Wednesday, August 31, 2016

Gas Habis?Mujur Gas Tok Wan Boleh Hantarkan

Assalamualaikum...
Nak order gas?Tok Wan Gas kan ada.Cooking gas delivery in Penang.Call jer mereka boleh hantarkan ke rumah korang.Nak order gas memasak jenis apa?Gas Petronas, Gas Mira (tong kuning shell tu) Gas Petron pun ada gak ni.Nak switch tong dari Petronas ke Mira atau Petron pun boleh.No xtra caj.Bagus kan?Kalau ada yang baru pindah rumah mesti xtau kat mana nk beli tong gas atau nak order gas.Apa lagi cepat2 la call Tok Wan Gas ni.Selesai masakah u olls
Kawasan penghantaran GAS TOK WAN ialah:
  1. Sungai Nibong (Besar)
  2. Tapak Pesta Sungai Nibong
  3. Sungai Nibong (kecil) 
  4. Pantai Jerejak
  5. Bukit Jambul
  6. Bayan Baru
  7. Kampung Jawa
  8. Sungai Dua 
  9. Taman Pekaka
  10. Taman Lip Sin
  11. USM
Kalau ada student/lecturer USM yg baru pindah dan xtau nk order gas kat mana?Boleh calling Gas Tok Wan.
Nak order gas memasak pulau pinang, Gas delivery in penang,Gas memasak area sungai nibong, gas area USM.Gas Tok Wan, Order gas petronas, order gas Petron, Order gas mira
Nak order gas..ingat call no ni ya..Nak beli tong pun boleh.

Monday, August 29, 2016

Tempahan Kek Karamel (Kemarin Punya)

Alhamdulillah..
Tempahan nan satu pagi kemarin.Awal2 lagi tuan dia mai collect (kol 9am)sebab tengahari saya nk kuar pi kenduri kat Kulim nuuu.
Suka tul ngn pilihan warna kali ni.Nampak cantik jer di mataku.Alhamdulillah dengan izinNya jugak kan?
Ehem..ehem..u olls perasan x header baru kat TMK kat atas nuuuu.Cantik x?
Ekceli header tu kawan blogger saya Wachak yg edit.Nampak cantik jer..terus saya upload kat blog.Sebelum pun beliau pernah buat editing header kat TMK.Tulisan versi jawi..kaler pink u olls hihi..tapi lama dah 2011 lagi kot.Terima kasih wa..
Ok meh la layan gambar kek nan satu hihi
Cantik kan warna2 ni
 Lepas bakar pun still cantik gak
Caramel cake
 Hasilnya lepas terbalik

Nak cuba...meh order..lepas raya haji la yea.

Thursday, August 25, 2016

Kek Coklat Moist Sedap Resepi Mudah

Assalamualaikum...
American Chocolate Cake nama diberi.Tak tahulah gerangan siapa yg bagi nama tu.yg penting bukan made in America hahaa..homemade by LiNa Pg haaaaa gitew.Resepi kek coklat ni sangat mudah tapi sedap.Bahan yang digunakan pun simple jer.LiNa Pg buat setengah adunan jer.So, bahan2 kat bawah tu dibahagi dua.Cukuplah untuk keluarga kecil kami ni.Kek ni pun budak sarah la yg dok tuntut hadoi..selagi xbuat selagi tu dok minta.Okey jom la kita semak resepi
 Kek Coklat Moist sedap, kek coklat mudah nak buat, kek coklat guna bahan simple
 Simple jer..tapi sedap

AMERICAN CHOCOLATE CAKE 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber Kak Fiza Lgk

Bahan A 
  • 2 Cawan Tepung Gandum 
  • ¾ cawan serbuk koko 
  • 2 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Bahan B
  • 2 cawan gula kastor 
  • 2 biji telur – Gred A 
  • 1 cawan susu segar 
  • 1 cawan minyak jagung 
  • 1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
  • 1 sudu teh Nescafe
  • 1 cawan air panas 

Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven pada suhu 170’c (oven LiNa Pg 150'C) dan lengserkan Loyang dengan mentega dan lapik dengan kertas. 
  2. Ayak tepung dengan serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan seketika.
  3. Masukkan semua bahan B kedalam mangkuk pengadun dan putar seketika hingga semua bahan bercampur (LiNa Pg kacau guna hand whisk jer)
  4. Masukkan pula tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit kedalam bahan B dan kacau hingga sebati.
  5. Seterusnya masukkan bancuhan air nescafe dan kacau rata.
  6. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar dalam 45minit (LiNa Pg bakar selama 35min~buat half jer) atau sehingga kek masak.

 Resipi Topping/Ganache
 Bahan-bahan
  •  200gm coklat masakan (LiNa Pg guna dark chocolate  Beryl's coin)
  • 1 sudu besar susu pekat manis bancuh dengan air jadikan 100ml (LiNa Pg guna 100ml whipping cream)
  • 1 sudu teh mentega

Cara membuatnya:
  1. Gunakan kaedah double boiler, patah-patahkan coklat masakan dan masukkan kedalam periuk bersama bancuhan susu pekat.
  2. Masak sehingga coklat cair dan padamkan api dapur. 
  3. Kacau coklat dan masukkan mentega. 
  4. Biarkan coklat sejuk dan bolehlah hiaskan diatas kek.

 Kek Coklat Moist
Jom la minum petang

*********************
Selingan tempahan kek buah kemarin.Pos ke Kepong.Tempahan kastemer baru saya ni...
Tempahan raya haji masih ada beberapa slot utk kek buah.Meh roger cepat sebelum saya tutup rapat2.

Monday, August 22, 2016

Indulgence Kek, Kek Buah, kek Butter Dan Kek Karamel

Alhamdulillah...
Tempahan hari ni Kek Indulgence Cheese Chocolate Moist Cake.Tp req potong dua, sharing is caring.Tempahan org yg sama mita potong 4 dulu tu.Kali ni 2 org jer.
Pagi ni hujan plak kat bumi Penang ni...hujan rahmat...Gelap la siket gambar ni..

 Tempahan hari Jumaat lepas dari jiran.Kek Marble Butter

 Kek Buah dan Kek Karamel tempahan sabtu lepas.kastemer baru.

Friday, August 19, 2016

Test Market Nasi Beriani Individual Pack

Assalamualaikum..
Bz benor sari dua ni..ngukuih kek la, acah2 amek tempahan nasi beriani lunch dinner box la.Saja jer tu test market.Walaupun buat siket jer tapi penatnya sama jer ngn masak 50 orang mkan huhu..Kalau ada yang berminat boleh la roger.Itupun kalau saya x bizi dengn tempahan kek la.Min order 30 pack.Kalau dah ada tempahan boleh ajer nak selit 1-2 bekas.tapi menu camni saya cadangkan untuk katering (masak dan hantar) untuk individual pack better Nasi+1 lauk + acar.
LiNa Pg guna PUSA rice basmati sella.Jangan lak minta harga 4hengget 1 pack ya hihi...Beras pun dah berpuluh2 ringgit.
Jom tengok apa yg saya masak kemarin
 

Ayam Masak Merah
Daging Kashmir
Dalca
Nasi Beriani
 Last but not least..acar.Xde acar..cam xlengkap hidangan


*****************
 Tempahan hari Selasa dr jiran
 Kek Karamel..lama gak xbuat order kek ni
LiNa Pg signature cake..selain kek buah.Sapa pernah makan..mesti jatuh chenta muahahaa...

Tuesday, August 16, 2016

Pancake Mayonis Sedap Dan Gebu Resepi Mudah

Assalamualaikum...
Agak lama jugak saya tidak menyediakan pancake untuk keluarga.Tiba2 tekak terasa nak makan.Belek2 dalam peti ais ada sedikit mayonis terus buat pancake mayonis gebu,lembut dan sedap resepi pun mudah jer.Saya buat siket jer sebab ada goreng bihun bodow2 jugak untuk sarapan hari ni.Pancake ni sekadar lepas kempunan jer hahaa.Resepi pancake sedap ni saya hasil olahan pancake yg lama.Bole tengok SINI jaman dulu kala lagi hahaa...Hasil sekodeng umah Dayangjack (lama dj x update blog)
Ada yang berminat dgn lempeng omputisss ni..jom kita semak resepi Pancake Mayonis versi LiNa Pg
Pancake lembut,pancake mayonis, pancake sedap, fluffy pancake,resepi pancake
Pancake Mayonis Gebu2 Lemak Manis..Lembut jerrr.LiNa Pg makan camni jer pun dah cukup sedap

Resepi Pancake Mayonis
By Malina LiNa Pg
Bahan-Bahan: 

  • 3 sudu besar butter (cairkan kemudian sejukkan)
  • 1 biji telur  (LiNa Pg gn gred A)
  • 1 ½ cawan tepung naik sendri
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 cawan susu segar (atau susu cair) 
  • 1 sudu besar mayonis 
  • secubit garam 

Cara-Cara :

  1. Satukan semua bahan ke dalam blender, kisar sebati.
  2. Biarkan adunan selama 10 minit
  3. Tuangkan sesenduk adunan dlm kuali non stick yg telah panas
  4. Terbalikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih (tggu hgga permukaan xcair baru t'blikkan)
  5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.Hidangkan panas2.Pancake gebu ni enak dimakan bergitu saja.Sudah cukup lemak manisnya

Pancake lina pg
 Tips guna api kecil sahaja supaya pancake masak sempurna dan tidak cepat hangus.
Pancake sedap dan lembut
 Jom sarapan resepi ringkas yang penting sedap dan mengenyangkan

Monday, August 15, 2016

Tempahan Kek Buah Kukus Pos Ke CyberJaya

Alhamdulillah..
Kali ni kek buah kukus lina pg ke CyberJaya pula.Rasanya pestaim sampai ke Cyberjaya ni.Walaupun sebiji tp tetap bersyukur atas rezeki ni.Bagi sesiapa yang ingin merasa kek buah kukus raya haji nnt, boleh lah buat tempahan sekarang.Buat ms ni masih ada kekosongan.Maybe saya akan close order hingga hujung mnggu ni.Tengok la camana..
 Sebiji tu self collect.Cantik kejadiannya.Nak rasa??meh wasap 0134898101

Wednesday, August 10, 2016

Soto Ayam Berempah

Assalamualaikum...
Soto Ayam ni saya buat bersama dengan BEGEDIL DAGING tape termiss pulak n3 maybe sebab teruja nak post Laksa/pasta kuah laksa tu kot hehee.Soto ni banyak version juga..ada yang style bening macam sup jernih tu ada yang berempah mcam yg saya buat ni dan ada jugak yang menggunakan santan.Nnt lah bila ada kesempatan boleh cuba version lain pulak.Kali ni saya buat yang basic..all from scratch xde guna rempah soto.Rempah soto ada beli tp saja nk cuba kelainan..nx time buat guna rempah soto ready made baru boleh beza dari segi rasa.Camtulah kan kalau orang suka makan2 ni hahaha...Panjang lak bebel pagi ni..Jom kita semak resepi.
Gambar kucar kacir jer.Tapi gigih snap jugak huhu sebab nak tepek resepi.Licin seperiuk...sedap kuahnya slurpp..slurppp

RESEPI SOTO AYAM
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Asal Kak Lina Latif (FB) & Noor Dz (fb)

KUAH SOTO
Bahan A
1  ekor ayam (Dipotong kepada bahagian yang sederhana besar)
Air secukupnya sebagai kuah
1 kiub pati ayam
garam

Bahan B (di sangai/goreng tanpa minyak dan dimesin halus bersama bahan C)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Bahan C (di mesin halus)
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup (LiNa Pg guna 1/2 sk serbuk kunyit)
2 biji buah keras 

Note:
5 sudu besar minyak masak (saya letak minyak untuk menggantikan air, jadi semasa menumis nanti saya kurangkan minyak kerana bahan kisaran ini sudah terkandung minyak. Kegunaan minyak semasa proses mengisar adalah untuk memudahkan dan menjadikan ia cepat hancur. Juga semasa menumis nanti rempah ini akan lebih cepat masak-LiNa Pg ikut gak guna myk msk)

Bahan D
2 btg serai dititik 
3 sudu besar serbuk rempah sup 'adabi'

Cara-Cara Memasak kuah
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis semua bahan diatas kecuali bahan A
  3. Masak sehingga terbit minyak dan bau yang harum. Kacau selalu supaya tidak hangit.
  4. Masukkan bahan A (air, ayam, garam dan perasa). Rebus sehingga ayam masak.
  5. Keluarkan ayam utk disiat2 ( Isi ayam boleh di goreng seketika sebelum disiat)LiNa Pg x goreng pun

SAMBAL KICAP (dimesin halus)
  • 10 biji cili api
  • 2 ulas bwang putih
  • sedikit halia (LiNa Pg skip)
  • sedikit kuah soto
  • kicap secukupnya
  • 1 biji jus limau kasturi (LiNa Pg tambah rcp asal xde)

BAHAN LAIN/SAMPINGAN
  • Nasi himpit
  • Kacang tanah (digoreng)LiNa Pg skip husband & anak2 xsuka
  • Suun (digoreng)
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng

Monday, August 8, 2016

Kuah Laksa Guna Sardin Tin Mudah Cepat Dan Sedap

Assalamualaikum
Dah lama sebenarnya nk buat laksa penang ni.Tp bimbang anak2 kurang makan ulang2..kang penat jer mama dia.Kalau makan kt gerai tu xpe la sebab 1 mangkuk kecik mmg abes.Tapi kalau buat seperiuk tu aduhai jenuh jugaklah kan?Tambah plak dgn leceh nak perisi ikan lagi.Bila saya ternampak posting kuah laksa guna sardin tin ni terus terdetik nk cuba..Dah study resepi tgk alahai senang sangat.Tak sampai setengah jah dah siap semuaya.Tapi nk dijadikan cerita, tengah semangat nk buat laksa, bunga kantan plak xde.Daun kesum dah dibeli.Jenuh cari merata tempat.Cam terbantut plak niat.Sudahnya beli kat mydin seberang perai.Mahal gak la RM5 2 kuntum saiz comey jer.Mujurlah daun kesum tu masih segar.Nama ajer laksa tapi saya menggunakan pasta angel hair senang kije.Lagipun stok pasta sama ada spageti atau angel hair mmg sentiasa ada.Anak2 kata lagi sedap sebab halus2 dan kuah tu bersalut dengan angel hair.
 Kuah laksa yang mudah,cepat disediakan yang penting sedap

KUAH LAKSA SARDIN

Bahan A 

  • 1 peket laksa kering(rendam 1jam-rebus hingga empuk dan toskan (LiNa Pg guna1/2 paket pasta angel hair (rebus hingga al dente)
  • Secekak daun kesum
  • 2 kuntum bunga kantan
  • 8 keping asam gelugur
  • Garam dan gula/perasa secukup rasa

Bahan B (Kuah)

  • 1 tin besar sardin (ambil sosnya sekali)~LiNa Pg gn saiz medium
  • 1 labu bawang besar  
  • 1/2 inci belacan  
  • 8 tangkai cili kering (LiNa Pg potog serong dan rebus hingga lembut)   
  • 4 cwn air + 6 cawan lagi (atau secukupnya)

Bahan C

  • Timun - dihiris seperti mancis
  • Bawang besar - dihiris nipis
  • Telur rebus
  • Hirisan cili padi
  • Limau nipis/limau kasturi
Cara-Cara
  1. Kisar halus semua bahan B (untuk kuah) dan tuang kedalam periuk.
  2. Lebihan sisa bahan kisar dalam blender di tambah dengan 6 cawan air dan curah dalam periuk.
  3. Masukan daun kesum, bunga kantan, 8 keping asam gelugur dan garam secukup rasa.
  4. Bila dah menggelegak dan sesedap rasa,bolehlah di matikan api.Ikut kepekatan kuah yang anda suka dan hidangkan laksa dengan bahan-bahan sampingan yang lain.

Kuah laksa sardin dari dapur TMK

Friday, August 5, 2016

Roti Jala Coklat Sedap Dimakan Begitu Saja

Assalamualaikum...
Petang kemarin cam terasa lapar pulak sebab lunch awal kol 12pm.Dok fikir nk buat sesuatu untuk alas perut.Dala hati berangan nk makan roti jala tapi malas nk buat kuah serawa atau sos.Belen kari pun tadak.So,redah ajerlah buat yg versi coklat manis2 siket.Makan camtu ajer hahaa..Senang kije.Jadilah kan untuk alas perut.Resepi pun mudah ajer dan menggunakan bahan basic jer.Alhamdulillah eksperimen menjadi.Sesuai untuk minum ptg atau sarapan pagi.Anak saya si maisarah tu suka makan on da go...msuk dapur angkut seketul kuar mkn dpn tv.Abes...masuk amek lg.Dia x suka makan kena cicah2 camtu.Buat yg ni mmg kenalah ngn selera dia heheee.Jom kite semak resepi Roti Jala Coklat serba ringkas ni.
Gambar snap ngn hp jer neh...dah la ptg kol 5pm...xpe la kan asal nmpk rupa paras roti jala tu warna coklat hihi

ROTI JALA COKLAT
By Malina Lina Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-bahan :  

  • 1 cawan tepung gandum  
  • 1 cawan air  
  • 1 sudu minyak masak  
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sudu kecil cocoa powder (LiNa Pg guna dark-tu nmpk gelap siket)
  • 2 sudu besar gula kastor (boleh jg gn gula pasir)
  • 2 sudu besar susu pekat manis 
  • Secubit garam  

 Cara-Cara

  1. Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati (LiNa Pg hanya gaul guna hand whisk)Kemudian tapiskan
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala (LiNa Pg gn acuan botol muncung 3)Boleh refer SINI 
  3. Panaskan kuali non-stick pan, sapukan sedikit minyak.Kirai/jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian angkat.Lipat/gulung 
  4. Roti jala coklat ni sedap dimakan begitu saja.Kemanisan sedang2 jer.Boleh jugak dicicah susu pekat manis atau sebarang sos kegemaran.

Thursday, August 4, 2016

Begedil Daging Sedap Mudah Cara Membuatnya

Assalamualaikum
Dah lama jugak saya teringin membuat begedil daging ni.Selalunya kalau beli daging kisar atau daging burger mesti dihabeskan dengan membuat spageti.Kali ni bila beli kentang dan daging kisar,terus jer on projek begedil ni.Sudah menjadi kebiasaan saya bila nak mencuba sesuatu yang baru, saya akan gugel cari resepi yang terbaik.Ada pelbagai cara dan resepi.Ada yg rebus kentang dan setengah menggunakan kaedah goreng.Begitu juga dengan daging,ada yg masuk terus (tanpa menggoreng terlebih dahulu)Sy pilih cara terbaik,paling mudah dan daging masak dengan sempurna.Bagaimana cara membuat begedil daging style Lina Pg..jom kita belajar sama.Begedil sangat sedap tau..boleh makan begitu saja..cicah sos atau kalau ada kerajinan boleh makan bersama soto.Saya buat agak banyak sebab mkn dengan soto (tp gambar soto kurengggg cantik huhu) pastu frozenkan siket.Senang kije,nk makan terus goreng jer.
 Alhamdulillah sedap...

 Masa proses menggaul tu masukkan 2 kuning telur juga.Lepas tu gaul sebati (xde dalam gambar-tgn dah comot)
Putih telur digunakan untuk mencelup begedil.
Alhamdulillah cantik kejadiannya tidak pecah, tektur solid tidak berderai..dan rasanya sungguh enak
Untuk frozen, lina pg goreng sekejap agak2 kuning siket jer.Biarkan sejuk..pastu masukkan dalam tupperware

Wednesday, August 3, 2016

Kek Buah Kukus Pos Dan Pewangi A'Dior (Rezeki Kelmarin)

Alhamdulillah...
Rezeki kemarin punya ni.Tempahan kek buah kukus lina pg kali ni pos ke Simpang Pulai(Ipoh) dan sebiji lagi ke Cheras.Kedua mereka ini merupakan kastemer br saya.Tapi kedua mereka ni adalah pengguna A'Dior hehe.Hari ni insyaaAllah sampailah kek buah ni ke tangan tuan empunya.Semoga mereka berpuas hati..InsyaaAllah.
 
 Saya suka pose macam ni...walaupun baru dikeluarkan dr loyang..x wrap pun lagi..tp nampk cantik kat mata saya...sudah terserlah kelembapannya..Kalau peram 2-3hari sedap
Ke KL dan Ipoh
Pagi tu sebelum kuar pos kek, sempat gak buat delievery pewangi a'dior terlajak laku ni.Bukan 1-2 set tau, tapi 6 set sekali dia beli.Katanya kwn2 dia nak try.Sebelum ni beliua pernah order 1set utk try..pastu bagus katanya..terus promote kat kawan2 (cr duit jajan katanya hehee)Alhamdulillah sekali buka mulut terus dapat order 6set.Rezeki dia pandai promote
Feedback dr kastemer,so far 100% mmg sukakan baunya yg wangi tp lembut pastu tahan lama.
Paling best feedback pasal bau kucing tu..ekceli saya pu br tau pasal kehebatan A'Dior ni..bau kucing pun boleh lenyap...keharuman berkekalan..cewah..
So,kalau u olls bela kucing dan xmo rumah bau busuk..meh la order..kasi wangi2 rumah kita hehee...Nak order meh wasap 0134898101

Tuesday, August 2, 2016

Daging Masak KaRiani Yang Sedap

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni berkesempatan berkongsi resepi daging yang sangat istimewa.Resepi daging yang mudah dan tak menggunakan banyak bahan2 pelik.Bahan2 biasa tapi hasilnya luar biasa keenakannya hehee.DAGING KARIANI nama diberi.Mesti korang tertanya2 resepi apa la ni?Hurmmm alah..trick jer tu, ekceli daging ni dimasak menggunakan rempah KAri+BeRIANI tu yang jadi KaRiani..Hasil kawen campur dua rempah ni.Kalau sebelum ni kami sekeluarga sangat sukakan Daging Masak Hitam, tp kali ni saya dah terjatuh chenta dengan Daging KaRiani sebab ianya lebih mudah,bahan pun x banyak.Paling penting sangat sedap kat tekak kami sekeluaga.Alhamdulillah dengan izinNya jua.Kalau ada yang berminat nak cuba..meh kita semak resepi daging yang cukup mudah dan sedap ni.
Bahan simple..tp rasanya sungguh enak..

DAGING MASAK KARIANI 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan : 
  • 1kg daging pejal (hiris selebar 2 jari)
  • 6 ulas bawang merah (kisar) 
  • 3 ulas bawang putih (kisar) 
  • 1 cm halia (kisar) 
  • 2 hiris lengkuas (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 1 batang serai (diketuk) 
  • l labu bawang besar (mayang halus) 
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu besar rempah kari daging/ayam
  • 3 sudu besar rempah beriani(LiNa Pg gn brand maggi)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 sudu besar tomato puri (jika xde boleh gn sos tomato)
  • Garam dan gula/perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak

Cara-cara : 
  1. Panaskan minyak, tumis rempah kulit kayu manis,pelaga dan bunga lawang bersama daun kari, hirisan bawang besar dan daun kari.Tumis hingga terbit bau dan bawang besar sedikit layu (tak perlu terlalu garing)
  2. Kemudian masukkan bahan2 kisar, tumis hingga garing.
  3. Sementara itu,satukan rempah kari daging,rempah beriani dan cili giling ke dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air.
  4. Kemudian masukkan paste rempah ke dalam tumisan tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan gaul sebati dengan bahan tumisan.Masukkan juga sos tomato/tomato puri.Masak sebentar hingga daging berubah menjadi pucat.Kacau sekali sekala.
  6. Kemudian masukkan air.Masak hingga daging empuk (LiNa Pg hanya guna api kecil)biar daging mereneh dan masak secara perlahan.Pantau sekali sekala sambil kacau.
  7. Setelah daging hampir empuk, masukkan garam dan gula/perasa (boleh juga dimasukkan sedikit sos tiram-jika suka) Sesuaikan rasa.Reneh hingga kuahnya pekat.
  8. Dah siap.Tutup api.Sesuai dihidang bersama nasi putih atau nasi berperisa.Juga boleh dimakan bersama nasi impit/ketupat/lemang

Monday, August 1, 2016

Petua Ikan Bilis Lebih Rangup Dan Sedap Diratah

Assalamualaikum...
Hari ni masih lom sempat nak main masak2 dgn u olls..sori la ya..Tapi kali ni saya nk kongsikan tips dan petua ikan bilis goreng lebih rangup dan sedap.Boleh makan buat jajan jer krup krap camtu.Kalau nk senang buat jer banyak2 simpan dalam balang kedap udara.Nak masak sambal tumis atau apa2 amek jer yg ready made tu.Nak makan nasi goreng,tabur ajer terus atas nasi tu.Bagi yg dah tau petua ni sila abaikan.Kalau yg belum tau tu..meh la sy share.
Ikan bilis rangup, petua ikan bilis goreng lebih rangup
 Rangup tak?cam nak rata jer kan??senang jer sebenarnya ni...
Petua ikan bilis lebih rapuh rangup
Tadaaaaa...cuka jer rahsianya...kali ni saya rajin siap buat tutorial lagi muahahaa
cara buat ikan bilis rangup
Masa goreng tu biar sat dalam 1min..pastu gaul2/kacau supaya garing sekata.Dah nampak golden brown..terus angkat
Petua Ikan Bilis Rangup, Tips Ikan Bilis Goreng Menjadi Rangup, Rahsia Ikan Bilis Rangup Tahan Lama
Senang kan??

Ini salah satu resepi kegemaran saya iaitu Sambal Ikan Bilis Kentang 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...