Thursday, April 27, 2017

Telur Masak Asam Resepi Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum...
Ni betul2 dah kering idea xtau nak masak apa.Ayam pun goreng bodow jer, so kita buat satu side dish yang berkuah.Mula2 berangan nak buat Rasam Telur tapi cam malas plak nk kuarkan rempah ratus tu dan menumbuk bagai.So,kita mudahkan siket ubahsuai rasam jadilah Telur Masak Asam.Ada unsur masam dan sedikit pedas dari cili kering.Yang ni tak berempah la..daun kari pun elekk...Walaupun resepi cincai2 jer tapi jangan dipandang sebelah mata...slurppp slurppp anak2 hirup kuah tu.Ingatkan boleh membawa ke dinner rupanya licin di tengahari huhu..Ni kalau buat lauk tambahan untuk sahur bulan posa nnt,memang laku ni gayanya.Jom la kita semak resepi sempoi ni
Resepi menggunakan telur, resepi mudah dan sedap,
Telur Masak Asam..simplify dari Resepi Rasam Telur

RESEPI TELUR MASAK ASAM
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan:

  • 4 biji telur
  • 4 biji cili kering (LiNa Pg potong anggaran 1 inci)
  • 3 ulas bawang merah (mayang halus)
  •  1 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 1 sudu kecil pati asam jawa (atau secukup rasa)
  • Tomato (xletak pun xpe)
  • 1/2 kiub pati ayam (atau garam+gula/perasa)
  • Air secukupnya
  • Minyak


Cara-Cara

  1. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga garing, masukkan cili kering.Tumis sekejap hingga nak bau.
  2. Masukkan paste asam jawa ke dalam tumisan.Kacau sebentar.
  3. Masukkan air secukupnya.Masukkan kiub ikan bilis (atau garam dan gula/perasa)
  4. Biarkan mendidih.Sesuaikan rasa terlebih dahulu.Cukup masam dan masinnya.
  5. Pecahkan telur satu persatu biarkan telur kuning masak/ keras sedikit (set).
  6. Tutup api, sedia dihidang

Tuesday, April 25, 2017

Terima Kasih Saji Mei 2017 - Edisi Istimewa Aidilfitri

Alhamdulillah...
Sekali lagi LiNa Pg diberi peluang untuk berkongsi resepi dalam Majalah Saji Edisi Istimewa Aidilfitri.Kiranya keluaran khas bumper raya gitulah.Banyak resepi2 biskut yang menarik dari chef2 tersohor dan jugak rakan2 blogger yang lain.Terselita gak la LiNa Pg dalam Saji kali ni hehee.Pestaim utk rahun 2017.
Masa along (editor Saji) call saya minta resepi biskut untuk keluaran khas ni, saya agak bizi dengan preparation adik nak bertunang.Dalam bizi2 tu saya terima jugak la...kita permudahkan urusan orang lain, insyaaAllah..Allah akan permudahkan urusan kita.Alhamdulillah.
Resepi yg saya kongsikan dalam Saji Mei ni belum pernah tersiar dalam blog lagi.Freshly bake...Kalau nak tau resepi biskut apa kenalah beli Majalah Saji.Tak mahal pun RM7 jer.Sat lagi ada la yang tanya kak lina amek tempahan biskut raya ke?Jawapannya tak ambil...sebab malas nk lama2 depan oven..kalau kek xpa...masuk oven sejam, tunggu tingggg setel hahaa
resepi biskut raya
 Cantik kan cover keluaran mei ni..semua ni peberet kaler saya tau
 Tudung pun senget hahaa
 Biskut Croquant..mahai nau menda alah croquant ni ciput jer pun
Ada lagi tau kukis ni..tapi malas nk snap
Note:
Jika menggunakan mixer gaul sekadar sebati sahaja.LiNa Pg hanya gunakan spatula sahaja cuma biskut yang ada cheese sahaja menggunakan mixer.

Monday, April 17, 2017

Mi Udang Sedap Mudah Cara Membuatnya

Assalamualaikum...
Ni pestaim tau lina pg buat mi udang, selalu tu pi tunjuk2 kat Teluk Kumbaq nuu atau kat Sungai Dua (seberang nuuu) bukan apa, Penang ni syurga makanan..yg mana boleh tunjuk2 kita pi tunjuk ajer la senang kije.Tapi bila en.asben bawa balik udang besau mulalah nak mereka2 resepi.Aritu dah buat Udang Goreng Nestum,kali buat mi udang plak..memang meletop kebaboom sedap mi udang ni.Kali ni saya x gugel sebab dah ada dalam kepala nk guna resepi sapa.Saya guna rcp siti Zaliedana yg sama2 shooting tahun lps.Terus pi belek2 SAJI raya Ogos 2016.Jom kita semak resepi.Memang senang sangat nk buat.
Mee Udang, Resepi Mi Udang, Resepi mee udang
Nama jer Mi Udang tapi LiNa Pg gunakan pasta Angle hair..sebab anak2 dan en.suami lebih prefer pasta dari mi kuning.Lagipun yg ni dia tak kembang setaman kalau terendam lama dlam kuah tu.Mo nampak togel sebab xde limau dan cili merah.Esbok dah kosong..xpelah janji ada hero+heroin tu jadilah kan

MI UDANG
Sumber Zaliedana

Bahan A (Kuah)
  • 15 ekor udang kertas
  • 5 ekor udang segar (kisar) LiNa Pg xletak-jimat udang haha
  • 2 biji ubi keledek (rebuk dan lenyek)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 3cm halia (kisar)
  • 2 batang serai (1 kisar dan 1 ketuk)
  • 2 sb udang kering (rendam bg lembut-kisar)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram (alamak xperasan lak-xletak)
  • Minyak utk menumis
  • Air
  • Garam,gula/perasa
Bahan Lain
  • 600g mi kuning - celur
Note:
LiNa pg guna pasta angle hair-rebus bersama olive oil+garam hingga al dante

Bahan Sampingan
  • Sayur sawi - celur
  • 2 biji telur rebus
  • 1 tangkai cili merah
  • 1 tangkai cili hijau
  • Sedikit bawang goreng
Cara-Cara
  1. Panaska minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang kering, udang segar dan serai.Tumis hingga wangi,masukkan ubi keledek lenyek dan sebatikan.
  3. Masukkan serai,pes tomyam dan air (ikut kepekatan yg diinginkan)
  4. Setelah mendidih,masukkan semua sos, sedikit garam dan gula.Sesuaikan rasa.
  5. Setelah kuah mendidih, masukkan udang.Biarkan udang masak.Tutup api.Bolehlah dihidang.

Friday, April 14, 2017

Rendang Minang Sedapnya Alahai

Assalamualaikum..
Rendang Ayam Minang ni dah lupa bila buatnya...Nak kabor dah lama buat ni...seminggu lebih dah ni hahaa...Biasalah bz manjangggg tuan tanah blog TMK.Pestaim tau saya buat rendang ayam versi minang ni..Ada gak orang panggil Rendang Hijau sebab kalernya seakan green curry siket.Kalau rendang biasanya warna coklat gelap2 seakan kari tu kan?Resepi Rendang Minang ni sesaja buat untuk testing jer..dah naik buntu xtau nak masak apa..sebab time tu hayam jer yg ada lam esbok.Makan ngn nasi putih ajer.Hajat ati nk buat pulut la siket sbb sedap pulak rendang ni..sekali abessss daa anak2 makan.Takde maknanya nak pulut2 ni.Len kali la kalau mama ada kerajinan nan jitu kita makan rendang sama pulut kuning.Ok jom la kita semak resepi ni
Rendang Nogori, rendang nismilan
Klasik gitu..posing dalam tempurung atas nyiru...kau hadooo hahaaa

RENDANG MINANG
Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 asam keping
  • 2 helai daun limau purut/daun kunyit
  • Garam, gula/perasa
  • Air
  • Minyak 
Bahan B (Sangai/goreng tanpa minyak)
  • 1 sudu besar ketumbar biji 
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
Bahan C 
  • 6 batang serai (3 batang kisar, 3 lagi titik)
  • 1 inci kunyit hidup (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 8 ulas bawang merah (kisar)
  • 1 cm lengkuas (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 10 biji cili padi (tambah jika suka pedas)
  • 10 biji cili hijau 
Cara-Cara
  1. Kisar bahan B dan C.Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga pecah minyak
  2. Masukkan ayam, gaul rata biarkan sebentar hingga ayam kecut.
  3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan santan pekat,biarkan hingga ayam hampir masak (kacau sekali sekala)
  4. Masukkan kerisik,asam keping, garam dan gula/perasa.
  5. Renehkan hingga kuah pekat.Sesuaikan rasa kemudian masukkan daun limau purut/daun kunyit yg diracik halus (LiNa Pg siat2 jer daun limau purut tu)
  6. Sedia dinikmati bersama nasi putih/pulut kuning

Thursday, April 13, 2017

Sebalik Tabir Shooting Raya Bersama Pensonic La Pulok...

Assalamualaikum...
Sinumbungan shooting2 bersama Pensonic lagi.Kali ni shooting raya plak.Tahun ni kami beraya awai..bulan Rejab dah raya ko hadooo kih3.Ekceli saya cuma memenuhi jemputan dari pihak Pensonic untuk memeriahkan majlis raya tu..sesambil tengok retis2 popular shooting video raya.Kiranya pi makan dan tengok2..macam pi open house tu.Tapi masa syok2 dok makan2 tu depa panggil kami naik stage la pulok..alamakkkk mulanya xmo la sebab kita ni sape jer kan?bukan staff bukan retis..blogger jemputan jer..naik jer la bagi meriah suasana...seb baik stage x roboh hahaa..ramai nau2 kat atas tu...Jom beraya
Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 Raya
Ms ni dah siap shoot..Kaka, Fahrin dah turun stage tu
Last part...wish selamat hari raya berjemaah dari keluarga besar Pensonic dan retis2 fofular tanah air..menyelit tu mak jemah dan en.asben..tumpang glemer mak nakkkkk hahaa
Kaka nyanyi live..sedap sora dia
Chef Ismail
Ms ni chef nak keluar dean dah, hold sat minta bergambar berdua Dato' Chef Ismail ni spoting walaupun nak cepat, layan gak cheq nak bergambaq..tq chef
 Sedondon lak kami bertiga..yg sorang lagi blogger Eny.
Ms Munis Marketing staff yg jemput saya ke Majlis ni..Kalau ada event camni jemputlah lagi ya Munis heheee...
 
LiNa Pg dan Eny..kami berdua blogger jemputan...
 
Meriah majlis ni
Serius nau LiNa Pg tu hahaaa
Antara menu yg dihidang..Ada jugak satay, lemang, kuih muih,biskut raya dan mi rebus..yg ni atas meja..main dish.Makanan sedap..yg penting dari Katering Halal

Okey semua dah tengok gambar pegun kan??Jangan lupa janji kita..tengok jat tv nnt siaran raya Episod 8 (TV3 jam 6.30pm - Isnin)
Tengok tau....tak tengok xmau dah kawan ngan hampa...Kalau tak nampak muka LiNa Pg pun xpe..sipi2 ke nampak tudung siket2 pun orait la tu hahaaa

Tuesday, April 11, 2017

Di Sebalik Tabir Shooting Bersama Dato' Chef Ismail,Fahrin Ahmad Dan Pensonic

Assalamualaikum...
Hai semua..nampak x abang sado tall encem Fahrin Ahmad yg kat set penggambaran Chef Mail Masak BersamaPensonic 2017.Apa lak yg LiNa Pg buat kat sini heheee.Ekceli ni sedang tunggu Q untuk masuk ke set.Progress shooting ni amat lancar.Saya masuk jer sekali jalan tak de cut...cut..segala dialog adalah spontan jer..memang xde skrip dan tak diskus apa2 pun.Redah ajer.Itulah bila bekerja dgn orang profesional.Alhamdulillah semuanya lancar.
shooting bersama Chef Ismail
Nampak tu muka ada senyummm
Dato' Chef Ismail, Fahrin Ahmad, Pensonic shooting
Tanjat gegul tau.Nampak muka terkujat tu.Masuk jer set chef tanya soklan ala2 interview gitu.Semua ni spontan tau soklan tu pun x diskus dulu.Walaupun terkejut sebab tak expect chef tanya2 soalan ni..Tapi okey la leh jawab jugak.Sekali shoot jer
Shooting bersama chef mail dan fahrin ahmad
Agak2 apa la yg Dato'Chef Ismail cakap tu...senyum dan gelak jer la
Program Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 ni ada beberapa 3 segmen. Saya punya adalah segmen ke-3 (Challange Bersama Selebriti Fahrin Ahmad)Nak tau apa yg saya buat..Kenlah tunggu siaran nanti
nonabali, shooting bersama chef ismail dan fahrin
Agak2 nak masak apa tu ya.Hint Masakan Bali.Saya sendiri tak pernah makan, apa tah memasaknya.
Buat ajer lah...tengok 2 chef tu jadi pemerhati.
Jangan pandang sebelah mata Fahrin Ahmad ni pandai tau..dia boleh kenal semua bahan yg digunakan 
Shoot 2-3 min gelak...hadoi sakit perut...Sian makcik xleh nak kontrol ayu langsung..asyik jadi kelab Kolget jer
FAHRIN AHMAD
Dah abes shooting ni..ekceli ms ni Fahrin dah buka apron dia..tapi saya minta pakai semula utk snap gambar.Memang spoting abes..sarung jer semula dan bergambar.
Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017, menang kontes we want you to be on tv
My lalink pun tak nak lepaskan peluang bergambar dgn fahrin.Sangat frenly orangnya
Bersama Dato' Chef Ismail Ahmad
Masa ni dah nak balik..sempat gak bergambar dgn chef...bz nau2 chef Ismail ni
Bersama Chef Peter Gomez (Owner Nona Bali Restaurant merangkap Chef) kat depan tu bahan2 masakan untuk segmen challange.Masa tengah mereput tunggu production crew huhu
 Makan tengahari kami ditaja oleh Nona Bali Restaurant
Sedap tau nasi goreng ni.Info lanjut boleh klik kat page
Model Cilik di hadapan Nona Bali hahaa
Rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 akan mula bersiaran di TV3 pada setiap Isnin jam 6.30pm.Episod 1 bermula pada 8hb Mei 2017.
LiNa Pg akan bersiaran untuk episod 7.Episod terakhir masak2 (tayangan seminggu nak raya). 
Episod 8 adalah Raya bersama pensonic.Ada gak tau LiNa pg menyelit dalam tu.Nnt saya update shooting di sebalik tabir raya plak.
Jangan lupa tonton program ni tau.Ada kuiz/kontes dan hadiah2 menarik yang ditawarkan oleh pihak Pensonic.Jangan lepaskan peluang

Monday, April 10, 2017

Tempahan Kek Karamel Coklat Moist Dan Kek Minyak

Assalamualaikum..
Lambat siket bersiaran,alhamdulillah hari ni 2 biji kek tempahan dah selamat diambil oleh tuan punya.Kek Karamel Coklat Moist Dan Kek Minyak.2 biji kek, sorang tuan.Kastemer baru saya ni.
Hari ni update blog guna hp..terhegeh² jer..Tempahan kek boleh dibuat melalui page Teratak Kek Malina.

Thursday, April 6, 2017

Serunding Halia Sedap Dan Banyak Khasiat

Assalamualaikum...
Pestaim tau LiNa Pg buat dan merasa keenakan Serunding Halia ni.Kalau serunding daging, ayam, ikan tu biasalah kan.Serunding halia sedap diratah, makan bersama nasi panas, pulut pun ok jugak rasanya.Kalau yg dalam pantang u guys should try this..memang berselera makan dan boleh panaskan badan jugak..disamping buang angin,halia juga melancarkan peredaran darah dalam badan..mmg sesuai utk ibu2 yg dalam pantang.Saya yg bukan dalam pantang pun makan x hengat.Buat siket jer sbb malas nau nak memarut.Buat malas tapi makan nak ajer kan hahaaa.Resepinya pun senangggg sangat.Jom semak
khasiat halia
 Terlir tak tengok?Sekali tengok cam serunding daging kan sebab ada urat bertali tu...Sedap tau
Serunding Halia
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan
Halia (iktlah banyak mana)
Ikan bilis ~segenggam - LiNa Pg tumbuk kasar
3-4 ulas bawang putih - LiNa Pg tumbuk kasar
Garam+perasa
Minyak

Cara-Cara
Kupas halia, sagat halus (option: kalau nampak berair,boleh perah dan tapiskan)jus halia boleh minum bersama teh O.Kalau nk goreng terus pun ok.
Goreng halia dalam minyak yg banyak,masukkan juga ikan bilis dan bawang putih.
Kacau selalu supaya garing sekata.
Angkat dan toskan.
Gaulkan bersama garam+perasa.Boleh juga guna kiub ikan bilis/maggi cukuprasa (LiNa Pg guna minyak goreng ayam kenduri tunang adik, so xletak apa2 dah)
Simpan dalam bks kedap udara.
Kalau rajin, buat banyak2 untuk stok sahur bulan posa nnt.
serunding
LiNa Pg buat siket jer tau..so, u olls kena agak2 halia tu banyak mana, sbb x timbang pun.Main sagat jer.Banyak ni jer suma

Tuesday, April 4, 2017

Udang Goreng Nestum Resepi Mudah, Cepat Dan Sedap

Assalamualaikum...
Hari ni ada sedikit kelapangan waktu, bolehlah buat n3 masak2.Selalu tu bz manjangggggg.Ekceli udang ni saya masak kelmarin.En.asben beli udang besaq fresh baru naik dari laut.Dalam kepala dok berfikir nak masak apa la ngan udang.Selalunya buat sambal, gulai..kebetulan ada sedikit lebihan nestum (lepas buat projek kukis raya) hurmmm terus mai idea nak buat Udang Goreng Nestum ni.Olah serba siket...ya ampun sedappppp banget.En.asben yg x makan seafood pun sebab gout pun terus lupa diri hadoi.Padahal si isterinya dah masakkan lauk ayam untuk beliau dan dak maisarah tu.Katanya mana boleh tahan tengok udang besaq sedap pulak tu huhu...Nnt sakit mai balik camana?Makan ubat ler jawab dia hamboiiiii...Ok jom kita semak resepi Udang Goreng Nestum yang pastinya sangat mudah dan isnyaaAllah sedap.Kalau resepi dari dapur TMK ni mmg ringkas2 jer kan hehee
Resepi Udang Goreng Nestum Sedap dan Mudah
jangan ada yg jilat skrin plak naaa hahaaa.Sedap tau serdak2 tu gaul ngan nasi panas perggggggg..xpayah lauk lain dah.Pedas2 manja..makan sekali ngn daun kari yang rangup tu

Resepi Udang Goreng Nestum
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan
  • 10 ekor udang besar
  • 3 ulas bawang putih cincang halus
  • 3 biji cili kering (potong kasar)
  • 4 biji cili padi (potong) 
  • Sedikit butter
  • 1/2 cawan nestum
  • Sedikit garam, gula/perasa dan kunyit
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Udang dibersihkan, gaulkan dgn sedikit garam kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
  2. Cairkan butter, tumis bawang putih, daun kari, cili kering, cili padi hingga terbau bau dan agak garing.
  3. Masukkan nestum, gaul dengan tumisan.
  4. Masukkan udang yang telah digoreng.Gaul rata.Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
  5. Dah siap.Boleh dihidang bersama nasi panas.

Cara masak udang goreng nestum
 Boleh refer pada gambar
Resepi udang goreng nestum ringkas dan sedap
Mudah dan ringkas..yang penting sangat sedappppp

Monday, April 3, 2017

Tempahan Kek Buah Kukus Dan Brownies

Alhamdulillah...
Kek Buah Kukus
Repeat order ke Nilampuri (Kota Bharu) Tq Doc Hana
 Triple Coklat Brownies versi cucuk botox sebab mulus jer..mmg rajin pakai anti aging neh gayanya..lansgung xde kedutan huhuhu...sabor ajer
 Salah satu brownies req letak reben..kta ikat pi la cantik2 kikiiiii..Ada reben caj lain plak tau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...