Wednesday, October 19, 2016

Stew Ayam Resepi Mudah Cepat Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kering idea nak masak apa?Kalau anak2 suka makan ayam, naik buntu gak nk pusing/nak reka masak apa kat depa kan?Asyik gulai, masak kicap,sup ajer boring jugak kan..kalau masak merah selalu pun bosan gak.Apa kata cuba Stew Ayam pulak.Cara masak stew ayam ni mudah jer, cepat siap dan cepat boleh makan.Lagipun x pedas anak2 kecil pun boleh makan.Tak payah masak 2-3 lauk satu untuk semua gitew hehee.Stew Ayam ni kami makan bersama Nasi Daging.Ingatkan anak2 nk komen pelik ke apa?Rupanya depa kata sedap dan sesuai gabungan kedua2 menu tu..
Resepi Stew Ayam, Cara Masak Stew Ayam, Resepi Ringkas masak ayam,
Stew Ayam bila dah suam2 siket akan jadi pekat.Gambar ni masa tengah panas lagi..lepas masak zassss terus snap.Dah la ujannnnnn jer manjang.Gelap ler gambar.
Resepi Stew Ayam
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan 

  • 1/2 ekor ayam - LiNa Pg potong kecil2
  • 2 biji kentang holland - Potong kiub
  • 1/2 batang karot (potong baji) 
  • 2 ulas bwg putih - LiNa Pg ketuk dan cincang 
  • 1/2 labu bwg besar - cincang 
  • 1 bunga lawang 
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1/2 inci halia (mayang halus) 
  • 2 helai Daun bay  
  • 1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi 
  • 1 sudu besar kicap pekat manis 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 tangkai cili kering (suka pedas letak lebih) 
  • 1 kiub ayam.
  • Minyak 
  • Air 
  • Garam dan gula/perasa 
Cara-Cara 
  1. Panaskan 1 senduk myk masak.Masukkan ayam goreng sekejap hingga pucat.Angkat dan ketepikan
  2. Guna minyak yang sama (jika kurang tambah siket lagi)Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, halia, Cili kering dan daun bay.Tumis hingga terbit bau dan sedikit garing.Jangan lama sangat nanti pahit.
  3. Kemudian masukkan masukkan tepung jagung, Kacau laju2 dan buat browning process juga.Boleh masukkan bahan lain (karot,kicap, sos tiram dan kentang)
  4. Masukkan ayam (yg telah dibuat browning tadi).Kacau sebati. Masukkan air dan kiub ayam.
  5. Masak hingga ayam empuk.Sesuaikan rasa tambah garam dan gula/perasa jika perlu.Renehkan sekejap lagi supaya kuah pekat
  6. Dah siap.Tutup api.Stew ni sedap dimakan bersama roti, nasi putih atau nasi berperisa.LiNa Pg makan bersama Nasi Daging
Stew, Stew Ayam, Resepi Stew Ayam, Chicken Stew
Stew ayam ni saya kongsikan di IG

3 comments:

adda syuhada said... Balas

Sedapnya.. Nak kna buat jgk nih.. Pernah mkn je, x pernah buat hihi

LiNa_Pg said... Balas

@adda syuhada
Buat la syuhada..senang jer tu dan sedapppp kat tekak kami

Phong Hong said... Balas

Bestnyer stew ayam ni. Saya pun suka. Lagi-lagi ada rempah ratus yang boleh membuatkan stew lebih wangi dan lazat. Kalah omputih punyer hee...hee...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...