Saturday, July 29, 2017

Apam Nasi Sedap Lembut Dan Gebu

Assalamualaikum...
Kebiasaannya ada lebihan nasi, saya akan recycle iaitu masukkan semula dalam nasi yang baru ditanak.Memandangkan setiap kali week end kami sekeluarga akan keluar JJCM, takut pulak nasi tu basi sayang pulak kalau tak dimanfaatkan.Nak digoreng nasinya sedikit sahaja, nak buat cucur nasi dah selalu sangat buat.Hurmmm terus gugel jer...dapat lah idea nak buat apam.Bila baca Resepi Apam Nasi ni sangat mudah dan hasilnya sangat sedap, lembut dan gebu.Makan kosong tanpa kelapa parut pun sedap.Tak sangka pulak anak2 saya suka makan kuih Apam Nasi ni, bukan apa budak2 kat rumah ni kalau kuih2 tradisional camni memang kuranggg siket la kat tekak depa.Alhamdulillah yang ni laku pulak.Resepi ni saya ambil dari blog kak fiza terima kasih saya panjangkan kat sini pulak
Apam Nasi sungguh lembut, gebu dan enak dimakan begitu saja
Kuih Muih Lama, Kuih Muih Tradisional
Langkah mudah untuk membuat Apam Nasi

APAM NASI
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahannya (~16 mould kecil)
1 cawan nasi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula pasir
1+ 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis (LiNa Pg guna saf instant)
Kelapa parut dengan sedikit garam

Cara membuatnya: 

  1. Kisar nasi bersama air sehingga hancur, kemudian masukkan gula.Kisar lagi hingga halus
  2. Di dalam bekas lain,ayak tepung gandum dan tepung beras kemudian gaulkan dengan yis.Ketepikan
  3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam bekas tepung (refer pada gambar no.1)Kacau sehingga sebati.Gambar no.2(LiNa Pg kacau guna hand whisk sahaja)
  4. Perap dalam bekas tertutup selama 3 jam (refer gambar no.3)
  5. Jika suka asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.Jika suka tanpa pewarna boleh terus kukus
  6. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.Tuangkan adunan dan kukus selama 12-15min api sederhana (Pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus)
  7. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam atau enak dimakan begitu saja.
Note:Boleh juga balut penutup kukusan untuk mengelakkan air menitik ke atas kuih (tapi LiNa Pg kukus begitu jer..cantik jugak hasilnya..janji api sederhana sahaja)
Kuih Muih Lama, Kuih Muih Tradisional

3 comments:

Nooriah Abdullah said... Balas

Assakamualaikum Lina
cantik tengok apam tu terus kaknoor singgah nak minta seketoi hehe
kaknoor pun lama tak buat apam ni
kena tunggu permintaan anak2 baru semangat nak buat

Phong Hong said... Balas

Alahai, Lina comelnya apam nasi tu....

Nieve Beauty said... Balas

Heee nampak comei jew apam2 nih... bagus gak idea akak. Tks share ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...