat memuaskan.Yg x suka makan cheese pun suka makan cok cis momok tu..yea la tak rasa cis pun...rasa cam aiskrim...sedap la kan?Nak rasa meh order cepat.Jemput LIKE page kek saya TERATAK KEK MALINA 
Alhamdulillah..syukur atas rezekiMu
 Kek Buah Kukus.Nak buat makan2 time cuti panjang Deepavali nnt, boleh la roger2
Pas kuar oven...cantik golden brown.Buka jer pengukus,aroma gula hangus menusuk ke hidung.Aduhai tukang buat pun terliur
Coklat Cheese larva berhantu
Coklat Cheese Larva Berhantu katenya..Mmg antoo tul..sbb bila makan cam xleh stop.Camana nk menega ni.Tuan umah asyik nak makan jerr
Si kedut yg owesome
 Triple Chocolate Brownies versi kedut..Dalam tu ada coklat chip..tabur plak Beryl's DCC kat ataih tuuu...mmg penuh dgn rasa coklat.Bagi coklat lover..u guys shud try dis...
update 27/10/16 - 8.41pm
Tenkiu fi...Alhamdulillah menepati citarasa..xtahan bg 10/10 bab brownies.Kek Buah tu mmg peberet dia dah selalu order hihi

Ni feed back dari kastemer yg beli Cok cis momok...tq zira post kat ig kak lina.Kata zira, mamanya tak suka/x makan cis tapi bila makan cok cis momok ni..suka plak dan sedap katanya..Alhamdulillah

Monday, October 24, 2016

Terima Kasih Saji Nov - Raikan Cinta

Alhamdulillah...
Sekali lagi berpeluang berkongsi resepi dalam majalah tersohor di negara kita ni iaitu Saji untuk keluaran November edisi Raikan Cinta.Kali ini LiNa Pg mengisi ruangan Intai Blogger dan resepi kali ni agak special sebab yg left over shooting ari tu dan jugak saya top up dengan sedikit lagi resepi yg fresh.Maknanya belum disiarkan dalam blog.Terima kasih buat along Editor Saji dan juga team Saji semuanya.
Jom pakat beli saji terbaru dah ada di pasaran.
 nalaaa punya besaq muka cheq
 cover terbaru Nov
12 pilihan editor..gambar tengah (dalam pan hitam tu)masakan LiNa Pg..menjadi pilihan editor..tq along

Friday, October 21, 2016

Choc Cheese Lava Berhantu Katanya

Assalamualaikum...
Baru sampai seru nk buat kek coklat cis momok ni yg dok viral dari bulan lepas lagi.Kadang sampai x terkejar ngn kek2 viral.Saje buat dalam bekas2 kecil dan medium saiz.Ptg kemarin buat n tayang kat fb..terus ada yg beli.
Kek ni saya buat mengikut olahan sendri buat copy sebijik dari resepi yg viral tu.Kek Coklat moist saya gunakan resepi fovourite saya.Pastu bahagian cis tu pulak saya olah menjadi seakan2 kek Indulgence Cheese Chocolate Moist.Siram plak dengan coklat ganache dihasilkan dari Beryl's DCC.Betapa mewahnya bahan2 kek cis momok ni.Nak merasa meh order cepat sementara stok masih ada ni.Saiz kecik jer..yg besar dah abes
Choc Cheese Lava, Coklat Cheese Momok, Kek Coklat berhantu
 Saiz kecik
Saiz kecik dan medium.Medium tu dah abes..Yg kecik ada 4 bks lagi.Nak rasa meh cepat2 wasap..no kat atas header nuuuu
 Tuan umah punya..Ini konsep sambil buat jualan..sambil makan hehee
Maisarah x cukup..makan hat kecik plak kikiii...alahai nampak gaya kena buat lagi ni
1 bekas al.foil kena cukai ngn sarah adoiyai...suka betul dia makan kek ni..tambah lak cis tu cam eskrim jer

Wednesday, October 19, 2016

Stew Ayam Resepi Mudah Cepat Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kering idea nak masak apa?Kalau anak2 suka makan ayam, naik buntu gak nk pusing/nak reka masak apa kat depa kan?Asyik gulai, masak kicap,sup ajer boring jugak kan..kalau masak merah selalu pun bosan gak.Apa kata cuba Stew Ayam pulak.Cara masak stew ayam ni mudah jer, cepat siap dan cepat boleh makan.Lagipun x pedas anak2 kecil pun boleh makan.Tak payah masak 2-3 lauk satu untuk semua gitew hehee.Stew Ayam ni kami makan bersama Nasi Daging.Ingatkan anak2 nk komen pelik ke apa?Rupanya depa kata sedap dan sesuai gabungan kedua2 menu tu..
Resepi Stew Ayam, Cara Masak Stew Ayam, Resepi Ringkas masak ayam,
Stew Ayam bila dah suam2 siket akan jadi pekat.Gambar ni masa tengah panas lagi..lepas masak zassss terus snap.Dah la ujannnnnn jer manjang.Gelap ler gambar.
Resepi Stew Ayam
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan 

  • 1/2 ekor ayam - LiNa Pg potong kecil2
  • 2 biji kentang holland - Potong kiub
  • 1/2 batang karot (potong baji) 
  • 2 ulas bwg putih - LiNa Pg ketuk dan cincang 
  • 1/2 labu bwg besar - cincang 
  • 1 bunga lawang 
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 inci halia (mayang halus) 
  • 2 helai Daun bay  
  • 1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi 
  • 1 sudu besar kicap pekat manis 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 tangkai cili kering (suka pedas letak lebih) 
  • 1 kiub ayam.
  • Minyak 
  • Air 
  • Garam dan gula/perasa 
Cara-Cara 
  1. Panaskan 1 senduk myk masak.Masukkan ayam goreng sekejap hingga pucat.Angkat dan ketepikan
  2. Guna minyak yang sama (jika kurang tambah siket lagi)Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, halia, Cili kering dan daun bay.Tumis hingga terbit bau dan sedikit garing.Jangan lama sangat nanti pahit.
  3. Kemudian masukkan masukkan tepung jagung, Kacau laju2 dan buat browning process juga.Boleh masukkan bahan lain (karot,kicap, sos tiram dan kentang)
  4. Masukkan ayam (yg telah dibuat browning tadi).Kacau sebati. Masukkan air dan kiub ayam.
  5. Masak hingga ayam empuk.Sesuaikan rasa tambah garam dan gula/perasa jika perlu.Renehkan sekejap lagi supaya kuah pekat
  6. Dah siap.Tutup api.Stew ni sedap dimakan bersama roti, nasi putih atau nasi berperisa.LiNa Pg makan bersama Nasi Daging
Stew, Stew Ayam, Resepi Stew Ayam, Chicken Stew
Stew ayam ni saya kongsikan di IG

Tuesday, October 18, 2016

Nasi Daging Air Asam Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum
Juadah ahad lepas lagi ni.Wk end ditemani hujan lebat, jd kami tak ke mana2.Dok kat umah makan dan layan tv jer.Alang2 semua ada, mama dia rajin siket buat nasi berperisa.Tak susah mana pun.Lagi pun Nasi Daging dah ada lauk siap2 kat dalam tu.Buat air asam kira dah setel la hihi.Tapi disebabkan en.husband x boleh sangat makan daging, so saya buat jugak lauk sampingan ayam.Kalau nak tengok resepi Nasi Daging versi terdahulu boleh tengok SINI 
Kali ni saya buat Nasi Daging Berempah jugak tapi resepinya lebih ringkas dan cepat jer siap.Yg penting sedap.
Dapur agak gelap sebab hujan sepanjang hari.So gambar x berapa nak clear.Tak pe la kan nak buat camana...Asalkan boleh tepek resepi kira orait la tu
Nasi Daging, masak nasi daging guna dapur gas, cara buat air asam, air asam budu
Gandingan mantap Nasi Daging Dan Air Asam Budu.Simple yet tasty..kalau korang sukakan lauk yg banyak boleh jer tambah ayam masak merah jugak.

RESEPI NASI DAGING BEREMPAH 
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan - Bahan  
  • 3 cawan beras basmati  
  • 3 1/2 cawan air rebusan daging/air biasa
  • 200g Daging (hiris nipis)
  • 1/2 cawan susu cair 
  • 2 sb mentega 
  • 1 sudu besar RSSTM jadikan pes (Boleh gantikan dgn serbuk sup)
  • 1 labu bawang besar (cincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (cincang halus)
  • sehiris halia (mayang halus)
  • 2 helai daun bay 
  • 1 helai daun pandan simpul 
  • 1 kiub ayam 
  • Rempah 4 beradik. 
  • Kismis, gajus, daun pudina (untuk hiasan)

Cara-Cara

  1. Beras basmati dicuci bersih dan rendam selama 20-30min.Kemudian toskan
  2. Panas sedikit minyak/butter, tumiskan rempah 4 beradik dan juga bawang besar, bawang putih,halia,daun bay, dan daun pandan hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah sup (atau RSSTM)Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan hirisan daging, kacau sebati dengan rempah hingga daging kecut (berubah warna menjadi pucat/putih)
  5. Tambah air, susu cair cair dan juga kiub ayam biarkan hingga mendidih.
  6. Masukkan beras basmati dan kacau sebentar.Biarkan nasi kering (sambil kacau sekali sekala untuk mengelak nasi berkerak di bahagian dasar periuk)
  7. Bila nasi kering, kecilkan api.Masak nasi seperti biasa.Bila nasi masak, tutup api. Gembur2kan nasi menggunakan garfu.Taburkan daun pudina, kismis dan gajus.Tapi LiNa Pg xde aksesori kali ni..cuma taburkan daun ketumbar ajer.

Nasi Daging Sedap, Resepi Nasi Daging, Nasi Daging LiNa Pg
 Nasi Daging live dr periuk..ekceli ni daging korban yg kakak ipar bagi.Agak lama tersimpan.Tapi masih kekal manis dan fresh
air

AIR ASAM BUDU MABELES
By Malina LiNa Pg
Asal ct zaliedana

Bahan Kisar/Tumbuk 

  • 3 biji cili padi (tumbuk/kisar)
  • 2 biji cili merah (tumbuk/kisar)
  • Sedikit Belacan Bakar (tumbuk/kisar)
  • 1 labu Bawang Besar hiris nipis 
  • 1 Biji Tomato dadu/Hiris nipis 
  • 1 biji Cili Merah hiris nipis 
  • 2 biji Cili Padi Hiris 
  • Air Asam Jawa Secukupnya 
  • 1 biji Air Perahan Limau Kasturi 
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan 
  • 1sudu Besar Budu 
  • Garam dan Gula/perasa secukup rasa 
Cara Penyediaan: 
  1. Campurkan smua bhn yg dihiris dengan bahan kisar kasar (LiNa Pg tumbuk jer) bersama budu, air asam jawa dan sos ikan gaul sehingga sebati. 
  2. Perahkan jus limau.Masukkan garam dan gula secukup rasa. Simpan sekejap dalam peti ais supaya mesra semua bahan.
  3. Sedia untuk dihidang bersama Nasi Daging atau ikan bakar, kerang rebus dan sebagainya

Monday, October 17, 2016

Tempahan Brownies Dan Pulut Kuning

Alhamdulillah
Rezeki tempahan brownies..baru jer tayang kat fb (resepi lom tepek lagi kat blog) dah dapat tempahan brownies kedut ni.Combo plak dgn pulut kuning.Tuan yg sama hehee...
Brownies ni mewah dengan coklatnya.Saya gunakan DCC Beryls dalam proses pembuatannya..utk tempahan ni saya taburkan jugak coklat chips dalam dan kat atas tu.
Pulut Kuning Tempahan, Pulut Kuning Telur Rampai, Bunga Ros Telur dadar, Telur Dadar berhias
Teringin nak rasa.Meh order..saiz 8x8in sesuai untuk makan2 atau utk keluarga kecil.Tak sedar dah abes sebekas anak2 makan
Nak tempah pulut kuning penang, Pulut Kuning Sedap,
 Tempahan Pulut Kuning utk mkn2 sesaja hujung mggu.Saya buat bunga ros merah tu dgn telur dadar ajer..pastu buat telu dadar rampai plak yg warna ijo tu.Cantik x bunga ros saya hehee..senang boleh makan jer semua
Brownies Kedut Pulau Pinang, Brownies Coklat, Nak tempah Brownies Kedut
 Brownies kedut

Thursday, October 13, 2016

Brownies Sedap Resepi Mudah Tak Perlu Mixer

Assalamualaikum
Resepi Triple Chocolate Brownies sangat mudah membuatnya.Tak perlu mixer,hanya gaul guna senduk kayu atau spatula jer.Walaupun cara membuatnya sangat mudah tapi ianya sangat sedap.Sudah namanya TRIPLE CHOCOLATE BROWNIES tentulah menggabungkan 3 jenis coklat di dalamnya.Penuh nikmat dengan rasa coklat yg mewah dan mahal.Penggunaan coklat yg bermutu tinggi membuatkan brownies sedapnya luar biasa.Tak mengapa berbelanja lebih siket asalnya ianya berbaloi.Bagi penggemar coklat, korang harus cuba brownies.Saya tak pasti hasilnya lepas kena berkedut (seperti brownies kedut)atau pun tak.Lagipun saya letakkan coklat beryl's coin dan taburkan sedikit chips coklat kat atas tu maybe impact kedutnya terjejas atau mmg pesen takde kedut wallah hualam...Apapun memang sedap.Menurut eny brownies ni lebih sedap dan moist jika dimakan keesokan harinya.Saya potong dan makan masa masih suam2 lagi punnnnnn dah sedap.Sengaja saya x buat topping supaya dapat menikmati secara real keenakan brownies ni secara solo hehee (malas benornya)Lagipun anak2 suka makan secara Touch n Go (ambil dan jalan)xo duduk secara proper ambil piring sudu bagai...budak2 camtu la .
Okey panjang nau bebelannya...Jom semak resepi.
TRILPE CHOCOLATE BROWNIES, BROWNIES SEDAP, BROWNIES SENANG BUAT, CARA BUAT BROWNIES, BROWNIES BAKAR, BROWNIES TAK GUNA MIXER, BROWNIES MEWAH DENGAN COKLAT
Kaya dengan coklat..bila makan tergigit plak coklat yg digaulkan ke dalam brownies tu...aduyai sedapnya..Rasanya x begitu manis (sedang2 saja) sbb dah cover dgn coklat tu
RESEPI BROWNIES SEDAP MUDAH DAN MENJADI
yg putih kecik tu white coklat chips...Nak order??meh PM tepi...no hp ada kat header nuuuu kat atas (gambar laksa)

TRIPLE BROWNIES CHOCOLATE
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber  Eny Abdullah dan Anna Olson

Bahan-bahan (Saiz 8x8in)

  • 300g Dark Chocolate (Saya pakai jenama Beryls - Jangan pakai coklat susu sebab manis)LiNa Pg sama gak guna Beryls
  • 100 gm butter - saya pakai jenama Anchor
  • 100 gm gula perang - kalau pakai gula castor, kurangkan sikit menjadi 80gm
  • 3 biji telur size A
  • 1 tsp esen vanilla
  • 125 gm tepung gandum
  • 1/4 cawan chocolate chips
  • 1/4 cawan white chocolate chips (coklat putih)
  • 1/2 tsp garam
  • Jika suka boleh tambah walnut dan almond cincang kedalam adunan (LiNa Pg skip hb x makan nuts)

Cara-cara :

  1. Panaskan oven suhu 160C (oven LiNa Pg 150'C)
  2. Potong coklat bar (LiNa Pg guna coin) dan butter kecil-kecil dan cairkan keduanya sekali dengan kaedah double-boiler sehingga cair sepenuhnya. Angkat dari api.
  3. Masukkan gula, kacau sebati.Masukkan esen vanilla
  4. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Setiap sebiji masuk, kacau dan kemudian masuk sebiji lagi. Buat sehingga habis. Kacau sekejap je pakai senduk.
  5. Masukkan tepung dan garam. Kacau rata tapi jangan over mix.
  6. Masukkan chocolate chips. Simpan sedikit untuk tabur diatas
  7. Tuang dalam acuan yang digris dan kemudian diletak kertas alas (parchment paper). Kertas alas bagi lebih sikit keatas supaya senang nak tarik brownies dari acuan.
  8. Tabur lebihan chocolate chips diatas. Boleh juga tambah walnut atau almond.
  9. Bakar pada suhu 160C selama 35-40 minit atau sehingga cucuk cake tester keluar bersih. Jangan terlebih masak sebab nanti agak kering dan tak sedap. Kena moist sikit baru sedap
  10. Brownies ni sedap dimakan pada keesokan harinya.
TRILPE CHOCOLATE BROWNIES, BROWNIES SEDAP, BROWNIES SENANG BUAT, CARA BUAT BROWNIES, BROWNIES BAKAR, BROWNIES TAK GUNA MIXER, BROWNIES MEWAH DENGAN COKLAT

TRILPE CHOCOLATE BROWNIES, BROWNIES SEDAP, BROWNIES SENANG BUAT, CARA BUAT BROWNIES, BROWNIES BAKAR, BROWNIES TAK GUNA MIXER, BROWNIES MEWAH DENGAN COKLAT
Rupa brownies yg bulat2 tu coklat coin beryls..putih2 tu white coklat chips

Tuesday, October 11, 2016

Laksam Kelantan Resepi Mudah Dan Menjadi (Sedap Pulak Tu)

Assalamualaikum...
Ada tak yang tak kenal Laksam?Kalau orang Kelantan atau Pantai Timur x kenal laksam mmg nak kena buang negeri la kan hahah.Kalau di Penang ni laksa la yg femes kan?Sekali sekala kita tukar selera makan laksam dengan kuah lemak pulak.Sebenarnya saya agak cuak jugak nk buat laksam ni, takut anak2 x makan.Kebiasaannya kalau teringin nak makan laksam ni, saya beli jer kat Pasar Malam sebab anak2 kurang gemar makan laksam.Depa lebih suka makan Laksa (Penang) berbanding laksam (kuah lemak ni).Tapi biasalah kalau yg beli tu kena pasrah jerlah Kuah cair,laksam keras n patah2..telan jerlah kalau teringin.
Hujung mggu lepas(cerita petang Ahad la ni hihi) saya nekad nk cuba buat laksam..first time ever tau buat laksam homemade ni dan saya mampu berbangga dengan hasilnya.Sudah menjadi kebiasaan saya, kalau nak cuba resepi baru, saya akan gugel sana sini cari segala info dan resepi terbaik paling senang.Kebanyakan resepi hampir sama jer sukatan tepung beras dan tepung gandum..yg membezakan resepi ialak sukatan air.Paling best laksam homemade yang saya buat ni hasilnya berkilat2 dan sangat smooth..licin jer...rasanya lembut (tapi bukan lembik ya) dan bila digulung sangat cantik hasilnya gulungan dan tektur laksam itu sendiri pun sangat kemas.Dah panjang bebel ni jom kita semak resepi.Terima kasih kak ilah dan k.rosa untuk resepi Laksam Kelantan yg sedap ni LiNa Pg buat dan menjadi dengan jayanya buarpun pertama kali mencubanya.
laksam kelantan, laksam homemade, resepi laksam menjadi, masakan kelantan, selera pantai timur
Laksam terdiri dari 4 bahagian.Laksam, kuah, ulam(sayuran) dan sambal.Ada 4 element ni barulah complete set

RESEPI LAKSAM HOMEMADE MENJADI DENGAN JAYA
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber Kak Ilah Dan Kak Rosa

Bahan-Bahan (LiNa Pg buat 1/2 adunan)
  • 3 cawan tepung beras (LiNa Pg gn 1 + 1/2 cawan)
  • 1/2 cawan tepung gandum (LiNa Pg gn 1/4 cawan)
  • 1/2 sudu teh garam (secubit garam)
  • 5 cawan air suam (LiNa Pg gn 2 1/2 cwn air suam) 
  • minyak utk lenser tudung periuk 
  • 1 tudung periuk nipis
Caranya
  1. Panaskan kukusan bersama tudung periuk yg disapu minyak secukupnya, keliling tudung periuk, supaya adunan mudah lekang.Setiap kali mengukus sapu kan minyak dan tudung tak perlu dicuci.
  2. Campurkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam besen. masukkan air suam tadi kacau sebati masukkan garam kacau lagi.
  3. Masukkan adunan ke dalam jag sambil2 di kacau supaya adunan tepung tidak mendap.Tuangkan separuh dari tudung periuk seperti dalam gambar (atau boleh juga disenduk ke atas tudung periuk)
  4. Kukuslah sehingga gelembung baru angkat.Kalau tidak gelembung nanti laksam akan patah dan tak enak/tak masak. api ketika mengukus perlu kuat supaya tepung cepat masak.
  5. Utk cepat proses sejuk sila guna kipas angin sebab tudung periuk 1 sahaja. kalau ada 2,3 lagi cepat. tak menang tangan la pula nanti...hehehe... 
  6. Sila ulang langkah di atas sehingga habis.. sila guna cawan comel kalau keluarga kalian setakat 4-5 org makan (LiNa Pg buat separuh adunan dapat 6 gulungan cukuplah utk keluarga kecil kami
Boleh refer ke Youtube LiNa Pg untuk cara membuat laksam.Jangan lupa subscribe okey 

laksam homemade, resepi laksam yang mudah dan menjadi

KUAH LAKSAM SEDAP
By Malina LiNa Pg
Sumber Tahrunnisah (fb)
Bahan-Bahan kuah laksam (6 orang makan)
  • 3 ekor ikan kembung (LiNa Pg gn 4 ekor ikan sardin) 
  • 2 biji bwang sederhana besar 
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia (LiNa Pg guna 1/2 cm jer) 
  • 1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus 
  • sedikit belacan 
  • 1/2 periuk santan pekat (LiNa Pg gn 1/2kg santan) 
  • garam dan gula (atau perasa) 
  • 2 keping asam gelugur 
Cara-Cara:
  1. Ikan dicuci bersih,masukkan ke dalam periuk (air sama paras ikan) rebus hingga ikan masak. 
  2. Asingkan isi ikan dari tulang.Air rebusan jangan dibuang.Akan digunakan utk kuah nanti. 
  3. Satukan bawang besar, bawang putih, halia,belacan,isi ikan ke dalam blender serta masukkan sedikit air rebusan dlm supaya senang utk kisaran. 
  4. Masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi dan masukkan baki air rebusan ikan kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula 
  5. Masak dengan api sederhana hingga mendidih (kuah mestilah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak)

kuah laksam sedap resepi mudah

 Saya suka tektur kuah laksam ni, tidak berketul dan nampak cam smooth jer

Pelengkap Laksam..Mesti ada Ulaman
  • kacang panjang (Dah beli tapi lupa nak boh)
  • timun
  • tauge
  • kobis 
semuanya hiris halus
Sambal jate versi LiNa Pg
  • sedikit belacan (bakar)
  • 1 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji perahan jus limau kasturi
  • garam dan gula/perasa
Tumbuk belacan dan cili (tumbuk kasar2 pun ok)masukkan garam dan gula+jus limau nipis.Sesuaikan rasa

laksam sedap, laksam homemade, selera pantai timur
 Jemput tengok hehee...Agak2 ada tak yang nak order Laksam ni heheee.Laksam ni juga sedap dimakan bersama sedikit belacan (raw) - bagi yg gemar dimakan cara begitu hehee

Wednesday, October 5, 2016

Damai Gunung Chalet - Santai Bersama Family

Assalamualaikum...
Cerita hujung mggu lps, ms cuti Maal Hijrah kami sempat jugak la bersantai mandi manda ayaq bukit di Damai Gunung,Yan Kedah.Konsepnya sama seperti Salak Denai iaitu 1 chalet 1 kolam.Maknanya kolam tersebut xshare dengan orang lain.Paling best airnya xde klorin..ai semulajadi dr bukit.Mmg best.
Hajat hati nk pi mandi kat Salak Denai tp cam biasalah fully book.So,saya cuba nasib wasap Damai Gunung plak.Alhamdulillah ada plak kosong tp kena cek in ptg Jumaat.Xpelah bukan jauh mana pun dr Penang ni.Terus On.Damai Gunung ni x amek sebarang deposit,bila cek in baru buat bayaran kat sana.Chalet berbeza mestilah suasana pun berbeza.Damai Gunung ni terletak di tepi jalan besar,so time mandi manda tu kedengaran deruman kenderaan vroom..vromm..prenggg..prenggg sana sini.Kalau Salak Denai tu letaknya jauh ke dalammmmmm agak sunyi ditemani bunyi cengkerik dan bunyian unggas.Tak kesahlah camana pun janji anak3 dapat mandi kolam dan kami tetap enjoy...Jom layannnn
Tempat menarik di Kedah,cuti-cuti Malaysia, santai bersama keluarga mandi kolam
 1 chalet 1 kolam,ada hall+tv, 1 bilik tidur (agak luas jgk),1 bilik air,ruang memasak (kt luar+tempat BBQ).Peti ais tidak disediakan.Dapur+gas dan peralatan memasak kn minta dr owner.
 Budak ni eksaited nak mandi,apa lg terus terjun kolam...cap pun xdan pakai lagi huhu
 Bila sarah jumpa air huhu
 Keje dok snap gambaq jer...mama xde pun dalam gambar
 Terjunan bebas Maisarah...tak padan ngn kecik.Ada tanjak tu ganti Pandalela hahaa

Ayam Perap Bakar, Ayam Perap Sedap
 Malam2 kita BBQ plak.. Ayam Perap terlajak sedap..nk rasa meh order
Kambing Perap Bakar Sedap
 Kambing Perap pun hado...kita bako..kita bako..isi banyak tu..mkn sekeping pun da kenyang.Tambah lak makan panas2 bakar ngn arang camni sedappppp baq ang.Nak order..meh roger admin hahaaa
 Tengok tu maisarah masih dalam kolam...kita perasap chalet hilang nyamuk kih3
 Terjunan berjemaah..aktvt keesokan harinya pulak..time ni belum bf lagi..aduhai anak3 ni...mmg suka sangat mandi kolam.
Tempat menarik di Kedah, Homestay di Yan, Damai Gunung, Cuti-Cuti Malaysia
 Mandi kolam saat2 akhir sebelum check out (Kol 11am)
Teringin nak mandi kolam?atau ada pertanyaan? sila teropong no owner..pandai2 la u olls call/wasap.Jangan call saya plak.Saya xde kena mengena ngn chalet ni hanya pengunjung sahaja

Tuesday, October 4, 2016

Kek Buah Kukus Tempahan By Postage

Assalamualaikum
Setelah berehat panjang dr mengambil tempahan...last mengukus ms raya haji aritu..agak memenatkan, rehat 2mggu dr sebarang aktvt membaking.Ada jugak membaking tp utk makan2 sndri jer.Alhamdulillah rezeki pembuka tirai di bulan baru (Okt) dan tahun baru Hijrah.2 biji kek buah kukus tempahan jarak jauh.Kali ni ke Kuantan dan sebiji menyeberangi jambatan Pulau Pinang ke Simpang Ampat.Kedua mereka ini adalah kastemer baru saya.Harap mereka sukakan rasa kek buah kukus hasil air tangan LiNa Pg ni hihihi..
Secara peribadi saya amat berpuas hati dengan hasil kek buah kali ni..alhamdulillah
kek buah lina pg, kek buah lembab, kek buah moist, kek buah kukus 4 jam
2 biji siap kukus...sebiji dah wrap..gambar x brp lawa sebab gelap siket kat dapur...cuaca mendung+ujan jer sehari dua ni
 LiNa Pg menggunakan pure butter anchor utk kek buah..isnyaaAllah rasanya lebih sedap berbanding butter biasa
kek buah kukus moist, kek buah tempahan sedap, kek buah homemade
 Karamel...nampak sedap kan?
 Kek Buah baru berusia 5jam...masa nak wrap...tengok tu dah terserlah moist.Moist kek buah ni bukanlah macam kek coklat moist tu..tp moist dalam kategori kek buah hehee..paham ke idok tu
kek buah pos

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...