Friday, November 25, 2016

Perginya Tak Kembali ~ Al Fatihah Buat Bondaku

Assalamualaikum...
Tanggal 22hb Nov 2016 merupakan tarikh yg tak mungkin saya lupakan hingga akhir hayat kerana pada tarikh ini ibu saya Rubiah binti Deraman telah kembali ke rahmatullah.Sesungguhnya ajal maut itu ketentuan Ilahi.Pemergiannya tiada siapa yang menduga kerana arwah tidak mengalami sebarang penyakit.Boleh dikatakan demam pun sangat jaranggggg.Sekali sekala cuma sakit kaki/pinggang sebab arwah bonda sangat suka berkebun, mengangkat/meyusun pasu2 bunga kesayangan dan membersihkan halaman rumah.
Terasa seperti mimpi bila dapat panggilan arwah sudah tiada.Rasa kehilangan yg sukar digambarkan.Dunia terasa kosong....otak x mampu nk pikir apa...
Pagi tu kami bertolak balik ke kampung.Alhamdulillah..saya sempat menatap wajah arwah bonda..Sungguh putih suci wajahnya dan berbau sangat wangi...Tenanglah dikau di sana wahai bonda.Akan kukirim doa buatmu di sana...Al fatihah..Semoga arwah bonda di tempatkan di kalangan orang beriman

7 comments:

Norhayati Mohd Isa said... Balas

Al Fatihah..
Semoga bonda Lina ditempat kan bersama-sama para syuhadah dan solehin..
Rohnya dicucuri rahmati Ilahi..

Ya Allah maafi dia..
Ampuni dosa-dosanya..
Rahmatilah dia..
Gantilah syurga sebagai tempat tinggal yang baru buatnya..

Takziah buat Lina sekeluarga..
Semoga tabah dan redha..

LiNa_Pg said... Balas

Amin² YRA..terima kasih yati..semoga syurga tempatmu wahai bonda

tengku emysya said... Balas

al-fatihah bt arwah bonda linapg

Phong Hong said... Balas

PH ucapkan takziah kepada Lina sekeluarga. Mohon tabah menghadapi kehilangan ibu yang disayangi.

LiNa_Pg said... Balas

Amin² YRA..tq tengku

LiNa_Pg said... Balas

Tq PH
Kehilangan yg tidak diduga sama sekali..

Teacher Basariah said... Balas

Innalillah..salam takziah buat kak sekeluarga

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...