Monday, March 6, 2017

Ikan Bakar Resepi Mudah Dan Tak Guna Banyak Bahan

Assalamualaikum...
Ada sedikit kelapangan waktu, rajin la snap gambar.Selalu tu masak tp malas ya amat nk snap.Kadang2 bantai jer guna hp.Asalkan hado kikiiii.Buat n3 pendek jer pg ni.Ikan Bakar versi LiNa Pg.Ikan Bakar Mudah Dan Sedap.Cepat siap cepat boleh makan..Gitu kekdahnya...Jom layannnnn
IKAN BAKAR MUDAH
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan jenahak saiz sedang(siakap/kerapu/apa2 yg sesuai)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 biji limau kasturi (Ambil jusnya)
  • Garam/gula (perasa)
  • Daun pisang/aluminium foil
Cara
  1. Ikan dibersihkan (potong butterfly cut) belah dua tp x putus macam kat kedai ikan bakar tu.Lap kering.Perasakan dengan sedikit garam
  2. Satukan bahan kisar, cili giling, jus limau kasturi, garam dan gula/perasa.Biar sempurna rasa..ada masin,pedas dan sedikit masam.
  3. Kemudian lumurkan pada ikan.Balut dengan daun pisang
  4. Bakar hingga masak.LiNa Pg bakar guna kuali leper (roti jala tu jer)
Note.
Bahan perapan tu boleh juga ditumis sekejap,jika suka.Tp LiNa Pg lumur terus jer.

5 comments:

adda syuhada said... Balas

fuhhh.. layan... arghhhhh

Amie said... Balas

Saya syukur seribu syukur kalo ada ikan bakar gini depan mata! Tinggal ambil nasi panas sepinggan!Bismillah.

Phong Hong said... Balas

Sedap macam ni Lina. Senang pulak, pakat lebur2 aje.

Rozita Abdul Rahman said... Balas

sedapnya ikan bakar.. balik ni nak cuba buat la..

Sue Bee said... Balas

Resepi paling sikit bahan lebih menghasilkan menu tersedap..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...