Tuesday, September 19, 2017

Nasi Kerabu Lagi

Assalamualaikum...
Bila balik dari kampung (masa raya haji) terus semangat nak buat Nasi Kerabu hehee.Bukan apa sebab dah gigih kutip bunga telang dari laman Teratak Bonda,mesti teruja nak buat nasi kerabu ni.Kebiasaannya mmg selalu bertangguh jugak nak buat sbb banyak bahan lain yang diperlukan (yang selalu tak ada kat dapur) seperti Kelapa Parut dan santan segar.So,saya keringkan dulu bunga telang tu dan simpan dalam bekas kedap udara.Alhamdulillah boleh digunakan walaupun sudah berminggu tersimpan.
Kali ni Nasi Kerabu Bunga Telang yang saya buat agak ringkas sahaja iaitu Nasi, Serunding Kelapa Ikan Kelapa,Tumis,Telur Masin(kali ni beli jer)yang dulu buat sendiri.Ulam pun serba ringkas.Tapi tak ketinggalan Budu dan Sambal Jate la kannnn?Tak ada sambal jatey ni cam tak lengkap la nasi kerabu.Resepi sama juga cam yang version dulu
Serba ringkas jer kali ni.Resepi tgk kat n3 sebelum ni ya...sama jer

Thursday, September 14, 2017

Resepi Kerabu Peria Sangat Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Suka makan peria tak?Saya sendiri pun bukan suka sangat makan peria ni,tapi sebab en.suami ada masalah gout dia selalu beli sebab Peria ni sangat bagus untuk kurangkan/hilangkan asic uric yang terkumpul tu.Jadi saya kenalah olah sayur peria ni dengan pelbagai cara.Selalunya buat sayur goreng,masak lemak macam tu jer.Kali ni makan secara 'raw'hahaaa..Pahit tak?kalau ratah adalah siket rasa pahit, tapi kalau makan bersama nasi takde pun rasa pahit tu.Petua hilangkan/kurangkan rasa pahit peria ialah dengan merendam dalam air garam.Lepas tu masak macam biasa.
Okey jom kita semak resepi Kerabu Peria ni..pahit2 itulah ubat kan?Resepi cukup mudah.Kalau buat banyak simpan jer dalam peti ais.Resepi ni tidak menggunakan santan.Kalau bersantan atau menggunakan kelapa parut, kerabu tak boleh simpan lama, nanti basi.
Sedap tau..harus cuba
KERABU PERIA KATAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 2 biji peria katak saiz kecil
  • 1/2 batang karot (potong bentuk batang mancis)
  • 2 biji cili merah (hiris nipis)
  • 1/2 cawan ikan bilis (goreng garing)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris nipis)
  • 1 batang serai (hiris nipis)
  • 1 kuntum bunga kantan (hiris nipis)
  • 3 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Garam,gula dan perasa

Cara-Cara
  1. Peria dibelah dua, buang biji dan hiris nipis.Rendam dalam air garam (LiNa Pg rendam selama ~20min untuk kurangkan rasa pahit).Kemudian bilas dan toskan.
  2. Satukan jus limau kasturi,garam,gula,sos ikan,bawang dan hirisan cili.Sesuaikan rasa.Kena ada rasa masam,manis,masin dan sedikit pedas.Kalau nak pedas lagi tambah cili padi
  3. Masukkan karot,peria,serai dan bunga kantan.Gaul sebati.Simpan dalam peti ais selama 20min supaya kerabu mesra.Tabur ikan bilis goreng semasa menghidang.

Wednesday, September 13, 2017

Gulai Daun Kesum Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi Gulai yang sangat mudah.Gulai Daun Kesum ni hanya guna bahan basic sahaja.Tak perlu halba campur dan daun kari.Daun kesum tu wajib la letak kan?Kalauu tak, tak menjadilah Gulai Daun Kesum heheee..
Ekceli gulai daun kesum ni lebih sedap jika menggunakan udang, tapi kali ni LiNa Pg guna Ikan Bawal jer.
Okeylah takde idea nak karang panjang2, mood update blog pun x berapa nak mari, jom la kita semak resepi
Sengaja buat kuah pekat camni sebab anak dan suami suka cicah dengan roti
GULAI BAWAL DAUN KESUM 
By : Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber AllaDaud 
Bahan-Bahan: 
4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1cm kunyit hidup (tumbuk) LiNa Pg tak letak
Sedikit halia dan lengkuas (tumbuk)LiNa Pg x letak
2 ulas bawang merah (mayang halus)
1 ulas bawang putih (mayang halus)
1 sudu besar rempah gulai bunga ros (LiNa Pg add 1sb rempah kari Babas)
1 cawan santan pekat (LiNa pg gn 200ml santan kotak) 
1 sudu besar kerisik 
2 sudu besar cili giling
Udang 6 ekor (LiNa Pg gn 1 ekor ikan bawal) 
Daun kesum secukupnya
1 biji cili merah (belah 2)
1 biji cili hijau (belah 2) 
Air secukupnya
sedikit air asam jawa 
garam dan gula/perasa 
Sedikit minyak

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dimayang halus hingga wangi, masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling dan rempah gulai bancuh dengan sedikit air (jadikan pes) masukkan ke dalam tumisan.Tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa dan grm secukup rasa,santan dan tambah air secukupnya.
  4. Masukkan ikan bawal dan cili merah.Biarkan sekejap hingga ikan masak.Sesuaikan rasa.Tutup api.Sedia dihidang
Gulai daun kesum ni digandingkan dengan sambal belacan goreng/sambal getuk jawa memang sedap.Tak perlu banyak2 lauk.Sekadar tambahan telur dadar sahaja sudah memadai 

Monday, September 11, 2017

Akhirnya Berjaya Buat Ketupat Daun Palas Kelantan

Assalamualaikum semua...
Dah lama berangan nak buat Ketupat Palas Kelantan ni.Walaupun kami sekeluarga ni bukan penggemar makanan pulut ni tetapi keinginan untuk belajar membalut ketupat palas tu terus membuak2.Sejak dari raya puasa lagi saya dah pesan dekat suami kalau terjumpa daun palas kat market beli la sedikit untuk saya belajar balut ketupat palas ni.Tapi nampaknya dari raya puasa dulu tak ada rezeki sebab tak ada jual pun kat pasar.
Nak dijadikan cerita, lps bercuti raya haji, en.suami ke pasar tun sardon, tetiba en.suami bawa balik daun palas plak..hades kenalah buat kan?Kang bernanah tinge kena sembur kalau tak buat hahaa..haritu beriya2 sangat..padan muka.Gigih jugaklah gugel kat youtube cara balut ketupat.Bila daun dah buka dan santan pun dah dibeli, apa lagi terus lah buat ketupat palas ni.Daun palas ni agak kecil mencabar jugaklah untuk membalut ketupat ni tambahan pulak saya tak berapa mahir.Boleh kata tak pandai la hehee..Kalau pandai takde maknanya nak tengok youtube kan kikiiiii.Memandangkan daun palas ni sedikit sahaja,lepas buka daun adalah ~30biji.So saya back siket dengan daun pisang.Ada lebihan dari yang buat pulut kuning tempoh hari.Saya simpan elok2 dalam peti ais.Yea lah daun pisang ni bukan depa mau juai selai dua...setimbun gitu depa jual..Pasrah jer la...
Resepi Ketupat Daun Palas ni saya gunakan resepi Ketupat Daun Pisang.Boleh tengok kat SINI malas nak CnP huhu..lepas balut tu saya rebus supaya ketupat tahan lama.Kalau nak kukus pun boleh.
Ketupat Palas Kelantan memang makan macam ni cicah dengan nissey cair.Tahu tak apa tu nissey cair heheee?Sirap Gula Melaka pekat2..mmg heaven betul.Cara old skool Ketupat Palas Kelantan dihidangkan.
versi daun palas tu saya balut dengan en.suami versi daun pisang tu sulung yang balut.Kalau daun pisang semua mmg dah pandai sebab selalu buat.daun palas tu mama pu terkial2 kadang2 sesat jugak nak membalutnya hahaa..Pakat gelak ngn abahnya.Final produk not bad la pada mataku.Dah siap balut, rebus hingga airnya kering/sering.

Thursday, September 7, 2017

Tempahan Kek Buah Dan Kek Karamel

Assalamualaikum..
Seisi panaskan blog dulu..hari ni kita tepek gambar kek jer.Nak karang ayat pun lemau jer.Camnilah kalau lama x update blog mulalah kemalasan melanda.
***Terima kasih semua pengunjung blog TMK,walaupun sepi tanpa n3 tapi visitor tetap meriah, tambahan di pagi raya.Agaknya mencari resepi daging.Terkejut bila hari cuti pun pageview 10K.Sayang u olls ketat**
Ini jer yg saya snap...yg awal2 tu xdan nk snap.Kekalutan dan kemalasan.Terima kasih semua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...