Friday, June 24, 2016

Akok Roti Sedapnya..Lembutnya...

Assalamualaikum...
Kalau bulan puasa,x pekena akok macam xsah jer kan?Kat rumah saya ni dah banyak kali buat akok menggunakan resepi yg terdahulu.Sangat klasik walaupun tidak dibakar menggunakan sabut.Untuk kali ni saya menggunakan roti sebagai ganti tepung gandum.Bukan xde gandum (stok gandum berdozen nuuu kat dapur untuk kek kih3) tp sebab ada lebihan roti yg nak expired.Sayang pulak kalau terbuang camtu.Nak buat puding,cam bosan..asal ada roti nk expired buat puding..cam xde menda lain kan kih3..Idea ni saya adaptasi dari Dapur Bahrain hehee...tq my fren Maz..tp kita guna resepi bonda kita


RESEPI KUIH AKOK 
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih
Bahan-Bahan:(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama) 
  • 1 cawan telur (gred A 4biji)jumlah telur bergantung kpd bks
  • 1 cawan santan pekat 
  • 1 cawan nisan keret diracik halus (LiNa Pg 3/4 cwn-manis just nice) 
  • 1 cawan air 
  • 4 keping roti gardenia (buang tepi dan potong kecil2)
  • 3 helai daun pandan (carik-carik) 
  • Secubit garam 
Cara-Cara: 
  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven. 
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar. Masukkan santan, roti, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan 
  3. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut.Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah. 
Note: Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung).Jangan risau, bila masak ia akan mengecut  dan menjadi akok kedut.

Thursday, June 23, 2016

Tempahan Kek Buah Dan Kek Marble

Assalamualaikum..
Sehari dua ni tuan umah bizi siket..buat tempahan siket2,pastu masak pun asal boleh jer.Tu yg malas nk snap gambar.Selalu kelam kabut jer hidang terus nk ngap.Terima kasih buat semua yg tidak jemu berkunjung ke TMK ni.
Kek Buah sebiji ke UMP (Gambang) dan sebiji lg ke Penaga.Terselit juga A'Dior dibeli secara borong 6 set oleh jiran merangkap kawan dan jg kastemer kek saya.Terima kasih kak Mai
 Kek Buah kukus,naked dari loyang...sudah terserlah moist.Nak order??Lepas raya la ya...skrg ni dh xmenang tgn dah
Kek Marble (pure butter) juga di pos ke gambang..marblenya dah ke laut sbb kek ni naik menggebu hihihi

Tuesday, June 21, 2016

Rezeki Kemarin

Assalamualaikum...
Hari ni tadak masak2 nk posting tempahan kemarin punya kek marble (pure butter) dan kek marble minyak pos ke Bau Arang Selangor.Kastemer baru saya ni.Ekceli beliau nk order untuk raya,since tempahan raya dah full,so dia minta buat awal siket..Kalau sebelum raya mmg ok jer.Terima kasih sudi menempah.
Kek Minyak
Kek Marble..suka tengok kejadian kek ni..
Kemarin ada yg nk beli A'Dior jugak..Alhamdulillah A'Dior makin mendapat sambutan
 Berminat??RM20 ajer untuk 2 botol ni.Grab cepat2 tau..sementara stok masih ada..Jom wangikan rumah raya tahun ni...Malam raya masak rendang, bakar satay abes langsir baru,kunsyen baru bau asap..spray jer A'Dior harummmmm seluruh rumah..Nk order wasap saya 0134898101
 Antara testimoni dari kastemer/kawan2 yg  pernah order.Semuanya berpuas hati..


Monday, June 20, 2016

Beef Stew/Stew Daging Ya Ampun Sedapnya

Assalamualaikum...
Mencuba sesuatu yg baru untuk berbuka puasa.Nampak resepi ni lalu lalang kawan2 dok share kat fb, kita pun share jugak la.Bila tgk resepi Beef Stew ni sangat mudah dan bahan2 pun semua ada.Ptg tu terus ON.Saya menggunakan daging pejal+daging tetel,kalau guna daging topside mesti lagi sedap.Cair dalam mulut gitew.Alhamdulillah hasil mereneh menggunakan api kecil sesambil buat kije lain..siaplah jugak Stew Daging yg sedap ni.Nampak simple jer tp sungguh enak.Nak cuba sesuatu yg baru?bolehlah try buat stew daging ni.Kuahnya boleh jugak dicicah roti..nyum...nyum...Jom semak resepi
Stew Daging Sedap
Kuah pekat2 camni..kalau ada baguette a.k.a roti perancis mmg sedap buat cicah2 kuah ni...feeling omputis sungguh la kan hihihi

Resepi Stew Daging
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber Fb Yuss Aisya (sila refer ke fb beliau ada step by step)

Bahan-Bahan
  • 1/2 kg daging - potog bentuk kiub (LiNa Pg gn dgg pejal+dgg tetel)
  • Sedikit baby potato (LiNa Pg gn kentang holland 4 biji)
  • 1/2 batang karot (potong baji)
  • 3 ulas bwg putih ketuk dan cincang
  • 1 labu bwg besar cincang
  • 1 bunga lawang
  • 1 inci halia (hiris nipis)
  • 1 kayu manis saiz kecikkk je
  • 2 helai Daun bay (kalu x de x pe tp agak kurang wangi)
  • 1 sudu besar tepung jagung / tepung ubi
  • 1 sdb kicap pekat manis
  • 2 biji cili kering (suka pedas letak lebih)
  • Sedikit daun bawang. 
  • 1 kiub ayam.
  • *jika anda guna periuk biasa tambahkan 3 biji kurma. - bijinya sahaja utk bantu lembutkan daging-LiNa Pg xletak pun)
  • minyak untuk menumis
  • Air
  • Garam dan gula/perasa
Cara-Cara

  1. Panaskan 1 senduk myk masak. Biar betul2 panas! Api besar ye. Masukkan daging separuh kuantiti dulu.Goreng daging hingga bertukar ke warna coklat/perang.Proses ni amat penting, iaitu browning process.Tujuan utk lock jus dlm daging. Supaya daging lebih berperisa. Angkat daging yg dah brown dan masukkan selebihnya utk proses yg sama. (Tambah minyak sedikit lg jika dah kering)
  2. (Jika minyak kurang) Masuk satu senduk minyak lg untuk menumis bawang dan Cili kering, kayu manis, bunga lawang, halia. Buat browning process utk bahan2 tumis ni pulak.
  3. Bila bahan tu dah brown, tolak ke tepi dan masukkan masukkan tepung. Kacau laju2 dan buat browning process juga. Atau dlm culinary disebut roux.
  4. Boleh masukkan bahan lain (daun bawang,daun bay,karot,kicap dan kentang) kecuali kiub ayam jgn masuk dulu. Kiub ayam masin. Ada garam. Kalau masuk awal nanti daging lambat empuk. Jika anda guna periuk biasa jgn lupa masuk biji kurma. Ingat tips ni tau
  5. Pastu blh masuk daging tadi.Kacau sebati.
  6. Masukkan 2 cawan air. Kiub ayam jgn masuk lg ye.Masa ni bau wangi
  7. Kemudian blh tutup pressure cooker dan set masa 30 min api kecik. Jika guna piyuk biasa set masa sejam setengah. Lepas tu baru masuk kiub ayam.Jika daging masih belum empuk.Tambah sedikit air dan renehkan hingga daging betul2 empuk.
  8. Sesuaikan rasa, tambah garam dan gula/perasa.Tutup api.Sedia dihidang.

Friday, June 17, 2016

Udang Kam Heong

Assalamualaikum...
Bertemu Jumaat sekali lagi..cepat sungguh minggu ke minggu berlalu.Pagi Jumaat yg mulia ni bumi Penang dilimpahi hujan rahmat...sejuk nyaman terasa...Alhamdulillah...Allah kurniakan rezeki hujan.
Dah ada plan ke nak masak untuk buka hari ni?Kalau masih belum ada plan..boleh lah cuba Udang Kam Heong ni.Anak2 saya cukup suka kalau masakan bergoreng guna dain kari camni.Sebelum ni ada pernah mencuba Ayam Kam Heong Kali ni resepi Udang Kam Heong lebih ringkas dan cepat.Tapi tetap memenuhi selera anak2 saya.Jom kita semak resepi.
Kam Heong
Live dari kuali ajer..Posa2 ni mmg x smpat nk posing cantik2.Asyik kelam kabut jer..Masak nk dekat time buka konon nk makan yg panas...pastu mulalah kelam kabut...Xpe la kan janji ada gambar

Udang Kam Heong
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber kak Amie
Bahan-bahan:

  • 20 ekor udang saiz sederhana 
  • 5 ulas bawang putih cincang (LiNa Pg tumbuk kasar)
  • 2 sudu besar udang kering (rendam dan tumbuk kasar)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 3 tangkai daun kari
  • 6 biji cili padi  dihiris (LiNa Pg gn cili merah-hiris)
  • 1/2 biji capsicum - hiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam - kisar (LiNa Pg gn lada hitam grind corse)
  • garam & gula (jika perlu)
  • minyak

Cara:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terendam ketam / udang selama 5 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masukkan udang kering dan goreng sehingga udang masak.
  4. Masukkan serbuk kari, daun kari serta cili padi dan capsicum goreng selama beberapa minit.
  5. Tambah sos tiram dan lada hitam dan gaul sebati.
  6. Masukkan udang dan balik-balikkan supaya disaluti dengan sos.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula (jika perlu)
  7. Angkat dan hidangkan.

Thursday, June 16, 2016

A'Dior Floral Pewangi Fabrik Berwajah Baru

Assalamualaikum...
Raya dah x lama lagi, Jom kita wangikan seluruh rumah.Bukan setakat sofa,cadar,langsir tapi pakaian pun boleh digunakan sebagai pewangi...sembur2 ajer terus harus dan yg penting kekal lamaaaa..
Masih ingt lagi dengan pewangi fabrik A'Dior Floral ni?Sekarang ni sudah dibuat penambahbaikan pada bahagian penyembur tu supaya ianya lebih selamat bila dipos sebab ianya tertutup rapi.Juga memudahkan packing dan lebih kemas bila dipos.Kalau yg self pick up design lama masih digunapakai.

Sebagai pengguna apa yg saya suka pasal A'Dior ni sebab sangat berkesan.Tambahan pula bg saya selalu memasak (bajet cam rajin sangat la tuh kikiiii) saya pulak jenis yg suka menggunakan banyak bawang dalam masakan.Tau sajalah kan, bila menumis menggunakan bawang..mesti bau tumisan dan bau pijar bawang pun akan melekat pada fabrik kat rumah.Ni kisah benar wk end lepas ni.Sekarang ni pulak cuaca x menentu..kejap panas, mendung tiba2 hujan...Tengah2 sibuk memasak, hujan turun...sepantas kilat angkat kain baju dan longgok dalam bakul letak kat tepi dinding dulu.Ye la kan tengah memasak...korang jangan dok wat rancak kata terus lipat kain tu ya hehee.Saya tau keje melipat ni la paling malas kan?kan?jangan nak tipu.Pastu terus sambung masak.Dah setel bab memasak, nak rest sekejap lepak2 kat sofa, sambil ambil kain td nk lipat.Sekali cium dah berbau bawanggggg daaaaaaa...frust jugaklah sebab saya guna pelembut dan pewangi yg mahal semasa mencuci pakaian tu.
Bila cek2 naseb baik bukan semua pakaian berbau bawang (bahagian atas)ajer yg kena.Kain baju bahagian bawah2 masih selamat dan harum.Dalam hati sembur ajerlah dengan A'Dior ni,lagipun pakaian yg berbau bawang tu pakaian harian kat umah jer.Kita uji tengok tara mana hebatnya kegunaan dia.Sembur ajer buzz...buz...pada baju yg berbau bawang tu..pastu saya terus lipat, A'dior ni semburan sangat halus..pakaian tak basah ya..boleh terus lipat.Saya sembur semua pada kain/bj yg berbau tu.Dah siap lipat, saya susun pakaian dalam almari.
Wow..surprising bila saya ambil pakaian tu nk pakai baunya sangat wangi...xde langsung bau bawang tu.Satu pujian ikhlas untuk A'Dior.Ini antara testimona saya sndri..kalau setakat bau hapak tu kira kacang peas la bg A'Dior..bau bawang, ikan pekasan pun dia tapau abessss...
Atas sebab inilah saya telah Tersuka Tanpa Sengaja pada A'Dior ni.
Okey berita baik buat semua, saya ada ready stock A'Dior pewangi fabrik ni kat rumah.So, kepada sesiapa yg nak mencuba boleh C.O.D kat rumah saya..Cepat2 saya tinggal 1 dozen sahaja.Sapa cepat dia dapat okey.
Boleh tengok sini jugak n2 pasal A'Dior
 Terlajak larisss ni
 Ada saiz kecil 150ml trial punya...tp 2 botol jer (ready stock)
Asalnya penuh kotak ni...tak sempat nk promote lagi dah kena sambar

Harga???alaaa xmahal rm20 ajer bukan satu tau tp 2 botol...300ml+300ml (refill) berbaloi kan?Tunggu apa lagi..cepat2 grab...

Nak order call 
0134898101-LiNa

Wednesday, June 15, 2016

Puding Cincau Senangnya Nak Buat

Assalamualaikum...
Kat umah ni kalau buat puding memang laku berbanding kuih2.Tekak mama abah teringin nk mkn kuih2 lama...tp takut terabes pulak.Tambah lak bila si sulung dah masuk hostel..tinggal bertiga jer tukang makan..dak sarah tu bukan makan sangat.
Hurmm berbalik kepada Puding Cincau ni saya buat yg paling mudah..mula2 plan nk buat puding permata, tp cam malas pulak nk masak agar2 2x..pastu kena tunggu keras baru potong2..so,saya ambil jalan mudah..guna cincau jer la..sedap pun sedap..lembut agak chew..saya guna cincau manis yg berperisa boleh beli kat Mydin atau mana2 pasaraya.Kalau guna yg tawar tu hambar la plak puding kita nnt.
Puding Mudah Nak Buat
nyaman meluncur ke anak tekak...nikmatnya time buka posa.Terliur???dah2 pi buat untuk buka nnt..senang jer ni

PUDING CINCAU
By: Malina LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih) 
Bahan-Bahan 
  • 1 paket agar-agar serbuk 10g 
  • 3 cawan air 
  • 1 cawan susu cair 
  • 2 sudu besar tepung kastad 
  • 3/4 cawan gula 
  • 1 helai daun pandan (boleh jg gn esen vanila)
  • Cincau manis secukupnya-potong kecil2 (LiNa Pg gn 2 tube)
Cara-Cara 
  1. Potong cincau dn masukkan ke dalam loyang/acuan (LiNa Pg gn loyang 7x7in) Ketepikan.
  2. Masukkan air, serbuk agar-agar,daun pandan dan gula ke dalam periuk. Biar hingga agar2 dan gula hancur Sementara tu, bancuhkan susu cair dan tepung kastad.Kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan bancuhan ini ke dalam periuk berisi agar tadi. Kacau adunan menggunakan hand whisk hingga nampak agak likat.
  4. Kemudian tuang ke dalam loyang yg berisi cincau tadi.Biarkan sejuk seketika.Kemudian simpan dalam esbok supaya puding mengeras.Kemudian bolehlah dipotong dan dihidangkan.Mudah kan?

Puding sebelum dipotong..kes tuang laju2..abes cincau bergerak ke tepi kih3..

Tuesday, June 14, 2016

Kepak Ayam Madu Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kalau bulan puasa ni, kepak ayam sangat laris dijual di Bazar Ramadan..harga pun boleh tahan jugak kan?Pastu siaplah kena beratur panjang tggu Q ngn baju bau asap bagai...meh sini saya kongsikan resepi Kepak Ayam Madu yg mudah dan sangat sedap.Sebelum ni pun dah pernah buat banyak kali.Tp terajin pulak tepek resepi hihiii..Ayam Madu ni kalau diratah pun sedap.Cuma kali ni saya buat untuk makan bersama Nasi Ayam..memang sedap terangkat.Tapi sayangnya saya x sempat nk snap nasi ayam madu yg complete platig sebab kelam kabut ngn berbuka puasa.Mujurlah Kepak Ayam Madu sempat jgk disnap cun2 hehee...Jom kita semak siaran ulangan ni.
Sticky Caramel Chicken Wings
Kepak ayam madu...ratah pun sodap..makan panas2 lagi sedap

Kepak Ayam Madu Semudah ABC..Jom kita tengok langkah demi langkah mudah ni

  1. Tumis bawang putih+halia+daun pandan bersama sedikit minyak hingga garing.
  2. Masukkan ayam,kacau hingga ayam kecut (berubah menjadi putih)
  3. Masukkan campuran sos,gaul sebati.

4.Tutup periuk dan kacau sekali sekala.
5.Kepak ayam semakin cantik kelihatan golden brown
6.Tunggu sekejap lagi hingga warna jadi macam ni...dah siap
Nasi Ayam yg dipadankan dengan Kepak Ayam Madu

RESEPI KEPAK AYAM MADU (STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS)
By : LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Asal : Mutiarazura (myR) 

Bahan-bahan ( 24 keping ) 

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24) 
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 3 ulas bawang putih- (LiNa Pg kupas kulit dan tumbuk kasar) 
  • 1 sudu besar halia dicincang (LiNa Pg gn 3 hiris-tumbuk kasar) 
  • 1 sudu besar sos ikan 
  • 1 sudu besar kicap manis 
  • 1 sudu besar sos cili 
  • 1/4 cawan (60ml) madu 
  • 1 sudu besar sos tiram (LiNa Pg tmbh, rcp asal xde) 
  • 2 helai daun pandan simpul (LiNa Pg tambah-rcp asal xde) 

Cara-Cara 

  1. Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang putih+halia yg telah ditumbuk kasar dan juga daun pandan tumis hingga naik bau. 
  2. Masukkan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  3. Masukkan semua sos, madu dan daun pandan simpul.Kacau sekejap.
  4. Kemudian tutup kuali.Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos). 
NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat




Friday, June 10, 2016

Puding Sagu Laici Kuah Kastad Sedap

Assalamualaikum
Dah masuk hari ke-5 kita berpuasa, tuan umah tenggelam timbul,bukan xmasak cuma xsempat nk snap.Puding Sagu Laici Kuah Kastard ni saya buat untuk berbuka ptg kemarin.Pada mulanya plan nak buat Puding Sagu Gula Melaka bila check rupanya gula melaka dah abes,memandangkan sagu dah rendam...saya teruskan jugak la kena lah olah siket buat kuah kastad ni.Tengok ada pulak laici setin (plan asal laici ni nak buat Puding Laici Dangdut  nampak gayanya dah selamattttt digunakan laici tu...nnt beli semula la hehe.Alhamdulillah hasil perkahwinan campur sagu+laici memang mantap...sedappp baq ang...Kalau kawan2 masih belum ada idea nk masak apa untuk buka hari ni?Bolehlah mencuba.Puding mudah dan sedap.Jom semak resepi
Alhamdulillah...sedap sangat kat tekak kami,manis pun sedang2 ajer..Bg yg berminat silalah mencuba.Kalau xde laici buleh skip jer.

RESEPI: PUDING SAGU LAICI KUAH KASTAD
By: Malina LiNa Pg (linapg.blogspot.com)

Bahan-Bahan (Puding)

  • 1cawan biji sagu (warna putih) 
  • 1 liter air 
  • 1 helai daun pandan simpul 
  • Sirap ros atau pewarna kegemaran
Cara-Cara: 

  1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.Kemudian toskan
  2. Didihkan air bersama daun pandan.Masukkan biji sagu ke dalam air yg mendidih tadi.Masak hingga sagu bertukar jernih.tutup api dan biarkan seketika 
  3. Toskan sagu dan lalukan dibawah air paip yang mengalir.Untuk buang kanji 
  4. Bahagikan sagu kepada beberapa bahagian (kali ni LiNa Pg buat 1 kaler jer)Titiskan warna kegemaran masing.Kacau guna garfu 
  5. Masukkan ke dalam acuan.Sejukkan
Kuah Kastad Laici(versi LiNa Pg)
  • 1 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1 tin laici (Asingkan jus dan buah)
  • Sirap laici 
  • 3 sudu besar tepung kastad
  • 5 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 2 helai daun pandan (LiNa Pg potong ~5cm) 
Cara-Cara
  1. Satukan susu cair,air,jus laici, tepung kastad, gula dan garam ke dalam periuk,Kacau sebati.
  2. Masukkan daun pandan dan masak atas dapur hingga mendidih dan kuah memekat sedikit.Pastikan kacau selalu supaya kuah tidak bergentel.Dah siap tutup api.Sejukkan dahulu sebelum menghidang
  3. Cara LiNa Pg menghidang Puding Sagu Laici Kuah Kastad,keluarkan puding sagu dari acuan,masukkan ke dalam bekas/mangkuk dessert,tuangkan sos kastad dan letakkan buah laici.Sejukkan dahulu 2jam kemudian sedia dinikmati.

Wednesday, June 8, 2016

Ayam Sambal Bali Sedap

Assalamualaikum
Ayam Sambal Bali,juada buka puasa untuk hari kedua.Tengahari kemarin tgk Ketuk2 Ramadan, shila rusly masak ayam sambal bali..dah separuh rancangan baru tgk..so,bahan2 saya main agak2 ajer..Ayam Sambal Bali ni pernah mencetus fenomena suatu ketika dulu.Pada saya ianya lebih kurang Ayam Kicap Pedas Madu Karipoley cuma xletak madu dan dilebihkan serai.Jom kita semak resepi Ayam Sambal Bali yang mudah tp cukup terangkat bila dimakan bersama nasi panas.Kalau lauk ayam,ada plak renjis kicap camni..kompom la dapat sambutan.Maaf la ya gambar saya snap dari kuali ajer..sebab bizi siapkan juadah yg lain xsempat nk photoshoot cantik2.Xpo la janji ada gak gambar..nampak rupa ayam tu kira okey lah..boleh gak tepek resepi,nnt u olls mai bertandang boleh gak jamu mata kan??
Sedap tau...harus cuba untuk buka posa petang ni.Kompom u olls x nyesal hihi...

RESEPI AYAM SAMBAL BALI
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber : Aisha Shukor

Bahan-Bahan A

  • 1 ekor ayam dipotong ikut
  • Garam dan kunyit
  • Minyak
Cara-Cara:
  1. Ayam dibersihkan,perasakan dengan garam kunyit.
  2. Panaskan minyak, gorengkan ayam (tak perlu terlalu garing) nak yang agak juicy.
  3. Angkat kemudian ketepikan

Bahan B (Kisar)

  • Cili kering segenggam (LiNa Pg gn 3 sudu besar cili giling)
  • 6 labu bawang besar (byk bwg br sedap)
  • 1 labu bawang putih
  • Sedikit halia sikit je (LiNa Pg gn 1/2 cm)
  • 1cm belacan 
Bahan C
  • 8 batang serai dititik (LiNa Pg gn 4 batang)
  • Daun kari 6tangkai 
  • Sedikit Kicap tamin (LiNa Pg gn kipas udang)
  • 3 sudu besar gula (terpulang selera)
  • garam 
  • Minyak (guna minyak lebihan goreng ayam td)
  • 1 labu bawang besar- hiris (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
Cara-cara
  1. Tumis serai,sampai separa coklat Masukkan daun kari smp garing (bkn hangus)guna api sederhana 
  2. Kemudian masuk semua yg dh blend td..tumis smp naik bau n garing dan pecah minyak
  3. Masuk gula,garam n renjiskan kicap dlm 5kali renjis, jgn byk sgt dulu..biar warna merah maroon.
  4. Masukkan ayam dan hirisan bawang besar,masak lagi 10minit Gaul sebati dan segala tumisan bersalut dengan ayam.
  5. Dah siap tutup api.Sedia dihidang.
Note LiNa PgPesanan tuan tanah rcp,jgn makan terus lps masak..biarkan sebentar dlm stgh jam, baru dimkn.kalau mkn esok lg sedapppnyerr..Selamat Mencuba

Tuesday, June 7, 2016

Agar Agar Santan Sedap Tak Guna Telur

Assalamualaikum
Hari ini merupakan hari kedua kita semua berpuasa,Selamat berpuasa saya ucapkan kepada pengunjung TMK khasnya dan seluruh umat Islam amnya.Sejak dari kemarin trafik di TMK ni naik mendadak hingga melebihi 12K pageview.Terima kasih tetamuku sekelian.Hari ni saya nak kongsikan resepi Agar Agar Santan yg sedap dan tidak menggunakan telur.Saya kurang gemar agar2 santan yg guna telur sebab ada sedikit bau hanyir yg potong selera huhuhu.Ni juadah buka puasa kemarin, lauk pauk lain xsempat nk snap sebab dah lambat siap masak..kelam kabut jadinya.Untk tidak menghampakan kalian semua..saya tepek gak la agar2 santan ni walaupun xtau dah berapa kali ulang siar.
Agar2 santan tak guna telur
sedapppp..nyaman bila dinikmati time berbuka...

RESEPI AGAR AGAR SANTAN TANPA TELUR
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan: 
  • 1 paket agar2 serbuk 10g 
  • 1 ketul gula nipah (kali ni LiNa Pg gn 3keping nisan keret)
  • secubit garam 
  • 2-3 helai daun pandan simpul 
  • 4 cawan air
  • 200ml santan pekat (linapg gn santan kotak ayam brand) 

Cara-Cara: 
  1. Masak agar2 bersama air, gula nipah dan daun pandan hingga agar2 dan gula nipah hancur. 
  2. Masukkan santan.Kacau hinggan mendidih.Tunggu sekejap (biarkan menggelegak kelihatan membuak2)
  3. Pastu tutup api. Tapiskan ke dalam loyang.Sejukkan sebentar.kemudian masukkan dalm esbok

Wednesday, June 1, 2016

Nasi Limau Purut Mudah Dan Enak Beraroma

Assalamualaikum..
Nasi Limau Purut sangat mudah dan sungguh enak menyelerakan.Bila makan terasa2 aroma daun limau purut tu.Paling best xmuak dimakan.Kami makan nasi ni bersama Rendang Hitam Daging mmg sedap la kat tekak kami.Tekak orang lain xtau la kan hihi.Biasalah bila saya free xde sebarang tempahan, rajinkan diri buat nasi berperisa untuk famili.Sebelum saya pernah buat nasi limau purut ni tp kali lebih ringkas.Kalau nak tengok versi terdahulu boleh tengok SINI 
Nasi Minyak Mudah
Nasinya sangat lembut dan xmuak dimakan...Sedapppp

RESEPI NASI LIMAU PURUT BERAROMA 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan A 
  • 3 cawan beras basmati
  • 3 cawan air 
  • 200ml santan (LiNa Pg gn santan kotak Ayam Brand)
  • 1 kiub ayam (atau garam dan gula/perasa)
  • 5 helai daun limau purut (siat-siat)  
  • 1 batang serai (ketuk) 
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
  • 1/2 labu bawang besar (mayang halus)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 cm halia (tumbuk)
  • Sedikit butter/minyak masak 
  • Sedikit pewarna hijau 
Cara-Cara 
  1. Beras dicuci bersih.Rendam selama 20min.Kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang,bawang besar,serai dan bahan tumbuk hingga terbit bau dan bawang layu. 
  3. Masukkan air,santan,daun limau purut dan kiub ayam (atau garam,gula/perasa).Biarkan hingga mendidih. 
  4. Masukkan beras dan gaul sebati.Kacau sekali sekala supaya tidak berkerak. Bila nasi kering, kecilkan api dan titiskan sedikit pewarna hijau.Tunggu hingga nasi betul2 masak (mcm masak nasi biasa) 
  5. Selepas nasi masak.Bolehlah digembur2kan dengan menggunakan garfu.Sedia dihidang bersama lauk kesukaan

Cara Buat Nasi Limau Purut

Simple saja tp menyelerakan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...