Tuesday, May 30, 2017

Solok Peria Sedapnyerrr

Assalamualaikum...
Pernah makan solok peria tak?Selalu tu solok lada yang femes kan?Ekceli Peria, petola ular juga boleh dibuat solok.Kat Penang ni susah nak dapatkan Lada Solok yg ada jual tu lada hijau yang biasa..cam xbest pulak.Kebetulan ada sebijik peria katak (Mak Katak la sebab besar gedabak dan panjang dekat sekaki hahaaa).Tengok dalam peti ada plak ikan kembong/mabong tu minta en.suami belikan nyoq.Kita makan solok Peria la untuk berbuka.Orang kata kalau guna ikan mentah lagi sedap.Tapi LiNa Pg guna ikan rebus.Rasa cam susah la nk fillet ikan tu..Kita buat cara tersendiri la,asalkan selesa dgn cara kita dan rasanya sedap.Okey la tu.Jom semak resepi
LiNa Pg snap guna hp jer ni sebab solok ni masak dekat kol 7pm dah.Kalau lauk2 pun selalunya xsempat nk snap sebab masak last minute.So, bulan puasa ni banyak juadah dessert jer la yang akan bersiaran sebab biasanya LiNa P akan masak awal siket bab dizet ni

RESEPI SOLOK PERIA
Bahan-Bahan
  • 1 biji peria katak saiz besar 
  • 1 ekor ikan kembung mabong
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 hiris halia (tumbuk)
  • 3 sudu besar kelapa parut putih
  • Sedikit lada hitam (LiNa Pg guna yg grind course)
  • Garam
  • Gula/Perasa
  • 1 cawan santan pekat
Cara Cara
  1. Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit garam hingga masak.Asingkan isi dari tulang
  2. Buah peria di potong bulat2 anggar 1inci++ (LiNa Pg potong agak tebal tu)Keluarkan biji.
  3. Jika ingin kurangkan rasa pahit.Rendam buah peria bersama air garam.LiNa Pg masak terus jer.Pahit tu kan ubat hehee
  4. Tumbuk isi ikan, bawang,lada hitam dan kelapa parut.Perasakan dengan sedikit garam dan gula/perasa.
  5. Sumbat padat ke dalam peria (seperti dalam gambar)
  6. Masukkan ke dalam periuk.Tuangkan santan yang diperasakan dengan sedikit garam+gula/perasa.
  7. Pastikan peria tenggelam di dalam santan.Rebus api perlahan hingga santan kering.Siap dihidang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...