Wednesday, November 30, 2016

Ujian, Dugaan, Kehilangan Dan Rezeki

Assalamualaikum
Lain macam tajuk n3 hari ni.Baru sempat nak mengarang.Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya..pahit akan manis akhirnya..Allah datangkan ujian utk hambanya..jika kita redha dengan apa yg berlaku, Dia datangkan nikmat dan rezeki.Begitulah kasih sayang Allah pada hambanya.
Seperti yang semua tahu, saya telah kehilangan bonda tercinta pada 22hb Nov 2016 (tarikh yg x mungkin saya lupakan hingga akhir hayat saya) Sepatutnya pada tarikh yg sama 22-23hb Nov 2016 saya akan mengadakan jualan booth di USM.Segala persiapan telah dibuat, hanya tunggu masa sahaja utk mula berjualan.Beratus bekas jugak kek coklat lava yg saya siapkan.Puluhan kek coklat moist, puding laici dangdut dan juga kek karamel (slice)
Alhamdulillah kek coklat lava laku terlebih awal di booking oleh kawan lama saya sebanyak 41 bekas dan seorang lagi kenalan 20 bekas, seorang regular kastemer sebanyak 13 bekas.Dari ratusan bekas yg saya buat hampir separuh dah terjual hingga 8pm (21hb Nov)
Kek coklat lava yg dah siap ptg 21hb Nov
Puding Laici Dangdut Bekas Kecil, Puding Laici Cup
Puding Laici Dangdut.Sesaja buat nk bg nampak banyak pilihan.Rupanya sambutan luar biasa juga.Abes licin puding ni.
Sesuai utk doorgift jugak ni..Berminat boleh wasap..Boleh jugak req saiz bks dadih tu
20 bekas di ambil oleh zira kol 8pm (21hb)

Bila saya fikir separuh dari kek lava sudah terjual sebelum mula berjualan di booth..saya terus top up stok (sebab xtau macam mana sambutan kat USM..kalau laris mana pulak nk cari kek kan?Xpe la kita buat siap2..lagipun boleh jual kat kawan2 fb.Malam tu saya tambah stok sebanyak ~40 bekas lagi..Bersengkang mata hingga 2am utk buat kek.
Baru saja lelapkan mata, sayup2 bunyi phone ringing..sangkaku hari dah hampir siang..ingatkan alarm yg bunyi..Rupanya phone call.Tak sempat nak jawab dah terputus, miss call dari adik saya.Ingtkan dia tertekan phone or maybe terjaga sebab menyusu baby Ariq.Baru saja wasap dia tanya kenapa call?tiba2 phone rumah pulak berbunyi..Bila dgr phone rumah ati dah semacam..mesti ada sesuatu yg terjadi..Bila dgr suara kakak mengatakan bonda kami sudah tiada...dunia saya rasa gelap..terasa bagai nak pitam..Mimpi ke ni?Bonda saya tiada sebarang penyakit.Itu yg membuatkan saya sukar menerima hakikat arwah dah tiada...Perginya dengan tenang dalam tidur..Berehatlah bonda...damailah di sana...akan kukirimkan doa setiap masa untukmu di sana..
Terus kejut anak2 supaya berkemas dan bersiap utk balik kg.Sambil berkemas, fikiran buntu apa nak buat dengan kek dan puding yg berlambak dalam peti ais tu.Allah tunjuk jalan, saya wasap kawan saya suri (dia keje malam so, cepat la dapat respon) minta dia datang ambil kek2 awal pagi ni.Sepatutnya kek dia ambil ptg lps saya selesai berjualan di booth.Memandangkan dia bermasalah siket sebab rumahnya xde peti ais..saya masukkan semua kek tu ke dalam bekas polisterin dan letakkan ais kat bawahnya.Alhamdulillah..Allah permudahkan urusanku
sebahagian..sebab suri dah ambil 18 bekas terlebih dahulu.

Selesai bab kek ni, saya wasap pulak organiser yg arrange event kat USM tu..nk call pun masih pagi lagi takut menganggu..wasap minta maaf sebab tak dapat nak joint.Lepas kami bergegas nak balik kg.Baru nak keluar rumah, tiba2 penganjur reply wasap kata beliau/kawan2 boleh uruskan jualan dessert saya...cuma minta hantar ke USM jer.Hati berbelah bagi nak hantar atau nk simpan dalam peti ais jer.Kita xtau camana barangan kita bila diuruskan oleh org lain.Lepas tu fikir pulak kang booth kosong pulak akan mencacatkan event tu pulak (booth saya no.4 betul2 di tengah2 deretan booth) So,saya ambil keputusan utk hantar kek/puding tu ke USM lepas tu terus balik kg.Ingatkan selesai di situ.Rupanya tidak (ada sinambungannya)
Walaupun pelbagai aral, Alhamdulillah saya sempat sampai di kg sebelum jenazah disembahyangkan sempat menatap wajah suci arwah bonda buat terakhir kali.Sungguh putih bersih dan sangat harum bau jenazah bonda.Sempat mengiringi jenazah bonda ke tanah perkuburan dan juga meyaksikan jenazah bonda dikebumikan dan bersemadi dengan tenang.Alhamdulillah cuaca sangat baik pada hari tersebut (kebiasaannya hujan ala-ala banjir)Kelantan dah nk masuk musim tengkujuh.
Lebih kurang pukul 3pm selesai semuanya...org ramai kat tanah perkuburan dah beransur pulang ke rumah masing2.TIBA-TIBA..ada lagi bab suspen rupanya ingat dah selesai.Tiba2 organiser wasap minta saya datang ambil baki kek/puding...Ya Allah camana nak buat ni..ingat dekat ke Kelantan dgn Penang?Ya Allah camana nak buat ni?Dalam hati menyesal pulak pi hantar kek2 tu.Kita xmo mencacatkan majlis orang.Dah x kesah pasal sale dh pun.Tapi itulah dalam kekalutan tu Allah bg jalan penyelesaian, terfikir pulak nak call jiran saya (k.mai) minta dia ambilkan kek2/puding tu dari USM.Alhamdulillah sepantas kilat beliau bersiap dan ambil kek2 tu kat sana.Kesian pulak..ptg tu ujan turun dengan super lebat...tengahari panas bukan main lagi (Sampai ada kek yg rosak sebab terkena panas matahari secara direct)Sya cuma minta amik dan simpan jer hingga kami balik ke Penang.Kata kak mai..kalau dia jual ok ke?X cukup tapak tangan, nyiru saya tadahkan...kalau boleh jual lagilah saya hepi..xpayah fikir pasal kek dah.Lega hati saya bila kek saya jatuh ke tangan org yg bertanggungjawab.
Balik ke rumah bonda dah petang dah..berehat sekejap, keluar semula utk ambil makanan yg ditempah oleh DS Sue (makanan utk majlis tahlil di masjid)
Sekejap saja saya di kg sebab ada hal yg perlu diuruskan.24hb Nov saya dah balik ke Penang utk urusan pendaftaran pengajian anak sulung saya.Selesai urusan terus ke rumah kak mai (niat nak ambil baki kek/puding).Sekali dia tunjuk bekas kosong terkejut dan sangat bersyukur.Walaupun sales di USM tidak banyak, tapi jualan dari kak mai banyak membantu dan mengurangkan kerugian saya..Banyak yg saya laburkan utk event ni.Dalam gambar ni sahaja bekas kuning dan bks polisterin pun rm30, sewa tapak lagi utk 2 hari.Itu pun sudah cecah ratus ringgit.
Setiap sesuatu yg berlaku ada hikmahnya..
Alhamdulillah masih ada rezeki..terjual kesemuanya..
Kek karamel ni sepatutnya saya jual slice di booth..tp x sempat nk potong..dok dalam loyang diam2 dalam peti ais kat rumah.Alhamdulillah menjadi rezeki seorang kastemer yg lama tggu nk makan kek ni.Beliau req supaya potong 2, nk bagi pada babysitter.
Kek Buah tempahan dari osram..Mujurlah kek ni saya buat awal siket ari isnin dah siapkan sebab kek ni kena peram 2-3ari sebelum makan...Masih ada rezeki kastemer ni, sbb beliau nak hari khamis (24hb Nov) selesai urusan daftar sulung..terus hantar kek ni ke osram.Seronok dia sbb dapat kek ni, sangkanya saya x buat sebab beliau tahu bonda saya meninggal
Kek Coklat Moist with EI ultraman.Tempahan Jumaat lepas.Walaupun kepenatan saya tetap siapkan kek ni kerana beliau berharap sangat.Katanya kalau saya xlarat buat..x mengapa..dia boleh postpone majlis anaknya.Memandangkan aritu last day hari persekolahan..saya gagah jugak siapkan kek ni demi tidak menghampakan hati anak2nya..
25 pek kecil (tempahan dari USM) dan 1 pek besar.Walaupun saya tak dapat berjualan di USM, tp kek lava LiNa Pg sudah berjaya menambat hati warga USM.Alhamdulillah rezeki dan percaturan Allah tiada siapa yg tahu
wasap dari kawan yg jual booth sebelah saya..(dia yg tolong jual kek2 saya) Alhamdulillah...alhamdulillah syukur

Arwah bonda saya yg tersayang.Kalau dulu setiap kali balik kg, saya akan hulurkan duit (xbanyak mana pun sbb saya x bekerja) ambil berkat duit jualan kek berkongsi dgn bonda (bukan mahu bercerita pasal duit tu tapi keberkatan doa seorang ibu) Dan setiap kali saya hulurkan duit, bonda akan menerima dgn senyuman sambil mulutnya terkumat kamit berdoa.Antara butirannya agak jelas di pendengaran saya (ya Allah kau murahkanlah rezeki anak aku ni)
Sesungguhnya doa seorang ibu tiada hijab..saya mengakui w'pun tidak bekerja hanya menjual kek, tp rezeki saya Alhamdulillah tidak pernah putus.
Tapi sekarang ni tiada lagi doa seorang ibu..giliran saya pula memanjatkan doa utk ibu tersayang di sana

Friday, November 25, 2016

Perginya Tak Kembali ~ Al Fatihah Buat Bondaku

Assalamualaikum...
Tanggal 22hb Nov 2016 merupakan tarikh yg tak mungkin saya lupakan hingga akhir hayat kerana pada tarikh ini ibu saya Rubiah binti Deraman telah kembali ke rahmatullah.Sesungguhnya ajal maut itu ketentuan Ilahi.Pemergiannya tiada siapa yang menduga kerana arwah tidak mengalami sebarang penyakit.Boleh dikatakan demam pun sangat jaranggggg.Sekali sekala cuma sakit kaki/pinggang sebab arwah bonda sangat suka berkebun, mengangkat/meyusun pasu2 bunga kesayangan dan membersihkan halaman rumah.
Terasa seperti mimpi bila dapat panggilan arwah sudah tiada.Rasa kehilangan yg sukar digambarkan.Dunia terasa kosong....otak x mampu nk pikir apa...
Pagi tu kami bertolak balik ke kampung.Alhamdulillah..saya sempat menatap wajah arwah bonda..Sungguh putih suci wajahnya dan berbau sangat wangi...Tenanglah dikau di sana wahai bonda.Akan kukirim doa buatmu di sana...Al fatihah..Semoga arwah bonda di tempatkan di kalangan orang beriman

Saturday, November 19, 2016

USM International Week Food/Dessert Vendor 2016

Assalamualaikum...
Pengumuman..pengumuman...Pada 22-23hb Nov 2016 akan diadakan International Week Event di USM bertempat di DK Foyer.Saya selaku tuan tanah Teratak Mutiara Kasih dan juga Teratak Kek Malina akan mengadakan Jualan Booth (No.4) di USM

EVENT  : USM INTERNATIONAL WEEK
VENUE : DK FOYER (USM) - KONVOKESYEN AREA
BOOTH : No.4 (DESSERT)
DATE    : 22-23rd Nov 2016
TIME    : 10am - 5pm

Antara produk yg akan dijual nanti

  • Kek coklat cheese lava (terlajak laku)
  • Kek karamel (slice)
Lain2 produk kenalah tungguuuuuu...Jumpa di sana..
Harga bawah RM10 semuanya...mampu milik



Friday, November 18, 2016

Tempahan Pulut Kuning Gulai Ayam Dan Brownies

Alhamdulillah...
Rezeki tempahan pulut kuning+gulai ayam 102 pack dan 2 biji brownies tempahan dr cikgu SMK Teluk Kumbar.Terima kasih sudi menempah.Halal apa yg kurang.
 60 packs

Another 40packs
Triple Coklat Brownies

Tuesday, November 15, 2016

Poli Ubi Kayu Kuih Tradisional Kelantan

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni berkesempatan update blog dgn resepi plak.Pernah dengar tak Kuih Poli Ubi Kayu?Rasanya ada jugak yg panggil Lopes Ubi Kayu.Kuih Poli Ubi Kayu ni rasanya kenyal-kenyal ala2 liat manja gitu.Liat ubi kayu yg dikukus..Mmg sangat sedap.Tambah lak disiram dengan gula melaka (kalau orang klate panggil nise cair kikiii)
Poli ubi kayu ni merupakan Resepi turun temurun dari bonda saya.Teringat dulu ms kecik selalu tolong bonda parutkan ubi.Ubi pulak cabut jer kat belakang rumah, daun pisang pun main petik2 ajer.Kelapa pun kukur (guna pengukur kelapa tu)mmg kuih ni betul2 menggamit nostalgia zaman kanak2.Semakin hari makin dilupakan kuih tradisional ni.Sayang pulak,kalau hilang begitu sahaja.Ada baiknya saya turunkan ke anak cucu resepi ni.Kebetulan anak sulung saya sedang bercuti sekarang ni, rajin pulak dia tolong parutkan ubi tu.Mamanya cakap student Politeknik kenalah parut ubi utk buat "Poli" cam sesuai sangat hahaaa...senyum jer abang long yg pendiam tu kikiiii...Berjaya dia parut sampai habis..Meh kita semak resepi Poli Ubi kayu ni sangat ringkas dan cepat jugak siapnya.
Lopes Ubi Kayu, Kuih Tradisional Kelantan, Kuih dulu dulu
Kuih Poli Ubi Kayu sungguh authentic...Inginkan kelainan dalam resepi berasaskan ubi kayu. Boleh cuba Poli Ubi Kayu plak..sekarang nk msuk musim banjir, mmg banyak ubi kayu yg dijual
KUIH POLI UBI KAYU

Bahan A (Poli Ubi Kayu)
  • 1 kg ubi kayu diparut halus (LiNa Pg guna spesis klon warna kuning)
  • Daun pisang secukupnya (LiNa Pg layurkan atas api supaya lembut)
Cara-Cara
  1. Parut ubi kayu mengunakan pemarut/boleh juga guna mesin kelapa.
  2. kemudian letakkan ubi kayu parut 2-3 sudu besar (agak2 muat dengan saiz daun pisang) balut seperti lepat tapi lebar sikit
  3. Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu.Kemudian kukus ubi kayu selama 30min (atau hingga masak)
  4. Sejukkan terlebih dahulu, sebelum di potong

Bahan B (Kelapa Parut)
  • Kelapa parut secukupnya (LiNa Pg beli RM1)
  • Sedikit garam
Cara 
  1. Selepas ubi kayu masak, kukus sebentar kelapa parut (selama ~5min) supaya tidak cepat masam
  2. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam

Bahan C (Sirap Gula Melaka-Nisan cair)
  • 2 keping nisan
  • Sedikit gula melaka
  • 2 cawan air (LiNa Pg letak siket jer)
  • 2 helai daun pandan
Cara

  1. Satukan semua bahan di atas, masak hingga likat.Sejukkan.

Cara Menghidang Kuih Poli Ubi Kayu
  1. Setelah kuih sejuk, keluarkan dari daun pisang dan potong kiub
  2. Gaulkan dengan kelapa parut.
  3. Tuangkan sirap gula melaka semasa mengidang.
  4. Sedia dinikmati

Cara Buat Poli Ubi Kayu, Resepi Poli Ubi Kayu,
Pemarut klasik tu bonda saya berikan hehee...Rasanya dah jadi barang antik sekarang ni..ssh nk dapat
Cara Buat Poli Ubi Kayu, Lopes Ubi Kayu

Kuih Lopes Ubi Kayu, Cara buat lopes ubi kayu, Cara buat Poli Ubi Kayu

Kuih Lopes Ubi Kayu
 Jom makan....Resepi klasik jaman dulu

Bagi sesiapa yang menggunakan resepi Poli Ubi Kayu bonda LiNa Pg, mohon sedekahkan al fatihah buat bonda saya Rubiah binti Esah (dibintikan kepada ibunya)
Bonda saya telah kembali ke rahmatullah pada 22hb Nov 2016..al fatihah buat bonda tersayang

Monday, November 14, 2016

Tempahan Brownies Pos, Kek Karamel Dan Kek Karamel Coklat

Alhamdulillah..
Masih lagi dengan n3 tempahan kek...ampun ya visitor semua.Resepi masak2 tu dah snap gambar tapi x sempat nk update.Doakan saya dilapangkan waktu utk buat n3 ya.Resepi yg kuar SAJI pun belum publish lai kat blog.
Syukur rezeki tempahan Triple Chocolate Brownies 3 biji, pos ke Kepong.Tempahan dari regular kastemer kek buah LiNa Pg ni.Tp kali ni beliau nak cuba brownies pulak.Tq kak Fiza sekali order 3 biji terus hehee.
Menyelit order hari sabtu kek karamel pelangi(Tq kak Umi) dan ahad kek karamel coklat.Tempahan dari jiran saya.Terima kasih kak mai
Brownies x perlu drizzle sebab dah cukup sedap.Penuh dgn rasa coklat...makan suam2 pun sedap...ada effect melting chocolate tuh neaven tul
Nak Tempah Brownies Coklat, Brownies Boleh Pos
Triplet Chocolate Brownies..yg ni bonus sebab ada pakej kedut sekali.. 

 Pack & Post
Kek Coklat Berkaramel
 Kek Karamel Coklat (Tempahan kemarin 13/11)
Tempahan Kek Karamel Sedap Pulau Pinang
Kek Karamel (Tempahan hari sabtu 12/11)

Friday, November 11, 2016

Kek Coklat Cheese Lava, Kek Coklat Moist Dan Kek Karamel

Alhamdulillah...
Masih dengan n3 tempahan kek.
Selesai delivery kek coklat moist , kek coklat cis lava.Pusing2 1/4 pulau arini.Ada jugak yg self collect pagi2 tadi.Terima kasih semua
22-23hb Nov saya akan buat lagi kek coklat cis lava ni.Tp cuma saiz kecil RM5 jer.Kalau berminat boleh booking siap2.Terlajak larisssss
Kek Coklat cis lava menungguli carta...mendapat sambutan hangat..Terima kasih semua
Berat ~400g
Kek Coklat Happy Birthday
Moist Chocolate Cake.Ordered from USM staff
Gambar ehsan dr Dr Enid/kak mai...Terima kasih tolong recommend dan bg testimoni dari dorang.Alhamdulillah they love this cake
Update (14/11/2016 - 11.04am)

Pantassss...feed back dari kastemer yg self collect kol 8.10am td.Terima kasih suri

 Kek Karamel (Tempahan 8/11) terlupa nak post kat blog

Friday, November 4, 2016

Tempahan Brownies Postage Dan Kek Buah Kukus

Alhamdulillah
n3 tempahan lagi...jangan bosan ya.Dapur TMK masak simple2 jer lately.Tu yg malas nk buat n3.
Hari ni nak tayang Tempahan Brownies pos ke Klang plak.Kalau last wk ke Seri Kembangan.Alhamdulillah Triple Coklat Brownies makin mendapat sambutan.Walaupun masih bertatih tp dah jauh berjalan tu hehee.
Ekceli saya pos kemarin brownies tu.Bake pagi2 tunggu sejuk, terus wrap dan pos.Freshly bake gitew.Tak rugi tempah kek homemade dari dapur TMK ni sebab semuanya fresh.Saya mmg xsimpan stok.Kalau ada apa2 yg xtra pun, tayang sekejap kat fb/page terus sold out.
Kastemer ni tempah 2 box sekali.Kita tunggu respon beliau hari ni.Harap sampai dgn selamat dan dapat fullfill dia punya taste..
Triple coklat browniew...nampak simple sbb cde drizzle apa2 kat atas tu.Tapi percayalah penuh dgn rasa coklat.Kat dalam ada coklat chips lagi...on top tambah coklat coin lagi...ada effect kedut plak kat atas tu..kira bonus la kan
 Pack & pos..masuk 1 kotak jer..Jimat kos pos
Menyelit gak hari ni Tempahan kek buah kukus

Wednesday, November 2, 2016

Terima Kasih Era Muslimah Bil 35

Alhamdulillah...
Sekali lagi berpeluang berkongsi resepi dalam Majalah Era Muslimah bil 35.Kali ni bertemakan kambing tidak mengunakan santan.Turut saya kongsikan 2 jenis resepi nasi berperisa.Terima kasih kak nik fauziah selaku ketua editor Era Muslimah.Bagi yg tinggal di KL boleh beli majalah ni kedai buku/gerai surat khabar ya..kalau luar KL kena beli online kat Penang pun saya x pernah jumpa lagi.Mujurlah kak nik kirimkan complimentary copy.
Blogger LiNa Pg
 Cover terbaru
 Resepi LiNa Pg berasaskan kambing

Tuesday, November 1, 2016

Amukan Si Momok (Kek Coklat Cheese Lava)

Rezeki yg ti dak boleh disangkal
Alhamdulillah...bertali arus order masuk, ramai yg nak merasa kek coklat cheese lava ni.Ada yg repeat order.Sungguh asyik menikmat kek ni.
Cuba bayangkan kek coklat moist yg lembab2 tu dilapisi cream cheese frosting bersatu pulak dengan coklat ganache yg sungguh mewah..mmg sungguh sedap.Paling penting xmuak dan menjilat sudu gitew hahaaa....
 Jangan ada yg jemu yer...TMK asyik2 tayang kek coklat cheese lava ni jer.
 Mewah sungguh lapisan cheese tu.Nak rasa..meh la order.Kalau nk sebekas, kena kumpul order dulu.Kek ni utk area Penang jer sbb xboleh di pos
Buat saiz besar jer...la ni kastemer x layan dah bekas2 kecik ni..sebab x cukup katanya hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...