Sunday, January 31, 2016

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum....
Lama tul x buat kek gula hangus ni a.k.a kek sarang semut.Nak kata sarang lebah pun lubangnya kecik2 ajer hahaa...Apapun tetap syukur walaupun sbiji ajer tempahan ni.Kastemer saya ni merangkap sahabat say juga req supaya potong sebab nk bawa g piknik.So,untuk mudahkan beliau saya masukkan ke dalam tipuware..kalau masuk dalam kotak kek kang berterabur plak kek yg dah slices tu...
 Saiz 9 x 9 in
Dah siap potong masuk ke dalam bekas...

Friday, January 29, 2016

Kek Buah Mini Pack Lagi Dan Lagi

Alhamdulillah..
Kemarin punya order, 4 pack tempahan kek buah saiz kecil ni.Tak kisah la walaupun cuma 4 jer saya tetap bersyukur.Lagipun kalau banyak2 kang tak sempat lak nak mengukus.Al maklum lah 4jam nak bersauna siapkan kek buah ni.Kalau ada yang merasa meh la order tp lps raya cina la ya..sbb nx wk (Sebelum CNY) dah banyak order.Takut tak menang tangan.Kalau saiz kecil ni untuk pos saya kenakan syarat 4 pack sebab senang nak packing.Sy baker kecil2an sahaja x mampu nak customize kotak...dah cari merata kedai mmg xde jual kotak kecil
4 bekas mini packed (~400g)
 Close up siket kasi terliur....
 Alhamdulillah..kali ni pun moist lepas kukus pun dah nampak lembab2

Thursday, January 28, 2016

Kenapa Follower Blog Makin Berkurang??

Alamakkkkk..apa dah jadi ni?Semakin hari makin kurang follower blog TMK.Saya perasan dr bulan Disember lps lagi,follower sy melebihi 1600++.Masa tu sy kat kampung sekali sekala jer dapat jengok blog..tup² follower tinggal 1606.Sangkaan saya ada la yg unfollow tu..Tapi bila jumlah berkurang lebih 200 orang,cam pelik lak.Takkan la unfollow secara berjemaah pulak huhuhuuuu..Sedih tau tgk makin kurang makin kurang..
Tak puas ati punya pasal,saya gugel cari info,rupanya blogspot sedang remove yg mana x aktif dan yg follow guna akaun lain.Depa nak yg guna google akaun jer.So,kepada follower tersayang,sila follow kembali blog TMK guna google akaun yea..pleaseeeee...Dah follow jangan lupa tinggal jejak untuk saya kunjung balas
Rakan² blogger cuba cek follower kurang ada kurang atau menten jer

Wednesday, January 27, 2016

Kek Buah Mini Packed

Alhamdulillah....tempahan kecil2an hihi...
Lama tul x bersauna buat kek buah kukus ni.Tempahan dai regular kastemer yg req nak mini packed kali ni..Penat2 balik dr JJCM Perlis terus pecut buat karamel mix fruit..malam buta bersauna 4jam siapkan order..Alhamdulillah dapat gak pos ptg kemarin (Selasa).harap sempat sampai la ari Khamis ni.Katanya nk bagi kat staff tempat kije husbandnya.Kalau ada yg nak order kek buah silalah roger.Kalau mini packed min order 4 packed (senang nk packing)
Kek ni berkelakuan baik...kuar ajer dari kukusan dah terserlah moist..kadang2 buat onar gak ni

 Nampakkkkkkk?moist x?hihi


Tuesday, January 26, 2016

Tempat Makan Best Di Perlis (Jalan-Jalan Cari Makan)

Assalamualaikum...
Cuti Thaipusam ramai yg ambil kesempatan untuk bawa family JJCM kan?Kami pun sama mengambil peluang bawa family makan2 dan tukar angin.Feeling2 holiday gitu walaupun dekat ajer dari Penang ni.Takpelah nak...cuti sekolah bulan 12 lepas x sempat nk tido hotel..dekat pun dekat la kan..janji ada kolam..boleh tido hotel hihi...Kenapa Perlis??Sebenarnya kami suka ronda sana sebab x jemmmmm..Kalau KL tu kompom2 la jem..dah naik bosan nk harung jem kat Penang ni..g cuti tempat yg jem..lagilah tension kan...Tambahan pulak kat Perlis nuuuu banyak tempat makan yg sedap.Meh la tengok Apa yang best kat Perlis...Sy cerita pasal makan jer sbb kali ni JJCM dan lepak2 ajer...Tahun lepas dah pi Gua Kelam,Wang Kelian suma tu.Boleh tengok APA YANG MENARIK DI PERLIS
Kali ni kami tidak menikmati Ikan Bakar tp tukar selera kepada Western pulak.Kenapa?sebab tekak kami lebih memilih ikan bakar versi Pulau Pinang yg dibakar dengan sambal merah2 tu..Kalau versi Pelis dibakar dengan garam kunyit..warna kuning2 camtu.
Aiskrim Tempurung.Sedapppp..tp agak mahal siket RM6 untuk sebelah tempurung ni.Tapi xpe sebab sedap...Lokasi Padang Besar 
TomYam Kelapa (Padang Besar Perlis) kedai sama aiskrim Tempurung tu
Teh Ais pun enterframe gak...sedap lemak manis secukup rasa..tgk warna pun dah tau
Alora Cafe (Kangar)
 Menu pilihan kami...cepat dan sedap.Harga reasonable dengan kedainya
Vanilla Latte..sedappp
Laksa Beras Kak Su (Kole Perlis)
RM3.20.Lebih murah dari laksa Penang...sedapppppp
Kalau singga ke kedai Laksa Kak Su, jangan lupa makan pulut udang ni.Saya pegang dah sejuk pulak pulut ni..tp sbb tengok meja sebelah makan berlambak2 daun pisang..saya pun cubalah sebiji..Sedapppppp sangat...terus makan lagi.Seb baik baik laksa cepat sampai..kalau tidak saya makan lagi dan lagi hahaaa...Saya bagi 5*..sejuk pun sedap
odw nk balik ke Penang, kami singgah lunch kat Anjung Keli.Ekceli perut masih kenyang sbb dah bf kat hotel.Tp alang2 dah sampai Perlis kena la cuba makan kat sini..Memang sedap dan banyak pilihan..tp harga mahal siket.
Husband cuma makan ikan jer sbb dia kenyang..
Dah nama holiday...haruslah mandi kolam si kecil saya ni hahaaa 

Monday, January 18, 2016

Telur Dadar Pecah Serangkak

Assalamualaikum...
Telur Pecah Serangkak.Unik betul nama resepi ni.Jenuh saya gugel apa maksud serangkak tu...yg keluar pepatah lama yang berbunyi "Telur serangkak pecah sebiji pecah semua, Bukannya pecah sebiji pecah sendiri" mengikut pemahaman saya, Telur Pecah Serangkak ni, memberi maksud telur dadar masih bercantum/bersatu dalam kuali walaupun sudah dipecahkan satu persatu.Itu yg saya paham la..Kalau salah mohon dibetulkan.
Walaupun menu hari ni hanya telur tapi spesel siket sebab ada isi ayam menyorok kat bawah telur tu.Kalau tak tahu nak buat apa dengan isi ayam atau dada ayam, boleh la cuba resepi ringkas ni.Anak2 saya asal ada ayam dan telur kira ok la, kompom dapat sambutan kat umah ni.
Telor Dadar Pecah Serangkak
Simple tapi sangat menyelerakan...

TELUR DADAR PECAH SERANGKAK
By Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)
Sumber Kak Ummi @ Home Sweet Home
Sumber Cuci Mata Embun Rosaliza

Bahan
  • 4 biji telur
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
  • 1 biji tomato - dadu (LiNa Pg tambah, rcp xde)
  • 2 sudu teh rempah kari daging
  • 1 biji cili merah - dihiris halus
  • 1 biji cili hijau - dihiris halus
  • sedikit daun bawang (LiNa Pg xletak xde stok)
  • sedikit bawang goreng (LiNa Pg xletak-terlupa)
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak

Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar dan tomato yang didadu hingga naik bau dan bawang sedikit layu.
  2. Kemudian masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah kari daging kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali
  3. Perlahankan api. Ambil sebiji telur dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). 
  4. Seterusnya pecahkan telur hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
  5. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
  6. Bila nampak telur sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. 
  7. Dengan cermat, tolakkan telur dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. 
  8. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan bersama roti.Juga emak dimakan begitu saja :)

Friday, January 15, 2016

Ayam Varuval Masakan India Selatan Yang Sedap

Assalamualaikum..
Sejak dua menjak ni banyak kali Ayam Varuval ni melintas kat highway fb saya.Bila tengok resepi cam senang jer.Tp lambat siket nak menerai sebab xde daun kari.Disebabkan xtahan dengan godaan Ayam Varuval, saya korbankan jugaklah pokok kari yg baru nk naik (Ekceli pokok dah besar tp saya pangkas sbb kn mkn ulat..so skrg baru naik dahan/daun baru)eh..eh...mcm org kesah pulak hahaa...
Ok back to the track, Menurut gugel Ayam Varuval bermaksud tidak menggunakan air.So masakan ni pesen kering2.Kalau nak mencuba jangan memandai letak air plak ya...Kang dah x jadi varuval dah..Entah kenapa kalau sebut varuval terasa nk geleng kepala sekali hihi..
Ok xpayah nk merepek sangat, jom la tengok resepi.
Varuval Chicken LiNa Pg
Ayam Varuval ni enak dimakan bersama nasi panas..

RESEPI AYAM VARUVAL
Sumber  Kalaivani fb
Bahan A (Perapan)
  • ½ ekor ayam (potong kecil2)
  • Sedikit Ginger Garlic paste 
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk kari
  • Garam
  • Minyak (Untuk menggoreng)
Note : Untuk Paste garlic ginger (LiNa Pg tumbuk 2 hiris halia+ 3 ulas bawang putih)

Cara
  1. Satukan semua bahan (kecuali minyak) perap selama 1 jam.
  2. Goreng secara deep fry sehingga masak.Kemudian ketepikan

Bahan B
  • 4 sudu besar jintan manis (nx time kn kurangkan siket)
Cara
  1. Goreng/tumis sekejap.Kemudian angkat/toskan.Ketepikan
Bahan C
  • 15 ulas Bawang Putih (mayang)
  • 3 tangkai daun kari 
  • 15 biji cili kering (nak letak lebih pun xpe)
Cara

  1. Goreng cili kering, bawang putih dan daun kari hingga bawang putih agak garing.Angkat dan ketepikan.
Bahan D

  • 3 labu Bawang Besar hiris (LiNa Pg letak 2 jer)
  • Sedikit Ginger Garlic paste 
  • 1 biji Tomato (potong dadu)
  • Sedikit Serbuk Cili
  • Cili merah dan cili hijau (LiNa Pg tmbh, rcp asal xde)
  • Garam dan gula/perasa

Cara
  1. Tumis bawang besar, ginger garlic paste dan tomato.Tumis smpai bwang bertukar warna (LiNa Pg tumis hingga bawang dan tomato layu dan kelihatan agak garing siket)
  2. Kemudian, masukkan serbuk cili kering babas LiNa Pg tambah 1 sudu kecil cili giling) varuval tak boleh pedas sgt.
  3. Tumis hingga pecah minyak (jgn ltak air, air dari bwang tu pun dah cukup) 
  4. Tambah garam dan gula/perasa. Varuval kena kering2 dan garing serta mnis2 siket
  5. Masukkan Bahan A,Bahan B dan Bahan C yang digoreng tadi (jintan manis, cili kering,bawang putih dan daun kari) gaul sebati.
  6. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sebati.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa jika perlu.
  7. Dah siap, tutup api dan Ayam Varuval sedia dihidang.Boleh juga tabur daun pudina dan daun ketumbar (jika suka)
Tak sangka anak2 suka makan ayam Varuval ni..Tp si kecil maisarah x makan pulak huhu..ssh tul tekak dia sorang tu..or maybe sebab dia x berapa sihat.Kurang berselera makan

Tuesday, January 12, 2016

Ayam Szechuan Enaknya

Assalamualaikum...
Mula-mula saya tengok Ayam Szechuan ni melintas kat highway fb saya terus berkenan.Bila tgk resepi senang plak tu.Memang sesuai la ngan sy yg sukakan sesuatu yg ringkas untuk family.Ayam Szechuan ni sangat cepat disediakan dan xperlukan bahan yg banyak.Mudah dan ringkas yg penting menepati citarasa keluarga saya..Tambah lak menu ayam kompom la kan terlajakkkk laris hihi...Kalau ada yg berkenan boleh la cuba...Sedap tau
Szechuan Chicken LiNa Pg
Ayam Szechuan ni sangat mudah tp rasanya memang sedap.Saya suka resepi yg ringkas2 camni

RESEPI AYAM SZECHUAN
By Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)
Sumber Jasmine Comel fb

Bahan (Untuk Perapan)
  • 1/2ekor ayam potong kecil-tos kering*
  • sedikit garam*
  • Sedikit five spice*(LiNa Pg gn rempah beriani+rempah kari)
  • sedikit tpg ubi@tepung jagung*
Cara:
  1. Gaulkan ayam bersama yg bertanda* 
  2. Perapkan skjp.Sementara itu, boleh siapkan bhn lain.
Bahan-Bahan Lain
  • 3 ulas bawang merah -hiris
  • 3 ulas bawang putih ketuk cincang
  • sekeping halia hiris nipis
  • 1 batang lobak merah -dadu
  • 1 batang zucini @timun dadu (LiNa Pg gn timun jepun)
  • 1 bji capsicum -dadu (xde stok, LiNa Pg gn cili merah dan hijau)
  • 2 sdb sos tiram
  • 2sdb sos tomato 
  • 2 sdb sos cili
  • sedikit kicap cair
  • sedkit lada szechuan (xletak)
  • Sedikit minyak bijan (optional )
  • Lada kering gunting ,cuci tos kering goreng
  • 1 mangkuk kacang gajus goreng garing (LiNa Pg guna roasted)
  • gula & garam
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak.Goreng ayam hingga masak dan garing .ketepikan.
  2. Kurangkan minyak, tumis bawang merah,bawang putih n halia hingga wangi.
  3. Masukkan lobak merah masak sebentar.
  4. Tambahkan sos tiram,sos cili,sos tomato n kicap cair kacau rata.
  5. Tambahkan cili szechuan tumis sebentar.
  6. Masukkan timun dan capsicum (LiNa Pg xletak) goreng sebentar jgn lama nnt layu.
  7. masukkan ayam ,kacang gajus kacau rata.Masukkan cili kering yg dipotong.
  8. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)
  9. Jika suka aroma minyak bijan blh tambah sedikit kacau rata tutup api.
  10. Enak dihidangkan panas.Simple jer tp sangat sedap.

Monday, January 11, 2016

Jemput-Jemput Pisang Tepung Beras

Alhamdulillah..
Dapat gak bersiaran dengn n3 masak2..xpe la resepi recycle pun janji hado..Sebelum ni saya pernah cuba buat jemput2/cucur kurma guna tepung beras, ternyata sedap.Rangup di luar, lembut dan gebus di dalam..So kita repeat la hehee..Ok xmo bebel panjang..gambar pun snap ngn hp xde masa nk beriya2 snap ngn kamera or props bagai..seadanya saja
Cucur Pisang Tepung Beras
Sedap you alls...nk tau kena la cuba

RESEPI JEMPUT-JEMPUT PISANG TEPUNG BERAS
By : Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber MamaDee

Bahan-Bahan


  • 3 biji pisang saiz besar (LiNa Pg guna 5 biji pisang emas) 
  • 1/2 cawan tepung beras 1/4 cawan tepung gandum (LiNa Pg gn 3/4 cwn tpg beras) 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat 
  • Secubit garam 
  • 1 sudu besar gula
Cara-cara
  1. Lenyekkan pisang. Campurkan tepung gandum, tepung beras, soda, garam dan gula ke dalam pisang yg telah dilenyekkan tadi. 
  2. Biarkan selama 30 minit. Panaskan minyak. 
  3. Guna 1 sudu untuk mengambil adunan jemput-jemput. Manakala 1 sudu lagi digunakan untuk tolak adunan jatuh kedalam minyak. 
  4. Buat dengan cepat. Supaya jemput-jemput yang dihasilkan bulat2 dan kecil molek.(LiNa Pg jemput guna tangan jer semasa nk menggoreng)
  5.  Sentiasa kacau supaya jemput2 terbentuk bulat dan menarik.Goreng dgn menggunakan api sederhana sehingga masak. Setelah masak, angkat dan bolehlah dihidang

Wednesday, January 6, 2016

Terima Kasih Nuff

Alhamdulillah....
Rezeki bulan Januari, banyak CPUV (BE) on going dalam TMK ni..Alhamdulillah nnt boleh cash out lagi..Kawan2 boleh la cek nuff masing2..mesti ada yg tersangkut tu heheee..
N3 pendel ajer...bz ler skrg ni.Terima ksih sudi singgah..sayang korang ketat2

Tuesday, January 5, 2016

Entry Pertama 2016

Assalamualaikum...
Nampak tajuk pun dah tau xde modal hahaaa...Dah 5 hari kita berada di tahun 2016, tp TMK masik belum bersiaran..Hari ni kasi panas line siket la acah2 wat n3..pada hal tadak modal pun..Kasi warm up dulu blog yg dah nk bersawang...Terima kasih kepada yg sudi berkunjung ke blog TMK ni.Cuti hujung tahun lps dok bertapa..so layan gambar lembu kerbau, burung,langit membiru dan pokok nan menghijau...sejuk mata...n3 masak2 non hado
Gambar drai hp saje..tp saya suka gambar ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...