Tuesday, May 31, 2016

Tempahan Kek Marble(Butter),Kek Minyak Dan Kek Gula Hangus

Alhamdulillah...
Hari ni posting tempahan kek jer la.Kek Marble menggunakan pure butter (insyaaAllah lebih sedap) dan kek minyak tu ditempah oleh regular kastemer saya.Bulan ni saja rasanya dah 5-6biji kek dia tempah.Habis diselongkar cari kek2 yg boleh dipos.Kalau kek buah tu dah selalu sangat dia rasa..beralih arah ke kek karot (tanpa cis)pastu kek gula hangus.Kali ni kek minyak dan kek marble plak hihi..req nak koko xmo kaler maler..nak yg lebih asli dan agak klasik.Okey beres fi anything for you.Ekceli ni pestaim saya poskan kek marble sebelum yg paling kerap ialah kek minyak.Harap sampai dengan selamat.Kek Marble ni bukanlah salah satu produk kek signature saya..resepi pun ada agak2 dan ikut gerak hati jer.Tapi kali ni saya agak berpuas hati sebab hasilnya nampak agak tggi dan nampak cantik di mata saya.Kiranya memenuhi piawaian produk jualan saya...Rasa?kita tggu respon
Kek Marble sai 8x8in.Kek Minyak sai 9x9in
Cantik di mataku...harap rasanya pun sedap
Ke mana lagi..kalau bukan Seri kembangan...Tenkiu fi muah..muah
 Kek Gula Hangus..ditempah oleh kawan husband...katanya wife dia teringin nak makan sbb lama x makan kek old skool ni.Tergelap siket gambar ni..ekceli warna brown ajer

Monday, May 30, 2016

Cucur Magik Guna 3 Bahan

Assalamualaikum
Cucur Susu Lemak Manis ialah jemput jemput yang paling mudah disediakan dan yg penting sedap.Kenapa saya panggil cucur magik?Sebab Cucur senang ni hanya menggunakan 3 bahan utama sahaja iaitu tepung, bahan penaik dan susu.Tp hasilnya sangat sedap.Sesuai untuk minum petang atau sarapan ringkas.Time cuti sekolah ni sangat sesuai dijadikan kudapan anak2.Biasalah budak2 cepat lapar sebab xde wat apa kan?Asyik minta makan ajer kikiiii..Bolehlah kalau mak2 nk buat untuk depa.Nnt dah masuk puasa xde dah la nk buat kuih camni kan?Ekceli dah banyak kali sangat buat siaran ulangan Cucur Manis ni saya suka tengok sebab cucur kembong dan bulat2.Jom buat cucur susu lemak manis untuk anak2.Cucur ringkas dan mudah.
Cucur Kembong
Semudah 1 2 3 dah siap cucur manis yang enak untuk seisi keluarga hahaaa...Cam iklan la pulak 

RESEPI CUCUR SUSU LEMAK MANIS
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber : Kak Fida (myR)
Bahan-Bahan: 

  • 1 1/4 cawan tepung gandum  
  • 1/2 sk baking powder  
  • 1/2 sk bicarbonate soda  
  • 6 sb susu manis (lebihkan jika suka)  
  • 1/2 cawan susu segar/cair 
  • garam secukup rasa 

Cara-cara 

  1. Ayak bahan2 kering ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan susu manis dan tuang susu segar/cair sedikit2 sambil dikacau hingga adunan licin dan sebati. 
  3. Goreng cucur dalam minyak yang panas sambil dibalek2kan untuk mendapatkan cucur yang bulat gelembong hingga keperangan
  4. Angkat cucur dan hidangkan. 

Friday, May 27, 2016

Suka Blog TMK?Jom Like

Assalamualaikum..
Salam Jumaat..hari ni cam xde mood nk update masak2.Bahan ada cuma kemalasan siket maybe sebab mood coti2 dah kannn...Hari ni dok godek2 blpg saja suka suki letak butang LIKE kikiiii.Jakun sunggun kan..dah bertahun berblogging baru nak letak butang LIKE tu...Jom la LIKE ramai bagi meriah siket....Saya dahulukan ucapan terima kasih.
SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA
Klik LIKE lepas tu kena CONFIRM ya..kalau tak, tak menjadi huhuhu

Thursday, May 26, 2016

Rendang Hitam Sedap Resepi Mudah Tanpa Santan

Assalamualaikum...
Rendang Daging ada macam2 versi rupanya.Kebiasaannya menggunakan santan yg banyak.Kali ni saya mencuba Rendang Hitam Daging yang tidak menggunakan santan.Rasanya Ala-ala Daging Masak Hitam jugak tp tidak menggunakan rempah kari daging dan jugak rempah kurma.So, resepi Rendang Hitam Daging ni lebih ringkas dan lebih mudah disediakan dan yang paling penting sedapppppp.Rendang daging ini mesra kanak2 sebab tidak terlalu pedas dan ada manis2 siket dari kicap manis tu..so,sangat sesuai kalau ada anak2 yg masih kecil.Rendang Daging Hitam Manis ni saya makan bersama Nasi Limau Purut, mmg gandingan mantap.Kalau rajin buleh jugak buat Pulut Kuning atau ketupat..wah feeling raya sudaaaaaa kikiiii...Jom la semak resepi
Daging Masak Hitam

RENDANG HITAM DAGING 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber: Mamasya dan kak MadihaA

Bahan2 
  • 500g daging 
  • 20 tangkai cili kering (dikisar) - LiNa gn 3sudu besar cili giling 
  • 4 cm halia 
  • 1 labu bawang besar 
  • 4 ulas bawang putih 
  • 2 batang serai di titik 
  • 4 sudu besar kicap pekat (atau secukupnya untuk menghitamkan rendang)
  • sedikit minyak untuk menumis 
  • 1 tsb cuka 
  • 2 s/b kerisik (LiNa Pg gn 40g)
  • sedikit garam dan gula
  • daun pandan untuk wangi (jika suka)LiNa Pg gn daun limau purut

Bahan Penumis: 
  • 4 ulas bawang kecil di hiris 
  • 1 kulit kayu manis 
  • 3 tangkai bunga lawang (LiNa Pg gn sebiji jer)
  • 3 biji buah pelaga (LiNa Pg gn sebiji)

Cara Penyediaannya 
  1. Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. 
  2. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. 
  3. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili, masukan daging yang telah di potong kecil dan serai. 
  4. Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. 
  5. Masukkan kerisik, daun limau purut, cuka, gula dan garam mengikut selera. Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan. 

Monday, May 23, 2016

Bihun Goreng Sedap, Ada Petuanya

Assalamualaikum
Bihun Goreng Sedap hanya menggunkan bahan2 yg ringkas.Jangan dipandang sebelah mata, bg setengah orang goreng bihun adalah sesuatu yang rumit.Bukan apa kadang2 bahan digunakan dah gempak giler tp bihun yg dihasilkan lembik atau benyai terus hilang selera nk makan kan?Bagi saya pula, kadang2 bosan jugak dengan resepi yg selalu saya gunakan.Mulalah saya gugel mencari resepi yang lain pulak.Teringin jugak tukar selera.Pencarian resepi bihun ni terhenti di blog Cik Matahariku.Rupanya untuk menghasilkan bihun goreng yang sedap ada jugak petuanya.Nak tau petuanya sila semak kat bawah ni.Menurut tuan punya resepi, mee hon ni sudah cukup sedap walaupun tidak dimasukkan sebarang lauk ayam, sotong,udang dsbgnya...Untuk kali ni saya masukkan jugak sedikit udang dan isi ayam.Jom kita semak petua bihun sedap gempak giler ni hehee.Kali ni saya rajin siket buat step by step..senang nnt kalau nk remote control anak2 goreng bihun.Kali ni pun en.asben yg tolong goreng.Dia tajin siket bab meggoreng bihun sebab saya x larat nk gaul bihun tu berat wooo...lenguh tangan hihi
Bihun Goreng Sedap
 Memang sempoi...LiNa Pg snap ngn HP jer ni sebab buat untuk dinner..gambar pun kelabu asap.Serius sedap..walaupun bihun bodow2 ajer..

Jom ikut langkah mudah untuk buat bihun goreng sedap
Resepi Bihun Goreng Mudah
1) Bahan2 yg digunakan 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih,1 labu bawang besar, sedikit ikan bilis dan udang kering (lembutkan)
2) Tumbuk bawang putih+merah, ikan bilis dan udang kering.Hiris bawang besar.Dalam mangkuk ialah bancuhan sos, kicap(+1 cawan air)                    
Resepi Bihun Goreng Mudah
Tumis bawang besar hingga layu,masukkan bahan tumbuk tumis lagi hingga garing,masukkan cili giling.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan bancuhan sos+1cawan air biarkan  hingga mendidih.Rasakan dulu biar secukup rasa.Tambah garam,gula/perasa
Petua Bihun Goreng Sedap
Masukkan udang,ayam dan sayuran.Biarkan dalam 2min.Masukkan bihun.Gaulkan hingga sebati.Gaul2kan hingga sekata dan bihun lembut.Biarkan hingga kering.Taburkan cili merah.Dah siap.Mudahkan


Bihun Goreng Sedap Resepi Mudah
By Malina LiNa Pg ( http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan

  • Satu bungkus bihun 400g (LiNa Pg guna Jasmin)
  • 1 labu bawang sederhana besar (hiris)
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Sedikit ikan bilis (rendam hgga lembut-tumbuk)
  • Sedikit udang kering (rendam hgga lembut-tumbuk)
  • 1/2 senduk cili kering kisar (LiNa Pg gn 2sb cili giling)
  • 1 ketul dada ayam (dadu kecil)
  • Sedikit udang
  • Air anggaran 1 cawan
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • Garam, gula dan perasa jika suka.
  • Minyak masak (~ 1 senduk)

Bahan-Bahan Hiasan

  • 1 mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih (LiNa Pg skip)
  • 1 mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
  • bawang goreng atau daun sup (LiNa Pg skip)

Cara Masak Bihun Goreng Sedap

  1. Pastikan bihun sudah direndam terlebih dahulu sebelum memasaknya.Toskan air rendaman jika bihun sudah lembut.
  2. Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau dan kelihatan layu.Kalau ikut petua gorengan bawang besar inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita jadi lebih sedap.
  3. Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau dan sedikit garing.
  4. Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.Tumis sebentar hingga pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
  6. Masukkan sedikit air.
  7. Biarkan sambal pecah minyak dulu, LiNa Pg masukkan ayam dan udang terlebih dahulu, biarkan 2-3min sebab ayam dan udang cepat masak.
  8. kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.LiNa Pg masukkan terus sayur sawi)
  9. Jika bihun masih keras,Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut.Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.
  10. Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.
  11. Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh (LiNa Pg masukkan sawi dalam step 8)
  12. Kacau sekali lagi supaya semua sayur tadi rata.
  13. Tabur bawang goreng atau daun sup untuk hiasan (LiNa Pg gn hirisan cili merah jer)

Friday, May 20, 2016

Tempahan Kek Minyak, Kek Karot Dan Kek Gula Hangus (Pos)

Assalamualaikum...
Salam ceria di pagi Jumaat..hari ni buat rangkuman tempahan minggu ni.Senang sekali jalan jer n3 kiki...
Untuk tempahan hari ni kek minyak dan kek karot+walnut (plain)Tak tahu nape kastemer ni xmo plak cream cis frosting.Kalau yang last wk tu okeylah sebab kek karot tu di pos.Harap kek tu sedaplah walaupun togel camtu huhu..
Kek Minyak dan Kek Karot+walnut plain
Kek Minyak 9x9in
Karot+walnut 9x9in (tanpa cream cis frosting)
 Kek Gula Hangus.Pos ke Seri Kembangan.Regular kastemer saya ni.Last wk order kek buah dan kek karot (tanpa cis)mggu ni kek gula hangus pulak.Raya puasa booking siap 4 biji kek buah....tenkiu f
 Kek Minyak Isnin punya sebiji jer...Snap sebelum masuk kotak..dah siap lupa nk snap

Wednesday, May 18, 2016

Kuih Akok Kedut Sedap Lembut Dan Mudah Disediakan

Assalamualaikum....
Kuih Akok ni antara kuih wajib di bulan puasa.Tak lengkap rasanya kalau tidak menikmati kuih akok ni.Sekarang ni tak payah susah2 nak ke Bazar Ramadhan lagi dah sebab dah boleh buat sendri.Sejak resepi kuih akok ni diperturunkan oleh bonda saya..mmg xbeli dah yang jual kat luar.Bukan apa..buat sndri lebih menepati citarasa.Sekarang xpayah tunggu bulan posa, teringin nak makan, just godek2 jer terus boleh ngap.Lebih2 lagi tahap kemanisan tu.Kalau ada yang berminat boleh la cuba, jangan risau tak payah bakar guna sabut, sekarang kan moden..guna ajerlah oven.Takde acuan akok, xpe kite guna ajer lah acuan muffin..kan mudah tu.Jom kite semak resepi.Ekceli dah banyakkkkkk kali buat.Tapi nak jugak tepek resepi.Tak lama nk posa dah.Boleh lah testing dulu.Untuk step by step boleh tengok kat n3 kat SINI
Kuih Akok Kelantan
Kuih Akok ni sangat lembut..sedap dan sangat mudah disediakan...

RESEPI KUIH AKOK 
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih
Bahan-Bahan:(Sukatan cawan/bekas yg sama) 
  • 1 cawan telur (jumlah telur bergantung kpg gred telur dan saiz bks)
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (LiNa Pg gn 3/4 cwn)
  • 1 cawan air 
  • 1/2 cawan gandum 
  • 3 helai daun pandan (carik-carik) 
  • Secubit garam 
  • Acuan muffin

Cara-Cara: 
  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven. 
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.
  3. Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar. 
  4. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Kemudian tapiskan 
  5. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut .
  6. Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) LiNa Pg guna api atas dan bawah. 
Nota kecil LiNa Pg
Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung).Jangan risau, bila masak ia akan mengecut  dan menjadi akok kedut.

Monday, May 16, 2016

Puding Peach Sedap Resepi Mudah

Assalamualaikum...
Kalau sebelum saya pernah kongsikan resepi Puding Peach Berkaramel kali ni kita buat pesen lain pulak.Psst..aritu kata nak abeskan setin buah peach yang nak expired.Dah abes tu,gatai tangan pulak, rembat pulak setin lagi..adessss pastu bila nk abes.Tapi kali ni laju jer buat puding.Dah buat puding mmg selamat la tinge..kalau tidak, masaklah kena sembur hahaa..Resepi puding peach ni sangat sesuai kalau dibuat juadah berbuka.Lagipun resepi sangat ringkas..sat saja dah siap dessert untuk keluarga.Biasalah kalau resepi LiNa Pg tu mmg yg senang2 ajer lah kan?Ringkas2 pun sedap tau..
Puding Mudag dan Sedap
Nyaman terasa..menikmati puding ni di kala cuaca panas membahang..
PUDING PEACH
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-bahan
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 2 cawan air
  • 1 cawan sirap peach
  • 1 tin susu cair
  • ¾ cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 tin buah peach (asingkan buah dan air)
  • Beberapa titis pewarna kuning (jika suka)
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar, air dan gula hingga gula hancur.
  2. Sementara itu satukan susu cair, sirap peach dan tepung jagung, kacau hingga larut.
  3. Kemudian tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi.Masukkan juga esen vanilla dan titiskan pewarna kuning.Masak sebentar dengan api hingga mendidih (sambil dikacau selalu).Tutup api
  4. Tuang ke dalam Loyang atau bekas-bekas kecil, biarkan puding mengeras.
  5. Letakkan hirisan buah peach ke atas puding apabila menghidang.Hias ikut kreativiti

Friday, May 13, 2016

Acar Epal Hijau Dan Petua Epal Kekal Segar Tidak Lebam

Assalamualaikum...
Kebiasaannya kalau buat nasi berperisa, saya akan buat acar sebagai pelengkap hidangan.Tak kiralah sama ada Acar Timun atau jelatah.Kali ni ada sedikit lebihan buah epal hijau untuk NASI JUS EPAL SELERI saya buat Acar Epal Hijau.Sebenarnya dah banyak kali buat, cuma xsnap gambar jer.Kali ni saya spesel siket sebab buat untuk shooting (aritu punya heheee) Bayangkan berapa lama buah epal tu terdedah pada udara.Meh sini saya nk kongsikan petua supaya buah epal kekal segar dan tidak bertukar menjadi lebam atau keperang-perangan.Kalau dah lebam mesti tak cantik maaaa....gambar mau keluar majalah ni kikiiiiii.Petuanya mudah saja.Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap (LiNa Pg rendam dalam 5min camtu)Kemudian toskan.Garam tu jangan banyak sangat nnt buah epal akan masin..agak2 ajer la.Itu saja.Senang kan...Hasilnya sangat memuaskan...tengok Acar Epal saya putih mulus ajer hehee.
Okey bab petua elak epal menjadi lebam dah abes..jom kita semak resepi Acar Epal Hijau pulak...senang ajer nak buat.Tapi rasanya lebih sedap dari acar timun yang biasa tu...op kos la kan guna epal granny smith...lebih crunchy..krup krap gitew....
Petua Epal Tidak Lebam
Epal masih kekal segar biarpun agak lama terdedah pada udara....tengok masih berselera nk makan...Kalau dah lebam..nk makan pun hilang selera kan?

ACAR EPAL HIJAU
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 2 biji epal hijau Granny Smith (hiris)
  • 1 batang karot (potong bentuk batang mancis)
  • 5 biji tomato ceri (belah 2)
  •  2 biji cili merah
  •  ½  labu bawang besar (hiris)
  • 1 biji limau nipis (ambil jus)
  • 1 sudu kecil gula (atau secukup rasa)
  • ½ sudu kecil garam (atau secukup rasa)

Cara:
  1. Satukan jus limau nipis, garam,gula, bawang dan cili.Kemudian  kacau hingga gula/garam hancur.
  2. Sesuai rasa masam manis masin dan pedasnya terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan bahan bahan lain.
  4. Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang supaya semuanya mesra

Thursday, May 12, 2016

Terung Goreng Telur Dadar Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum..
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat ringkas iaitu Terung Goreng Telur Dadar.Walaupun nampak simple tapi sedap tau dari telur dadar yang biasa2 kita buat tu.Nama lain yang vogue siket ialah Smoked Eggplant Omelet.Terung dibakar terlebih dahulu lps tu dicelup ke dalam telur...Bila makan tu terbau macam asap2 siket..sebab terung tu dibakar kira cam salai la kan?Hurmmm xyah cakap banyak korang try la sndri sebab senanggggg sangat2 hehee..kompom x nyesal cuba ni.Kalau bulan posa sesuai sangat buat sahur.Jom la kita semak resepi
Smoked Eggplant Omelet

RESEPI TERUNG GORENG TELUR DADAR
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber ALeen Aireish(fb)
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 biji terung (LiNa Pg gn terung bulat)
  • lada sulah
  • sedikit garam
  • minyak 
Cara-cara :
  1. Bersih terung, belah 2 (jangan putus)
  2. Bakar/panggang hingga layu
  3. Buang kulit tinggalkan isi terung aje,lenyek-lenyekkan isi terung supaya leper.
  4. Taburkan sedikit garam ke atas terung tadi.
  5. Kocok telur dan masukkan sedikit lada sulah.
  6. Panaskan sedikit minyak, sementara itu celup terung dlm telur, kemudian goreng.Tuangkan baki telur ke atas terung yang digoreng.
  7. Goreng seperti kita menggoreng telur dadar tu.

Wednesday, May 11, 2016

Ikan Goreng Berempah Resepi Mudah Dan Cepat

Assalamualaikum...
Ikan goreng ajer?biar betul arini n3 ikan goreng hihi..Nape ikan tu 2 ekoq jer sbb mama dan abah punya.Anak3 makan lauk lain.Sebenarnya agak lama saya x buat ikan goreng berempah ni rasanya paling last tahun 2009 jaman tu ikan berempah ni tengah meletup.Tetiba teringat kat mek Hana tuan tanah rcp ni Walaupun hanya ikan goreng tapi sedap tau serdak2nya rangup dan ikan tu kenalah goreng garing2 siket2..mmg sedap baq ang.Kalau ada yg dalam pantang pun buat ikan goreng berempah ni.Tapi cari ikan yang xgatal/xbisa la.Cam biasalah kalau resepi yg kuar dari dapur LiNa Pg ni yg mudah2 ajerlah hehee..Jom semak resepi.
Resepi Ikan Paling Mudah
Gambar ni saya snap cepat2 sbb nk makan time panas2 sbb tu xde aksesori bagai..ikan goreng ajer tergolek dalam pinggan.Tergoda x?pi buat cepat nuuuu...sempat lagi buat lunch arini hehee..

IKAN GORENG BEREMPAH
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-bahan 

  • 4 ekor ikan kembung/mabong (apa2 ikan yang sesuai dgoreng) 
  • 5cm kunyit hidup 
  • 6 ulas bawang putih 
  • 1cm halia sebatang serai - *optional 
  • 1 tangkai daun kari (LiNa Pg tambah)
  • garam 
  • Minyak

Cara-cara 

  1. Siang ikan cuci bersih. kelar bahagian badan tak putus.
  2. Tumbuk kunyit hidup,bawang putih,halia,serai dan juga garam hingga agak2 lumat (LiNa Pg tumbuk kasar2 jer) 
  3. Gaulkan ngan ikan tadi. perap lebih kurang sejam atau lebih.
  4. Panaskan minyak, Goreng ikan hingga garing tapi jangan sampai hangus.(Kena pandai kawal api sebab bahan tumbuk senang hangus)
  5. Kemudian angkat dan toskan.Lebihan rempah2 td jgn buang. toskan dan taburkan ke atas ikan. Sedap makan ngan nasi putih panas. 

Tuesday, May 10, 2016

Dalca Daging Kelantan Sedapnya

Assalamualaikum...
Sapa penggemar dalca  angkat tangan hihi..Kalau di kelantan dalca dihidangkan masa kenduri kendara jer.Untuk makan harian xdelah mak2 kat sana nk masak dalca ni..maybe depa lebih memilih singgang atau masakan simple jer.Kalau kat umah saya ni, bila masak nasi berperisa,nk kena ada jugak la lauk yang berkuah ni.Kalau sebelum ni saya buat Dalca Ayam kali ni gun daging pulak.Guna daging lebih sedap dan terasa aura kenduri heheee...
Jom kita semak resepi..cam biasalah resepi dalca daging yang paling mudah janji sedap.
Dalca Mudah
Simple jer...cicah ngn roti pun sodapppp

DALCA DAGING 
By Malina Lina Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan 
  • 300g daging tetel/daging cincang (boleh jg gn ayam)
  • 1 paket kecil rempah dalca (Kalau xde gn rempah kari ayam pun ok) 
  • 1 labu bawang besar (kisar) 
  • 5 ulas bawang merah (kisar) 
  • 3 ulas bawang putih (kisar) 
  • 1 cm halia (kisar) 
  • 3 hiris lengkuas (kisar)
  • 3 sudu besar cili giling 
  • 1 biji terung panjang (potong) 
  • Sedikit kacang panjang (kerat2) 
  • 2 biji kentang (potong kiub) 
  • 1 biji karot (potong baji) 
  • 2 biji cili merah (patah-patahkan) 
  • 2 biji cili hijau (patah2kan) 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 2 asam keping 
  • Bunga lawang, pelaga dan kulit kayu manis  
  • Minyak 
  • Air 
  • Garam dan gula/perasa 

Cara-Cara 
  1. Panaskan sedikit minyak ke dalam periuk, tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga hingga terbit bau. 
  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga agak garing sedikit. Sementara itu satukan rempah kari dan cili giling, campurkan dengan sedikit air.Jadikan pes pekat. 
  3. Apabila bahan tumisan garing, masukkan pes rempah dan tumis hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan daging/ayam gaul bersama rempah hingga sebati.Biarkan sebentar hingga daging/ayam kecut dan mesra dengan rempah tumisan. Masukkan asam keping, sedikit garam dan gula/perasa.Tambah air sama paras dengan daging/ayam. Biarkan hingga 3/4 empuk.
  5. Setelah itu masukkan santan dan tambah air secukupnya. Renehkan sebentar.
  6. Masukkan kentang (LiNa Pg gn kentang holland), karot, dan terung.Masak hingga ayam dan kentang betul2 empuk. 
  7. Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa sesedap rasa.
  8. Masukkan kacang panjang, cili merah dan cili hijau.Biarkan selama 1 min.Tutup api.Sedia dihidang.

Monday, May 9, 2016

Kek Buah Kukus Pos

Alhamdulillah 
Rezeki tempahan kek buah kukus lagi.Kali ni pos ke Kepong pulak.Terima ksih sudi menempah..Kastemer ni pernah menempah kek buah dari saya 2tahun lepas..agak lama jugak tu hehee..


Friday, May 6, 2016

Indulgence Cheese Chocolate Moist Cake Dan Kek Buah Kukus

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di hari Jumaat.Hari ni xde n3 masak2 tuan umah bz siapkan kek tempahan..Nnt free baru masukkan n3 masakan & resepi.Ada lagi tu byk yg bersusun tggu turn nk publish cuma x sempat nak taip resepi.
ICCMC tu tempahan kemarin req dari adik2 Osram sebiji kek share 4 org.Ni penangan depa makan kek umah alla (Adik saya) masa besday muaz and anas la ni.Tengok SINI (Tempahan Indulgence Dan Katering Nasi Beriani)
Kek bertingket2..suka tengok layer by layer tu
Sebiji cam belah kiri tu seberat ~2.8kg.Kanan tu hasil post mortem
Req tulis hepi besday, selamat hari umi/ibu dan hpy anibeseri.Boleh ajer..xmuat tulis atas kek..kita tulis atas cake board hahaa
 1/4 kek ni seberat ~700g berbaloi..walaupun nmpk kecik tp kek sangat mewah
 
 Untuk hari ni sebiji kek buah kukus ditempah oleh jiran saya..
Alhamdulillah..walaupun slow and steady jer..tp mggu ni full ngn order setiap ari.
Kalau nak order untuk raya boleh roger2 ya...TAPI untuk self pick up sahaja..Tempahan raya by post sudah penuh

Wednesday, May 4, 2016

Nasi Minyak Jus Epal Dan Seleri Resepi Mudah

Assalamualaikum...
Saya ni seorang yg suka mencuba, kalau saya free atau xde tempahan kek atau nasi, saya suka cuba sesuatu tang baru.Kalau sebelum ni saya buat Nasi Minyak Jus Oren, kali ni kita cuba buat nasi epal plak..Biasanya org buat jus epal seleri kan?Tapi saya buat Nasi Minyak Jus Epal Seleri..mmg gandingan mantap..seleri memang terkenal dgn khasiatnya...bila buat nasi camni mmg sedap..semerbak aromanya..Rasanya pun sedap..lite dan xmuakk..Boleh dikatakan percubaan yang berjaya gitew hehee..
Nasi Minyak Mudah
simple saja...tp buleh makan bertambah2.Nak makan ngn lauk apa itu terpulang pada selera masing-masing.Kalau nk buat juadah raya pun sesuai sangat ni...

NASI MINYAK JUS EPAL SELERI
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
RESEPI NASI JUS EPAL DAN SELERI
Bahan-Bahan

  • 3 cawan beras basmati ( cuci bersih dan rendam ~30min) 
  • 1 biji (atau lebih) epal hijau LiNa Pg gn granny smith (kisar)
  • 1 batang seleri (kisar)
  • 3 cawan air  
  • ½ cawan susu cair
  • 1 Bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 1 biji pelaga
  • 1 kulit kayu manis 
  • ½ labu bawang besar (mayang halus) 
  • 1 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 kiub ayam  
  • 1 helai daun pandan simpul 
  • Daun pudina, kismis dan gajus 
  • minyak masak/mentega (untuk menumis)
  • Beberapa titis warna hijau epal
  • ½ batang seleri (hiris)
  • 1 biji epal (hiris) untuk hiasan


CARA PENYEDIAAN: 

  1. Kisar buah epal dan seleri bersama 3 cawan air.Tapiskan
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau dan bawang sedikit layu.
  3. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan pelaga tumis sekejap lagi.
  4. Masukkan jus epal dan seleri, kiub ayam dan daun pandan.Biarkan air mendidih.
  5. Kemudian masukkan beras dan susu cair.Biarkan hingga nasi kering (sambal dikacau sekali sekala supaya tidak berkerak di dasar periuk)
  6. Bila nasi kering kecilkan api, buat lubang2 kecil dan titiskan pewarna hijau.Taburkan gajus dan hirisan seleri)Tutup periuk dan tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa) 
  7. Bila nasi masak, gembur2kan nasi menggunakan garfu supaya elok berderai dan tidak patah 
  8. Apabila menghidang, taburkan gajus dan hirisan epal sebagai hiasan

Tuesday, May 3, 2016

Tempahan Kek Buah Kukus Dan Kek Karot Pos

Alhamdulillah...
Reeki tempahan hari ni, lepas cuti 3 hari terus panas enjin siapkan order.Kalau ikut M tu masih lagi lemau..tp amanah org kena laksanakan jugak.Sambil mendobi siapkan kek, dah selamat di pos tadi...syukur sempat jugak siap..
ke Seri Kembangan...regular kastemer saya ni..dua kotak dia sorang punya hehee
 Kek Buah Kukus..
 Kek karot harap sedaplah walaupun tanpa frosting

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...