Tuesday, October 31, 2017

Nasi Ayam Sedap Resepi Pun Sempoi Ajer

Assalamualaikum...
Hari bz dengan wasap haha..sebelum tengahari dah dapat wasap dr kastemer di Jerteh..inform Brownies dah terima (tp parcel brownies jer sampai,kek buah kol 3pm br sampai)Wow surprise sungguh saya sbb sebelum ni minta ampun la terima dalam masa 24jam hahaa..Alhamdulillah cepat jugak la..Sebentar tadi ~3.30pm kastemer Iph plak wasap kata dah dapat.Yang KB dan K.Terengganu senyap jer..so saya wasap Dr.Hana..katanya yg KB utk maknya dah dapat,cuma kek dia jer belum lagi (buat masa ni)maybe petang siket atau esok la tu...Biasalah poslaju Ganu kannnnnnn...
Okeylah tajuk lain..mukadimah lain kikiiii..Ekceli Nasi Ayam ni saya buat beberapa hari lepas.Masa ni semua ada kat rumah, abang long pun study week (hummmm budak hostel balik study kat umag..alahai perumah betul dia) so mamanya buatlah Nasi Ayam Koboi sebab tak plan pun..kuarkan ayam..spontan jer nasi hayam gitu...taram jer apa yang ada.Saya guna resepi yang sama jer cuma sambal kicap tu lain siket.Kalau ada yang resepi kicap tu mintalah ya..ada penambah baikan kat situ.Saya CnP resepi asal.
Sempoi ajer..Alhamdulillah memikat selera anak2.
RESEPI NASI AYAM MUDAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
BAHAN A (Sup) 
  • 1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih) 
  • 1 sup bunjut 
  • 2 sb mentega/minyak 
  • 1/2 inci halia (tumbuk) 
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk) 
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 1 kuntum bunga lawang 
  • 2 kiub ayam maggie
  • Garam dan perasa (jika perlu) 
  • Air secukupnya
Cara-Cara: 
  1. Panaskan mentega/minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk hingga wangi dan garing. 
  2. Masukkan ayam, kacau sebentar untuk kecutkan ayam.Tambah air hingga paras yg diinginkan(kena lebih dari sup biasa sebab nak guna untuk nasi) 
  3. Masukkan sup bunjut dan kiub ayam.Sesuaikan rasa, tambah garam dan perasa (jika perlu) Masak hingga ayam empuk.

BAHAN B (AYAM)

  • 12 ketul ayam (dari sup) 
  • 2 sb kicap pekat manis (boleh tambah/kurang) 
  • 2 sb sos tiram (boleh tambah/kurang) 
  • 2 sb madu 
CARA: 
  1. Keluarkan ayam dari sup.Perap ngan semua bahan.(Perap selama 30min) Goreng secara deep fry. (Goreng sekejap jer sebab ayam dah masak).
  2. Angkat dan toskan 
BAHAN C (NASI AYAM)
  • 4 cawan beras (LiNa Pg guna beras basmati)
  • 4 cawan sup (air/sup bergantung kepada jenis beras)
  • 2 helai daun pandan simpul 
  • Kunyit/kaler kuning (jika suka) 
Cara: 
  1. Satukan semua bahan. Masak seperti masak nasi biasa 
BAHAN D (KUAH KICAP) Resepi asal..dalam gambar tu LiNa Pg dah improvise..kalau nak versi terbaru bagitau ya..malas nk menaip haha..yg ni CnP jer
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk/mayang) 
  • Lebihan jus perapan ayam (pas goreng jgn buang bahan perapan tuh) 

Cara-Cara: 
  1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan lebihan perapan ayam.Tumis sekejap. 
  2. Tambah 1 cawan sup ayam. Boleh tambah kicap, sos tiram (jika suka) 

BAHAN E (SOS) 

  • 1 ulas bawang putih (blend) 
  • 1 ulas bawang merah (blend) 
  • 5 biji cili merah (blend) 
  • 1 biji tomato (LiNa Pg buang biji-blend) 
  • 1sb cuka 
  • 1 cawan sup ayam 
Cara-Cara: 
Satukan semua bahan dan dimasak atas api sekejap.Dah siap

Monday, October 30, 2017

Tempahan Kek Buah Kukus Dan Brownies

Alhamdulillah...
Setelah sekian lama hibernate dari mengambil sebarang tempahan kek,kali ni saya mengumpul kekuatan mengukus kek buah 4biji.Bermula dari pagi, pit stop sekejap utk makan dan sambung semula sebelah petang hingga ke malam baru selesai.Sesambil melayan Gegar Vaganza 4 yang baru bermula semalam (Sempat lagi tu hihi)
2 biji kek buah ditempah Dr.hana dari ganu..biasanya dia tempah untuk maknya di KB,kali ni order untuk diri sendiri jugak.Sebiji lagi kek buah ditempah oleh kastemer baru TMK dari ganu jugak tapi di Jerteh.Kalau yang tadi hana..yg ni Huda dua2 pun bermula dengan 'H' heheee beliau juga teringin nak merasa Brownies TMK, pada mulanya saya menolak atas faktor ketahanan brownies yang mampu bertahan ~5 hari sahaja (pada suhu bilik)Kebiasaannya poslaju ke Terengganu agak slow.Kalau ke K.Terengganu saya confodent siket sebab agak cepat.Kastemer nan satu ini sanggup mengambil risiko..okeylah untuk tidak menghampakan permintaan beliau,saya buat jugak Triple Chocolate Brownies untuk beliau..Alhamdulillah brownies kali ni 'berkelakuan baik'hasilnya cantik berkedut...(kalau x berkedut pun xpe sebab bukan Brownies...Tp nama surat beranaknya ialah Triple Chocolate Brownies hehee)ada kedut itu bonus namanya.
Nak tempah kek boleh ke page kek LiNa Pg  https://www.facebook.com/MalinaCakes/ 
Ada sebiji xtra..Kalau ada sesiapa yang nak boleh wasap cepat2 (utk tempah kek sahaja)Kalau bank in sebelum tengahari, saya poskan hari ni jugak bersama kawan2 dia yang lain tuh hehee

UPDATE SOLD out
Sebiji kek xtra selamat di pos ke Ipoh..sempat dia 'berkonvoi' dengan kawan2 yang lain.Terima kasih Puan Nani.Follower IG sangat pantas booking kek ni hehee..Terima kasih semua kastemer
 Gambar tak lawa sebab dapur gelap...ms ni snap malam dah..baru siap kukus jer tuh
 Hakaq payung upa kek yang 'naked' cenggini la rupa sebelum wrap...Moist kek buah ni bukan macam kek coklat moist yang basah terover tu...moistnya dalam kategori kek buah la
Brownies nan satu

Thursday, October 26, 2017

Sira Ubi Kayu Resepi Mudah Dan Sedap Ya Ampun

Assalamualaikum...
Misi menghabiskan ubi kayu.Al kisah sebelum bercuti panjang aritu en.asben ada belikan ubi kayu katanya nak buat bingka.Kebetulan masa tu saya kurang sihat dan memang tak larat nak buat kuih2 atau eksperimen apa2.Setakat nk makan nasi dan lauk tu gigih jugaklah masak.Lepas setel kenduri tengok cam kesian lak ubi kayu ni...nak buat bingka malas nk guna oven hahaa..malas nak parut dan pebagai punya malas la kiranya.So saya gugel la cari idea..Terjumpa Sira Ubi Kayu ni umah kak nor..terus ON la Sira Ubi Kayu..memang sedap..cantik kilat2 gitew.Anak2 saya memang kureng siket bab kuih/makanan old skool camni.Tapi laku pulak bila buat Sira ni..Resepi Sira Ubi Kayu ni sangat mudah dan straight fwd jer.Lepas rebus tu saya tak buang/kurangkan air pun terus jer masukkan gula+nisa dan bahan2 lain.Masak sampai likat.That's all..
Sedikit tips LiNa Pg masak guna api kecil sahaja..So, ubi dimasak secara perlahan2 dan segala karamel tu meresap ke dalam ubi semasa proses menyira dan menghasilkan tektur Ubi Sira yang meletopppps...Serius sedappppp
SIRA UBI KAYU
Sumber KakNor
Bahan2:
500gm ubi kayu
1/3 cawan gula nisan-terpulang selera (LiNa Pg gn 2 keping nisan keret)
2 sudu besar gula pasir (LiNa Pg tambah bagi likat dan kilat2 siket)
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

Cara:
Bersihkan ubi kayu dan potong kecil.
Rebus ubi kayu dlm air yg menutupi paras ubi hingga empuk.
Keluarkan air dan tinggalkan lebih kurang 1 cawan (lebihkan jika ingin kuahnya lebih) 
Masukkan gula nisan, daun pandan dan garam.
Masak hingga gula nisan hancur dan kuah menjadi pekat/likat.
Angkat dan hidangkan.

* boleh gantikan gula nisan dgn gula pasir atau gula melaka..

Wednesday, October 25, 2017

Ikan Senangin Masak Lengkuas

Assalamualaikum...
Rajin pulak update blog hihi...Kali ni nak kongsikan resepi yang sangat2 mudah dan bahan pun siket sahaja digunakan.Bahan basic pulak tu.Ikan Senangin Masak Lengkuas.Klasik betul nama resepi kali ni.Masak lemak version ni kuahnya tidak terlalu pekat...ceroi2 gitew.Tahu tak ceroi tu apa?Cair heheee.Nanti saya update kat youtube.Jangan lupa subscribe okey (nuuuu ada kat atas tepi header right top corner blog) Asal buat n3 jer mesti bagi pesanan penaja ni kan kikiiiii....Jangan marah nanti kena juai
Sebab nama dia klasik, kita pose dalam 'mangkuk klasik' jugak la hahaha

IKAN SENANGIN MASAK LENGKUAS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
2 ekor ikan senangin (potong 3-4 bahagian)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 inci lengkuas (tumbuk)
1 biji cili merah (tumbuk)
1 batang serai (ketuk) LiNa Pg xde stok
1 asam keping
200ml santan
Air secukupnya
Garam dan perasa/gula
Sedikit minyak untk menumis

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga garing.Masukkan santan dan air secukupnya.Masukkan serai (jika ada)
  2. Bila hampir mendidih, masukkan asam keping, garam dan perasa/gula.Masukkan juga ikan.
  3. Kacau kacau selalu supaya kuah tidak bergentel sambil simbah kuah ke atas ikan.
  4. Bila mendidih, dan ikan masak sesuaikan rasa.Sedikit Tips dari LiNa Pg nak tahu ikan dah masak sempurna ialah mata ikan kelihatan tersembur/terjojol keluar dan keputihan (Refer video/youtube part akhir)

Monday, October 23, 2017

Kerepek Popia Cheese Resepi Sungguh Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah seminggu bercuti panjang.Sebelum bercuti tu sempat jugaklah saya siapkan jajan untuk kudapan anak2 iaitu Kerepek Popia Cheese ada jugak yang panggil keropok popia cheese.Ekceli saya gunakan kulit popia lebihan Murtabak Kulit Popia dah lamaaaa ni...sampai kulitnya dah kering huhu...Sayang pulak dari terbuang begitu saja.Kita buatlah resepi kerepek popia yang cukup mudah ni.Hanya guna kulit popia, cheese powder (yang digunakan untuk membuat kentang wedges KFC tu, sedikit gula dan chilli powder.Ekceli kalau nak guna cheese powder semata pun ok jugak.Terpulang selera.
Kerepek Popia Cheese, Popia Cheese, Doorgift popia cheese
Bila dah makan ni mmg tak boleh berenti...Sedar2 balang pun kosong hehee

Jangan lupa
 SUBSCRIBE CHANNEL LiNa Pg
klik tulisan merah 


KEREPEK POPIA CHEESE
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 1 paket kulit popia
  • Cheese powder secukupnya (terpulang nak letak banyak mana)
  • Sedikit gula kastor
  • Sedikit serbuk cili
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
  1. Kulit popia dipotong ikut suka potong ~nachos tu la(LiNa Pg potong ~2x2in)
  2. Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana hingga kekuningan.
  3. Angkat dan toskan.Goreng secara berperingkat (sedikit demi sedikit hingga habis) Sejukkan sebentar
  4. Ambil sebahagian dari gorengan kulit popia masukkan ke dalam bekas yang agak besar, masukkan serbuk cheese, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas).Goncangkan/gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.Terpulang nak letak banyak mana.
  5. Simpan kerepek popia cheese dalam balang
Note:
Sangat berbaloi dan mewah dengan rasa Jalapeno Cheese.

Saiz Kerepek Popia yang dijual.

Friday, October 13, 2017

New Side Widget...Belanja Klik Satu Kali Okey

Assalamualaikum...
Minggu depan sepanjang cuti Deepavali dan cuti sekolah tuan umah kebizian, kena setelkan hal keluarga.So, blog mmg tak terupdate lah sepanjang satu minggu okey.
Tuan umah tinggalkan satu pesanan kepada tetamu tersayang, minta belanja SUBSCRIBE youtube Channel LiNa Pg.Nanti u olls boleh layan resepi version video plak hehee..Okey daaa..Happy Holiday you olls
Kat atas tu ya..right top corner
Lagi mudah klik SUBSCRIBE CHANNEL LiNa Pg

Tenkiu semua..Sokongan padu dari u olls membakar semangat saya untuk terus berkarya (berkarya keeee?memasak la..Cook WIth Passion and patient too hahaaa)

Thursday, October 12, 2017

Pulut Serunding Kelapa

Assalamualaikum...
Pulut Serunding Kelapa Leftover nama dia.Ekceli Serunding Kelapa ni LiNa Pg guna dari hasil lebihan Kuih Cucur Badak yang dibuat tempoh hari.Maklumlah pestaim buat tersalah bajet.Mula2 plan nak buat pulut panggang tapi termalas pulak nk membalut dan membakar pulut tu.So,kita buat versi pulut serunding ajerlah.
Ya Allah sedap sungguh la la haih...Inti tu saya panaskan sekejap dalam microwave sebelum di serve bersama pulut.
Untuk pulut tu pulak saya guna resepi Pulut Inti so,resepinya hanya suaipadan gitew hahaa..yang penting sedapppp dan tak membazir.
PULUT SERUNDING
By: Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/ 
Bahan - Bahan:  
  • 1 cawan beras pulut 
  • 1 cawan santan cair
  • Garam 
  • Gula  
  • Daun pandan simpul  
Cara-Cara:  
  1. Cuci beras pulut hingga airnya jernih.LiNa Pg rendam sekejap ~15min.Kemudian toskan 
  2. Satukan santan, garam,gula ke dalam periuk kacau sehingga garam dan gula hancur.Sambil tu korang rasalah ok ke x
  3. Masukkan daun pandan dan beras ke dalam periuk berisi santan.Masak kat atas dapur gn api kecik.LiNa Pg gn api paling bawah.Time masak ni wangiiii sebab ada aroma daun pandan Kacau sekali sekala untuk mengelakkan pulut berkerak kat dasar  
  4. Bila pulut dan kering, kecilkan api (mcm masak nasi) tunggu hingga pulut betul2 masak.Dah siap  
Serunding Kelapa (LiNa Pg guna lebihan Inti cucur Badak)
Bahan-Bahan
  • 1/2 biji kelapa parut putih 
  • 2 sudu besar udang kering (tumbuk kasar) 
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk) 
  • 1 batang serai (tumbuk) 
  • 1 ulas bawang merah (tumbuk) 
  • 1/2 cm halia (tumbuk) 
  • 1 cm kunyit (kunyit) 
  • 2 sudu besar cili giling 
  • 2 sudu besar gula (atau secukupnya) 
  • Sedikit garam 
  • Minyak  
Cara-Cara 
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan cili giling tumis hingga pecah minyak 
  2. Masukkan garam dan gula.Kacau rata. Masukkan kelapa parut,gaul sebati.Kacau hingga Inti kering.Sesuaikan rasa biar ada rasa sedikit pedas, manis2 dan masin.Tutup api.Ketepikan.Hidangkan bersama Pulut

Wednesday, October 11, 2017

Kerabu Beko Sedap Dan Unik Rasanya

Assalamualaikum...
Beberapa hari tak bersiaran sebab tuan rumah kurang sihat, demam2,selsema dan batuk.Ya Allah lama sungguh tak demam..Allah bagi sakit untuk menghapus dosa..amin.Hari ni juga anakanda saya Nisa menduduki Peperiksaan PT3 kertas terakhir semoga kakak dapat menjawab soalan dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang.
Okey berbalik kepada tajuk n3 hari ni, Kerabu Buah Beko ni saya buat pada hari sabtu lepas..tu pun jenuh tanya kawan2 kat fb dan ig camana caranya untuk buat kerabu.Sebabnya bila saya gugel cam complicated siket kaedah penyediaannya..kerana perlu dicuci dan dibakar terlebih dahulu.Ada setengahnya direbus/celur.So, saya memang blank tak tahu baiklah bertanya kepada yang lebih arif.Kalaulah arwah bonda masih ada sudah semestinya beliaulah saya akan call dan menjadi pakar rujuk...(tetiba sedih pulak)Al-fatihah buat bondaku Rubiah bt Deraman.
Buah Beka ini juga dikenali sebagai Buah Bonglai..pokoknya tinggi (jenis pokok kayu) saya tengok gambar dari Dedaun Alam  sebabnya saya sendiri tak pernah tgk pokok dan buah yang real.Buah Bekor ni husband beli dari Pasar Malam Bayan Baru.Harganya boleh tahan mahal RM6 sekeping (sekeping ke apa ntah penjodoh bilangan untuk Buah Beko ni)
Untuk membuat kerabu Beko yang merujuk kepada blog KakWan (Pakar Masakan kelantan dll) 
Masakan Authentic
Ya Allah..sedap sungguh la Kerabu Beko ni..pertama kali saya makan ni tau.Walaupun kaedah penyediaannya agak rumit, tapi sungguh berbaloi sebab anak2 jugak suka makan Kerabu Beka ni
Ini rupa buah Bonglai/Buah Beko/Buah Beka/Buah Bekor sebelum diproses.Cam tali pinggang pun ada haha...

KERABU BEKO
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan Bahan
1 keping buah beko/buah beka/buah bonglai
1 cawan kelapa parut putih (sangai)
2 ekor ikan selayang (rebus)
1/2 cawan santan (LiNa Pg panaskan sebentar dalam microwave)
2 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 cm halia (tumbuk)
1 batang serai (tumbuk)
1/2 labu bawang besar (mayang halus)
2 biji cili padi merah (hiris nipis-jika suka pedas)
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam kasar
Sedikit perasa
Jus limau kasturi

Cara
  1. Buah beko dibakar atas api hingga kulit luarannya melepoh/menggelembong dan kehitaman.
  2. Lalukan pada air paip sambil kikis/buang kulit yang hitam.
  3. Hiris nipis.Masukkan ke dalam bekas yang besar.Ketepikan sebentar.
  4. Ikan direbus hingga masak (LiNa Pg perasakan secukupnya dengan garam,gula dan asam keping)Asingkan tulang dan ambil isinya.Ketepikan
  5. Tumbuk kasar halia,bawang merah dan serai.Kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk.
  6. Masukkan serbuk lada hitam,perasa,garam dan jus limau kasturi.Ketepikan sebentar.
  7. Sementara itu, sangai kalapa parut hingga kekuningan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi.Gaul rata.
  8. Ambil mangkuk yang berisi buah beko yang hiris nipis tadi,masukkan hirisan baang besar.Kemudian masukkan serunding kelapa+isi ikan tadi.Gaul rata.
  9. Masukkan santan (yang telah dipanaskan sebentar dan gaul rata.Sesuaikan rasa.Jika suka pedas tambah cili padi.Kerabu Bekor sedia dihidang

Untuk lebih jelas, boleh refer YouTube LiNa Pg

Friday, October 6, 2017

Resepi Cucur Badak Mudah Dan Sedap (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum...
Bersiaran di pagi Jumaat..n3 ringkas sahaja.Hari ni saya nak kongsikan resepi Kuih Cucur Badak.Ekceli beli keledek ni nak buat inti karipap, pastu cam malas pulak..tuka plan nak buat Cek mek molek..x jadi jugak..last2 buat cucur badak..kebetulan en.suami ada belikan kelapa parut putih..so,kita buat Kuih Cucur Badak la pulak..kuih sovoury gitew..sedikit pedas dan manis2 hujungnya hehee.Kesian betul kuih ni..keledek punya barang tapi Badak yang dapat nama kan huhu...Sapalah tukang boh surat beranak kat kuih ni..tak patut tak patut...Ok jom kita semak resepi
Serba oren-orenan..dah la guna ubi keledek oren.inti pun..oren2 jugak.Apapun Kuih Cucur Badak ni mmg sedap..makan panas2 lagi terangakta..pekena plak ngn teh O,mmg layan abes..Kalau malas nk buat inti,just masukkan gula putih.So jadilah Kuih Cek Mek Molek..senang kan
KUIH CUCUR BADAK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/

Bahan A (Doh)
  • 2 ketul ubi keledek (rebus empuk bersama sedikit garam)
  • ~1 cawan tepung gandum
Bahan B (Inti)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 2 sudu besar udang kering (tumbuk kasar)
  • 1 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 batang serai (tumbuk)
  • 1 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 1/2 cm halia (tumbuk)
  • 1 cm kunyit (kunyit)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 2 sudu besar gula (atau secukupnya)
  • Sedikit garam
  • Minyak 
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan cili giling tumis hingga pecah minyak
  2. Masukka garam dan gula.Kacau rata.
  3. Masukkan kelapa parut,gaul sebati.Kacau hingga Inti kering.Sesuaikan rasa biar ada rasa sedikit pedas, manis2 dan masin.Tutup api.Ketepikan.
Cara Buat Doh
  1. Ubi keledek dilecek halus, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.Uli hingga adunan tidak melekat di tangan (tak perlu habiskan tepung)
  2. Ambil sedikit doh anggaran sebesar bola golf, leperkan dan masukkan inti.Tutup semula doh.Leperkan.
  3. Buat hingga doh dan inti habis.
  4. Panaskan minyak dan goreng kuih cucur badak menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.

KUIH CUCUR BADAK VERSI YOUTUBE.JANGAN LUPA SUBSCRIBE

Monday, October 2, 2017

Rendang Ayam Mudah Dan Sedap (Tidak Menggunakan Rempah)

Assalamualaikum...
Pasti ramai yang suka makan Rendang kan?Tapi teragak2 untuk mencuba buat sendiri sebab takut tak menjadi.Jangan takut untuk mencuba tak cuba kita tak tahu kebolehan diri sendiri.Kali ni saya ingin kongsikan satu resepi Rendang Ayam yang cukup mudah dan sedap.Kalau selalunya saya buat rendang daging, tapi ni guna ayam pulak sebab husband ada masalah gout so,kita guna ayam pulak.Resepi rendang kali agak mudah dan cepat sebab tak perlu tumis semuanya main lebur dalam periuk dan kacau jer hingga terbit minyak.Bahan2 yang digunakan untuk memasak rendang ni sangat simple cuma menggunakan bawang,halia,serai,lengkuas dan kunyit..santan dan kerisik tu of kos la kan?saya masak rendang ni untuk makan bersama nasi lemak sarapan pagi kemarin, merangkap dinner jugak la.Pg ni ada seketul ayam belen kuah siket lagi boleh cicah roti...Alhamdulillah tak basi pun.
Rendang banyak variasi ada rendang minang, ada rendang padang, rendang yang tumis segala bahan kisar pun ada jugak..saya sendri dah mencuba pelbagai jenis rendang..Alhamdulillah ini paling sempoi, cepat siap dan rasanya pun sedap.Paling penting mesa kanak2 biasalah orang ada anak kecik yang cerewet ni kenalah ikut tekak anak jugak.Okey lah panjang bebel hari ni.Kita semak resepi.
Kemalasan siket nk snap gambar beriya..so cincai2 ajer la sbb perut dah lapar haha...gigih buat video ni n post ke youtube.Jangan lupa subscribe Channel LiNa Pg ok

RENDANG AYAM SEDAP DAN MUDAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Bahan-Bahan
  • 10 ketul ayam
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1cam halia (kisar)
  • 1cam lengkuas (kisar)
  • 1inci kunyit (kisar)
  • 1 batang serai (kisar)
  • 3 batang serai (titik)
  • 3 helai daun limau purut (carik2/racik halus)
  • 1 asam keping
  • Garam,gula/perasa
Cara-Cara
  1. Satukan ayam ke dalam periuk,masukkan bahan kisar,cili giling,santan,serai yang dititik dan kerisik.
  2. Gaul sebati dan masak menggunakan api kecil/sederhana.
  3. Bila ayam separuh masak,tambah asam keping dan garam dan gula.Tutup periuk dan kacau sekali sekala.
  4. Bila ayam hampir empuk,masukkan daun limau purut/daun kunyit.Reneh hingga pecah minyak dan kuah pekat.
  5. Tambah daun limau purut yang diracik halus.Tutup api sedia dihidang.

Rendang Ayam LiNa Pg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...