Friday, July 21, 2017

Tempahan Indulgence Cheese Chocolate Moist Cake (ICCMC) Dan Kek Minyak

Alhamdulillah..
Rezeki tempahan kek untuk hari ni ICCMC sebiji potong 4 bahagian (1/4 tuan umah punya) sebiji kek marble minyak

Yang ni dah selamat di hantar pagi2 lagi.Tq kak mai

Tuesday, July 18, 2017

Biskut Cheese Rossette

Assalamualaikum...
Biskut raya di hujung Syawal?Pelik kan?Sebenarnya Biskut Raya ni sudah lama dibuat, tapi tak berkesempatan untuk update dalam blog TMK.Saya suka makan biskut yang ada cheese, selalunya kalau biskut cheese rossette dibuat bentuk untaian dan diletakkan almond slice, tp saya buat betul2 bentuk Rossete dan menggunakan nozle close star.Boleh jugak kalau nak guna acuan samperit/biskut dahlia tp buatlah bentuk rossete (atau apa2 pattern la ikut suka korang)Memandangkan sekarang ni bukan orang kemaruk sangat nak buat kukis, so tak payah la kita bebel panjang2 bukan ada yang nak baca pun kan?Ajom lah kita semak resepi.Biskut raya ni LiNa Pg buar khas untuk Majalah Saji..so,sapa yang dah beli tu mmg tahulah resepinya.
Biskut ni agak fragile ala2 Danish cookies jugak, tp ada cheese kat dalam tu lagilah sedap...cair dalam mulut gitu.Nak tau camana rasa kenalah try.
CHEESE ROSSETTE
Bahan-Bahan

  • 100 gram mentega
  • 50 gram cream cheese
  • 70 gram gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanila
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 100 gram tepung gandum
  • 45 gram tepung jagung
  • 15 gram nestum (kisar)


Cara-Cara

  1. Ayak tepung gandum dan tepung jagung.Ketepikan
  2. Pukul mentega, cream cheese dan gula hingga sebati (Jangan terlalu kembang)masuk telur dan esen.Putar sekejap.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul guna senduk kayu.
  4. Kemudian masukkan nestum.Uli hingga menjadi doh.
  5. Masukkan ke dalam piping bag dan guna nozzle close tip untuk membentuk rosette.Boleh juga guna acuan samperit
  6. Paipkan adunan ke atas Loyang yg lapik baking paper.
  7. Bakar hingga masak.Suhu 160’C selama 25min.

Saturday, July 15, 2017

Nasi Kari Ayam Sangat Mudah dan Sedap (Menu Ekspress)

Asslamualaikum..
Nasi Kari Ayam ni bukan macam makan nasi berlauk kari ayam tau.Kari Ayam dicampur sekali dalam proses memasak nasi ni..Hahaa..camana tu?Tengok gambor kalau rasa terliur, apa lagi boleh buat lorrr..bukan ssh sangat pun.LiNa Pg lagi mengelat guna Kari Ayam dalam tin jer tuh.Idea ni boleh guna pakai guna lebihan kari ayam/gulai ayam home made jugak la.Kalau anak2 saya (termasuk bapaknya jugak la) bab lauk pauk left over ni memang tak layan la..tak layan kalau perangat2 membawa ke esok hari.Kalau masak tengahari panaskan untuk dinner ok fine depa makan.So, camana nak abeskan gulai ayam tu buat la cara ni.Kalau siket2 tu okeylah kan buat cicah roti kira setel la.Ni kita olah balik jadi main dish..setel bab makan berat hihiii..memasak ni mudah jer kalau rajin.Saya ni kalau rajin ada jer idea macam2.TAPI kalau malas atau tadak mood, haaa..apa lagi capai tudung..JOMMMM makan kat luar kikiiiiii..
Bebel pulak mak jemah ni kan..ajom semak resepi.
Nasi Kari Ayam ni LiNa Pg gandingkan dengan papadom dan juga acar mentah.Dalam mangkuk kecil tu belen kuah kari.Simple jer yet tasty



Nota kecil LiNa Pg
Kalau guna rice cooker, lps tumis hingga pecah minyak terus pindah ke rice cooker
Masuk air, susu dan kiub, terus masuk beras.
kacau rata.ON periuk
Bila nasi kering (sebelum KEEP WARM) masukkan kari ayam, telur, daun pudina+daun ketumbar.
Biarkan hingga nasi betul2 masak.
Mudah saja

Selamat Berhujung Minggu

Friday, July 14, 2017

Brownies Coklat Dan Kek Karamel Pelangi

Assalamualaikum..
Pagi Jumaat nan dingin, hujan turun mencurah2 sejak dari malam tadi...Sejuk jer pagi.
Alhamdulillah tempahan Brownies Coklat (Triple Chocolate Brownies) repeat order dari kawan husband yg buat Open House sabtu.Katanya beliau dan keluarga x sempat nk makan sebab paling abes awal hehe...Laku keras nampaknya hehee..Terima kasih Shukor..harap kali dapat menikmati dengan aman hehee..Beliau req supaya potong2 untuk di bawa ke hostel anaknya jugak..Kita potong ajer la.Saya potong guna manual jer tau..so, potongan tu lebi kurang jer.Lom mampu nak beli cutter yang cun melecun tu..dah survey harganya mak aih mahal benar dia..harga lebih dari Brownies saya hahaaa..
Kelmarin pi kedai bakeri..nampak coklat Beryl's naik harga lagi..Aduyai asyik naik jer...Kerap benar naik harganya..bukan sekupang dua plak tu..Plastik pun tadak dah..plastik pun kena beli jugak..Sebelum ni free jer kalau kedai2 biasa.Kalau pasaraya mmg dah berjaman la tadak plastik bag
So, kita ikat ngan tali camni la hahaaa...cam jaman dulu2 ikat arang
Kek Karamel Pelangi ni Tempahan hari Selasa lepas, Lupa plak nak letak dalam blog

Wednesday, July 12, 2017

Sira Pisang Sedap Dan Mudah Cara Membuatnya (Sira Pisang Kelantan)

Assalamualaikum...
Balik dari kampung raya aritu ada pisang yang dah matang.Pisang kebatu hasil tanaman arwah bonda ditebang oleh kanda saya kak rosa di blog Embun sinun...Memula saya cam malas nk bawa mai sebab kurenggg kerajinan nk buat apa2 ngn pisang tu huhu..Katanya banyak sangat buah.Alahhh bukan banyak mana pun pisang tu setandan jer muahehee..So kami share la sorang setengah.Punya lama dok tunggu pisang ni masak..bayangkan seminggu lebih jugak tu.Pagi tadi check dah masak..pikir2 nak buat apa ngn pisang ni.So saya decide nak buat Sira Pisang la.Kalau sebelum ni saya buat Sira Pisang fusion style sebab guna minuman laici yeos..kali ni saya buat cara old skool pulak.Cuma kali ni saya mengelat siket tak rendam dengan air kapur.Disebabkan pisang pun masih pejal (tidak begitu ranum) so hasilnya tetap cantik (tidak lembik/lunyai) Jom kita semak resepi cara nak buat Sira Pisang kelantan yang sedap ni.Mudah plak tu sap sap soi jer.
Pisang Nak Buat Apa Selain Goreng, Resepi Berasaskan Pisang
Kali ni LiNa Pg guna titiskan pewarna kuning cam lawa siket la sebelum TERRRRRguna warna oren..terang benderang gitew kih3

RESEPI SIRA PISANG KEBATU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
1 sikat pisang yang sesuai (LiNa Pg guna pisang kebatu)
1/2 cawan gula pasir (ikut selera kemanisan)
1 cawan air
2 helai daun pandan
3 biji bunga cengkih
Beberapa titis warna kuning

Cara
  1. Pisang dikupas kulit dan potong2 atau belah dua (terpulang)
  2. Satukan air, gula, daun pandan dan bunga cengkih ke dalam periuk.
  3. Masak hingga gula hancur,kemudian masukkan pisang kemudian reneh hingga agak pekat.
  4. Dah siap.Bolehlah dihidang.
Nota kecil LiNa Pg
*Sira Pisang enak dinikmati selepas disejukkan dalam peti ais.

Tuesday, July 11, 2017

Cara Buat Puding Roti Marble Sedap Lemak Manis (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum...
Puding Roti Marble ni sangat femes seantero maya sekitar  tahun 2009 lagi.Masa tu saya masih hijau dalam dunia baking.Masuk dapur pun time hujung minggu jer.Paling banyak n3 kat blog TMK ialah Puding atau dessert sebab saya sangat suka sesuatu yang kaler maler dan berlapis2 hahaa...
Kalau nak ikutkan dah tak tahu berapa kali ulang siar kat TMK ni puding roti marble ni.Marble coklat, marble stoberi dan macam2 punya marble la.Puding Roti Marble ni saya buat ahad lepas untuk dibawa ke Jemputan Open house umah kawan husband (yg order brownies tu).Dek kerana agak lama x buat puding ni..saya pun lupa loyang saiz berapa yang sepatutnya digunakan..so saya tibai 9x9in..nipis la siket.Tapi bila potong saiz kecil2 bite size gitew nampak cam cute plak kikiiiii..
Gambar ni saya snap ms nk pi Open house, so takdelah props bagai...sepiring Puding Roti Marble yang posing hahaa...

RESEPI PUDING ROTI MARBLE 
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/
Asal Hana Memories
Bahan-bahan 
4 keping roti 
2 biji telur 
1/2 cawan susu pekat 
170ml susu cair 
8gram serbuk agar2 (LiNa Pg gn agar2 10g) 
1/2 cawan gula - bleh kurangkn 
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 
3+1/2 cawan air 
2 sudu besar serbuk koko (LiNa Pg gn 3 jenis pewarna)

Cara-cara 
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. 
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. 
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco (LiNa Pg bahagikan kpd 3 bahagian dan warnakan)
kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. 
Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. 
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Yg ni sekadar bek up..in case malas nk snap dalam piring kat atas tu hahaaaa

Sunday, July 9, 2017

Tempahan Kek Minyak Dan Brownies Coklat

Alhamdulillah..
Slow2 panas enjin setelah bercuti raya..Biasalah lepas cuti lama.. lemau sungguh nak stat membaking.Kalau dah mula tu okey dah la
Kek Marbel (Minyak) kastemer req nak tulis hepi besday (berjemaah) hehee..okey kita tulis ajer 
Brownies 2 biji 8x8in ni tuan yg sama kek kat atas nuuu...sesaja saya buat saiz besar 10x10in untuk makan anak beranak..ekceli saja test resepi sebab ramai benar kastemer req nk besar siket sebab x puas makan Brownies 8x8in tu..Okey now boleh pilih nak 8x8in atau 10x10in 
Selamat dihantar malam td kat tuan punya..kawan my asben ni..Open house hari ni..Suspen pulak kita org jemput kita..tp hidangannya tu ada hasil air tangan kita huhuu...camana agaknya reaksi tetamu lain kan?
Hat ni plak tempahan my jiran kak mai (Jumaat lepas)

Friday, July 7, 2017

Cara Buat Sambal Jate (Sambal nasi Berlauk Kelantan)

Assalamualaikum...
Tajuk hari ni sambal hahaa...Pernah dengar nama Sambal Jate tak?Sambal paling sempoi.Sambal jate ni merupakan sambal basic sahaja menggunakan cili padi merah, limau kasturi, garam+gula dan cuka.Kalau letak belacan ada plak yg claim kata tak ori huhu.Pada saya nak letak belacan atau tidak, itu terpulang kepada selera kita la.Sambal jate ni sesuai dimakan dengan Bihun Goreng (Bihun Singapore),Nasi Berlauk, Nasi Ala Kak Wok, Nasi Kerabu atau Laksam.Pendek kata boleh ajer di'gu'kan dengan apa2 menu yang sesuai.Kalau di Kelantan Sambal Berlauk ni juga dipanggil 'Air Lada' old skool betul nama dia kan hahaa...Ekceli cara buat sambal dan sedikit tips ni saya belajar dari M.I.L ms raya aritu..sebelum saya pernah buat jugak Sambal Kelantan ni tapi saya durhaka letak belacan bg seimbangkan rasa..ngelat kikiiii.Pastu saya buat siket jer versi tumbuk.Kali ni buat banyak terus dan blend jer senang kije.Confident level tinggi sungguh la haih..Alhamdulillah lulus dengan cemerlang..husband kata sedap..memula tu rasa pelik siket..macam tak balance rasa dia..pastu ada sedikit pahit (sebab saya blend sekali dengan kulit limau-MIL ajar camtu..kita follow jer la)
Tapi lepas biar dalam 3jam..semua sudah sebati dan terjeruk..alhamdulillah sedappppppp pedas berdesing jugaklah.Bila makan keesokan harinya..kurang siket pedasnya..pendek kata makin lama makin sedap..Haaaa gitew.Kalau ada yang follow resepi sambal nasi berlauk klate versi LiNa Pg bolehlah follow resepi ni...Kang u olls adjust la serba sedikit naaa...Resepi anggaran untuk guide sahaja..tang garam dan gula tu pepandailah adjust ikut selera..sama gak dengan cuka makan tu..sebabnya tahap kepedasan setiap orang tak sama.
Cara Buat Sambal Kelantan yang sedap
 Dapat sebekas ni...bolehlah buat stok seminggu
Paling penting ialah seimbangkan rasa.Sambal Jate atau Sambal nasi Kerabu ni mesti ada rasa manissss, pedas sedikit masam.Jadi,masa tambah garam+gula dan perasa.Tambah jugak cuka (jika perlu) Pandai2lah adjust rasa tu ya.Resepi sebagai panduan jer

Tuesday, July 4, 2017

Resepi Ikan Percik Kuah Putih Cara Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Suka makan percik tak?Percik ada 2 versi satu kuah putih dan satu lagi merah (sedikit pedas) kalau belah utara ni yg merah tulah banyak dijual di Bazar ramadan.Saya plak suka yang Percik Kelantan kuah putih..betul2 old skool punya.Kalau yang kuah merah tu resepi olahan dah tu.Tapi sekarang ni kuah putih atau merah dah merata dijual di Kelantan sinun.Merah atau putih terpulang pada selera masing2
Okeylah mood update blog masih lemau ni..so,xmp bebel panjang..Jom ler kita semak resepi cara masak Ikan Percik Kelantan Style Kuah Putih versi LiNa Pg heheee

Ikan Percik dan props tu macam x match jer kan?Xpe la asalkan nampak berseri siket kikiiii
Ikan Percik Kuah Putih (Percik Kelantan)
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan
  • 3 ekor ikan selar/kembung
  • 7 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1 cm halia (tumbuk)
  • 1 batang serai (titik)
  • Garam dan gula/perasa 
  • 1 asam keping
  • 1 cawan santan pekat (LiNa Pg guna santan kotak ayam brand jer)
  • 1/2 cawan air
Cara Cara
  1. Perasakan ikan dengan sedikit garam.kemudian lumurkan dengan separuh bahan yang ditumbuk.Perap selama 10min (Refer gambar no.1)
  2. Sementara itu,satukan santan,air, lebihan bahan tumbuk,serai,asam keping dan garam+perasa (gambar no.2)
  3. Kacau hingga likat.Semasa proses mengacau,keluarkan asam keping supaya tidak erlebih masam.LiNa Pg tidak menggunakan sebarang tepung utk memekatkan kuah percik ni.Sesuaikan rasa.Tutup api bila kuah pekat (rujuk gambar no.3)
  4. Panaskan pemanggang ajaib.Bakar ikan (kedua2 belah)hingga masak terlebih dahulu.
  5. Kemudian lumur ikan yg dibakar dengan kuah percik dan bakar sekejap refer gambar no.5(Simpan sedikit kuah untuk dicurah semasa menghidang)
  6. Mudah sahaja dan rasanya memang mabeles





Monday, July 3, 2017

Rumah Terbuka Pensonic TV3 - Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017

Assalamualaikum...
Seminggu blog tak terupdate..mood masih lemau, tapi disebabkan tadi kol 6pm sempat melayan progam Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017 Edisi Raya Rumah Terbuka Pensonic 2017 yg dirakam di HQ Pensonic Penang.
The best part LiNa Pg dan suami ada menyelit sekali masa shooting itu hari...kuar plak tu sipi2 dalam tv hihi.Dok tengah kusyuk makan hahaaa....

Time ni jer nampak kami hahaa...baju melayu biru tu my lalink letew...cheq tudung hijau..nampak belakan jer.
Udahlah skrin tv tak berapa sihat..cam minta duit jer tuh
Clear shot meja kami...sedap2 makanan yg dihidang

Kalau nak tengok behind the scene boleh tengok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...