Friday, March 10, 2017

Ayam Ungkep Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Ungkep Ayam atau Ayam Masak Ungkep ni merupakan masakan orang Jawa yang bermaksud memasak sesuatu secara bertutup (tutup dengan tudung periuk la bukan tutup pintu hahaa)Ada pebagai resepi gak ayam ungkep ni ada yg ayamnya digoreng terlebih dahulu, kemudian dimasukkan ke dalam bahan tumisan.Bila saya gugel mencari resepi ayam ungkep ni berkenan plak versi lebur camni.Paling yang senang dan jalan pintas tak payah goreng dulu hehee..Nnt nx cuba yg versi goreng pulak.Ada setengah tu nampak cam ijo2 siket Ayam Ungkep Hijau..jadi saya letaklah lada hijau siket hahaa..bab mendurhaka ni mmg pandai la.Takpe la as long as kita x claim sebagai resepi ori.Ni namanya Ayam Ungkep ikut selera sendri.
Ayam Ungkep Resepi Mudah,
Sungguh beraroma...rasanya kalau mkn dengan pulut pun sedap.Ayam Ungkep ni tak pedas..versi mesra kanak2.jadi saya patahkan cili padi.Kalau nak pedas..lenyek jer cili padi tu.

AYAM UNGKEP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber wattieshomemadecakes

Bahan-Bahan :
1.5 kg ayam, dipotong kecil
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar, dihiris bulat
2 batang serai, diketuk
1/2 cawan minyak masak
garam dam perasa secukupnya
1 hiris asam keping (option)
air secukupnya

Bumbu (rempah ratus di kisar)
2 sudu besar ketumbar 
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar jintan manis
1 inci halia
2 hiris lengkuas (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
2 biji cili hijau (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar (merah)
4 ulas bawang putih

Cara Membuatnya :

  1. Bahan bumbu dibasuh dan kisar hingga lumat bersama sedikit air.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis, bawang besar, bunga lawang dan serai hingga naik baunya.
  3. Masukkan bumbu kisar dan tumis lagi hingga naik bau dan garing. Jika kurang minyak, tambah sedikit lagi.
  4. Masukkan ayam dan kacau sebati.Tambahkan dua cawan air dan asam keping.Kacau biar rata.Tutup kuali dan biarkan rendidih selama 30 minit hingga ayam empuk.
  5. Tambahkan air jika ayam belum empuk.Masukkan garam dan perasa.
  6. Angkat dan hidangkan.

3 comments:

Siti Rohaida Yusof said... Balas

tak pernah lagi buat ayam ungkap ni..insyallah nanti nak try

~ Kisahsidairy~

Amie said... Balas

Ayam ungkep ni kan.... dapat kuah2 berminyaknya tu pun dah cukup sedap gaul ngan nasi panas!

Phong Hong said... Balas

Nampak sedap ni, Lina. Lebih kurang something like rendang. Nanti PH nak cuba.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...