Friday, June 16, 2017

Biskut Cheese/Double Cheesekut

Assalamualaikum...
Hujung2 puasa ni cam bizi siket la, lps ni sibuk nak siapkan tempahan kek raya pulak.So, update satu persatu resepi kukis mana tau kot ada yg mencuba.Biskut Cheese atau saya namakan sebagai Double Cheesekut ni sangat digemari oleh anak kecil saya Maisarah, taste dia mmg suka kek atau apa2 yang ada cheese.Bersesuaian dengan namanya Double Cheesekut, biskut ini menggunak 2 jenis cheese dalam pembuatannya.Bagi penggemar cheese bolehlah mencubanya.Secara jujurnya saya cuma sempat merasa 2-3 pcs sebab dgn balangnya sekali di'control' oleh dak sarah hahaa..abag dan kakak pun jenuh meminta dari dia.Owh...biskut ni bukan saya buat bulan puasa ni tau..saya buat awal lagi, ms cuti sekolah bulan Mac lagi atas permintaan pihak Majalah Saji.Okeylah jom kita semak resepi
Versi kedekut..parutan cheddar cheese tu letak '2 urat' jer hahaaa
DOUBLE CHEESEKUT
By Malina LiNa Pg  http://linapg.blogspot.my/
Bahan bahan:
100 gram mentega (lembut)
50 gram cream cheese (lembut)
60 gram gula kastor
70 gram tepung gandum (ayak)
100g tepung jagung (ayak)
1 sudu besar susu cair/susu segar
1 biji kuning telur 
½  sudu teh esen vanilla
Cheddar Cheese parut secukupnya (untuk hiasan)

Cara-Cara

  1. Pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul Lagi
  3. Masukkan susu cair dan  tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh
  4. Canai dan terap mengikut acuan kegemaran.Tabur keju yang telah diparut di atasnya
  5. Bakar sampai masak.Suhu 160'c selama 25-30min (suhu bergantung kepada oven masing-masing)
  6. Sejukkan terlebih dahulu, kemudian simpan dalam bekas kedap udara.


1 comment:

Phong Hong said... Balas

Wah, Lina! Biskut yang ada cheese budak2 mesti suka makan. Kena buat banyak, kalau tidak, gaduh nanti hee..hee...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...