Wednesday, June 14, 2017

Air Soya Yeo's Alwani Enak Dan Mudah Disediakan

sticky post..skrol ke bawah untuk n3 terbaru
Assalamualaikum...
Lebih kurang 20 hari kita semua menjalani ibadah puasa.Anak-anak pun dah mula kembali ke sekolah, pastinya mak dan ayah sibuk menguruskan anak2.Kalau ada anak yang bersekolah seisi petang lagilah kalut dengan nak berbuka puasa.Pulangnya agaknya lewat, ditambah dengan traffic jem.Sama jugak dengan si kecil saya bersekolah seisi petang, letih jer bila balik dari sekolah.Biasanya budak2 kalau belajar puasa ni,macam yang dia request terutamanya minuman.So, kita buatlah sesuatu yang menarik untuk mereka.So, hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah,menarik dan sedap.Pasti membuatkan anak2 tak sabar untuk menikmatinya.Resepi hari ini ialah Air Soya Yeo's Alwani.Kombinasi Soya Cincau, Soya Cendol.Ala2 ais kacang, ala2 cendol pulut (tapi tak ada pulut la hahaa) Alwani tu bermaksud berwarna warni hehee.Jangan risau, resepi kat dapur TMK ni pastinya mudah.Kalau mak2 yang berkerja tu pun boleh hidangkan untuk anak2.Okey jom kita semak resepi
Soya Cincau LiNa Pg,Soya Cendol LiNa Pg
Kalerful gitew.Bila makan tergigit cincau, buah kabung.Fefeling makan ais kacang gitew.Bila semua element ni bergabung dengan susu soya Yeo's yang enak berkhasiat tu mmg heaven sungguh la bila dinikmati time berbuka puasa.Yeo's merupakan pilihan semulajadi keluarga saya, kerana status Halal yang diyakini.Lagi best soya Yeo's ni tiada bahan pengawet tau

Air Soya Yeo's Alwani
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 1 kotak soya Yeo's
  • Cincau manis (potong kecil)
  • Biji sagu merah (LiNa Pg guna yang siap direbus)
  • Buah kabong
  • Cendol
  • Sirap Gula Melaka (option)
  • Kiub ais (jika suka)
Cara-Cara
  1. Satukan cincau, cendol, buah kabong dan sagu merah ke dalam jug besar.
  2. Tuangkan soya Yeo's.Masukkan ais
  3. Tuangkan ke dalam gelas,masukkan sedikit sirap gula melaka(jika suka lebih manis)
Note. Air Soya Alwani juga enak dinikmati tanpa sirap gula melaka

Soya Cincau LiNa Pg,Soya Cendol LiNa Pg
Ini sahaja bahan2 yang digunakan
Soya Cincau LiNa Pg,Soya Cendol LiNa Pg
Tuang soya Yeo's
Soya Cincau LiNa Pg,Soya Cendol LiNa Pg
Tambah sedikit sirap gula melaka dan ketulan ais,sedia dinikmati.Mudah kan?
 Bahan2 ni semua boleh beli di pasaraya.Bagi yang berkera boleh beli time lunch.Balik rumah just campur2 jer..sangat mudah dan sedap.
 Sirap Gula Melaka
Sirap gula melaka juga sudah ada yang siap dijual kat pasaraya.Kalau nak buat sendiri pun sangat mudah.Refer kat gambar tu ya.

Yeo’s” ingin menggambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai bersama.Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi kebaikan minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!Berkat Dirasa Bersama



Info lanjut www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...