Saturday, June 3, 2017

Sira Pisang Bersama Air Laici Yeo's Sedap Dan Mudah Disediakan

Sticky post sila skrol ke bawah untk n3 terbaru..tq
Assalamualaikum...
Syukur Alhamdulillah, sudah seminggu Ramadan datang bertamu membawa seribu satu keberkatan dan rahmat dariNya kepada seluruh penghuni alam.Paling best bila time buka puasa tu semua wajib ada kat meja makan, kalau bukan bulan puasa,ada yang masih belum sampai ke rumah.Ada yang tak nak makan (sebab masih kenyang) Tapi bila puasa, dekat masuk waktu berbuka jer, semua tercongok depan meja makan heheee.Itulah salah satu keberkatan Ramadan merapatkan hubungan sesama keluarga, sama-sama mensyukuri nikmat makanan yang terhidang di atas meja.Meraikan kemenangan (seharian berpuasa menahan lapar dan dahaga).

Okey lah berbalik kepada tajuk n3 hari ni, Sira Pisang Bersama Air Laici Yeo's.Bukan makan sira pisang dengan air laici Yeo's tau, tapi Sira Pisang ni dibuat menggunakan Air Laici Yeo's.Menarik kan?U olls jangan xtau air kotak Yeo's ni bukan setakat sedap diminum tapi boleh diolah menjadi pelbagai resepi enak, paling penting sangat mudah.Sesuai untuk orang2 yang kesuntukan masa untuk menyediakan juadah berbuka.Sira Pisang ni sangat terkenal di negeri Cik Siti Wan Kembang (sangat sinonim dengan rasanya yang sedikittttt manis)Kalau bulan puasa memang rancak peniaga berjualan di Bazar Ramadan.Kalau yang beli tu kira cliche sangat dah.Kita buat versi 'rare' siket guna air laici Yeo's...yg spesel camni kompom xde jual hokeyyyy.
Sudah pastikan Air Minuman Laici Yeo's menjadi Pilihan Semulajadi saya kerana ianya Halal dan tiada bahan pengawet.Rasa jus yang sebenar.Korang jangan mendurhaka guna brand lain, kalau tak likat macam ni saya xtau..Jom kita semak resepi
aroma daun pandan, bunga cengkih bersatu degan air laici Yeo's caramelize pisang secara perlahan hingga warna kuning keemasan berkilat2.Cer korang imagine camana rasa dia hehee
RESEPI SIRA PISANG BERSAMA AIR LAICI YEO'S
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan A
  • 1 kotak air minuman Laici Yeo's (250ml)
  • 3 sudu besar gula 
  • 2 helai daun pandan (potong 4inci)
  • 3 biji bunga cengkih
  • Beberapa titis pewarna kuning/oren (jika suka)
Bahan B
  • 4 biji pisang Awak (boleh guna pisang nangka/tanduk/abu)
  • 1 sudu kecil air kapur
Cara:
  1. Pisang dikupas kulit dan belah dua(boleh jugak potong serong)
  2. Rendam dalam air kapur selama 20min.Kemudian cuci bersih dan toskan.
  3. Satukan semua bahan A dan masak atas api hingga gula hancur
  4. Kemudian masukkan pisang, kacau sekejap.
  5. Tutup dengan tudung periuk, renehkan hingga kuah agak likat/pekat dan kelihatan berkilat
  6. Tutup api.Sedia dihidang.Resepi ini juga sesuai untuk Kuih Nekbat 
Note:
Tujuan merendam dalam air kapur supaya pisang menjadi pejal dan tidak lunyai/lembek bila dimasak/reneh agak lama
Sangat mudah dan cepat disediakan
 Boleh refer step by step kat sini..End produk sangat cantik dan berkilat.Dah siap tu bolehlah dihidang

Yeo’s ingin mengambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh Berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai bersama.Jadi gandakan rasa itu dengan berkongsi kebaikan minuman Yeo’s di bulan Ramadan yang mulia ini!Berkat Dirasa Bersama


www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80-2828

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...