Resepi Biskut Croquant Rangup Dan Sedap

By LiNa_Pg - Friday, June 02, 2017

Alhamdulillah...
Hari ni diberi kesempatan waktu untuk update blog dengan resepi biskut raya pulak.Biskut croquant merupakan biskut kegemaran saya sebab sedapnya luar biasa pada tekak saya bila menggunakan croquant.Tapi harga croquant ni agak mahal sedikit dan kuantitinya sedikit sahaja huhu.Bertabahlah harga barang baking naik semedang..urut dada la saya sebagai penjual kek..Dulu masa saya masih berkerja,mmg setiap kali raya akan order kukis ni.Masa tu nak buat tak pandai nak buat.Bila saya olah,Alhamdulillah menjadi dengan jayanya.Ekceli Resepi Biskut Croquant ni saya buat atas permintaan Editor Saji untuk Edisi Istimewa Aidilfitri 2017 (Bumper Biskut Raya Mei 2017) Ada yang beli tak majalah Saji tu?Okey la xmo bebel panjang, jom kita semak resepi.Sukatan untuk resepi insyaaAllah tepat.Tak perlu tambah tepung dah.


BISKUT CROQUANT
Bahan-Bahan (~48pcs bergantung kepada saiz biskut)
  • 100g mentega (lembutkan)
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 1 kuning telur
  • 1 sudu besar minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1 cawan tepung ros (cookies flour)boleh ganti tepung gandum
  • ¼ cawan tepung jagung
  • ½ cawan croquant 
  • ½ cawan nestum (hancurkan/ramas2 sedikit)
  • ½ sudu kecil esen vanilla

Bahan Lain (Untuk Hiasan)
  • 1 kuning telur
  • Croquant secukupnya
  • Ceri dipotong kecil

Cara-Cara
  1. Ayak tepung ros bersama tepung jagung.Ketepikan
  2. Gaulkan mentega bersama gula dan minyak hingga sebati.Guna senduk kayu sahaja.Nak guna mixer pun boleh(mix sekadar sebati sahaja-jangan over mix nanti doh lembek)
  3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.Sebatikan
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.Masukkan nestum dan croquant.Uli hingga menjadi doh.
  5. Canaikan doh setebal ~ ½ cm dan terap mengikut acuan kegemaran.Susun ke atas loyang yang telah disapu mentega.Sapu kuning telur, letakkan potongan ceri dan taburkan croquant.
  6. Bakar pada hingga masak (LiNa Pg bakar suhu 160'C selama ~25min) suhu bergantung kepada oven masing-masing
  7. Setelah masak biarkan sebentar dalam loyang,kemudian alihkan ke jaring.Biarkan sejuk barulah disimpan dalam bekas kedap udara

Nota kecil LiNa Pg
Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar biskut.
Jika tiada acuan, bulat-bulatkan doh sebesar duit 20sen (saiz terpulang kpd kreativiti) kemudian leperkan sedikit, sapu telur dan letak hiasan.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments