Thursday, April 6, 2017

Serunding Halia Sedap Dan Banyak Khasiat

Assalamualaikum...
Pestaim tau LiNa Pg buat dan merasa keenakan Serunding Halia ni.Kalau serunding daging, ayam, ikan tu biasalah kan.Serunding halia sedap diratah, makan bersama nasi panas, pulut pun ok jugak rasanya.Kalau yg dalam pantang u guys should try this..memang berselera makan dan boleh panaskan badan jugak..disamping buang angin,halia juga melancarkan peredaran darah dalam badan..mmg sesuai utk ibu2 yg dalam pantang.Saya yg bukan dalam pantang pun makan x hengat.Buat siket jer sbb malas nau nak memarut.Buat malas tapi makan nak ajer kan hahaaa.Resepinya pun senangggg sangat.Jom semak
khasiat halia
 Terlir tak tengok?Sekali tengok cam serunding daging kan sebab ada urat bertali tu...Sedap tau
Serunding Halia
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)

Bahan-Bahan
Halia (iktlah banyak mana)
Ikan bilis ~segenggam - LiNa Pg tumbuk kasar
3-4 ulas bawang putih - LiNa Pg tumbuk kasar
Garam+perasa
Minyak

Cara-Cara
Kupas halia, sagat halus (option: kalau nampak berair,boleh perah dan tapiskan)jus halia boleh minum bersama teh O.Kalau nk goreng terus pun ok.
Goreng halia dalam minyak yg banyak,masukkan juga ikan bilis dan bawang putih.
Kacau selalu supaya garing sekata.
Angkat dan toskan.
Gaulkan bersama garam+perasa.Boleh juga guna kiub ikan bilis/maggi cukuprasa (LiNa Pg guna minyak goreng ayam kenduri tunang adik, so xletak apa2 dah)
Simpan dalam bks kedap udara.
Kalau rajin, buat banyak2 untuk stok sahur bulan posa nnt.
serunding
LiNa Pg buat siket jer tau..so, u olls kena agak2 halia tu banyak mana, sbb x timbang pun.Main sagat jer.Banyak ni jer suma

2 comments:

Juls Julie80 said... Balas

salam kak..

sedap ni..lama x makan..biasa kalau balik Swk..mmg ebrbekas2 beli utk bawak balik Putrajaya..sana mmg banyak dorg buat / jual.

makan dengan bubur pun sedap...esp time demam & tekak x selera nak makan..hihi

kak pb said... Balas

Mcm.boleh cuba ni. Skrg akak mkn oat je...mcm sesuai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...