Saturday, June 17, 2017

Biskut Sesuci Lebaran

Assalamualaikum...
Bila nampak kukis bulat putih suci dan ada potongan ceri kat atas tu, mesti ada yang claim eh tu Biskut Arab..eh bukan tu Biskut Suji.Ada pulak yang kata Biskut Suji tapi tak ada tepung suji pun resepi tak ori ni..hurmmm sekarang ni asalkan tak claim as ori,ikut suka nk buat camana pun kan?Memasak/membaking ikut selera kita jer sebenarnya.So, tajuk biskut ari ni kita bagi surat beranak dia Biskut Sesuci Lebaran sesuai sangat dihidang untuk Lebaran nanti, so xde la yang nak gaduh pasal nama biskut kan?Bahan2 agak mudah..yg kena beli tu cuma minyak sapi jer la kan..yg lain2 maybe ada stok kat umah.saya x berapa suka makan manis2 sbb biskut ni disalut dengan gula pulak, kalau yang suka lebih manis boleh lebihkan sedikit gula.Ok jom kita semak resepi.Tuan umah nk mengukus kek pulak ni
Putih2 melati..merah2 delima
BISKUT SESUCI LEBARAN
Bahan- bahan
½ cawan minyak sapi
¼  cawan gula halus (boleh tambah jika suka lebih manis)
¼  cawan susu tepung/santan serbuk
1 cawan tepung gandum (ayak)
¼ cawan tepung jagung (ayak)
Ceri merah untuk hiasan

Cara

  1. Gaul minyak sapi bersama gula hingga sebati.
  2. Masukkan susu tepung/santan serbuk dan tepung sedikit demi sedikit sambal uli hingga menjadi doh lembut
  3. Bulat-bulatkan doh sebesar guli dan letakkan ceri sebagai hiasan
  4. Susun atas dulang pembakar yg digris dengan sedikit butter.
  5. Bakar hingga masak.Suhu 160’C selama 25min.
  6. Setelah sejuk bolehlah disalut gula halus (jika suka)atau dimakan begitu saja

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...