Monday, December 19, 2016

Nasi Minyak Laskar Pelangi

Assalamualaikum...
Nama bukan main vogue lagi kan hehee...Nasi Minyak Laskar Pelangi.Ekceli resepi ni saya reka khas utk majalah SAJI Keluaran Nov lepas.Biasalah kalau majalah saji depa mau resepi yg unik dan lain dari yg lain.Disebabkan ms editor saji req nk resepi ni,sy mmg agak bz..so,buat yg simple2 ajerlah.Nasi Minyak paling mudah...tambah sedikit rempah bg 'wow'siket hehee..Kalau nasi minyak biasa tu..rasanya agak plain jer kan?Bila ada sedikit rempah ada la variety rasa dalam tu.Tak pedas pun..acah2 jer rempah tu.Anak kecik saya sangat cerewet pasal makan.Kadang2 mama buat nasi berperisa dia boleh pulak minta nasi white..aduhai anak..Kenalah tanak ns putih+telur dadar utk dia huhuhu.Panjang pulak bebelan pagi ni.Jom la kita semak resepi Nasi Minyak Laskar Pelangi.Nasi Minyak Hujan Panas berempah hehee
Nasi Minyak Berempah, Nasi Minyak Senang Dan Sedap

NASI MINYAK LASKAR PELANGI (NASI MYK BEREMPAH)
By Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)

Bahan-Bahan
1 ½ cawan beras basmati (rendam selama 40min-kemudian toskan)
½ cawan susu cair
1 ½  cawan air
½ labu bawang besar (mayang halus)
1 hiris halia
1 kiub ayam
1 ulas bawang putih (mayang halus)
3 biji tomato ceri (cincang halus)
1 helai daun pandan
1 bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
½ sudu teh serbuk jintan manis
½ sudu teh serbuk jintan putih
½ sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk kari ayam
Sedikit kismis
Daun pudina
Pewarna merah, hijau dan kuning

CARA-CARA

  1. Panaskan mentega, tumis rempah 4 beradik (LiNa Pg skip bunga cengkih sbb anak2 x suka) bersama hirisan bawang besar, bawang putih,halia dan daun pandan dan tomato.Tumis hingga terbit bau dan sedikit layu (tak perlu terlalu garing)
  2. Sementara itu bancuh serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis dan serbuk kari bersama sedikit air.jadikan pes pekat. 
  3. Masukkan pes tadi ke dalam tumisan.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan beras (yg telah ditoskan) dan goreng beras tersebut bersama rempah tumisan.
  5. Masukkan air dan susu cair dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih.Kacau sekali sekala supaya nasi tidak berkerak/hangit di dasar periuk.
  6. Setelah nasi kering.Kecilkan api, buat lubang (LiNa Pg guna chopstik) dan titiskan pewarna di beberapa tempat.Taburkan sedikit kismis
  7. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (~7-10min)
  8. Setelah nasi masak, gembur-gemburkan nasi dengan garfu.Taburkan daun pudina dan kismis semasa menghidang

##################

Menyelit Tempahan kek buah kukus terakhir utk tahun 2016.Telah selamat sampai ke Dungun ptg kemarin.Saya pos ptg Jumaat.Cepat betul kali sampai ke Trengganu.Pos hujung mggu pulak tu.
Kalau ada yg merasa kek buah kukus LiNa Pg, boleh order tahun depan plak ya.Tak lama dah 2mggu jer lagi.Nak balik kg utk mjlis tahlil arwah bonda tersayang (al fatihah buat bonda)

6 comments:

Phong Hong said... Balas

Cantik nasi berempah ni, Lina. PH suka nasi berperisa. Makan dengan kari daging sedap!

Nooriah Abdullah said... Balas

Nak jugak nasik laskar pelangi ni
Mesti sedap wangi rempah tu
Biasa lah anak2 mesti nk nasi yg white bukan mcm mak2ni lgi berminyak lg best haha

adda syuhada said... Balas


sedapnyer...

Ayu said... Balas

Assalam lina
Memang nampak special nasi minyak lina ni..ada berempah sikit..bila2 boleh cuba ni..;)

Teacher Basariah said... Balas

Kebaboom sungguh nama resepi ni kak

Amie said... Balas

Unik betul nama resepi tu ye Lina!
Selamat tahun baru 2017. Senyum-senyum selalu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...